Imam asy-Syafie: Pembela Sunnah
Imam asy-Syafi’i
Pembela Sunnah dan Hadits Nabi
Penyusun:
Ustadz Arif Syarifuddin
Nama
dan Nasab
Nama
beliau Muhammad dengan kuniyah Abu Abdillah. Nasab beliau secara lengkap adalah
Muhammad bin Idris bin al-‘Abbas bin ‘Utsman bin Syafi‘ bin as-Saib bin ‘Ubayd
bin ‘Abdu Zayd bin Hasyim bin al-Muththalib bin ‘Abdu Manaf bin Qushay. Nasab
beliau bertemu dengan nasab Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam pada ‘Abdu
Manaf bin Qushay. Dengan begitu, beliau termasuk ahlul bait Rasulullah sallahu
‘alaihi wassalam kerana masih terhitung
keturunan pakcik-jauh beliau, iaitu Hasyim bin al-Muththalib.
Bapa
beliau, Idris, berasal dari daerah Tibalah (Sebuah daerah di wilayah Tihamah di
jalan menuju ke Yaman). Dia seorang yang tidak berpunya. Awalnya dia tinggal di
Madinah lalu berpindah dan menetap di ‘Asqalan ( Kota sana
Para
Waktu
dan Tempat Kelahirannya
Beliau
dilahirkan pada tahun 150 Hijrah. Pada tahun itu pula, Abu Hanifah wafat
sehingga diberi komentar oleh al-Hakim sebagai isyarat bahawa beliau adalah
pengganti Abu Hanifah di dalam bidang yang ditekuninya.
Tentang
tempat kelahirannya, banyak riwayat yang menyebutkan beberapa tempat yang
berbeza. Akan tetapi, yang termasyhur dan disepakati oleh ahli sejarah adalah kota kota kota kota
Ibnu
Hajar memberikan penjelasan bahawa riwayat-riwayat tersebut dapat digabungkan
dengan dikatakan bahawa beliau dilahirkan di sebuah tempat bernama Ghazzah di
wilayah Asqalan. Ketika berumur dua tahun, beliau dibawa ibunya ke negeri Hijaz
dan bergaul dengan penduduk negeri itu yang keturunan Yaman kerana si ibu
berasal dari kabilah Azdiyah (dari Yaman). Lalu ketika berumur 10 tahun, beliau
dibawa ke Mekkah, kerana si ibu khuatir nasabnya yang mulia lenyap dan
dilupakan.
Pertumbuhannya
dan Pengembaraannya Mencari Ilmu
Di
Mekkah, Imam Syafi ‘i dan ibunya tinggal di Syi‘bu al-Khaif. Di sana
Setelah menghafal
Alquran di al-Kuttab, beliau kemudian beralih ke Masjidil Haram untuk
menghadiri majlis-majlis ilmu di sana
Beliau
juga tertarik mempelajari ilmu bahasa Arab dan syair-syairnya. Beliau memutuskan
untuk tinggal di daerah pedalaman bersama suku Hudzail yang telah terkenal
kefasihan dan kemurnian bahasanya, serta syair-syair mereka. Hasilnya,
sekembalinya dari sana beliau telah berhasil menguasai kefasihan mereka dan
menghafal seluruh syair mereka, serta mengetahui nasab orang-orang Arab, suatu
hal yang kemudian banyak dipuji oleh ahli-ahli bahasa Arab yang pernah berjumpa
dengannya dan yang hidup sesudahnya. Namun, takdir Allah telah menentukan jalan
lain baginya. Setelah mendapatkan nasihat daripada dua orang ulama, iaitu
Muslim bin Khalid az-Zanji -mufti kota
Beliau
memulakannya dengan menimbanya daripada ulama-ulama kota surat
Setelah
mendapat keizinan daripada para syaikh-nya untuk berfatwa, timbul keinginannya
untuk mengembara ke Madinah, Dar as-Sunnah, untuk mengambil ilmu daripada para
ulamanya. Terlebih lagi di sana sana
Setelah
kembali ke Mekkah, beliau kemudian melanjutkan mencari ilmu ke Yaman. Di sana
Sebagaimana
di dalam sejarah, Imam Syafi‘i hidup pada masa-masa awal pemerintahan Bani
‘Abbasiyah yang berjaya merebut kekuasaan daripada Bani Umayyah. Pada masa itu,
setiap khalifah dari Bani ‘Abbasiyah hampir selalu menghadapi pemberontakan
orang-orang dari kalangan ‘Alawiyah. Kenyataan ini membuat mereka bersikap
sangat kejam dalam memadamkan pemberontakan orang-orang ‘Alawiyah yang
sebenarnya masih saudara mereka sebagai sesama Bani Hasyim. Dan hal itu
menggoreskan rasa sedih yang mendalam pada kaum muslimin secara umum dan pada
diri Imam Syafi‘i secara khusus. Dia melihat orang-orang dari kalangan Ahlu
Bait Nabi menghadapi musibah daripada penguasa. Maka berbeza dengan sikap ahli
fiqh selainnya, beliau pun menampakkan secara terang-terangan rasa cintanya
kepada mereka tanpa rasa takut sedikitpun, suatu sikap yang saat itu akan
membuat pemiliknya merasakan kehidupan yang sangat sulit.
Sikapnya
itu membuatnya dituduh sebagai orang yang bersikap tasyayyu‘, padahal sikapnya sama sekali berbeza
dengan tasyayyu’
model orang-orang syi‘ah. Bahkan Imam Syafi‘i menolak keras sikap tasyayyu’ model mereka itu
yang meyakini ketidaksahan keimaman Abu Bakar, Umar, serta ‘Utsman , dan hanya
menyakini keimaman Ali, serta meyakini kemaksuman para imam mereka. Sedangkan
kecintaan beliau kepada Ahlu Bait adalah kecintaan yang didasari oleh
perintah-perintah yang terdapat di dalam Al-Quran mahupun hadits-hadits shahih.
Dan kecintaan beliau itu ternyata tidaklah lantas membuatnya dianggap oleh orang-orang
syiah sebagai ahli fiqh madzhab mereka.
Tuduhan
dusta yang diarahkan kepadanya bahawa dia hendak mengobarkan pemberontakan,
membuatnya ditangkap, lalu diheret ke Baghdad Baghdad
Di Baghdad,
beliau kembali pada kegiatan asalnya, mencari ilmu. Beliau meneliti dan
mendalami madzhab Ahlu Ra’yu. Untuk itu beliau berguru dengan mulazamah kepada
Muhammad bin al-Hassan. Selain itu, kepada Isma ‘il bin ‘Ulayyah dan Abdul
Wahhab ats-Tsaqafiy dan lain-lain. Setelah meraih ilmu daripada para ulama Iraq
Ketika kemasyhurannya
sampai ke kota Baghdad surat
Setelah
lebih dari 9 tahun mengajar di Mekkah, beliau kembali melakukan perjalanan ke Iraq sana Baghdad sana
Beliau
menetap di Iraq sana
Tahun 198
hijrah, beliau berangkat lagi ke Iraq sana
Dan
begitulah kenyataannya. Provokasi mereka membuat Khalifah mendatangkan banyak
musibah kepada para ulama ahlu hadits. Salah satunya adalah yang dikenal
sebagai Yaumul Mihnah,
ketika dia mengumpulkan para ulama untuk menguji dan memaksa mereka menerima
fahaman Al-quran itu makhluk. Akibatnya, ramai ulama yang masuk penjara, bila
tidak dibunuh. Salah seorang di antaranya adalah Imam Ahmad bin Hanbal. Oleh
kerana perubahan itulah, Imam Syafi‘i kemudian memutuskan pergi ke Mesir.
Sebenarnya hati kecilnya menolak pergi ke sana sana sana
Keteguhannya
Membela Sunnah
Sebagai
seorang yang mengikuti manhaj Ash-habul
Hadits, beliau di dalam menetapkan suatu masalah terutama masalah
aqidah selalu menjadikan Al-quran dan Sunnah Nabi sebagai landasan dan sumber
hukumnya. Beliau selalu menyebutkan dalil-dalil dari keduanya dan menjadikannya
hujjah dalam menghadapi penentangnya, terutama dari kalangan ahli kalam. Beliau
berkata, “Jika kalian telah
mendapatkan Sunnah Nabi, maka ikutilah dan janganlah kalian berpaling mengambil
pendapat yang lain.” Kerana komitmennya mengikuti sunnah dan
membelanya itu, beliau mendapat gelaran Nashir
as-Sunnah wa al-Hadits.
Terdapat
banyak atsar tentang ketidaksukaan beliau kepada Ahli Ilmu Kalam, mengingatkan
perbezaan manhaj beliau dengan mereka. Beliau berkata, “Setiap orang yang berbicara (mutakallim)
dengan bersumber dari Alquran dan sunnah, maka ucapannya adalah benar, tetapi
jika dari selain keduanya, maka ucapannya hanyalah igauan belaka.”
Imam Ahmad berkata, “Bagi
Syafi‘i jika telah yakin dengan keshahihan sebuah hadits, maka dia akan menyampaikannya.
Dan perilaku yang terbaik adalah dia tidak tertarik sama sekali dengan ilmu
kalam, dan lebih tertarik kepada fiqh.” Imam Syafi ‘i berkata, “Tidak ada yang lebih aku benci
daripada ilmu kalam dan ahlinya.” Al-Mazani berkata, “Merupakan madzhab Imam Syafi‘i
membenci kesibukan di dalam ilmu kalam. Beliau melarang kami sibuk di dalam
ilmu kalam.” Ketidaksukaan beliau sampai kepada tahap memberi fatwa
bahwa hukum bagi ahli ilmu kalam adalah dipukul dengan pelepah kurma, lalu
dinaikkan ke atas punggung unta dan diarak mengelilingi di antara
kabilah-kabilah dengan mengumumkan bahawa itu adalah hukuman bagi orang yang
meninggalkan Al-quran dan Sunnah dan memilih ilmu kalam.
Wafatnya
Oleh kerana
kesibukannya berdakwah dan menebar ilmu, beliau menderita penyakit buasir yang
selalu mengeluarkan darah. Semakin lama penyakitnya itu bertambah parah hingga
akhirnya beliau wafat kerananya. Beliau wafat pada malam Jumaat setelah shalat
Isya’ hari terakhir bulan Rajab permulaan tahun 204 dalam usia 54 tahun. Semoga
Allah memberikan kepadanya rahmat-Nya yang luas.
Ar-Rabi
menyampaikan bahawa dia bermimpi melihat Imam Syafi‘i, sesudah wafatnya. Dia
berkata kepada beliau, “Apa
yang telah diperbuat Allah kepadamu, wahai Abu Abdillah?” Beliau
menjawab, “Allah mendudukkan
aku di atas sebuah kerusi emas dan menaburkan pada diriku mutiara-mutiara yang
halus.”
Karangan-Karangannya
Sekalipun
beliau hanya hidup selama setengah abad dan kesibukannya melakukan perjalanan
jauh untuk mencari ilmu, hal itu tidaklah menghalanginya untuk menulis banyak
kitab. Jumlahnya menurut Ibnu Zulaq mencapai 200 bahagian, sedangkan menurut
al-Marwaziy mencapai 113 kitab tentang tafsir, fiqh, adab dan lain-lain. Yaqut
al-Hamawi mengatakan jumlahnya mencapai 174 kitab yang judul-judulnya
disebutkan oleh Ibnu an-Nadim dalam al-Fahrasat.
Yang paling terkenal di antara kitab-kitabnya adalah al-Umm, yang terdiri daripada
4 jilid berisi 128 masalah, dan ar-Risalah
al-Jadidah (yang telah direvisinya) mengenai Al-quran dan As-Sunnah
serta kedudukannya dalam syariat.
Sumber:
1. Al-Umm, bahagian muqoddimah hal. 3-33
2. Siyar
A‘lam an-Nubala’
3. Manhaj
Aqidah Imam asy-Syafi‘,
terjemah kitab Manhaj al-Imam
Asy-Syafi ‘i fi Itsbat al-‘Aqidah karya DR. Muhammad AW al-Aql
terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi ‘i, Cirebon
(Sumber:
Majalah Fatawa; dinukil dari muslim.or.id)
di
edit oleh Abu Usamah

Recent Comments