aslm wbt
Seminar Sehari Dan Forum Pembangunan Aqidah Islamiah Sebenar Adalah Satu Cabaran di Era Globalisasi.
Tarikh: 3 Mac 2007-03-05
Tempat: Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Masa: 9:30 pagi- 11.30 malam
Bayaran: RM 5.00 (Pelajar) Percuma
RM 7 (Bukan Pelajar) Percuma
Sesi pagi:
Pembentangan kertas kerja oleh al-Fadhil Dr Muhammad Uthman el-Muhammady yang bertajuk `Memahami Akidah Ahl Sunnah Wa al-Jamaah"
Selepas
itu pula pembentangan oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Hafiz bin Muhammad
Alwi al-Bakaniyy. Beliau membentangkan tajuk " Allah Wujud Tanpa
Bertempat; Penjelasan Aqidah Para Nabi Dan Ulama"
Komentar:
Sesi
pagi ini, pembentangan kertas kerja, akan tetapi tiada kertas kerja
diberikan kepada para peserta. Diberitahu jika mahu kertas kerja, sila
dapatkan daripada pembentang sendiri. Mungkin penganjur sepatutnya
mengenakan bayaran kepada peserta supaya kertas kerja dapat diberikan
kepada peserta, dan peserta boleh membuat semakan dan rujukan melalui
kertas kerja tersebut.
Ustaz Uthman el-Muhammady, banyak
mengulas daripada Kitab Aqidah Tohawiah. Ustaz al-Bakaniyy pula banyak
menghurai tentang isu mujassimah dan musyabbihah dan selepas itu
menumpukan kepada perihal sama ada Allah itu di langit atau tidak.
Di
dalam sesi soal jawab sesi pagi, Ustaz Uthman el-Muhammady telah
mempersoalkan pengnisbahan tauhid yang tiga iaitu tauhid Uluhiyah,
Rububiyyah dan al-Asma' wa as-Sifat. Ustaz Uthman mempersoalkan bahawa
pembahagian sebegini rupa tidak wujud di zaman salaf. Beliau juga
ditanya tentang Ibn Taimiyyah dan Muhammad ibn Abdul Wahhab. Katanya
beliau tak nak bercakap tentang isu ini, tapi sebab ditanya, maka Ust
Uthman pun menjawab. Antara yang disebutkan ialah Ibn Taimiah ni kita
jangan ikut dalam bab aqidah akan tetapi dalam bab lain kita boleh
ikut. Beliau juga menyatakan bahawa Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa Abu
Hassan al-Asya'ari sesat.
Ustaz al-Bakaniy pula telah disoal
oleh seorang penyoal tentang aqidah Imam Abu Hanifah rhm. Ustaz
al-Bakkaniy jawab yang beliau rasa tak perlu nak buat perbandingan
antara aqidah Imam Abu Hanifah rhm dengan aqidah Abu Hassan al-Asya'ari.
Ustaz
al-Bakkaniy dalam pembentangannya menyatakan antara bukti kebenaran
akidah Asyairah ialah ada satu hadis di mana Rasulullah SAW menyatakan
bahawa dari keturunan sahabat Abu Musa al-Asya'ari akan muncul orang
yang membawa kebenaran. Cuma saya tak dengar pulak Ustaz al-Bakkaniy
sebut takhrej hadis tersebut, kitab hadis mana. Beliau juga menyatakan
bahawa bukti kebenaran Asyairah ialah kerana Sultan Salahuddin
al-Ayyubi beraqidah Asyairah, bahkan dipetik kata-kata Sultan
Salahuddin al-Ayyubi yang menyatakan bahawa Allah Wujud Tidak Bertempat.
Persoalan?
Di manakah aqidah Imam 4 mazhab? Kenapakah tidak mahu dibuat
perbandingan antara aqidah Imam 4 mazhab dengan al-Imam Abu Hassan
al-Asya'ari? Jika sama, kenapa tidak dinyatakan qaul-qaul dari imam 4
mazhab, atau jika tidak sama, adakah imam 4 mazhab itu seperti Ibn
Taimiyyah di mana aqidahnya tak boleh diikuti tapi bab-bab yang lain
boleh diikuti.
Kawalan Keselamatan Yang Ketat: Seperti Osama Melawat Amerika
Sesi
pagi ini juga mengejutkan saya, kerana inilah seminar pertama yang saya
dan kawan-kawan saya hadiri di mana setiap peserta lelaki akan
diperiksa beg masing-masing. Kata mereka prosedur keselamatan. Tidak
tahulah mungkin ada laporang pengganas akan menyerang ketika seminar
mereka. Saya dan rakan saya juga merasakan seolah-olah kami sedang
diawasi oleh mata-mata polis atau SB ketika kami berada di dalam dewan
seminar. Tidak tahulah jika kehadiran saya dan rakan saya menggusarkan
hati pihak penganjur hingga membuatkan mereka tidak senang duduk.
Sesi soal jawab pula dijalankan secara bertulis dan bukan secara direct menggunakan mikrofon antara peserta dan ahli panel.
Peserta yang sedikit
Kehadiran
pagi amat sedikit terutama di bahagian peserta lelaki. Tidak sampai
separuh kerusi yang untuk perseta lelaki penuh. Manakala jumlah peserta
perempuan agak ramai melebihi separuh dan sudah pasti berganda daripada
umlah peserta lelaki.
Sesi tengah hari:
Ustaz
Zamihan dijadualkan hadir untuk membentangkan tajuk " Senarai hujjah
Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah ke atas Penyelewengan Golongan Wahhabi".
Akan tetapi di saat akhir tajuk itu ditukar kepada "Mengenai Aqidah
Islamiah Sebenar". Akan tetapi Ustaz Zamihan al-Ghari tidak dapat hadir
kerana ada keuzuran. Mulanya penganjur menyatakan Ustaz Zamihan akan
digantikan oleh Ustaz Mahfuz, akan tetapi Ustaz Mahfuz juga tidak dapat
kerana biodatanya tidak diserahkan kepada pihak penganjur.
Sesi
petang hanya seorang sahaja pembentang iaitu al-Fadhil Ustaz Muhammad
Zuhdi bin Mohd Amin (USIM) yang membentangkan tajuk "Manhaj Ulama Dalam
Takwil al-Quran dan as-Sunnah".
Ustaz Zuhdi banyak menghurai
tentang method penafsiran al-Quran dan takwil dan menumpukan kepada
penakwilan ayat-ayat berkaitan sifat Allah yang menurutnya adalah
ayat-ayat mutasyabihat.
Beliau menyatakan wujud dua aliran
dalam hal ini iaitu aliran tafwidh yang majority diguna pakai oleh
ulama' salaf dan aliran takwil yang diguna pakai kebanyakan ulama
khalaf.
Ustaz Zuhdi menyatakan bahawa tafwidh ialah
menyerahkan maksud ayat tersebut kepada Allah. Contohnya jika perkataan
`yadullah' maka makna perkataan tersebut diserahkan kepada Allah. Tidak
boleh dertikan maksudnya dengan Tangan Allah kerana iu menyamakan Allah
dengan makhluk.
Ustaz Zuhdi pula menerangkan tentang aliran
takwil yang muncul untul memudahkan pemahaman masyarakat selepas Islam
semakin berkembang luas di luar dunia arab. Maka untuk memudahkan
pemahaman dan mengelakkan terjerumus ke lembah tasybih dan tajsim, maka
perlulah ditakwil. Contohnya perkataan `Istawa ditakwil kepada
`Istaula' (menguasai), dan lain-lain lagi. Ustaz Zuhdi juga menerangkan
wujudnya aliran takwil yang bathil dari kalangan alirang muatthilah
yang menolak kewujudan sifat-sifat Allah. Begitu juga dengan takwilan
aliran-aliran yang lain seperti Mu;tazilah.
Di dalam sesi soal
jawab saya telah menulis tiga soalan kepada ahli panel, malangnya
pengerusi majlid itu hanya membacakan soalan kedua dan ketiga saya.
Soalan saya yang dibaca ialah bunyinya lebih kurang begini:
-Bagaimana dengan sifat Mendengar dan Melihat Allah. Bukankah itu sifat makhluk.
-Adakah
saya musyabbihah/mujassimah jika saya menyatakan bahawa Allah SWT
mempunyai Tangan tetapi Tangan Allah tidak sama dengan tangan-tangan
makhluk.
Jawapan ustaz Zuhdi untuk soalan kedua ialah boleh
kerana katanya proses pendengaran Allah dan penglihatan Allah tidak
sama dengan pendengaran dan penglihatan makhluk. Maka wajib beriman
dengan kedua sifat ini. Akan tetapi tidak boleh menyatakan Allah
mempunyai tangan kerana hakikat tangan ialah tangan makhluk, yang
berbentuk seprti tangan manusia etc. Ini kerana katanya bila sebut
tangan kita akan terbayang tangan makhluk.
Kontradiksi Jawapan:
Persoalan?
Kenapa jawapan beliau kontradik antara satu sama lain. Sifat Mendengar
dan Melihat boleh pula diimani kerana kita beri'tiqad ia tak sama
dengan makhluk tapi sifat Tangan Allah tak pula boleh diimani. Bukankah
sama sahaja pernyataan Penglihatan Allah tidak sama dengan penglihatan
makhluk dan pernyataan Tangan Allah tidak sama dengan tangan makhluk.
Jika hanya kerana sebahagian manusia akan membayangkan Tangan Allah
sama seperti tangan makhluk, maka yang perlu diajar ialah jangan
membayangkan sifat-sifat Allah, beriman sahaja dengan apa yang
disebutkan di dalam al-Quran. Jika beriman dengannya boleh menyebabkan
tasybih dan tajsim, maka begitu juga dengan sifat Melihat dan
Mendengar. Bukankah mereka yang belajar sains tahu bagaimana
penglihatan akan terhasil melalui cahaya dan lain-lain dan pendengaran
yang terhasil dengan getaran di dalam frekuensi tertentu. Jika begitu,
haramlah bagi pelajar yang mengatahui fakta sains ini untuk beriman
dengan sifat Mendengar dan Melihat kerana takut-takut mereka
terbayangkan Pendengaran Allah dan Penglihatan Allah sama dengan
makhluk.
Soalan yang tidak dibaca
Soalan saya yang tidak dibaca berbunyi lebih kurang begini:
Inilah dia soalan saya yang dipotong oleh pihak penganjur. Apakah tujuan ia dipotong? Bukankah itu qaul Imam Abu Hanifah rhm.
Soalan
saya tidaklah terlalu panjang dibandingkan dengan banyak lagi
soalan-soalan lain yang lebih panjang tapi tetap dibaca pihak penganjur.
Kontradiksi Jawapan Pihak Penganjur
Salah
seorang daripada comitte seminar tersebut yang juga rakan saya telah
saya tanya berkaitan dengan pemotongan soalan saya. Jawapannya mana ada
kena potong. Akan tetapi bila kami keluar dari dewan tersebut, orang
yang sama juga menyatakan kepada saya untuk mengelakkan provokasi.
Provokasi apa? Dan kenapa tak dijawab sahaja begitu di hadapan orang
ramai?
Tindakan penganjur yang memotong soalan saya dan
tidak berlaku adil telah menimbulkan kekecohan. Saya dan kawan-kawan
saya telah bangun beramai-ramai untuk keluar dari dewan tersebut. Sifat
penganjur yang tidak berlaku adil kepada peserta untuk bertanyakan
soalan adalah amat dikesali.
Sesi Malam
Saya
mendapat SMS yang Ustaz Zamihan al-Ghari akan datang untuk forum sesi
malam. Akan tetapi beliau tetap tidak datang. Tidak tahulah siapa yang
mereka-reka sms tentang kehadiran Ustaz Zamihan itu.
Panel forum malam itu ialah Timbalan Mufti Pahang Dato' Abdul Rahman b Osman, Ustaz Uthman el-Muhammady, dan Ustaz al-Bakaniy.
Tidak
banyak isu baru yang disebut malam ini. Cuma Ust Uthman membuat
pengakuan malam itu menfaikan bahawa beliau menyatakan Ibn Taimiyyah
sesat ketika menjawab soalan di sesi pagi. Ini kerana katanya ada
seseorang memaklumkan bahawa sms yang memfitnah beliau kononnya
menyesatkan Ibn taimiyyah tersebar. Timbalan mufti Pahang banyak
menyentuh tentang sifat malas golongan muda menuntut ilmu agama
lebih-lebih lagi aqidah. Beliau juga menyebutkan isu-isu perpecahan
yang ditimbulkan oleh hal-hal yang baginya ialah hal-hal kecil dan
khilafiyyah. Beliau juga menarik perhatian pendengar dengan gayanya
penyampaiannya yang menarik dan pantun-pantun yang sedap didengar.
Beliau juga memberikan nasihat tentang adab-adab dalam menuntut ilmu,
adab guru dengan murid dan adab murid dengan guru.
Satu
pernyataan yang mengejutkan saya ialah apabila beliau memberikan satu
ulasan kepada hadis yang menyebutkan bahawa umat Islam akan terpecah
kepada 73 umat, dan 1 sahaja masuk syurga. Beliau telah menerangkan 72
golongan yang tak masuk syurga itu iaitu;
-22 syiah
-20 Khawarij
-20 Mu'tazilah
-5 Murjiah
-3 Najariah
-1 Jabariah
-1 Musyabihah.
Malangnya
beliau tidak menyebut sumber rujukan pembahagian kumpulan-kumpulan
sesat ini. Mungkin saya yang tak dengar atau beliau yang lupa.
Malam
ini sedikit kekalutan dapat dilihat di riak wajah comitte-comitte
program. Mereka ke hulu-hilir seolah-olah mencari-cari sesuatu.
Ketika
saya ingin keluar ke tandas, saya telah bertanyakan seorang comitte
lelaki di mana tandas lelaki, tiba-tiba salah seorang daripada mereka
bertanyakan saya mahu pergi mana. Saya pelik! Bukankah saya sudah kata
mahu ke tandas, dan jika saya tak cakap mahu ke tandas pun, apa hak
mereka untuk bertanya ke mana mahu saya pergi.
Ketika di dalam
dewan, saya mendapat SMS daripada rakan saya. Dia memaklumkan kepada
saya bahawa dia telah ditahan oleh pihak penganjur kerana disyaki
menyebarkan risalah. Setelah menerangkan hal sebenar, maka penganjur
melepaskannya. Baru saya faham kenapa penganjur kelihatan kelam-kabut,
rupa-rupanya mereka sedang mencari risalah-risalah yang disebarkan dan
siapakah penyebarnya. Patutlah kelibat saya dan rakan-rakan amat
diperhatikan malam itu bahan seolah-olah dikawal ketat. Nasib baik
tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepada rakan saya itu.
Penganjur Mungkir Janji
Penganjur
menyatakan bahawa sesi forum malam itu hanya 3 pusingan sahaja, dan
selepas tamat 3 pusingan, maka akan diadakan sesi soal jawab antara
peserta seminar dan ahli panel forum.
Akan tetapi malam itu
tiba-tiba forum menjadi 4 pusingan, dan kerana 4 pusingan, ia tamat
lewat, maka tiada sesi soal jawab untuk peserta.
Jawapan yang tidak munasabah
Saya
bertanya kepada salah seorang comitte kenapa dijadikan 4 pusingan
forum, sehingga tiada soal jawab. Comitte tersebut tidak menjawab
soalan saya sebaliknya bertanya balik "Forum tajdid haru tu tiada sesi
soal jawabkan?". Lain yang ditanya lain pula yang dia jawab. Bahkan
jauh panggang dari api, forum tajdid tu sesi soalan secara terus
menggunakan mikrofon dibuka akan tetapi tiada siapa tampil ke hadapan
untuk bertanya soalan sedangkan untuk forum malam itu, tiada langsung
sesi soal jawab kerana forum dipanjangkan.
sekian wslm wbt
Recent Comments