My Photo
Powered by Friendster Blogs

July 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    

Undi Ismail Haniyah di Islam-online

aslm wbt

meh mengundi di islam-online..undile pemimpin HAMAS..result terbaru, pope benedict sedang mendapat undi tertinggi..

Assalamualaykom,

Ikhwah dan akhawat,

Islam-online.net sedang mengadakan polling untuk memilih siapakah tokoh tahun 2006. Sekarang ini Hassan Nasrullah telah mendahului lain-lain calon dengan undian sebanyak 68%. Tokoh ahli sunnah yang nampaknya layak untuk menerima adalah Ismail Haneyya (HAMAS), malangnya sehingga detik ini beliau hanya menerima 15% undian sahaja. Pak Lah juga ada, dia hanya terima 3% sahaja.

Harap antum sekelian dapat mengundi Haneyya untuk menaikkan nama tokoh ahli sunnah dan mujahid kita.

Maszlee

undi melalui: http://www.islamonline.net/English/In_Depth/MuslimAffairs/PersonOftheYear/index.shtml

keputusan di:

http://www.islamonline.net/polls/english/24-12-06/surveyAck.asp

                            

Taming Sari

Assalamualaikum WBT.

Di mana Allah? Hal ini pernah saya sentuh di dalam blog saya sebelum ini, cuma tidak perlulah setiap posting saya perlu bercakap tentang di mana Allah. Cuma yang ingin saya menyentuh ialah satu hal di mana mereka yang menulis tentang di mana Allah ini dikatakan cuba mengajar akidah songsang kepada masyarakat atau yang lebih lembut sedikit ada yang menyatakan mereka ini manusia yang tidak mengenal fiqh 'prioriti', sibuk membicara tentang di mana Allah dan lain-lain lagi. Bahkan ada juga yang menyatakan bahawa mereka yang beriman bahawa Allah di langit, bersemayam di atas 'Arsy sebagai manusia yang memahami dalil-dalil al-Quran secara zahir sahaja dan manusia yang tidak merujuk kepada ulama, dan menunjuk pandai dengan cuba memahami al-Quran, kitab-kitab hadis seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain tanpa merujuk kepada ulama.

Hal ini pernah saya sentuh dalam posting yang bertajuk respond di mana senjata 'taming sari' atau nuklear mereka ialah menyatakan bahawa orang-orang awam ini menolak ulama, menunjuk pandai untuk berijtihad dan lain-lain. Maka hal yang sama timbul dalam isu di mana Allah. Hairan! Adakah Imam Abu Hanifah, Imam asy-Syaffie, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malek, Imam Ibn Khuzaimah, Imam adz-Dzahabi bukan ulama? Adakah ulama ialah hanya mereka yang menyatakan bahawa Allah itu wujud di mana-mana? Adakah ulama itu hanyalah mereka yang menyatakan bahawa Allah wujud tidak bertempat? Adakah ilmuan Islam dari zaman salaf yang mengisbatkan sifat-sifat Allah itu bukan ulama? Sungguh tajam 'taming sari' mereka ini, mampu menikam dada-dada mereka yang mengkut membabi buta, dan sesiapa tidak mengikut kata-kata mereka dan mengikut ulama-ulama salaf, maka mereka adalah orang awam yang berlagak mujtahid, menafsir al-Quran dan as-Sunnah mengikut kepala otak sendiri, dan orang-orang awam ini menganjut akidah yang sesat yang dinamakan Mujassimah dan Musyabbihah.

Kenapakah saya rajin meng 'copy' dan 'paste' bila menjawab sesuatu soalan. Adakah saya mujtahid yang bila diaju soalan feqh, maka saya perlu menjawab tanpa sandaran ulama. Bukankah jika bertindak sedemikian, maka keris 'taming sari' mereka telah menemui sasaran yang tepat untuk menikam. Maka bila saya meng 'copy' dan 'paste' pendapat-pendapat ulama seperti Sheikh salih al-Munajid yang kebiasaannya saya ambil dari web beliau sendiri islam-qa, al-Qaradawi yang boleh di dapati dari Islamonline, Ustaz Abdul Hakim Abdat dari Indonesia lebih-lebih lagi qaul-qaul Imam-imam 4 mazhab, senjata 'taming sari' mereka terkial-kial untuk mencari mangsa, kerana orang awam yang berlagak mujtahid dan menafsir al-Quran dan as-Sunnah sesuka hati kepala otak itu rupanya merujuk kepada ulama juga. Maka terpaksalah keris 'taming sari' itu di sarung kembali. Saya bukanlah alim, jauh lagi mujtahid, jadi atas kapasiti apakah untuk saya menulis tanpa merujuk kepada ulama. Atau mungkinkah mereka ini sebenarnya bukan ulama, mungkinkah Sheikh Salih al-Munajid bukan ulama, al-Albani bukan ulama, al-Qaradawi bukan ulama, imam-imam 4 mazhab bukan ulama, mungkinkah begitu?

Satu lagi senjata paling ampuh ialah dengan menggunakan nama mana-mana ustaz-ustaz yang digemari pembaca. Contohnya, 'Lihatlah, Ustaz A pun dah malas nak layan mereka ini', maka populariti ustaz A menjadi keris 'taming sari' kedua yang tidak kurang tajamnya.

Jika seorang menegur kita tak bersetuju dengan apa kita tulis dan bagi mereka ada benda lain yang lebih utama. Tidak mengapalah, tiada apa yang kita hairankan setiap manusia memandang setiap benda dengan dimensi berbeza, dan tiada apa yang perlu kita bisingkan kerana teguran mereka yang baik itu, walau jika kita tak setuju, patut dihargai. Ini kerana setiap nasihat itu menunjukkan mereka yang menasihati itu baik orangnya. Akan tetapi jika dengan kita mereka bercakap tentang keutamaan, priority, dan lain-lain tapi dibelakang kita merekalah tukang melabel, siap memberi gelaran kepada kita lagi, maka siapakah sebenarnya gerangan mereka itu? Kawan yang datang untuk menasihat? Musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan? atau siapa......

Saya tidaklah terlalu gila untuk setiap posting menulis di mana Allah, apakah bid'ah dan lain-lain. Mungkin patut di buat statistik di blog saya berapa banyakkah posting saya yang bercerita tentang di mana Allah, bid'ah dan lain-lain. Patutkah saya mewujudkan statistik sedemikian di blog saya supaya nanti 'taming-taming' sari mereka terus tumpul dan berkarat dan mungkin menikam pemilik keris sendiri kerana 'taming-taming sari' itu terlalu dahagakan darah untuk mengalir di bilahnya.

Sekian Wslm Wbt.

أَفَتَطْمَعُونَ أَنْ يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُون

. (Sesudah kamu - Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan Bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam Yang kamu sampaikan itu, padahal Sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka Yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (al-Baqarah, 2:75)

Stop Labelling

Assalamualaikum wbt

posting saya yang bertajuk respond mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembaca sama ada yang tidak bersetuju, bersetuju atau yang menyatakan saya pengecut. Maka pasti ramai tertany-tanya kenapa perlu menulis tanpa memberikan sumber dari mana saya quote kata-kata tersebut.

Tujuan tidak dinyatakan sumber supaya apa yang ditulis difahami secara umum supaya tidak ditujukan secara spesifik kepada mana-mana pihak. Dan ia juga adalah kerana kita tidak mengetahui kenapa mereka menulis sedemikian, kita hanya mengathui yang zahir tetapi tidak mengetahui cerita disebalik penulisan mereka. Mungkin mereka berjumpa orang awam yang berijtihad sendiri tanpa authority sedangkan yang saya tujukan ialah kepada mereka yang menuduh orang awam berijtihad sendiri sedangkan mereka membawa qaul ulama lain. Maka sasaran saya dan sasaran penulis asal tidak sama. Jadi di quote qaul mereka kerana qaul itu menyerupai qaul yang sering dilempar kepada orang awam yang sebenarnya tidak berijtihad pun. Dan begitu juga dengan kes-kes yang lain yang wujud dalam posting respond:-

Ada sahabat kita menyatakan mana wujud perpecahan dikalangan 4 mazhab. Benarkah begitu? Bukankah seorang kiai yang sering menyerang ibn Taimiyyah di dalam Kitabnya I'tiqad Ahli Sunnah wa al-Jamaah pernah menyebutkan sebelum kedatangan puak-puak wahhabi di masjidilharam ada imam bagi mazhab masing-masing, maka setiap jemaah akan solat mengikut imam yang sama mazhab dengan mereka.

Tidakkah mereka pernah membaca fatwa ulama mazhab yang taksub yang menyamakan perkahwinan dengan berlainan mazhab dengan kahwin dengan ahli kitab kerana lelaki mazhabnya boleh berkahwin dengan wanita mazhab lain tetapi wanita mazhabnya tidak boleh berkahwin dengan lelaki mazhab lain.

Dan adakah meraka tidak pernah mendengar ustaz-ustaz melayu (sebahagian sahaja) bila mengajar di masjid, surau dan lain-lain ada menyebutkan bahawa kita memakai mazhab asy-Syaffie kerana ia yang terbaik, Imam asy-Syaffie cermat, berhati-hati dan lain-lain. Bukankah ini lambang taksub mazhab, cuma belum sampai berparang-parang lagi.

------------------------------------------

Stop labelling;- tamat ulasan untuk posting respond.

Saya ingin menyentuh tentang penyakit melabel orang lain. Saya akan menyentuh dikalangan salafi sendiri. Saya menghormati ulama-ulama salafi akan tetapi saya pernah tidak bersetuju dengan kenyataan sebahagian mereka yang memberikan komentar yang bagi saya amat ghuluw kepada rakan-rakan karkun kita dari jemaah tabligh. Saya tidak bersetuju bahkan tidak bersetuju dengan rakan-rakan salafi saya yang ada sebahagiannya yang menyerang rakan-rakan karkun dengan begitu teruk seolah-olah mereka Ahli Bid'ah yang dahsyat, seolah-oleh meraka musuh kepada sunnah, musuh kepada tauhid. Adakah kerana kesilapan individu di dalam jemaah tabligh maka dipukul rata kesemua mereka.

Saya juga tidak bersetuju dengan penglabelan mereka ini hizbi, sururi dan lain-lain. Penyakit ini bercambah dikalangan salafi Indonesia. Yang ditujukan ialah rakan-rakan kita dari haraki seperi Ikhwan, dan gerakan-gerakan Islam yang lain. Tuduhan-tuduhan yang tidak adil kepada Sayyid Qutb, Hassan al-Banna, dan mereka yang membaca buku-buku karangan tokoh-tokoh ini dan tokoh-tokoh yang lain.

Saya juga tidak bersetuju dengan mudah menglabelkan rakan-rakan kita yang lain dengan gelaran tarik dan ikat (yang masyhur diberikan kepada pengikut tareqat), dan lain-lain gelaran lagi.

Saya juga tidak bersetuju dengan penglabelan muqallid, taksub mazhab kepada rakan-rakan kita yang masih bersolat mengikut qaul syafiiiyah, hanafiyyah dan lain-lain. Layakkah mereka yang belajar dan mengikut dengan mengetahui dalil digelar muqallid membuta. Saya mempunyai rakan yang bersolat seperti majoriti rakyat Malaysia, akan tetapi alhamdulillah dia mengetahui dalil-dalil bagi perbuatan yang dia lakukan. Adakah layak dia digelar pentaqlid buta? Sila rujuk kembali posting saya yang mempunyai quote dari tulisan Sheikh Salim 'Eid Abbasi di dalam kitabnya yang mengkritik bid'ah taksub dalam bermazhab.

Saya juga tidak bersetuju dengan penglabelan wahhabi, khawarij dan lain-lain kepada rakan-rakan kita yang menyuruh mengikut al-Quran dan as-Sunnah, yang menyuruh mendahulukan qaul Allah dan Rasul berbanding qaul manusia, yang menyuruh menghapuskan benteng-benteng taksub mazhab dan lain-lain. Begitu juga dengan gelaran La Mazhabiyyah yang dilempar kepada mereka. Bukalah kitab Nasiruddin al-Albani yang sering mereka gelar dengan bermacam-macam gelaran, bukaklah mana satukah qaulnya yang mengharamkan mengikut mazhab. Bukalah dan bacalah kitab Muhammad bin Abdul Wahab yang sering digelar bapak kepada gerakan wahhabi, dimanakah beliau mengkafirkan pengikut-pengikut mazhab.

Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam WBT

Respond

Assalamualaikum WBT.

Posting kali ini akan cuba mengulas, memberi respond kepada beberapa tulisan-tulisan di blog-blog dan web-web yang saya sering masuk. Maka jika ada yang terasa, terasalah, jika rasa tidak suka tidak perlu baca. Tekan sahaja button close di browser anda.

Petikan 1:

Sahabat salafi aku beriya2 menyatakan sokongan pada HizbuLlah semata2 mereka adalah umat Islam, bukan Syiah. Tapi, aku tengok takde pun dia sokong HizbuLlah secara program atau apa2. Sokong dlm hati jek? Apa impaknya? Takde pun.. Sekurang2nya pilah tazkirah sikit kat depan jemaah surau ataupun dlm usrah. Adus, camane pulak dia nak buat camtu, usrah pun tak join, jemaah surau pun tak bape nak dekat sebab asyik dgn bid'ah jek.. Sapu muka bid'ah, zikir secara jahar bid'ah, doa selepas solat bid'ah.. Semua bid'ah!

respond:

Adakah dengan buat program bari dikatakan menyokong Hizbullah? Lagi satu setiap orang ada perkiraan mereka sendiri, mereka ada kemampuan mereka sendiri. Adakah kita fikir kita mampu melakukan segala benda. Jika mampu dipersilakan. Jika anda merasakan anda ingin lebih memberi keutamaan dalam bercakap tentang kewajipan menegakkan negara Islam, dipersilakan. Jika anda merasakan keutamaan anda ialah dengan melakukan khuruj, mengajak rakan-rakan kita ke masjid, mengerjakan solat dipersilakan. Maka jika setiap orang boleh melakukan mengikut kadar kemampuan mereka, mengikut apa yang bagi mereka lebih patut mereka berikan keutamaan, maka kenapa perlu dibisingkan dengan sahabat-sahabat kita yang memberikan keutamaan kepada membasmi bid'ah-bid'ah yang kita anggap kecil.

Pasti ada yang berkata, Islam Syumul, kena lakukan semua. Ya Benar! Tapi mampukah anda! Mampukah anda untuk menjadi jaguh menegakkan negara Islam, dalam masa yang sama pergi rumah ke rumah ajak manusia ke masjid, lepas tu pergi basmi bid'ah-bid'ah yang dianggap kecil. Kalau anda mampu lakukan semuanya sekaligus, alhamdulillah, sangat dialu-alukan, jika tidak maka lakukan hal-hal yang kita mampu, yang bagi kita kita patut beri keutamaan.

Cuma dalam hal tu janganlah yang nak beri keutamaan untuk tegak negara Islam menyibuk nak bising-bising kepada rakan-rakan kita yang ajak orang pergi masjid, jangan pula yang memilih jalan rumah ke rumah menghalang rakan-rakan kita yang ingin membasmi bid'ah, jangan pula yang sibuk memerangi bid'ah bising-bising menghalang dakwah rakan-rakan karkun, dan lain-lain. Kita satu umat, saling lengkap melengkapi.

Ada yang kata kita patut beri keutamaan kepada isu-isu tertentu! Ya benar, tapi adakah kita berhak memaksa orang lain memandang apa yang kita pandang sebagai utama dan memaksa mereka mengikut ijtihad kita dalam memberikan prioriti. Jika kita merasakan keutamaan kita untuk menerangkan kesahihah akidah salaf contohnya tentang syirik, tentang sifat-sifat Allah, di mana Allah dan lain-lain, itu tidak bermakna kita berhak memaksa kawan-kawan kita dalam medan dakwah untuk turut membicarakan isu yang kita bincangkan. Begitu juga jika yang merasakan keutamaan mereka ialah untuk menangkis masalah sosial remaja, teruskan tapi jangan sekat, dan bising-bising kepada orang lain yang memilih jalan dakwah yang lain.

Lainlah kalau mereka mendakwahkan kepada benda-benda yang sesat lagi menyesatkan.

Petikan 2:

Jika isu "jangan lawan pemerintah" seperti ini diwar-warkan oleh pendukung Salafi untuk meluruskan gerakan Islam, jika menang di medan debat sekali pun, apakah kesannya kepada masyarakat?
Jika isunya adalah isu teguran yang tidak berakhlak, maka yang perlu diperbetulkan adalah akhlak ahli gerakan Islam, dan bukannya memberikan cadangan yang diketawakan pemerintah.


respond:

pernyataan ayat tersebut dan yang selainnya tiada apa yang salahnya, saya bersetuju secara prinsip dan teorinya. Cuma sebagaimana selalu diseru keluar dari fantasi berdirilah atas realiti.
Apakah praktis politik Malaysia? Apakaha realitinya? Ingat kembali zaman-zaman ceramah-ceramah politik rancak, apakah isu-isunya, bagaimanakah cara mereka yang 'menegur' pemerintah. Bagaimana sanggup menyamakan Pak Lah dengan sindiran ' Arab Badwi jaga unta, bdawi Malaysia jaga khinzir'. Lebih kurang begitulah antara sindiran-sindiran kepada pemerintah. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Sheikh Solah al-Khalidi? Saya yakin bukan, dan saya juga yakin ini juga bukan maksud penulis artikel ini, cuma saya katakan inilah realiti politik Malaysia, siapakah yang mampu menafikannya.

Dalam masa yang sama, tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat kita yang mudah menuduh sahabat-sahabat yang lain dengan gelaran hizbi, khawarij dan lain-lain hanya kerana mereka menyokong parti pembangkang dan lain-lain. Bagi saya, menyokong parti pembangkang tiada salahnya, bukankah undang-undang pemerintah Malaysia sendiri membenarkannya, cuma patuhilah adab-adab nak tegur pemerintah, dan kepada yang tak bersetuju janganlah mudah menuduh orang lain dengan gelaran hizbi, khawarij dan lain-lain.

Petikan 3:

Keterangan:Kitab ini menghuraikan dalil-dalil dalam mazhab Hanafi tentang sifat solat Nabi yang selalu dipersoalkan oleh sesetengah golongan (semestinya Wahhabi). Selain itu, ia turut mengupas isu taklid dalam mazhab. Beberapa dekad mutakhir ini, ada golongan (semestinya Wahhabi) yang menyerang konsep taklid. Ada yang hingga mensyirikkan mereka yang bermazhab... ....




respond:

Saya tidak akan menjawab dari kesahihan tuduhan penulis ini, cuma saya nak tanya sikit, bila dok marah orang kata suka sesatkan orang lain, habis tu yang pergi tulis sesuatu yang tak elok dan siap tekankankan lagi golongan-golongan tertentu tu bukan jenis perangai suka hukum orang ke? Panjang cerita kalau saya nak ulas dengan kesahihan tulisan penulis ini, nak bawa qaul ulama-ulama yang di gelar penyebar ajaran 'wahhabi' tentang mazhab lagi. Cuma ingat sikit, dok tuduh orang lain suka sesatkan orang, bid'ahkan orang dan lain-lain, tak sedar ke yang blog sendiri dah jadi tempat macam tu.



Petikan 4:

Isu Protaz tu dah tamat. Huhu..adakah kau mahu aku menyambungnya. Tapi aku rasa cukuplah.. Orang awam yang tak belajar ilmu Islam dengan sempurna macam kita semua ni, maka cukuplah kalau kita
............ ..... sekadar menjadi dai'e. Kalau nak jadi ulama, belajar betul2. Ingat tu baik2 sebab semua ulama itu dai'e, tapi tak semua dai'e boleh jadi ulama
.




respond:

Bersetuju dengan pernyataan di atas, kalau tak cukup ilmu jangan berlagak mujtahid. Cuma malangnya tuduhan tersebut selalu dituju pada PROTAZ yang tak berlagak pun macam mujtahid, pada pelajar-pelajar, orang-orang awam yang tak berlagak pun macam mujtahid.



Yang dituduh berlagak mujtahid ialah mereka yang meng'quote' qaul ulama lain tapi malangnya qaul tersebut tak sama dengan qaul ulama lain yang dipegang oleh mereka yang menuduh orang lain berlagak sebagai mujtahid. Maka senjata sakti atau 'taming sari' nya ialah dengan menuduh mereka berlagak mujtahid walaupun dalam tulisan mereka tu dinyatakan rujukan ulama mana yang berpendapat sedemikian.



Aatau adakah ulama hanyalah yang sependapat dengan mereka, mana-mana yang tak sependapat dengam mereka bukan ulama, maka kalau kita quote qaul ulama-ulama macam al-Albani, al-Utsaimin hatta Imam 4 Mazhab pun, kalau bertentangan dengan idea mereka, maka kita layak digelar 'PROTAZ yang berlagak mujtahid, budak hingusan yang berlagak mujtahid' dan lain-lain.



Cukup agaknya sekadar ini, kalau mahu tulisan ilmiah layarilah web ustaz hasrizal, dr jefri dan lain-lain.



Untuk tatapan, mari baca weblog Ustaz Emran, ada beberapa postingnya yang terbaru yang bagi saya amat menarik untuk dibaca.



Wslm WBT

Kahwin O Kahwin

Assalamualaikum wbt.

Cuti raya ni ada kejutan, seorang muslimah yang aku kenal dekat internet dan sms hubungi aku minta tolong carikan jodoh untuknya. Bagus dia, tapi dia kata makcik-makciknya tak benarkan sebab dia muda lagi, lagi setahun setengah nak grad.

Aku tawarkan diri aku, tapi fikir balik, takkan lepas kahwin isteri aku nak tanggung aku. Memanglah dia setuju tapi apa orang cakap. Aku dah le lelaki. Berat tu. Lagi pula, aku belajar lagi, pasti ibu bapa aku tak benarkan.

Dan ada satu alasan lagi yang buat aku berat hati nak teruskan hajat bernikah dengan dia, tapi biarlah alasan ni menjadi rahsia aku dengan dia.

Budak perempuan ni lagi tua, dia kata dia mampu nak tanggung keluarga lepas habis belajar nanti sebab starting gaji dia RM 3000. Aku tanya lagi anak-anka macam mana pula, aku expect dia nak jawab nak buat family planning ke, etc sekali dia cakap dia nak anak cepat, cepat dapat tengok anak membesar. Aku soal lagi sure ke sanggup dengan lelaki macam aku yang masih tahun pertama dekat UIA. Dia kata ok je.

Dia beritahu, dia nak kahwin cepat sebab dia nak cari suami yang rajin pergi kuliah agama, rajin buat kerja dakwah dan lain-lain. Ini supaya dia dapat lah tumpang sekaki dengan suaminya.

Tapi takpelah, aku janji dengan dia yang aku akan carikan budak lelaki macam yang dia nak, calon dah ada cuma kena tanya tuan punya badan sahaja dulu. Hahah kawan-kawan UIA aku, berhati-hati, salah seorang daripada kamu akan menjadi calonnya. wslm wbt

((تزوّجوا الودود الولود، فإني مكاثر بكم الأنبياء يوم القيامة )) رواه أحمد والطبراني بسند صحيح

"Marry the loving and fertile, for I will compete with the
other Prophets with the number of my followers on the Day of Qiyama".

Lupa Keburukan, Ungkit Kebaikan

Aslm WBT.

Apa berita terbaru? Mawi tak mahu pegang tangan perempuan

Satu kebengongan bila ada yang terasa bahkan melenting dengan menjawab bahawa mereka bukan suka-suka nak sentuh bukan mahram. Stupid and Nonsense!

Sama ada Mawi ikhlas atau tidak, itu urusannya dengan Allah SWT. Kita menghukum sesuatu dengan bersangka baik.

Ada yang menulis di surat pembaca di Utusan Melayu yang mempertikai tindakan Mawi memegang perempuan sebelum ini. Ini adalah satu lagi petanda kebengongan otak manusia, adakah mereka fikir manusia yang dahulunya jahat akan tetap jahat selama-lamanya. Adakah seorang pelacur yang telah bertaubat tidak berhak menyatakan bahawa pelacuran itu haram? Adakah seorang pencuri yang telah insaf tidak berhak menasihati rakan-rakannya supaya meninggalkan karier haram mereka.

Lupakah pada hamba berbangsa Habsyah yang membunuh Saidina Hamzah RA? Tangan yang membunuh Saidina Hamzah RA itu jugalah yang membunuh Nabi Palsu Musailamah al-Kazzab!

Lupakan kesalahan manusia, ungkitlah kebaikan mereka. Wslm WBT

WUFI RETURNS!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum WBT.

Dah habis pun PRK. WUFI menang besar, ASPIRASI menang 4 kerusi yang dimenangi tanpa bertanding di kuliah ICT dan KAED.

Lepas menang jangan lupa diri ye abang-abang dan kakak-kakak WUFI ku sekalian. Jangan ingat kemenangan itu satu kemasyhuran. Beban kerja menanti anda. Dan jangan sangka kami yang mengundi anda pada PRK ini akan menjadi lembu yang dicucuk hidung untuk mengikut segala kata-kata anda. Jangan lupa, jika semalam kami undi anda, tidak lama lagi anda juga terpaksa menerima kritikan-kritikan yang pedas dari kami.

Kepada Kak Farah Ziela dan Abang Shukri yang memenangi kerusi Kuliyyah Ekonomi. Ingat ye pesan saya terutama Abang Shukri. Ingat apa yang saya kata waktu saya peluk saudara lepas tahu kemenangan WUFI. Lepas ini jangan kecil hati dengan kepedasan kritikan kami.

Jika tahun ini kami sokong anda, tak mustahil tahun hadapan undi kami beralih arah.

Kepada ASPIRASI, janganlah kecewa ye abang-abang dan kakak-kakak ASPIRASI ku sekalian. Tahun hadapan bertandinglah lagi. Manalah tahu rezeki anda, saya undi anda pula.

Ahakz. Di sini ada satu cerita. Tak payahlah saya tulis siapa yang terlibat. Cuma peringatan, kalau nak bertanding tu, buat lah elok-elok. Tak perlulah nak main kotor, siap sebar risalah palsu yang mengkafirkan kumpulan sendiri. Korang ingat kami budak UIA bodoh ke nak percaya bulat-bulat apa yang ada dalam risalah yang korang reka tu. Tak payahlah nak cabut banner kumpulan orang lain kalau tak mahu banner korang kena cabut. (budak-budak AIKOL mesti tahu kes ni kan!). Kalau nak menang biarlah cara jujur, kalau nak kalah biarlah dengan maruah. Lagi teruk kalau main kotor pastu kalah. KALAH DENGAN TAK BERMARUAH!

Kepada abang KOMITI Convest '06 ku yang tercinta, baca kata sini inagtlah pantun ni ye:

Kalau takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai,

kalau takut digelar setan, jgn ikut perangai syaiton.

Wassalam WBT

Pilihanraya Kampus

Assalamualaikum WBT.

Apa macam pilihan raya kampus. UIA macam biasa WUFI VS ASPIRASI.

Siapakah yang jadi pilihan Masri? Ahakz, buat masa ini saya menyokong WUFI dan untuk Kuliyyah Ekonomi pun saya sokong calon WUFI iati Bro. Shukri dan Kak Farah Ziela. Apsal aku tak nak sokong ASPIRASI? Aku punya sukalah, dah undi hak aku. Heheheh, rilekle jangan marah.

Buat masa ini, aku rasa WUFI adalah pilihan yang paling ok berbanding yang lain-lain. Nak sokong budak-budak Aspirasi, masih terbayang-bayang lagi kat otak aku macam mana SRC yang dikuasai ASPIRASI mengajurkan Convest '06.

Nasihat kepada pengundi: Jangan anda sangfka undi anda tak dikira di akhirat nanti. Fikirlah elok-elok apa yang baik untuk umat. Lepas dah fikir dan buat ijtihad politik, maka undilah calon anda.

Ada juga yang bertanya bagaimana lepas kita dah pilih calon tu, rupa-rupanya calon itu musang berbulu ayam, musuh dalm selimut, muka wara' gila tapi perangai macam hampeh, ingat nak pertahankan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar, tapi dia pun sama atau lagi teruk. Jawab aku: Kita bukan tau benda-benda ghaib, waktu undi tu kita dah fikir masak-masak tapi nak buat macam mana, apa yang berlaku di masa hadapan bukan kita tahu. Jadi tak perlulah risau sampai takut nak mengundi.

Jawapan aku di atas adalah umum, maka jangan pula lepas ini ada pembaca yang pergi kata Masri tulis siapa sokong WUFI dapat pahala dan siapa yang skong ASPIRASI dapat dosa. Korang buatlah ijtihad masing-masing waktu undi tu. Aku dalam posting-posting sebelum ini attack ASPIRASI pun secara general sahaja. tapi dalam bab undi nanti, mungkin korang ada penilaian sendiri. Mungkin calon ASPIRASI yang bertanding dekat kerusi kuliyyah itu lebih berkaliber, dan mungkin lebih baik. Maka terpulang kepada anda.

Nasihat kepada calon: Nati dalam pilihanraya ni janganlah dok main kempen kotor. Siap reka SMS kafirkan kumpulan sendiri untuk raih simpati budak-budak UIA. Kepada yang reka SMS tu, jangan ingat aku bodoh, pereka SMS tu sudah hampir dikesan. Silap-silap budak-budak kuliyyah ekonomi aku juga. (*Ish, ish teruknya budak Econs). Lepas tu kepada sesiapa yang menang nanti, jangan lupa janji-janji kamu. Kalau sebelum ni kamu serang ASPIRASI tentang Convest, maka tahun hadapan kami mahu Convest yang lebih mulia tapi dalam amsa yang sama best giler. Aku tak nak korang berdegar-degar bising pasal konsert rock, tapi tahun depan korang pergi jemput artis nasyid yang nyanyi lagu jiwang gila, blah la. Aku mintak untuk Convest nanti persembahan tradisional macam Dikir Barat, angklung (biasanya budak perempuan yang perform), dikekalkan. Jangan rigid sangat ye. Aku suka sangat angklung, hatta masuk UIA baru aku kenal angklung walau aku dari N9 dan dikatakan muzik itu berasal dari N9. Lagi satu waktu konsert nanti, asingkan lelaki perempuan, buat macam konsert Mawi kat Kelantan. Dan sudah pasti petugas yang akan mengasingkan lelaki dan perempuan mesti wujud. Jangan risau, kami di bumi UIA ni sedia membantu.

Lepas tu, jangan lupa tengok-tengok kebajikan kami budak-budak UIA ni. Yuran Mahallah dah nak naik, tolonglah kami wahai bakal-bakal SRC. Rayulah kepada orang atasan UIA supaya harga Mahallah tidak dinaikkan. Tidak kasihankah kepada kami * (Perkataan kasihan hanya layak untuk budak-budak yang guna duit biasiswa dan pinjaman dengan cara yang elok, beli buku, bayar yuran, beli kitab-kitab agama, beli basikal untuk pergi kelas dan lain-lain. Untuk mereka yang dok sibuk beli telefon bimbit baru lepas dapat loan, yang perempuan pulak dok joli beli baju sana sini, beli alat make-up dan macam-macam algi. Maka mereka ini manusia yang tak patut kita kasihan. Elok tarik je pinjaman dan biasiswa mereka).

Wahai bakal SRC: Tuntutlah supaya internet wireless diperluaskan dengan bayaran percuma. Kalau kena bayar pun dengan nilai yang munasabah dan bertepatan dengan kelajuannya. janganlah samapi di Mahallah kami tak dapat line. Kasian mereka yang bersemangat beli lap top tapi tak dapat akses internet di mahallah.

Wahai bakal SRC: Tolonglah kami untuk buat Amar Ma;ruf Nahi Mungkar. Buatlah rondaan setiap malam, basmi dating. Kami bukan suruh anda tengking-tengking budak yang dating, kami tidak suruh saman mereka. Cuma buatlah rondaan dan menaishati mereka.

Wahai bakal SRC: Nanti waktu Taaruf week dengan budak-budak baru. perkenalkanlah mereka betul betul dengan Islam, janganlah buat benda-benda yang tidak berfaedah macam goreng gitar samapai malam. Aajar mereka apa batas-batas aurat dan lain-lain.

Wahai bakal SRC: Banyak lagi yang saya nak tulis tapi dah lenguh jari den, lagipun den nak pergi kelas ni. Ingatlah bakal SRC! Kalau anda mungkir janji, terimalah akibatnya sebagaimana anda juga selalu hentam SRC-SRC yang lalu.

Srkian WSLM WBT

Countdown Malam Merdeka di KLCC

Assalamualaikum WBT.

Malam countdown merdeka saya berada di KLCC dengan kawan-kawan. Melihat bunga api yang sungguh indah. Malam itu bertolak dari UIA selepas Isyak dengan LRT Putra dari Terminal ke KLCC. Itu kali pertama saya ke KLCC sejak belajar di KL. Dari UIA, kami ada dalam lima enam orang. Tiba di KLCC sudah sesak dengan kawan-kawan kita. Mudah dikeanli mereka yang punk dengan rambut terpacak mereka dan seribu satu  feseyen lagi. Katak bawah tempurung rupanya saya sebab banyak feseyen yang saya belum pernah lihat sebelum ini. Tujuan pertama malam itu ialah untuk tiba di Masjid asy-Syakirin KLCC. Berkumpul di sana sambil menunggu kemunculan rakan-rakan lain. Di masjid sudah ada lebih kurang 1000 orang pelajar yang dengan sukarela membantu PERKID untuk operasi malam merdeka itu. Ketika kami tiba, PERKID sedang mengadakan taklimat. Sambil di masjid ada program bersama Mufti Perak, Ustaz Akhil Hayy dan kumpulan nasyid lain.

Berjumpa dengan rakan-rakan dari matrik PJ. Mereka sudah menyiapkan beberapa risalah yang amat menarik ada yang untuk bukan Islam, ada yang pasal ketenangan diri, ada yang tentang dating. Kami dari UIA Gombak pula membawa risalah tentang mati dan juga risalah untuk bukan Islam.

Makin lama makin ramai rakan-rakan yang tiba. Dhany memberikan taklimat apa yang patut kami lakukan malam itu. Bagaimana nak dekat dengan sahabat-sahabat kita di KLCC semua diberitahu, apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Sebelum bunga api dilancarkan, saya dan beberapa rakan saya dalam 4-5 orang bergerak ke dalam kumpulan orang ramai. Kami menunggu bunga api bersama-sama mereka. Lawa jugak bunga api, mana taknye ini kali pertama saya pergi sambutan merdeka.

Selepas pertunjukan bunga api selesai, kami bergerak perlahan-lahan sambil mengedar risalah. Betul kata orang, kita kena selalu fikir positif. Kita selalu fikir kawan-kawan kita di KLCC ini akan mencemuh kita dan lain-lain pandangan yang buruk. Tapi Alhamdulillah, kami dijumpakan dengan kawan-kawan kita yang tidak seperti itu. Mereka ada yang memakai tudung, ada yang tidak, ada yang pakai baju ketat, ada yang sedang memadu asmara dengan pasangan mereka di tepi tasik KLCC. Mula-mula takut mahu dekat dengan mereka, tapi akhirnya tiada rasa takut lagi. Sekurang-kurangnya pandangan atau sangka buruk kita pada mereka berkurangan. Mereka tidak sejahat yang dikata. Di dalam hati mereka masih ada rasa hormat, masih ada Iman, masih ada agama, masih ada Tuhan, cuma mungkin mereka tersilap jalan. Sempat berbual-bual dengan mereka sambil-sambil edar risalah.

Ada yang dengan ramah bertanya kami dari mana. Mungkin mereka sangka kami dari kumpulan-kumpulan tertentu. Saya hanya jawab dari UIA. Ada juga yang baik-baik walau nampak ganas, siap bersalam dengan kita lagi. Tidak ada muka kebencian. Ada juga yang mungkin bergurau dengan kita. Seorang sahabat perempuan kita yang tidak bertudung di sana bergurau dengan berkata kepada saya: "Abang, bagi saya risalah tu lagi, nak buat roket." Saya gelak je sambil hulur lagi risalah pada dia. Mungkin dia hanya gurau sahaja, mana tahu risalah tu akan dia beri pula pada kawan dia. Waktu dia cakap macam tu, rakan dia di sebelah yang bertudung tetapi pakaiannya bleh tahan ketat menegurnya kerana kata-katanya kepada saya itu. Tapi bagi saya itu kira ok sahaja. Cukup tunjuk walau mereka tidak pakai macam kita, tidak tutup aurat, mereka masih ada perasaan bila lihat orang buat kerja dakwah diperli (walaupun bagi saya kawan dia yang tidak bertudung itu hanya bergurau).

Kami bergerak lagi, sedikit sahaja bukan Islam di sana. Bertembung ramai-ramai sahabat-sahabat kita yang sedang duduk di tempat-tempat gelap, kami pergi pada mereka hulur pada mereka risalah sambil memberi salam. Tidak lupa ucap terima kasih pada mereka kerana sudi terima risalah kami.

Bertembung pula kumpulan yang bercampur baur lelaki dan perempuan, Pergi pada mereka, ini kumpulan paling ramah kami pernah jumpa. Siap borak-borak tanya belajar kat mana, siap semua budak-budak lelaki dalam kumpulan tu salam lagi dengan kami. Mereka tidaklah sejahat mana.

Berjalan terus berjalan. Risalah untuk remaja sudah habis, yang tinggal untuk bukan Islam. Sungguh sedikit bukan Islam malam itu. Bertembung dengan sorang amoi tengah jual belon. Fikir dua kali macam mana nak bagi risalah kat dia. Macam tak sedap pulak ganggu dia jual belon. Akhirnya seluk saku, ada duit sikit. Pergi kat dia dan beli sebiji belon, sambil bayar duit belon, hulurkan juga risalah. Akhirnya, saya berjalan dengan belon yang terapung di udara yang terikat di beg saya. Belon tu akhirnya bagi dekat sorang budak kecik yang tolong mak dia berniaga kat tepi jalan.

Pukul 2 pagi, kembali ke Masjid asy-Syakirin dan bertolak pulang. Kenangan manis di KLCC dengan rakan-rakan baru di malam merdeka tidak boleh dilupakan.

Wslm WBT

Ejen-ejen syaitan di UIA

Assalamualaikum WBT.

Convest UIA sudah berakhir. Apa yang best, apa yang tidak best?

Semuanya macam biasa. Tapi gempar di UIA yang memanaskan hati saya tidak pernah berhenti. Jika dulu saya menulis tentang taaruf week di UIA, dan ada yang membalas, dan membela dengan penuh pembelaan.

Convest tidak mengubah apa-apa. Cuma mungkin tempat makan saya lebih dekat daripada sebelum ini, maklumlah duduk di Mahallah 7 yang jauh nun di atas bukit dan secara kebetulan dekat dengan Convest Hill.

Tapi bukan itu yang ingin saya cerita, bukan kisah ramainye pasangan-pasangan berdua-duaan, kerana tidak wujudnya convest pun sudah ramai pasangan memadu asmara, maka apatah lagi jika peluang bertemu di Convest Hill lebih luas dengan adanya pesta Convest.

Akan tetapi, yang ingin saya cerita ialah kisah manusia yang berperangai seperi kafir Quraisy ketika Rasulullah SAW memulakan dakwah tauhidnya di bumi Makkah. Saya ingin menulis tentang manusia yang kepala otaknya dipenuhi dengan idea-idea syaitan yang cuba menghancurkan agama, bahkan menjadi penghalang kepada dakwah. Saya ingin bercerita tentang manusia yang menjadi tali barut kafir di UIA, menjadi lidah puak-puak musuh Islam.

Di convest ketika pelajar sibuk berpesta, maka muncullah sekelompok kecil yang cuba membuat dakwah, mengedar risalah tentang agama Islam, yang mengandungi nasihat-nasihat kepada pelajar. Mengajak pelajar-pelajar kepada yang baik dan meninggalkan yang buruk.

Akan tetapi sebagaimana biasa, muncul tangan-tangan syaitan yang mengangganu. Muncul manusia yang menggunakan kuasanya untuk menghalang usaha dakwah. Manusia yang berperangai seperti Abu Jahal dan Abu Lahab ini telah membuat pengumuman di Convest menuntut sesiapa yang menerima risalah dakwah ini untuk melaporkan kepada mereka, manusia yang menjadi bayangan syaitan di UIA ini menggertak mereka yang mahu mengedarkan risalah dakwah di UIA.

Ingat! Kesabaran ada batasnya. Anda mempunyai kuasa, anda mempunyai pengaruh, tapi ingat darah-darah yang mengalir dalam urat-urat kami, tulang-tulang kami yang teguh atas dasar tauhid tidak akan tunduk kepada syaitan-syaitan yang menyerupai manusia di UIA. Tawakal kami bukan kepada anda wahai ejen-ejen syaitan di UIA, tawakal kami hanya untuk Allah. Kamu gertak kami, kamu sekat kami, kamu ugut kami, tapi ingat akan tiba masanya, kamu akan tahu tinggi atau rendah bumi ini. Bair kami jadi manusia yang asing di bumi UIA.

Manusia yang menjadi ejen-ejen kafir di UIA ini, tidak akan puas.

Kawan-kawan sekalian, jangan takut. Apa yang perlu ditakuti pada ugutan-ugutan mereka sedangkan Nabi Muhammad SAW dan sahabat diseksa lebih kuat ketika membawa bendera tauhid. Ingat! Kemenangan akan tiba! Berazam untuk UIA kembali kepada cahaya dan keluar dari kegelapan.

Wslm WBT

Kena seimbang Akademik Dan Agama?

Assalamualaikum WBT.

Aada seorang sahabat mengur saya, kerana takut jika saya terlalu asyik dengan mencari ilmu agama, hingga tidak seimbang dengan akademik saya. Terima kasih untuk nasihatnya. Nasihat adalah sesuatu yang baik, kerana itu yang Islam ajar kepada kita. Akan tetapi nasihat juga adalah sesuatu yang keluar dari lidah manusia, yang adakalanya benar dan adakalanya tidak benar. Maka setiap nasihat perlu dinilai, jika benar maka kita ambil dan jika tidak benar, maka kita ketepikan ia.

Persoalnnya, benarkah saya tidak seimbang dalam mencari ilmu agama dan akademik? Saya terfikir, berapa panjangkah masa yang saya gunakan di dalam kelas untuk belajar subjek akademik dan berapa banykkah pula masa yang saya gunakan untuk belajar Aqidah, Hadis, Feqh, Tafsir dan lain-lain. Jika dihitung, saya fikir saya masih bukan manusia yang seimbang kerana tempoh masa saya di dalam kelas untuk belajar Accounting, Ekonomi dan lain-lain sudah pasti melebihi masa yang saya gunakan untuk belajar ilmu-ilmu yang fardhu 'Ain.

Kita serinag bercakap tentang soal 'balance', keseimbangan dunia dan akhirat, akan tetapi sering juga penyelesaian yang diberikan ialah anda kena kurangkan waktu anda belajar agama, seimbangkan dengan akademik seolah-olah yang bercakap itu buta atau terlupa dengan realiti bahawa lebih banyak manusia yang melebihkan subjek akademik berbanding subjek-subjek yang Fardhu 'Ain untuk dipelajari.

Kenapa bila bertembung masa untuk belajar subjek akademik dengan kuliah-kuliah agama, kita lebih sanggup mengorbankan kuliah agama dan duduk di bilik atau pun duduk di dalam 'study group' kita? Di manakah keseimbangannya. Hatta walaupun sudah 'plan' untuk datang ke kuliah agama, tetapi tiba-tiba ada kawan ajak buat 'study group' kita hanya bersetuju tanpa mahu menyatakan tidak kerana kita ada subjek fardhu 'Ain yang perlu dipelajari.

Inilah kesilapan kita, hanya kerana soalan tentang 'Apa maksud kalimah Lailahaillallah' tidak pernah masuk dalam mid term exam atau final exam kita, tidak pernah dikira dalam CGPA kita, maka kita seolah-olah tolak ketepi hal-hal ini, seolah-olah ilmu-ilmu ini tidak penting atau kata lembutnya kurang penting.

Tidak kiralah kita mengambil jurusan perubatan, ekonomi, undang-undang dan lain-lain, akan tetapi ilmu-ilmu Fardhu 'Ain seperti Tauhid, Feqh dan lain-lain adalah satu kewajipan. Tidak semua orang wajib mempelajari ilmu kedoktoran kerana mungkin dia adalah seorang pelajar ekonomi. Akan tetapi semua insan tak kira apa bidangnya wajib mempelajari ilmu-ilmu fardhu 'Ain, dan hal yang wajib inilah kita abaikan.

Maka, lepas ini, cuba kita periksa sendiri adakah diri kita telah cuba memberi masa untuk subjek-subjek yang wajib ini ataupun kita telah melatkkan benda yang wajib ditempat yang tidak sepatutnya.

Wslm Wbt

Kita Menyokong Hizbullah Bukan Syiah-DR Asri Zainul Abidin

KITA SOKONG HIZBULLAH BUKAN SYIAH

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sebelum episod Peperangan Teluk Pertama bermula, saya berada di Jordan. Suasana ketika itu cukup panas. Saddam yang sebelum itu dikenali sebagai seorang yang teramat zalim dalam sekelip mata ditabalkan menjadi wira umat yang akan bertempur dengan syaitan besar iaitu Amerika. Apatah lagi pabila Saddam meletakkan perkataaan ‘Allahu Akhbar’ pada bendera Iraq. Khutbah-khutbah Jumaat begitu menggegarkan di seluruh Timur Tengah dan dunia Islam. Nama Saddam yang merupakan samseng semalam telah dianugerahkan ‘Salahuddin Al-Ayubi Baru’.


Bahkan, dia dikatakan insan yang RasululLah s.a.w janjikan dalam hadith-hadith baginda. Sehingga ada yang cuba mengkaitkan keturunannya dengan keturunan RasululLah s.a.w. Pemimpin-pemimpin gerakan Islam juga menuju ke Iraq. Saddam dipuji dan disanjung. Tiada siapa lagi yang mempertikaikan akidah ba’ath yang dianut oleh Saddam. Tiada siapa lagi yang mempertikaikan sosialisme Saddam. Tiada siapa lagi yang bertanya tentang darah-darah para ulama yang dibunuh zalim oleh Saddam. Bahkan semua kejahatannya dibela oleh berbagai pihak dengan berbagai ungkapan yang menghiasi kalam. Ketika itu juga sikap dan pendirian al-Ikhwan al-Muslimin berpecah di peringkat antarabangsa. Negara yang terlebih semangat seperti di Jordan, para pemimpin Ikhwan mengangkat nama Saddam. Namun pemimpin mereka di Iraq yang telah lama merasai kejahatan dan kezaliman yang tidak terperi dari Saddam enggan mempercayai penuh watak baru Saddam. Apa pun yang berlaku, pusingan Perang Teluk Pertama tamat, Saddam tidak tumbang. Saddam juga tidak banyak berubah. Tapi, Perang Teluk Kedua sekali lagi mengangkat namanya. Seperti juga cerita semalam ketika perang Teluk Pertama. Ramai ulama berfatwa. "Dosa dan akidah Saddam jangan ditanya, menentang musuh itulah yang lebih utama". Kita semua setuju. Berkalungan doa untuk Iraq dan Saddam setiap waktu. Sehinggalah dia dijatuhkan dalam edisi perang tersebut oleh Amerika yang merupakan syaitan lagi dajjal itu.

Hari ini ramai yang sudah melupai Saddam. Namanya sudah tidak kedengaran lagi. Dia disanjung ketika bersenjata dan perwira, dan dilupai ketika dipenjara dan dihina. Begitulah kita dan pendirian kita. Namun satu hakikat yang tidak boleh siapa pun nafikan; Amerikalah yang memberikan kekuatan dan kuasa kepada Saddam dan Amerikalah juga yang menjatuhkannya.

Episod baru di Timur Tengah bermula. Dajjal Amerika mempunyai perancangannya yang sentiasa jahat. Bermula dengan pembunuhan Hariri, presiden Lebanon, dihambat keluar kuasa Syria dari Lebanon sehinggalah dicetuskan peperangan yang akan ditamatkan nanti. Isu nuklear Iran dibangkitkan sebelum itu. Isu itu juga dipadamkan dengan isu baru. Seperti mana perang Lebanon memadamkan tumpuan kepada jihad di Pelestin dan kejahatan Yahudi yang menculik dan menangkap pimpinan kerajaan Hamas. Nama pimpinan Hamas yang tulus berjuang dilupakan. Kini, Nama Hasan Nasr ALLAH pula kedengaran sebagai wira baru. Dia ditabalkan dengan lebih bersih. Nilai-nilai pengganas atau terorism kurang dilekatkan kepadanya. Tidak seperti Usamah bin Laden yang ditakuti itu, atau Mullah ‘Umar yang berperang mempertahankan Afghanistan. Kedua-duanya dianggap pengganas yang merbahaya tanpa tolok bandingnya. Watak Hasan Nasr ALLAH lebih indah dan media lebih memberikan nilai-nilai tambah untuknya. Siapa di sebalik drama baru ini kita tidak pasti. Sekalipun kita amat menyokong setiap penentangan terhadap regim zionist Israel, atas apa logo sekalipun. Zionist adalah paksi kejahatan. Sesiapa menentangnya maka layak digelar wira. Namun kita perlu berhati-hati..agar pisang tidak berbuah dua kali..

Seperti Perang Teluk, Perang Lebanon juga mencetuskan beberapa sikap dan tindak balas. Ada yang enggan menyokong sama sekali kerana Hizbullah itu syiah. Saya katakan ini sikap yang kurang wajar dalam suasana kita kekurangan wira untuk menentang zionist. Kebencian tidak boleh menyebabkan kita melakukan kezaliman. Syiah bagi kita menyeleweng, namun kita tidak kafirnya sekalipun kebanyakan fatwa mereka mengkafirkan kita. Melainkan sesiapa di kalangan mereka yang terbukti kufur disebabkan tindakan atau kepercayaan tertentu. Sama juga orang sunni jika menyeleweng dari batasan iman. Fekah Islam tidak melarang berperang di belakang pemimpin yang fasik dan zalim selagi yang diperangi itu golongan kuffar yang menentang Islam. Bahkan keadaan sekarang menuntut kesatuan suara dalam menghadapi Yahudi. Hizbullah sedangkan melakukan hal itu. Seperti Hamas yang sekian lama sudah melakukannya. Cuma mereka kurang dipuji kerana kurang senjata. Puncanya pengkhianatan pimpinan Arab yang ada. Adapun Hizbullah, senjata mereka cukup. Walaupun baru bertempur, namanya cukup-cukup disebut.

Ada pula yang terlajak sehingga menganggap segala ajaran Syiah boleh diterima pakai. Ini lebih melampau. Di Malaysia, aktivis Syiah bukan sahaja mengangkat gambar Hasan Nasr ALLAH, gambar pimpinan Syiah yang lain turut diangkat. Bukan itu sahaja, kafir mengkafir sahabat atau penghinaan termasuk terhadap Abu Bakr dan ‘Umar sudah kian berani. Email-email groups kian aktif mengedarkan fikrah ini. Jika sebahagian kepercayaan ini diterima mudah, runtuhlah bentang-bentang Islam yang telah dibina. Mereka ini memang betul-betul mengambil kesempatan. Jika benteng kota Lebanon roboh, apakah kita ingin robohkan juga kota akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang ada?!!

Saya seorang yang terbuka dengan kebebasan fikir. Namun kebebasan ini hendaklah tidak membawa kepada keruntuhan prinsip. Ada yang kata kepada saya: "Dr, kita orang sunni tidak melawan dengan Amerika dan kuffar, ahli sunnah sudah tidak relevan lagi..Syiah saje yang berani sekarang". Saya katakan; kita sanjung penentangan mereka. Apatah lagi rekod Hizbullah juga mendorong ke arah itu. Namun kenyataan yang menyebut orang sunni tidak menentang Amerika dan kuffar sudah melampau. Siapa yang menghalau Rusia keluar dari Afghanistan? Siapa yang membantu mujahidin ketika itu? Siapa yang berperang di Kasymir? Siapa yang berperang Chechnya? Siapa yang berperang di Iraq sehingga hari ini?. lebih penting, siapa yang sedang berjihad di Palestin yang sedang lupai sekarang akibat isu Lebanon. Begitulah adanya kita, apabila dibuat serangan baru, kita lupa serangan lalu..kita lupa Afghanistan, kita lupa Iraq, kita lupa Chechnya, kita lupa Palestin..kita lupa..kita lupa..

Cumanya pusingan dalam masa sehari dua ini, nama Hizbullah diperkatakan. Walaupun ketika artikel ditulis pemimpin Hizbullah baru sahaja menyebut kesediaan untuk genjatan senjata. Kita tidak tahu apa pula episodnya selepas ini. Namun, kita melihat Hizbullah sebagai Hizbullah. Kita enggan menyalahkannya dalam perkara yang mereka tidak lakukan. Walaupun hati kita amat terluka dengan pembunuhan kaum sunni oleh Syiah Iraq yang saban waktu dan belum lagi tamat hingga hari. Sekalipun para ulama termasuk al-Qaradawi meminta agar fatwa dikeluarkan oleh ulama Syiah mengharamkan perbuatan itu, namun mereka hanya mendiamkan diri. Tetapi dosa Iraq tidak patut untuk ditanggung oleh Lebanon. Maka seruan membantu perjuangan Hizbullah kita laungkan. Namun kita selalu meminta semua pihak berhati-hati. Banyak sendiwara dunia yang kita belum cukup faham mengenainya. Dan kita pula tidak boleh menghukum apa yang kita tidak tahu.

Kita belum mendengar Hasan Nasr Allah mengutuk dan menghina sahabat seperti yang dilakukan oleh Khomeni dan tokoh-tokoh Syiah yang lain. Kita tidak boleh menuduh sehingga terbukti. Namun kita berhati-hati. Kaum sunni di Lebanon bekerjasama dengan Hizbullah. Namun mereka berhati-hati. Kita juga perlu berhati-hati di samping terus menyokong mereka..Allah mencerita pendirian orang mukminin dalam Perang Rom-Parsi dalam surah al-Rum (maksudnya):1. Alif, Laam, Miim.(2). Orang-orang Rom telah dikalahkan –(3). Di bumi yang paling rendah (permukaannya); dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya –(4). Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (Kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -

Ya! Orang mukmin gembira dengan kemenangan Rom. Rom lebih dekat pegangannya dengan golongan beriman jika dibandingkan dengan Parsi. Namun orang mukmin tidak berkempen menganut agama Rom. Bahkan akhir tentera Islam menguasai Rom.

Saya secara peribadi tidak pernah terikat dengan fatwa mana-mana negara atau ulama. Tidak Arab Saudi, tidak juga Iran. Entah berapa banyak pendapat ulama-ulama dari Arab Saudi yang kita bangkang. Saya baru saje turut membentangkan kertas kerja di UIA, dalam satu seminar antarabangsa yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh ulama Syiah termasuk Ayatullah Taskhiri dari Iran. Saya mendengar pendapat yang baik dan menapis apa yang menyanggahi pegangan generasi awal Islam yang terdiri dari para sahabah dan tabi’in dan atba’ al-Tabi’in. Agama bukan sekadar berpolitik di dunia, tetapi keselamatan diri di akhirat. Penilaian kita hendaklah bersifat penilaian akhirat sebelum penilian dunia.

Malangnya ada yang mengambil kesempatan menuduh al-Syeikh Ibn Jibrin membuat fatwa yang tidak sesuai dengan waktu tentang Hizbullah. Pro-tehran di Malaysia memukul gong Syiah mengambil kesempatan isu tersebut. Fatwa itu sebenarnya fatwa empat tahun lepas. Al-Syeikh Ibn Jibrin berkata : Sesungguhnya fatwa tersebut tidak berkaitan dengan Hizbullah sama sekali. Akan tetapi ia berkaitan Rafidhah yang menganggap Ahl al-Sunnah sebagai kafir. Mereka (Rafidhah) juga mengkafirkan para sahabat Nabi saw –ridwanullah 'alaihim- dan mereka mencela al-Quran dengan mendakwa bahawa al-Quran telah berlaku perubahan dan ada kekurangan. (mereka menganggap) ada yang dibuang daripada al-Quran yang bersangkutan tentang Ali Bait (ahli keluarga Nabi saw).." Jika dilihat secara keseluruhan, ulasan terbaru beliau senada dengan apa yang saya tulis untuk menyokong Hizbullah dalam peperangan tersebut. Lihat penjelasan ini dalam Islamonline. Namun benar jika ada pendapat beliau tidak serasi dengan nas dan tuntutan politik semasa, kita berhak membangkang dan tidak bersetuju dengannya.

Ahli Sunnah di Iran telah menyokong perjuangan Khomeini menegakkan revolusinya. Kerana ia penilaian wajar ketika itu. Sekalipun selepas itu mereka ditindas dan dibunuh. Namun mereka tidak meratap atas sokongan lepas. Ini kerana pendirian itu dibuat sesuai dengan suasana dan tuntutan masa. Hal yang sama berlaku kepada gerakan Islam di Mesir. Jamal ‘Abd Nasir pernah berperang menentang Israel dan menang. Dia dibantu oleh pejuang-pejuang gerakan Islam. Lebih hebat ada yang menulis sejarahnya dengan menyebut ‘he was strongest enemy to zionism’. Namun beliau jugalah yang selepas itu membunuh para pejuang gerakan Islam termasuk Syed Qutb, ‘Abd al-Qadir ‘Audah dan lain-lain. Namun sokongan yang benar tidak pernah dikesali.

Kita wajar sentiasa berhati-hati dalam sikap dan melihat masa depan. Kita doakan kemenangan Hizbullah jika mereka benar-benar berjuang menentang Yahudi. Kita sokong senjatanya. Namun kita tidak sokong akidah Syiah. Harus dibezakan dua hal tersebut. Dalam musim ramai orang dikatakan ingin murtad, adakah wajar kita juga menuduh para sahabah kesemuanya telah murtad melainkan beberapa orang sahaja?!! Katakan tidak untuk Syiah!!

Apa yang menjadi masalah ialah perang di Lebanon diambil kesempatan oleh pencerca para sahabah di Malaysia…Yang menullis email mengedarkan akidah Syiah. Demikian yang berceramah. Begitu juga seorang penulis sastera mereka. Semakin berani menonjolkan akidah syiahnya.

Beritahu mereka kita ada sempadan yang jelas..kita pernah sokong Saddam bukan ba’athnya, kita pernah sokong Jamal ‘Abd Nasir, bukan sosialisnya, kita sokong Bin Laden bukan keganasannya... Maka kita sokong Hizbullah bukan Syiahnya!!!

Benarkah Sheikh Jibrin mengharamkan menyokong Hizbullah?

Gambar al-Syeikh Abdullah bin Jibrin     

 

 

"fatwa tersebut adalah fatwa lama, pelajar-pelajarnya menyebarkannya tanpa pengetahuannya" (Abdul Rahman - Anak Syeikh Jibrin) 

 

Tentang fatwanya yang melarang membantu Hizbullah al-Faqih al-Syeikh Abdullah bin Jibrin menjelaskan bahawasanya fatwa tersebut tidak dimaksudkan kepada Hizbullah, sebaliknya ia dimaksudkan kepada membantu Rafidah secara am. Dan beliau (al-Syeikh Ibn Jibrin) berpendapat pada waktu sekarang, sepatutnya memberikan penumpuan menghadapi musuh Israil yang memasuki Lubnan dan Palestin.

 



Ketika menjelaskan penyebaran fatwanya di dalam lamanweb murid-muridnya al-Syeikh Ibn Jibrin berkata : Sesungguhnya fatwa tersebut tidak berkaitan dengan Hizbullah sama sekali. Akan tetapi ia berkaitan Rafidhah yang menganggap Ahl al-Sunnah sebagai kafir. Mereka (Rafidhah) juga mengkafirkan para sahabat Nabi saw -ridwanullah 'alaihim- dan mereka mencela al-Quran dengan mendakwa bahawa al-Quran telah berlaku perubahan dan ada kekurangan. (mereka menganggap) ada yang dibuang daripada al-Quran yang bersangkutan tentang Aalu Bait (ahli keluarga Nabi saw).." 

 

Dalam menjelaskan al-Syeikh Abdullah bin Jibrin berlepas diri dari mengulangi penyebaran fatwa tersebut berkata anaknya Abdul Rahman : "Bahawasanya fatwa tersebut adalah fatwa lama, pelajar-pelajarnya menyebarkannya tanpa pengetahuannya."

 

Fatwa tersebut pertama kali dikeluarkan pada tarikh 7/3/1423 H (2002 M), dan dipaparkan semula di lamanweb Syeikh semenjak 2 minggu yang lalu. Dan fatwa tersebut dijadikan oleh sebahagian lamanweb lain sebagai pendirian al-Syeikh terhadap Hizbullah pada waktu sekarang.

 

Al-Syeikh Abdullah bin Jibrin berpendapat sepatutnya kita sekarang memberi penumpuan menentang musuh iaitu israil yang memasuki Lubnan dan Palasten. Kita berdiri menentang dengan fitnah syaitan ini yang menghendaki kita terpesong daripada Islam......

 

 

Sumber: http://www.islam-online.net/Arabic/shariah_corner/Fatwa/topic_10/2006/08/03.shtml 

Sedikit Cerita Tentang Seorang Amoi

assalamualaikum wbt

bercerita tentang dakwah kpd non muslim. saya teringat satu pengalaman saya baru-baru ini dan pengalaman rakan saya.

biar saya mulakan dgn pengalaman saya sndiri.

ketika cuti sem baru2 ini, saya byk menghabiskan masa di dlm internet dan berpeluang join satu komuniti. Dan komuniti ini bukanlah spt group hadith 40, alfikrah dan lain-lain yg kesemuanya islamik, akan ttp komuniti yg saya join adalah tmpt budak2 remaja berkumpul, menulis sesuka hati mrk dan lain2.

tiba-tiba inbox pm saya di dlm komuniti itu dimasuki satu msg dr seorg wanita cina dlm lingkungan 30 an. dan kami bertukar id yahoo messenger.

bermulahlah ceritanya, dia memberitahu saya bhw sudah 10 tahun dia cuba utk peluk islam, tp ada sahaja masalahnya. 10 tahun lalu dia pergi ke pejabat agama, ketika itu waktu malam, bila smp di pejabat agama, pejabat agama kata kalau nk peluk islam kena pergi PERKIM. kasihan sungguh amoi itu sudahlah dlm keadaan malam yg gelap gelita, pihak jabatan agama hanya membiarkan dia terkontang-kanting mencari pejabat PERKIM. Dan bila dia tiba di pejabat PERKIM, ofisnya gelap tidak berpenghuni. Maka angan-angannya untuk memeluk islam tinggal begitu sahaja.

Ketika berbual-bual dgn dia melalui YM , saya tidak mahu dia memening-meningkan kepala dgn jabatan agama, maka soalan saya yg pertama adakah dia telah lafazkan kalimah syahadah.

Alhamdulillah, dia bgtahu yg dia sudah lafazkan di hadapan seorang raknnya, cuma belum official islam. dan amoi ni wkt2 still amalkan cara hidup bukan islam, tp bg saya alhamdulillah dia telah peluk islam, itu yg paling utama.

kami berbual pjg melalui ym, dan saya memberikan dia byk link2 utk download e-book yg berkaitan basic ttg islam terutamanya ttg rukun iman n islam. dia bertanya kpd saya ttg solat, saya terfikir bgmana saya mahu mengajranya dgn internet. alhamdulillah saya ditemukan dgn slide show cara solat yg diambil dr buku sheikh abdul aziz bin baz. alhamdulillah sungguh elok slide show tersebut, amat mudah utk difahami, dgn step by step dr wudhu smp solat.

selepas2 tu dia bertanya lg ttg bacaan-bacaan solat, saya terfikir lg, bgmana saya mahu mengajarnya, tiba2 saya ditemukan dgn ringkasan sifat solat nabi dlm b.inggeris. saya berikan kpd dia, dan saya siapkan juga e-book utk edisi lengkap sifat solat nabi oleh al-albani utk dia jdkan rujukan. mungkin sukar untuk dia belajar sendiri. akan ttp Allah permudahkan usaha saya n perjalanan hidup dia, saya mendpt tahu amoi ini belajar di USM, dan hari itu juga saya mendpt tahu seorg kwn perempuan saya lepasan matrikulasi akan memasuki USM, saya terus menghubungi rakan saya. saya menghadiahkannya sebuah buki 'prophet's prayer described' utk dia gunkana wkt mengajar amoi tersebut solat.

amoi tersebut beritahu saya dia dah pergi pusat islam di usm utk peluk islam secara rasmi. Tapi saya terkedu bila dia beritahu officer sana hanya akan keluarkan sijil pengislamannya selepas sebulan, itupun jika dia lepas dlm ujian, dan saya sekali lagi hairan bila amoi itu beritahu saya ujian itu termasuklah bab2 fardhu ain spt solat etc. saya terkedu, tidak bolehkah keluarkan shj sijil tersebut serta merta slps amoi tersebut peluk islam. soal ujian fardhu ain dan lain-lain, slps dah keluar sijil tu buatlah. Saya takut nanti jika amoi ini menemui ajalnya sblm sijil dikeluarkan, dan ketika itu apakah kita mahu tragedi JAWI VS keluarga Moorthy berulang? akan ttp saya tidak mahu dia berfikir ttg hal itu, maka saya katakan sijil itu semua xpenting, yg pnting awak sudah islam, dan awak bljr ttg islam.

amoi itu bertanya ttg soal pingan n mangkuk dirumahnya? adakah perlu disamak, saya katakan xperlu, dan saya terpaksa terangkan knp saya menolak pendpt majoriti msykt kita yg berkeras mengikut qaul mazhab asy-syaffie dlm hal ini. dan alhamdulilah amoi itu berpuas hati dan berkata dia tidak akan menyusahkan diri utk menyamak pinggan mangkuk keluarganya. saya terfikir apakah yg muncul dikepala ibu bapanya jika melihat anaknya membasuh pingan mangkuk mrk dgn air tanah!

amoi itu beritahu saya bhw ustazah2 di pusat islam kata kena samak, akan ttp dia ckp pd saya dia lebih yakin dgn penghujahan saya. saya kepeningan seketika, jd mudahnya saya ckp pd amoi tersebut xperlu samak akan ttp dlm masa yg sama jgn beritahu pd sutazah2 tersebut yg dia tak samak pinggan mangkuknya. Alhamdulillah amoi tersebut bersetuju dgn saranan saya.

dia memberitahu saya, bhw ayahnya naik angin bila berita dia memeluk islam smp kpd familinya. berita ini muncul apabila di USM dia mula memakai tudung, n amoi ini tidak tahu manusia manakah yg gatal2 report pd familynya. ibunya juga memberi warning jgn dia balik rumah dgn pakai tudung. dia xtahu sama ada mahu balik rumah atau tidak. dan adiknya ada menelefon dia memberitahunya spy berhati-hat krn ayahnya berada di sekitar pulau pinang.

saya nasihatkan dia spy jika keadaan reda, pulanglah kerumah n jika ibunya marah2 jgn menjwb atau berkasar, bahkan layanlah ibunya dgn baik sbb ibunya pun xberapa sihat.

saya cuma mengikuti perkembangannya melalui emel n ym, dan syukur kawan alam sepersekolahan saya ada disana utk membantu amoi td.

mungkin terlalu pnjg tulisn kali ini, tp ia cuma satu perkongsian, saya hanya melakukan sedikit shj utk pengislamannya, akan ttp biarlah ia jd satu motivasi bg saya utk teruskan dakwah tauhid kpd non-muslim setakat mana yg saya mampu.

wslm wbt

Apa kata Sheikh Fauzi Audah (anak murid al-Albani dan ben Baz) tentang Hizbullah

Statement Sheikh Fauzi Audah, anak murid kepada al-Albani
dan Abdul Aziz bin Baz. Dia hadir malam tadi di UIA memberi talk ttg manhaj
salafi. Di sesi soal jawab penyoal bertanya ttg isu Hizbullah.



Sheikh Fauzi Audah membawakan beberapa kisah untuk menjawab antaranya kisah
sahabat Nabi SAW dengan iblis yang mencuri tamar yg mengajarkan sahabat ra
tersebut utk membaca ayat kursi. dan Sheikh Audah juga membawakan kisah seorg
badwi yg kencing di dalam masjid dan lain-lain.



Kesimpulan jawapannya ialah kita boleh menyokong Hizbullah walaupun mereka Syiah,
akan tetapi adakah semua perkara yang Syiah lakukan adalah salah? Ini sama
seperti kes iblis yg mengajar ayat kursi, iblis telah jelas sesatnya akan tetapi
dalam kes mengajar ayat kursi dia benar. Begitu juga dengan Hizbullah, zahirnya
mereka Syiah akan tetapi dalam kes menentang Israel maka mereka benar. Begitu
juga kata Sheikh Fauzi Audah, kita perlu juga melihat manakah lebih besar
mafsadat atau maslahah. Ini sama dalam kes badwi kencing dalam masjid.



Boikot atau tidak?





Aslm WBT.

Di sini beberapa ulasan tentang seruan memboikot barangan USA dan lain-lain.

Ustaz A: "Itu maknanya banyak negatif, maka tak perlu boikot. Fatwa al-Qaradawi tu secara umumnya memang benar. Tetapi secara khusus banyak aspek yang perlu diambil kira seperti implikasi. Apa faedahnya pulau kalau ia tidak memberi kesan kepada AS (tapi merugikan umat Islam). Rasanya kalau pulau filem dan hiburan lagi baik."

Ustaz B: "Ana tak boikot McD. Tiadak ada faedah yang jelas dan diusahakan oleh pekerja Muslim".

Ustaz C: "Tidak relevan boikot kerana McD itu hanya konsesi nama sahaja, tetapi tauke rakyat Malaysia."

Ustaz D: "Tetapi jenama USA yang DIRECT bagi untung kepada mereka memang PATUT diboikot. Macam kes product Danish masa depa siarkan kartun hina Islam 2-3 bulan dulu.

Apa pula Masri kata?

Aku punya pandangan sama sahaja, bahkan sebelum aku dapat sms dari kawan-kawan aku yang dapatkan komen ustaz-ustaz di atas, aku dah berpendirian macam tu.

Tapi sesiapa yang nak boikot dan menyahut seruan fatwa al-Qaradawi pun tidak mengapa, kerana ini bukanlah sesuatu hal yang qath'ie kerana setiap tindakan itu ada kesan baik buruknya.

Cuma aku nak tegur sikit, kepada sesiapa yang mahu boikot, boikotlah tidak ada masalah. tapi janganlah bersikap kurang ajar dengan mahu menjadi jurucakap Tuhan dengan menyatakan jika anda tidak boikot maka anda ke neraka dan seumpamanya.

Bahkan yang 'pandai' sangat siap marah kalau kita tak percaya emel yang dia forward konon barang-barang ni ejen Israel dan lain-lain. Apa anda ingat emel anda tu al-Quran dan hadis-hadis yang sahih ke sampai kami wajib BERIMAN kepada emel anda?

Bahkan kerana terlalu 'pandai' siap sesuka hati forward walau tak tahu kebenaran beritanya.

Sekian WSLM WBT.

Jawapan Untuk Isu Serban

Aslm wbt

Hukumnya adalah harus.

Ia adalah sunnah yg bukan syarie spt solat dan lain2.

Jika anda memakainya krn mahu mencontohi pakaian rasulullah saw, insya-allah.

Cuma dalam kes ini, kewajaran bapa pelajar tersebut yg membesar2kan hal itu dan
membawanya ke mahkamah utk menyaman sekolah krn pihak sekolah tidak
membenarkan pemakaian serban adalah tidak patut, hinggakan anaknya
diberhentikan sekolah. keutamaan adalah menuntut ilmu, buknnay berserban.

Begitu juga dgn sunnah guna kayu siwak, makan kambing, naik unta dan
lain2..semuanya nabi saw lakukan. akan tetapi spt makan kambing, jika doktor
mengesahkan kita xleh makan kambing atas sbb kesihatan, adakah patut kita ingkar
arahan doktor tersebut sdgkan dgn memakan daging kambing kita telah menolak
sunnah yg lbih besar yg menuntut kita menjaga kesihatan kita..begitu juga dgn
naik
unta, jika kita naik unta semata2 nabi saw naik unta hinggakan kita menentang
arahan ulil amri mengharamkan haiwan di highway, kita telah melanggar sunnah yg
lbih besar yg menuntut kita mengikut arahan ulil amri selg mana xbercanggah dgn
syarak.

wslm wbt

Forum Gerakan Tajdid

Assalamualikum WBT.

Sedikir dari forum gerakan tajdid di Mont Kiara semalam.

ada banyak benda aku nak cakap dalam forum tu tapi sempat dua perkara
sahaja. Kat sini aku cuba tuliskan perkara-perkara yang aku nak cakap
semalam tapi tak tercakap.

1) Lepas kita keluar dari forum tajdid ni, dah faham apa tajdid dan
lain-lain. Adakah kerja kita hanya duduk dalam kuliah sahaja lepas tu
berseronok dengan istilah tajdid, bermanhaj salafussoleh, kembali
kepada al-Quran dan as-Sunnah? Kita bercakap tentang hadis dhaif,
palsu dan lain-lain, akan tetapi kita kena apply semua ni kat luar.
Aku mintak semua yang mahu menggerakkan tajdid supaya tidak menjadi
pondan yang cakap berdegar-degar. Maka kita kena keluar, kita nampak
kawan-kawan kita yang coupling, dating dan lain-lain, kita kena tegur.

2) Imej perlu dijaga. Bila kita mahu gerakkan tajdid, maka imej
adalah penting. Elakkan perkara hal individu kita yang akhirnya
menyebabkan kesan kepada gerakan sunnah. Contoh mudah, kita bercakap
soal tajdid, kembali kepada sunnah, akan tetapi muka kita jarang
nampak kat masjid. Payah nak jumpa kat saf paling hadapan di masjid.
Kalau sunnah yang macam ni pun kita abaikan macam mana boleh bergegar-
gegar cakan nak bawa manusia balik kepada al-Quran dan asSunnah.
Walaupun nampak macam peribadi, tapi manusia melihat semua tu.
Samalah seperti isu kerajaan Negeri Perlis isytihar Perlis Darus
Sunnah di karnival Jom Heboh. Tempiasnya, gerakan sunnah atau salafi
yang kena walaupun kita tidak menyokong tindakan penganjuran Jom
Heboh tersebut.

3) Prinsip tetap prinsip. Kita memang disuruh berhikmah, jangan
syadid dan lain-lain. Akan tetapi prinsip adalah prinsip. Sesuatu
yang bid'ah, sesat, haram, maksiat dan lain-lain mesti dinyatakan
dengan jelas. Jangan sampai orang yang bertanya pula keliru. Contoh,
orang bertanya hukum mengkhususkan malam Jumaat untuk bacaan Yassin.
Semalam Dr Asri memberi contoh ini dan antara ulasan yang dia berikan
ialah 'kita menyatakan bahawa Nabi SAW tidak melakukan sedemikian.
Kalau anda mahu lakukan tiada hal dengan kita'. Ulasan ni berbahaya,
berhikmah hingga menggadai prinsip. Sebelum ini kita berkata ia
bid'ah, akan tetapi tiba-tiba hari ini seolah-olah kita berkata
memang Nabi SAW tak buat macam tu, tapi kalau nak buat tidak mengapa.
Prinsip jangan digadai, dan sudah pasti ketegasan kita dengan prinsip
mesti disertai dengan hujah, dan bukan menghukum terus tanpa
menyatakan hujah.

4) Aliran salafi atau sunnah tidak mengikat atau memaksa kita
mengikut atau menyertai mana-mana kumpulan. Kita menolak taksub
kepada kumpulan dan mazhab. Pernyataan ini mesti difahami dengan
jelas bahawa kumpulan yang ingin kita masuki mestilah yang bukan
menentang Islam macam Tabligh, JIM, PAS, ABIM dan lain-lain. Akan
tetapi ini tidak bermakna kita sesuka hati boleh memasuki mana-mana
kumpulan yang kita mahu. Mereka yang berpegang dengan method sunnah
atau salafi jangan sesekali menyertai kumpulan-kumpulan yang menjadi
ejen musuh Islam seperti di UIA ialah Kelab Wawasan yang menjadi tali
barut penyebaran budaya hedonisme dan aliran sekularisme dan isme-
isme yang lain. Mustahil bagi kita yang berpegang dengan manhaj
salafi atau sunnah menyertai pihak-pihak sebegini rupa.

5) Sebagaimana kita menolak dakwah yang sempit yang menonjolkan kalau
anda ingin menjadi Islamik, maka anda perlu berjubah, serban, yang
muslimah pula perlu berjubah, tudung labuh yang bulat dan lain-lain.
Kita juga menolak pemikiran yang tak bebas yang mana berfikir bahawa
kalau anda mahu maju, anda kena pakai kemeja, tali leher dan lain-
lain. Kita tidak menyeru yang sebelum ini berkopiah, berjubah untuk
menanggalkan kopiah mereka dan menggantikannya dengan kot dan tali
leher. Kita juga tidak menyeru mereka yang bertali leher untuk
berubah kepada jubah dan serban. Kita tidak menyeru gadis-gadis yang
selesa dengan jubah dan tudung labuh bulat untuk memakai baju kurung
dan tudung yang biasa-biasa yang masih menutup aurat, dan kita juga
tidak menuntut yang berbaju kurung dan lain-lain yang masih menutup
aurat untuk beralih kepada jubah dan tudung besar.

Tamat apa yang tidak sempat dikatakan semalam

Antara Janggut Dan Serban?

Assalamualaikum WBT.

Apa isu kali ni? Aku tau apa korang nak aku cite. Mesti ada yang nak tanya pasal serban di sekolah. Aku setuju tak tentang tindakan hakim tersebut.

Ok aku buh pendirian aku secara ringkas

1) Serban bukan sunnah tasyri' sebagaimana solat, puasa, bela janggut, dan banyak lagi.

2) Tindakan berkeras dalam nak berserban di sekolah adalah sesuatu yang tidak patut.

3) Sepatutnya mengalah dalam hal ni kepada undang-undang sekolah. Pakai sahajalah songkok, adakah songkok tidak Islamik, kurang Islam kalau pakai songkok etc.

Akan tetapi aku tak setuju dengan cara hakim tu samakan isu serban dengan janggut. Janggut antara sunat dan wajib. Ia sunnah yang disyariatkan bukannya sunnah budaya sebagaimana Nabi Muhammad SAW pakai serban, jubah, naik unta dan lain-lain.

ni bawah ni aku bagi link-link pasal hukum janggut dan ia bukanlah sunnah budaya seperti serban, jubah dan lain-lain. Aku kat cyber cafe ni, tak sempat nak terjemah semua, ada ulama yang kata sunat, ada yang kata wajib tapi yang pasti ia tak sama dengan serban, jubah dan lain-lain.

http://63.175.194.25/index.php?ln=eng&ds=qa&lv=browse&QR=48960&dgn=4
http://63.175.194.25/index.php?ln=eng&QR=1189

bawah ni satu tulisan aku di al-ahkam.net sebagai respond pada isu serban ni

aslm wbt serban? ia sunnah adat, akan ttp ada satu sunnah tasyri' yg diharamkan di sekolah2 milik kerajaan iaitu janggut. Apakah jwpn hakim dlm hal ini jika kes ini dibawa ke mahkamah?

Adakah dia akan memberi jwpn ia sunnah yg sama spt serban, jika dilihat dlm akhbar hakim tersebut mungkin tidak tahu bhw sunnah berjanggut n serban adalah terlalu berbeza. Mungkin hakim tersebut tidak tahu.

pengalaman di sekolah dulu, byk tekanan dr atas sbb saya bela janggut dalam masa yg sama pelajar sikh boleh bela jambang. beberapa kali disuruh cukur janggut saya, but saya ignore, cikgu2 pun xdpt nak cakap apa2. cuma nak dekat SPM dulu, beberapa hari sblm exam, guru disiplain panggil, suruh cukur janggut. hairan juga, selama 2 tahun saya berjanggut, dan dia pun berkhidmat disekolah itu dlm tenmpoh tersebut, tidak pernah di tegur isu janggut saya tp beberapa hari sblm SPM dia tegur.

pk 2 3 kali baru saya cukur. mungkin dia xbg sbb takut2 saya xdpt masuk dewan SPM, so just ikut je. kena sangka baik dgn cikgu2 tersebut. kira ok selama 2 tahun mrk membiarkan saya membela janggut walau dlm rule saya telah membuat satu kesalahan. walaupun isu janggut saya jd perbualan juga dikalangan warga sekolah, hatta dikalangan pelajar, tp alhamdulillah saya xdikenakan apa2 tindakan. Tapi, apakah disekolah2 lain, guru2 mrk begitu yg mana disekolah saya guru2 yg non-muslim pun tidak kisah dgn janggut saya?

Taaruf Yang Hampeh di UIA

Aslm wbt

sori kepada semua pembaca, aku dah lama tidak update sebab busy di UIA dgn sesi taaruf. Nak cite pasal taaruf, boleh je. Komen aku taaruf ni adalah satu program yang membuang masa, jadi tempat budak-budak SRC UIA untuk mencapap di hadapan pelajar-pelajar baru, sekaligus mempopularkan diri sebab bulan September ni pilihanraya kampus.

Maka kalau nak popular, kenalah buat apa yang budak-budak baru suka..Apa lagi yang budak-budak suka, enjoyle apa lagi. Goreng gitar sampai tengah malam dan lain-lain.

Taaruf week juga adalah tempat untuk mempopularkan muka-muka dihadapan awek-awek yang baru masuk UIA. Mana taknye, waktu malam cultural night, di dewan tempat budak-budak laki wat performance, aku nampak sikit sangat comittee-comitte lelaki melayu. Yang ramai abangt-abang senior negro ku yang baik-baik belaka. Yang ramainya comitte-comitte lelaki melayu terakhir ialah di dewan tempat cultural night budak pompuan. Apa cite beb, nak cari populariti ke? Atau nak dapat undi awek-awek melayu terakhir di UIA.

Mana pergi Islamization beb? Solat Isyak hampir tiap malam lepas pukul sebelas. VIP datang kadang-kadang 930 apsal korang suruh berkumpul lepas maghrib. Apa solat tak pentingke, bila ada geng-geng aku dan aku nak pergi solat banyaklak soalnya tapi sebab budak-budak ni berkeras terpaksalah diorang benarkan. Apa cite ni beb?

Mana program tazkirah? Dahlah suruh berkumpul awal lepas maghrib, apsal tak guna waktu tu untuk program tazkirah. Kenapa guna waktu tu untuk membuang masa sambil buat lawak-lawak bodoh. Bukan sikit budak-budak new intake tu yang sikit punya power ilmu agama, budak melayu ada beberapa orang IRK, budak-budak laur lagi ramai. Apsal tak guna sahaja slot tu untuk suruh budak-budak tu bagi tazkirah dan lain-lain yang bermanfaat.

Mana pengisian tentang Islam, isu-isu umat Islam, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain. Kenapa tak guna waktu ni yang semua new intake students berkumpul untuk buat sesuatu yang bermanfaat?

Mungkin ada yang jawab nanti ia jadi membosankan? Aduhai dah kering idea sangatke? Buatlah tazkirah-tazkirah yang menarik, cara penyampaian yang menarik. Kalau boleh buat flash yang macam-macam, apsal tak buat satu flash yang isi kandungannya hadis-hadis nabi SAW dan lain-lain.

Takpun buat flash tentang macam mana cara berpakaian ikut Islam. Kan elok wat macam tu sebab dalam dewan tu semua jenis students ada bahkan mungkin ada yang memang betul-betul tak tahu dan menyangka pakaian mereka menutup aurat sedangkan tidak.

Apa cite ni beb? Lpas ni kalau budak-budak SRC atau budak-budak Kelab Wawasan nak marah aku marahlah.

Hah lagi satu, aku jumpa budak-budak maaruf club, aku tanya apsal tak jadi comitte kalau diorang ada, maybe adalah sikit pengisian yang berfaedah. Bro Maaruf club tu jawab bukan tak nak jadi tapi dah tak dapat. Agaknya kelayakan nak jadi comitte mesti masuk Kelab Wawasan kot.

Hah mesti lepas ni ada budak tuduh aku WUFI dan lain-lain. Suka hati koranglah.
Wslm WBT

Antara Ilmiah Dan Pemikiran

Tajuk ini pasti akan membingungkan kita. Isu yang mahu disentuh ialah tentang kebangkitan gerakan-gerakan Islam khususnya di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) tidak kira awam atau pun swasta. Kecenderungan golongan muda kepada gerakan Islam dilihat bermula selepas era revolusi

. Ia membangkitkan semangat keIslaman di seleuruh dunia. Artikel ini tidak mahu berbicara tentang revolusi

Iran

dan kesannya. Artikel ini adalah satu singgungan kepada apa yag berlaku di kalangan mereka yang bergelar aktivis Islam.

   

   

Jika menyebut pelajar-pelajar yang terlibat dalam gerakan Islam, maka akan terbayang di kepala kita pemuda-pemuda berkopiah, berbaju raihan dan pemudi-pemudi berjubah, bertudung bulat dan lain-lain. Jika setakat imej mereka begitu, itu bukanlah satu kerisauan, akan tetapi yang merisaukan apabila mula timbul isu inilah imej Islam, mereka yang tidak memakai pakaian seperti itu diangap seperti kekurangan sesuatu.

   

   

Mari kita lihat tentang isu tudung bulat. Ini adalah isu yang sering say abaca di dalam forum-forum remaja di internet lebih-lebih lagi yang berunsurkan agama.

gadis-gadis yang tidak bertudung labuh, bulat tetapi hanya memakai tudung tiga segi mengadu mereka dipandang serong. Saya bertanya adakah tudung mereka itu tidak menutup dada hingga tidak cukup syarat. Jawapan yang gadis-gadis itu berikan ialah tudung mereka menutup dada, pendek cerita mengikut syarat yang syara’ tetapkan. Maka di sini saya melihat kecenderungan untuk membentuk imej tertentu sebagai symbol agama telah timbul, bahkan mula wujud sikap melampau hinggakan perkara yang syara’ tidak pernah sibukan mula dibising-bisingkan. Apa kejadahnya menyuruh gadis-gadis yang sudah menutup aurat dengan sempurna untuk bertukar ke tudung labuh dan bulat? Apakah wujud dalil yang menunjukkan begitu? Hatta jika anda ingin menyatakan ia sunat sekalipun, maka mesti disertakan dengan dalil?

   

   

Bukanlah asing untuk mendengar perbualan-perbualan rakan-rakan kita yang menggunakan perkataan ‘ana’, ‘anta’, ‘anti’ dan lain-lain.

percakapan ini sering dilihat di kalangan pemuda-pemudi gerakan Islam dan pelajar-pelajar sekolah agama. Saya tidak menyatakan

gaya

percakapan sebegini salah walaupun saya lebih selesa mengunakan perkataan ‘aku’, ‘kau’, dan lain-lain. Cuma saya tidak mahu ia menjadi seolah-olah satu imej bahawa mereka yang mahu menyertai gerakan Islam, terlibat dalam menjalankan dakwah, amar makruf nahi mungkar, mestilah bercakap dengan

gaya

sedemikian. Imej sebegini hanya menjauhkan kita daripada masyarakat kerana ia seolah-olah menunjukkan kita dalah satu kelompok yang terpisah dan berbeza daripada yang lain.

   

   

Kadang-kala perkara sebegini menyebabkan berlaku pertelingkahan seolah-olah perbezaan pendapat antara yang halal dan haram. Sebagai contoh; sebuah persataun ingin mengadakan program berbuka puasa. Maka dicadangkan untuk majlis tersebut berjalan dengan pelajar-pelajar makan di dalam talam. Setiap talam mempunyai empat orang. Timbul pendapat lain pula yang mencadangkan supaya pelajar-pelajar makan menggunakan pinggan seperti biasa. Tiba-tiba yang mencadangkan untuk makan menggunakan talam menjawab bahawa sunat makan berjemaah. Di sini makan secara berjemaah dijustifikasikan sebagai makan di dalam talam. Sedangkan makan menggunakan talam, pinggan bukanlah isu berjemaah atau tidak kerana kedua-duanya dilakukan secara berjemaah. Yang patut dibincangkan yang manakah lebih banyak kebaikan, makan di dalam talam atau seperti biasa.

   

   

Contoh-contoh di atas hanyalah beberapa contoh. Kita tidak mahu tengelam dalam perkara-perkara yang sebenarnya tidak perlu. Kita perlu membezakan yang manakah ditekankan syara’ dan yang manakah sebenarnya hanyalah hasil pemikiran kita. Jangan jadikan pemikiran kita untuk menjustifikasikan sesuatu sedangkan Islam tidak pernah menyempitkannya.

Gaya

Ada

Iran

New Muslims Converted-Sila Bagi Respond

Assalamu'alaikum WBT.

 

Kat bawah ini adalah petikan dari blog Hafizbar. Aku harap semua yang membaca blog ini memberi tindak balas kepada isi kandungannya. Tindak balas yang aku kehendaki bukanlah meng' forward' tulisan ini ke seberapa banyak kawan-kawan korang. Akan tetapi tindak balas yang aku mahu, mudah sahaja, tulis emel, dan hantarkan kepada hafizbar@gmail.com dan Hfaiz akan forwardkan emel itu kepada dua saudara  seIslam kita yang baru sahaja memeluk Islam.

 

Sila ikut format yang diberikan dalam tulisan di bawah. Ini untuk memudahkan membezakan emel tersebut dengan emel-emel lain yang singgah masuk ke dalam Inbox Hafizbar.

 

Benda ni dah lama wujud dalam blog Hafizbar, hampir sebulan. Dan aku tanya Hafiz berapa ramai yang bagi emel kata-kata semangat, motivasi dan lain-lain kepada dua orang saudara kita tu. Jawab Hafizbar tidak sampai lima orang. Maka dekat blog aku ini, aku ingin menginatkan adakah isu ini terlalu kecil dibanding dengan isu-isu lain. daripada sibuk menulis emel meng'forward' benda-benda yang entah betul ke tidak, ini makanan ada sosej babi dan lain-lain 'nonsense' emel, lebih elok engkau semua luangkan masa menulis emel kepada saudara kita yang dua orang ini. Selamat membaca pengalaman Hafizbar bersama mereka dan jangan lupa hantarkan emel kamu semua.

 

warkah (surat) drp hafizbar buat sahabat2 di luar sana.

Dengan sukcitanya saya memulakan warkah ini dengan sebuah cerita. cerita yg tidak ada di mana2 melainkan hanya di hafizbar's site. dengarkan lah adik-adik sekalian.

Di sebuah universiti, di dalam sebuah ruang, aku singgah sembahyang zohor. Belum masuk waktu lagi. Aku pusing mata melihat keadaan sekeliling. tengok ada seorang mat saleh yg aku rasa baru kenal tempat `ini'. baru je masuk islam aku rasa. Bagi salam, tanya nama, jawabnya: ``Brant.... Brant johnson." aku balas, ``My name is Muhammad...."

Aku tanya tunggu orang ke? Dia kata tak... Nak tunggu sembahyang zohor. Aku tanya lama ke tunggu/ duduk sini? Dia kata dalam 10 minit. ****... selama 10 minit dia duduk dalam bilik tu, takde orang nak tegur, borak-borak dengan dia. Apa cerita? Orang yang konon-konon berjuang menegakkan keharmonian dan kebenaran dalam alam mayapada LANGSUNG tak ambil peduli dgn orang cam beliau (read: brant).

Berapa lama masuk islam? Dia kata about 3 weeks ago. sekali lagi, minda ku berputar-putar fikir ke mana perginya orang-orang Islam yg suka knee-jerk pada benda-benda yang langsung tak offended pun. Benda-benda besar nampak, benda-benda yang dianggap `kecil' langsung haram tak ambil peduli.

ULANGAN... kenapa lah bab-bab `kecil' utk bergaul, bersosial sesama muslim -- terutama new converted, langsung tak diambil kisah.

 


Lepas tu, aku kerap gak jumpa dia, kat school, masjid, etc. tiap-tiap kali jumpa kat masjid aku ajar dia al-fatihah (ajar semua, dan dia dapat baca dgn agak baik. dan juga dimaklumkan dia dapat hafal 5 ayat dlm masa 1 jam, lagi 2 ayat aku suh dia hafal sendiri. dia penat aku rasa, tu yg stop tu).

Lepastu sebagai sedara baru, aku pon faham apa tugas aku... selain tolong ajar benda-benda yg basic, aku bagi dia HADIAH quran, minyak wangi, etc.

itu baru cerita satu, ni plak cerita seterusnya

---
cerita dua (2)

sekali aku gi jalan-jalan kat Winona (minneapolis-winona = 2jam kereta). Singgahla kat masjid situ. lepak-lepak apa semua.... nak tunggu asar. sekali datang lah sorang new american muslim.

``ape nama"
``nama saya doug"
``bla bla bla bla"
``saya dah sebulan masuk islam"
``ooo ye ke... alhamdulillah. apa nama islam?"
``abd rahman"

maka berborak-borak la. ringkasan lebih kurang:

keadaan kat sana teruk. die dah sungguh-sungguh cari islam, masuk islam. tapi, takde sape2 yg dia boleh buat member nak tunjuk ajar ape seme. ade sekali die datang masjid tu... langsung takde orang. haram tul la.

die siap tanya aku macam-macam.. solat la, fatihah la. ape yg aku dapat jawab, jawab je la. pastu cakap kat die... kalau ade ape-apa soalan terus je jumpa ustaz. pastu die kata, ustaz yg selalu die jumpa tinggal jauh dari tempat dia. kene pegi bandar berhampiran.

sblm berpisah, aku bagi hadiah perfume/ minyak attar

---


Ini Format untuk emel yang korang kena hantar kepada  saudara kita.
ikut format ni:

---------------------------------------------------------------------------------
Subject: New Converted Muslim

Assalamualaykum Rafeeq/Abd Rahman,
Allah has forgiven every single of your sins at the moment you recite ``asyhadu al lailaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah"

Sincerely,
Hafizbar, Minneapolis, USA
---------------------------------------------------------------------------------

* subject line kat email ko tu, TULIS: New Converted Muslim. bukan letak kat isi  email.

* isi surat tu contoh je, ko taruk la ape2 ko nak, IKUT SUKA. panjang ke pendek  isi tak kisah.

* nama kena BETUL (mohd.....)

* ``Assalamualaykum" dan ``Sincerely" ... JANGAN tinggal. tak perlu ganti  ukhuwah fill-up atau ape2 yg sewaktu dgn nya.

* tempat tinggal ko pon MESTI tulis.

* Sila ikut format yang diarahkan. Ini untuk memudahkan kerja mencari emel-emel  yang tiba ke dalam inbox Hafizbar

 

Sekian blog hari ini. Ingat hantar emel, luangkan sedikit masa untuk saudara kita yang baru masuk Islam. Jangan abaikan mereka. Dan ingat hantar emel korang tu kepada hafizbar@gmail.com .

Maksiat Bukan Bid'ah Semata

Maksiat Bukan Bid'ah Semata.

Assalamualaikum WBT.

Bukan benda yang pelik untuk kita berjumpa orang yang begitu konsisten memerangi bid'ah di sana sini. Satu sifat yang terpuji, kerana bid'ah adalah perkara yang tercela. Bahkan Abdullah Ibn Mas'ud menunjukkan ketegasan dalam memerangi bid'ah zikir jemaah yang di anggap sesuatu yang baik di sisi sesetengah manusia.

Tapi, bukan memerangi bid'ah itu yang ingin ditulis di sini. Cuma sedikit luahan rasa hati.

--------------

Dr Asri dalam ceramahnya 'Ikhtilaf fi Ummati Rahmah' ada menyebut dua contoh.

Dia bercerita, ada seorang sahabat yang bila bercakap tentang bid'ah begitu bersemangat. Itu bid'ah, ini bid'ah. Maka ketika menziarahinya di rumahnya maka keluarlah anak dara membawa minuman untuk tetamu. Bukanlah perkara yang pelik anak dara menghidangkan hidangan untuk tetamu, bahkan patut dipuji sebab di didik sebegitu. tapi yang hairannya, anak dara ini memakai baju lengan pendek, ternampaklah aurat tangannya. Terfikir seketika, membuka aurat ni bukan maksiatkah seperti mana perbuatan bid'ah?

----------------

Seorang sahabat yang seperti di atas, istiqamah dalam memerangi bid'ah. Sambil-sambil berbual, dia mengeluarkan sepuntung rokok. Berasap-asap seperti naga. Menghisap rokok ni halalkah? Setahu aku, Ustaz Rasul Dahri pun dah keluar kenyataan haramnya rokok. Majlis Fatwa Saudi pun begitu.

Inilah juga yang Dr Asri pernah cerita. Satu program di Singapura, bila dia keluar dari tempat program, dia melihat anak-anak muda yang terlibat tadi sedang asyik menghembus asap-asap rokok mereka. Waduh pening kepala kita memikirkannya.

---------------

Azan berkumandang. Apa lagi jom ke masjid. Maka kita pun ajaklah teman yang ada ke masjid. Tapi ada pula alasannya, itulah inilah. Aik, tadi cakap pasal bid'ah berdegar-degar.

-----------------

Ini hanya sebahagian pengalaman. Maka janganlah marah jika tersembur dari mulut saya nanti 'lebih bid'ah dari ahli bid'ah'.

Wslm wbt

Bukan Salah Aku di rogol!

Assalamualaikum WBT.

Haha. Apalah tajuk aku ni. Memanglah bukan salah aku dirogol, yang salahnya bila berzina, meliwat, tengok cerita 'blue' dan lain-lain.

Ok jom baca apa yang aku nak tulis.

Pernah baca tak dalam surat-surat khabar, tengok dalam berita kat TV, dengar dalam berita kat radio, kes budak bawah umur kena perkosa.

Ada beberapa situasi yang menarik perhatain (bagi aku lah)

1- Undang-undang kat Malaysia, kalau lelaki berzina dengan budak perempuan bawah umur, maka tuduhan rogol akan dikenakan.

Komen aku: Sebab tu ramai budak lelaki merengkok dalam Henry Gurney dan lain-lain atas tuduhan rogol yang dibuat suka sama suka. Huih! Sedaplah ye budak-budak perempuan zaman sekarang, dah sedap-sedap 'main' dengan budak lelaki tu, maka kalau lepas tu rasa menyesal, bolehlah lapor kat polis, biar budak laki kena tangkap. Tak pun kalau rasa dah tak suka budak laki tu, bolehlah lapor kat poliskan!! Huhu, mana pergi pejuang hak asasi manusia? Ni budak lelaki di aniaya ni, kalau nak tangkap, tangkap lah lelaki dengan perempuan sekali sebab berzina. Apalak tuduhan rogol! Mana pergi aktivis-aktivis feminis yang konon perjuangkan keadilan, apsal kamu semua senyap. Maka, kesimpulan undang-undang ni tak adil, apa kejadahnya suka sama suka, pastu tuduhan rogol. Patutnya tuduhan zina.

2- Kes budak perempuan di rogol oleh lelaki yang sama, di tempat-tempat yang berbeza, pada waktu-waktu yang berbeza, dan di mana antara waktu-waktu tersebut sempat pula budak perempuan tu balik rumah.

Komen aku: Macam mana boleh jadi kat tempat-tempat berbeza kecuali kalau bukan perempuan tu yang pergi kat tempat tu. Kalau kena kurung dek lelaki tu, mesti budak tu tak dapat balik rumah. Jadi, patutke masuk kes rogol. Dahlah antara satu waktu dengan waktu yang lain jauh tempohnya. Ini menunjukkan perempuan tu yang dengan rela ikut lelaki tu pergi tempat tu. Kalau dah kena rogol dengan lelaki tu, buat apa pergi jumpa dia lagi. Jadi patutke masuk kes rogol atau pun sebenarnya zina!

3- Di rogol teman yang baru dikenali selepas bersiar-siar dengan menaiki motosikal

Komen aku: Tu lah, kan Islam dah ajar,pergaulan bebas lelaki perempuan di larang. Yang pergi naik motor bersiar-siar dengan dia buat apa, dahlah baru kenal. Kan naik motor dengan lelaki bukan mahram tu haram, bergesel sana sini.

4- Di rogol teman lelaki ketika 'dating'.

komen aku: Apa punya orang lah! Dah tau 'dating' haram. Yang kau pergi berdua-duaan dengan boyfriend kau di bawah pohon pisang buat apa. Dah lelaki kau bagi peluang, memanglah dia ambil.

Cukup 4 kes.

Maka akan berteriaklah pembela-pembela wanita dan hak asasi manusia, " Masri,membela perogol, menghina wanita, blablabla".

Aku akan membaca sambil tersengih menampakkan gigi aku. Apalah korang ni, bila polis suruh kita kunci rumah elok-elok supaya pencuri tak masuk, apsal tidak ada siapa yang pergi kata si polis nak bela pencuri, dan menyalahkan rumah yang dicuri.

Begitu juga, kalau motor korang kena curi sebab korang tak kunci, pasti polis akan cakap "Yang kau tak kunci siapa suruh". Adakah dalam situasi ni kamu semua akan kata polis membela pencuri?

Sama juga, apa yang aku nak, perempuan-perempuan semua jaga diri, ikut ajaran agama, jangan bagi peluang dekat insan-insan perogol ni. Jangan dedahkan diri kepada bahaya, jangan masuk lubuk buaya. Takkan itupun tak faham. 

Wallahu'alam

Wslm wbt

Orang Tutup Aurat Kena Rogol Gak!

Orang Tutup Aurat Kena Rogol Gak

Assalamualaikum WBT.

Mesti korang pernah dengar statement kat ataskan. Dakwwan wanita-wanita feminis yang berhempas pulas mempertahankan 'wahyu' yang mereka dapat untuk tidak menutup aurat. Alasan mudah, kata mereka orang tu