Al-Mathurat Ustadz Hassan al-Banna
Assalamualaikum wbt.
Aku ada rayau-rayau dekat web-web indon, maka terjumpa pula beberapa web saudara-saudara kita di Indon.
Ada yang menarik iaitu debat tentang al-Mathurat susunan Ustaz Hassan al-Banna.
Di sini aku akan letakkan link kepada diskusi tersebut.
Jawaban kritik atas al-Ma'tsurat Hasan al-Banna (1/3)
Jawaban kritik atas al-Ma'tsurat Hasan al-Banna (2/3)
Jawaban kritik atas al-Ma'tsurat Hasan al-Banna (3/3)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Baca juga kritikan saya ke atas pengamalan doa rabithah oleh saudara-saudara kita khususnya yang menisbahkan diri mereka kepada gerakan Ikhwan.
Doa rabithah hasan al-Banna: adakah di ajar oleh Nabi
------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa komentar saya sesudah membaca semua ini.
1) Komentar saya tentang doa rabithah bukan kepada Hasan al-Banna, sebaliknya kepada rakan-rakan saya yang sibuk menghafal doa tersebut seolah-olah ia doa yang Rasulullah saw ajarkan. Apa guna menghafal doa yang bukan dari al-Quran dan bukan yang nabi ajar. ? Apa beza doa rabithah yang Hasan al-Banna nukilkan dengan doa yang kita baca sendiri yang bukan dari al-Quran dan bukan juga nabi saw ajar? Tiada beza, sama sahaja tarafnya. Adakah kita menganggap bahawa doa yang sheikh-sheikh atau ustaz-ustaz kita susun lebih afdhal dari doa yang kita baca sendiri tanpa menghafal doa-doa yang mereka susun. Tanyakan kepada rakan-rakan kita yang menghafal doa rabithah, adakah mereka tahu bahawa doa tersebut bukan di ajar oleh Nabi SAW. Inilah yang berlaku, bila saya menimbulkan hal ini, beberapa rakan saya, saudara dan saudari kita terus menghantar mesej kepada saya bertanya, benarkah doa ini bukan Nabi ajar? Lihatlah salah faham yang terus berlaku lantaran mengamalkan sesuatu tanpa bertanya dan mahu mengambil tahu dari mana asal usulnya.
Ramai yang marah bila isu ini saya timbulkan, tapi lihatlah, isu ini timbul apabila saya melihat keghairahan saudara dan saudari saya kepada doa rabithah ialah sama seperti doa-doa dan dzikir-dzikir yang Nabi saw amalkan. Sehinggakan saling nasihat menasihati kepada rakan-rakan supaya jangan lupa membaca doa rabithah. Kenapa dikhususkan nasihat itu dengan doa rabithah? Kenapa tidak dinasihat sahaja secara mutlaq jangan lupa banyak berdoa. Lainlah kalau doa yang warid, contohnya jangan lupa baca doa yang nabi ajar sebelum masuk tandas, selepas masuk tandas.
2) Haramkah memulakan dzikir dengan bacaan Al-Fatihah.
Pasti ada yang berhujah bukan kah al-Quran itu sebaik-baik dzikir, maka
apa salahnya memulakan dzikir harian kita dengan bacaan ummul kitab.
Benarkah begitu? Jika begitu tulis sahaja nasihat kepada rakan-rakan
bahawa banyakkan dzikir lebih-lebih lagi membaca al-Quran kerana
al-Quran adalah sebaik-baik dzikir. Adakah kita sangka rakan kita tak
faham apa itu al-Quran? Sudah apstilah mereka tahu bahawa,
Al-Fatihahkah, al-Ikhlas kah, dan apa-apa surah semuanya elok dibaca.
Tidak ada bezanya. Lainlah ada dalil-dalil khusus contohnya dalil
khusus surah yang dibaca sebelum tidur, hari Jumaat dan lain-lain. Bila
ada dalil khusus tersebut maka wajarlah diberitahu secara spesifik
bahawa saat-saat tertentu afdhal baca surah-surah tertentu secara
spesifik kerana ada dalil khususnya.
Jika benar alasan memulakan buku-buku dzikir dengan al-Fatihah, majlis-majlis dengan al-fatihah kerana keumuman dalil menyuruh membaca al-Quran, maka nilailah jika ada seorang rakan kita memulakan majlis dengan bacaan surah al-Ikhlas, atau surah-surah yang lain. Seraya apabila memulakan mesyuarat maka saudara kita menyatakan, untuk memulakan majlis kita marilah membaca surah al-Falaq, apakah yang kia jangka reaksi daripada saudara-saudara kita yang lain.
3) Menetapkan bilangan-bilangan dzikir adalah untuk memudahkan masyarakat. Alasannya Nabi SAW sendiri ada menetapkan bilangan-bilangan dzikir contohnya dzikir-dzikir selepas solat. Memudahkah masyarakat? Benarkah begitu? Adakah masyarakat kita tidak akan faham jika kita kata perbanyakkan tahlil, tasbih dan tahmid dalam sehari harian kita sehingga kita perlu memberitahu jumlah yang harus dibaca. Bukankah kalau diberitahu secara mutlaq tanpa mengikat dengan bilangan-bilangan yang kita reka itu lebih memudahkan. Bukankah dengan mengikat bilangan-bilangan tertentu akan memayahkan masyarakat kerana selalu sahaja, mereka akan bertanya eh berapa kali ya aku nak baca tasbih ni setiap hari, tahmid ni setiap hari dan bacaan-bacaan yang lain. Lihat sahaja apa yang jadi kepada solat hajat, kaifiat-kaifiat bacaan-bacaan yang diikat akhirnya menyusahkan hinggakan rakan-rakan saya yang nak solat hajat sibuk bertanya eh aku lupalah nak baca surah apa ya pada rakaat pertama selepas fatihah, rakaat kedua nak baca surah apa. Ini semua hasil mengikat sesuatu yang mutlaq dengan sesuatu bilangan atau sesuatu jenis zikir atau surah. Sedangkan tanpa dalil. Akhirnya ia hanya menyusahkan umatr, menambahkan kekeliruan dan gagal membezakan yang mana Nabi SAW ajar dan yang mana ustaz atau sheikh ajar.
Alasan kita menetapkan bilangan zikir selepas solat ialah kerana Nabi SAW sendiri yang menetapkan berapa banyak kita nak baca waktu itu. Maka waktu itu ada dalil khusus, maka wajarlah kita menuruti dalil khusus tersebut. Malanglah jika ada yang mengambil dalil umum untuk menggantikan amalan dalil khusus. Contohnya amalan dzikir-dzikir dan surah-surah yang Nabi saw baca selepas solat di ganti dengan membaca al-Quran. Ya tiada kita nafikan membaca al-Quran adalah zikir yang bagus, akan tetapi di saat selepas solat ada zikir dan amalan yang lebih utama kita amalkan kerana ada dalil khusus tentang hal itu.
Sama juga seperti malam Ramadhan, kita menghabiskan malam Ramadhan dengan mengkhatamkan sampai beberapa juzuk al-Quran, dan dengan kesibukan itu kita tidak bersolat Terawikh. Bukankah ini satu keingkaran kepada sunnah nabi saw yang sudah menetapkan saat itu apa yang patut kita buat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Wallahu'alam
Wslm wbt










Recent Comments