My Photo
Powered by Friendster Blogs

July 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    

Jemaah Takfir Malaysia

Assalamualaikum WBT.

Jemaah Takfir Alaf Baru mula tunjuk belang. Mereka mula menampakkan method takfir mereka secara terbuka. Mana-mana ulama dan tokoh-tokoh Islam yang tidak sebulu dengan mereka akan mereka kafirkan. Puak-puak takfiri ini juga sudah wujud di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mahu baca tentang mereka:

Sila layari website B. Inggeris yang menentang Jemaah Takfir ini : Anti Ahbasy

Meh baca ulasan seorang rakan saya:

   
Kemunculan laman-laman blog yang tabiatnya suka mengkafirkan orang Islam dan Ulamaknya adalah sesuatu yang amat mendukacitakan kita khususnya di Negara kita Malaysia ini, jika kita lihat di Negara kita sebelum ini tidak pernah wujud golongan yang secara terang-terangan mengkafirkan umat Islam dan Ulamaknya seperti yang dilakukan oleh mereka ini.
   
Tetapi malangnya nasib umat Islam di Malaysia apabila munculnya kelompok TAKFIR ini  yang berselindung di balik nama  AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH sedangkan pada hakikatnya  mereka ini AHLI PUNAH  DAN  RANAH..
   


Laman-laman blog  seperti  Abusyafiq.blogspot.com, mingguanwahabi, jihadwahabi, dan sebagainya secara terang-terangan
mengKAFIRkan Ulamak-ulamak Islam seperti yang anda semua boleh lihat. Sesiapa yang pernah memasuki laman-laman blog mereka, anda akan dapati isu-isu yang dilontarkan hanya berkisar kepada PENGKAFIRAN, PENGHINAAN, CACIAN, MAKIAN, MELAKNAT umat Islam dan Ulamaknya. pendek kata blog-blog mereka dipenuhi dengan benda -benda yang tercela dan terkutuk....

Inilah golongan yang disifatkan oleh Nabi s.a.w.

    

“Akan datang ke atas umatku di akhir zaman tahun-tahun yang menipu, di mana seorang pendusta dikatakan benar, orang yang benar dikatakan penipu, pengkhianat dianggap amanah, orang yang amanah dianggap khianat. Tatkala itu akan berkata-kata golongan Ruwaibidoh. Ditanya kepada Nabi siapakah Ruwaibidoh, Nabi s.a.w.   bersabda: Seorang yang lekeh bercakap dalam perkara yang besar atau agama.

   

Sahih Ibn Majah, rujuk juga di dalam al-Jami’ al-Saghir.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

    

إن من أشراط الساعة ثلاثاً: إحداهُنَّ : أن يُلْتَمَسَ العلم عند الأصاغير...

    

Maksudnya: Antara tanda-tanda kiyamat itu tiga: salah satunya ilmu itu diambil atau dipelajari daripada ‘al-Asaghir’ (budak-budak kecil).    

 Imam Abdullah ibn al-Mubarak ditanya siapakah mereka yang digelar al-Asaghir itu?  Maka beliau menjawab: al-Asaghir itu ialah mereka yang hanya menggunakan akal fikiran semata-mata. Sebahagian menafsirkan sebagai ahli bid’ah.

   

   

Inilah kelompok manusia yang sedang kita hadapi sekarang ini, mereka yang tidak diketahui latar belakang agamanya yang berlagak pandai menimbulkan perkara-perkara yang mengundang ke arah meruntuhkan aqidah umat Islam kini.

   

Mereka ini puak-puak melayu yang terpengaruh dengan golongan Takfir di Lubnan iaitu AHBASH yang dikepalai oleh Abdullah al-HARARI yang disifatkan oleh mereka konon-kononnya MUHADDITH..

   

Golongan ini telah mengkafirkan para Ulamak Islam, seperti Ibn Taimiyyah, Muhammad bin Abdul Wahab, dan dikalangan Ulamak semasa seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Booti, dan ramai lagi.......kini di Malaysia fikrah TAKFIR ini dipelopori oleh pemilik-pemilik blog ini. Sebahagiannya merupakan Pelajar (undergraduate) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).  Ini amat memalukan dan mencemarkan nama baik UIAM sebagai institusi Ilmu di Malaysia

tidakkah mereka mendengar sabda Nabi s.a.w. memperingatkan:

   

Siapa saja yang mengatakan kepada saudaranya : wahai kafir, maka akan kembali tuduhan tersebut pada salah satu dari keduanya. Apabila ia memang kafir, maka apa yang dikatakannya benar, namun apabila tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada dirinya sendiri.” (Muttafaq ‘alaihi dari Ibnu ‘Umar).

   

Nabi s.a.w. bersabda lagi:

   

Tidak sepatutnya bagi seseorang yang berkata Benar menjadi seorang yang suka melaknat....Hadis Muslim
   

Nabi bersabda lagi:

   

Bukanlah Mukmin itu orang yang suka mencaci maki , suka melaknat, dan bukan pula yang suka berbuat keji serta mereka yang kotor mulutnya...Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghukumkan hasan.

dan banyak lagi hadis-hadis yang melarang semua perbuatan ini....

 

yang menyebabkan kita amat sedih mereka ini mekafirkan, mencela, melaknat ulamak-ulamak Islam yang mereka ini telah pun meninggal dunia....

Nabi mengingatkan di dalam hadisnya dari Ummul Mukminin Aisyah
:

 
Rasulullah bersabda: Jangan kamu mencaci maki orang yang sudah mati, kerana sesungguhnya mereka telah berlalu apa yang telah mereka kerjakan dahulu (sewaktu di dunia) dari amalan baik dan buruk
-al-Bukhari
   

 
Sedangkan Allah memerintahkan untuk kita memohon keampuanan untuk mereka yang telah meninggalkan kita lebih dahului...  Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan menjauhi sifat-sifat yang tercela ini, dimanakah kesan taqwa di bulan Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita...

   Kepada ALLAH sahaja tempat mengadu dan memohon pertolongan.....

http://abusyuaib.blogspot.com/

                            

Pembatal KeIslaman (1)

Pembatal Keislaman

 

Penulis: Sheikhul Islam al-Imam al-Mujaddid Muhammad Bin Abdul Wahab.

 

Huraian: Abu Usamah.

 

Pembatal Pertama: Syirik di Dalam Beribadah Kepada Allah. Allah SWT berkata:

 

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala yang selain daripada itu (syirik) untuk sesiapa yang dikehendakinya.” (An-Nisa’:48).

 

Kata Allah SWT lagi:

 

“Sesungguhnya orang yang mensyirikkan Allah, maka Allah pasti mengharamkan syurga kepadanya dan tempatnya ialah neraka. Tidaklah ada untuk orang-orang yang zalim seorangpun daripada penolong.” (al-Maidah: 72).

 

Di antara perbuatan-perbuatan syirik itu ialah berdoa kepada orang-orang yang sudah mati dan meminta perlindungan daripada mereka, bernazar dan menyembelih untuk mereka sebagaimana menyembelih untuk jin atau kubur.

 

Syirik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu 1) Syirik Akbar, 2) Syirik Ashghar dan 3) Syirik Khafi.

 

Mari kita lihat apakah bentuk-bentuk syirik itu.

 

1) Syirik Akbar.

Dosa syirik akbar tidak akan diampuni oleh Allah kecuali melalui jalan taubat. Pelaku syirik akbar jika mati dalam keadaan syirik dan belum bertaubat, maka dia akan kekal di dalam neraka selama-lamanya. Ini sebagaimana firman Allah di dalam surah an-Nisa, ayat 48 yang sudah disebutkan di atas.

 

Allah SWT juga berkata:

“Barangsiapa yang mensyirikkan sesuatu dengan Allah, maka dia adalah seperti jatuh daripada langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan oleh angin ke tempat yang jauh.” (al-Hajj:31).

 

Oleh kerana itu, ketika di dalam neraka, kaum musyrikin dari kalangan penyembah kubur dan lain-lain akan mengatakan kepada sesembahan-sembahan mereka di dunia:

 

“Demi Allah! Sungguh kita dahulu dalam kesesatan yang nyata kerana kita menyamakan kamu dengan Tuhan semesta alam.” (as-Syu’ara’:97-98).

 

Perlu kita ketahui, mereka ini tidak menyamakan berhala-berhala mereka dan apa-apa sahaja yang mereka sembah dengan Allah dalam hal mencipta, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan. Cuma, kaum musyrikin itu menyamakan sembahan-sembahan mereka dengan Allah di dalam masalah mahabbah (kecintaan) yang merupakan inti ibadah. Demikian juga di dalam masalah ta’zhim (pengagungan) yang merupakan salah satu qurbah (penghampiran) yang paling besar dan ibadah yang paling agung. Oleh kerana itulah Allah mencela orang-orang yang tidak mengagungkanNya. Allah SWT berkata:

 

“Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya).” (Nuh:13).

 

Syirik Akbar itu teramat banyak akan tetapi kesemuanya akan menyangkut kepada 4 jenis syirik ini, iaitu:

 

a) Syirik Doa.

Allah SWT berkata:

 

“Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah Dengan doa Yang tulus ikhlas kepadaNya. kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.” (al-Ankabut:65).

 

Shaikh Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya “al-Qawaid al-Arba’ah”: “Kaedah yang keempat: Bahawasanya kaum musyrikin di zaman sekarang ini lebih parah daripada kemusyrikan mereka daripada kaum musyrikin zaman dahulu. Ini kerana kaum musyrikin zaman dahulu melakukan syirik dalam keadaan senang dan mereka akan ikhlas (memurnkan tauhid) di dalam keadaan tersepit. Sedangkan kaum musyrikin zaman kita sekarang ini tetap sahaja melakukan syirik dalam keadaan senang mahupun susah.”

 

b) Syirik Niat, Kehendak dan Tujuan.

Berkata Allah SWT:

 

“Sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. (15). Merekalah orang-orang Yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa Yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa Yang mereka telah kerjakan (16).” (Hud: 15-16).

 

Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata: “Tentang syirik dalam hal kehendak dan niat, maka itu merupakan lautan yang tidak bertepi dan jarang sekali orang yang dapat selamat daripadanya. Barangsiapa di dalam melakukan amal perbuatan mengkehendaki atau berkeinginan untuk ditujukan kepada selain Allah, dan meniatkan perbuatan itu selain daripada mendekatkan diri kepada Allah serta lain daripada menuntut ganjaran daripada amal perbuatan itu, maka ini bererti dia telah berbuat syirik di dalam hal niat dan keinginannya.

 

Syirik niat ini dikategorikan sebagai syirik akbar apabila amalan seseorang itu seluruhnya diniatkan selain untuk Allah. Ini berbeza dengan riak yang merupakan syirik ashghar yang Insya-Allah akan diperjelaskan nanti.

 

c) Syirik Ketaatan

Iaitu mentaati para alim agama di dalam melakukan maksiat kepada Allah. Allah SWT berkata:

 

“Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan Ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain daripada Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan.” (at-Taubah:31).

 

Di antara riwayat yang menafsirkan hal ini ialah yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan perawi lainnya daripada Adi bin Hatim bahawa dia pernah mendengar Nabi SAW membaca ayat di atas. Maka Adi bin Hatim berkata kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka.” Baginda kemudian menjawab: “ Bukankah mereka itu mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, lalu kalian pula mengikut pula mengharamkannya, dan mereka juga menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan kalian lalu ikut pula menghalalkannya.” Adi bin Hatim menjawab: “Ya.” Maka kata Nabi SAW: “Demikian itulah penyembahan mereka.” Sanad hadith ini dhaif akan tetapi ia mempunyai syahid (penguat) berupa hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir secara mauquf melalui jalur Habib bib Abi Tsabit, daripada Abu al-Bukhturi, daripada Hudzaifah. Mengenai kesahihannya memang masih diperbincangkan akan tetapi penafsiran ayat ini sebagaimana tersebut cukup terkenal dikalangan ahli tafsir dan tiada siapa yang menolaknya.

 

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah menyatakan: “Orang-orang yang menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan itu -dengan cara mentaati mereka di dalam menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah- terbahagi menjadi dua golongan iaitu:-

 

  • Jika mereka menyakini tindakan alim agama yang      mengharamkan hal yang halal dan menghalalkan yang haram dalam mereka sedar      itu bertentangan dengan syariat Allah. Maka mereka menjadi musyrik      sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat di atas.
  • Jika keyakinan mereka terhadap hukum asal      sebagaiman di dalam syariat Allah tidak berubah, cuma mereka mentaati      pemimpin agama mereka di dalam derhaka kepada Allah seperti seorang Islam      yang melakukan maksiat akan tetapi dia menyakini bahawa apa yang dia      lakukan ialah maksiat. Mereka ini dihukumi sebagai orang yang melakukan      dosa. (Di ringkaskan daripada Majmu’ al-Fatawa)

 

d) Syirik Cinta

Allah SWT berkata:

“ (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” (al-Baqarah: 165).

 

Orang-orang musyrik akan marah jika sesembahan mereka seperti berhala, pokok dan lain-lain di sakiti. Bahkan kemarahan mereka itu melebihi kemarahan kerana Allah. Dan mereka juga akan bergembira untuk sesembahan mereka. Ini sebagaimana yang Allah SWT sebutkan:

 

“Dan (di antara keburukan orang-orang Yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di Dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka Yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama Yang mereka sembah dan puja Yang lain dari Allah, mereka Dengan serta merta riang dan gembira.” (az-Zumar: 45).

 

Al-Allamah Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan:

Ada

empat bentuk cinta yang wajib dibezakan antara satu sama lain. Ini kerana orang yang tidak dapat membezakannya pasti tersesat.”

 

Empat jenis cinta itu ialah:

 

 I. Mencintai Allah.

Cinta kepada Allah sahaja tidak mencukupi untuk selamat daripada azab Allah dan memperolehi keuntungan daripada pahalaNya. Ini kerana kaum musyrikin, nasrani, yahudi dan selain mereka pun menyintai Allah.

 

 II. Mencintai apa yang dicintai Allah.

Cinta inilah yang memasukkan seseorang ke dalam Islam serta mengeluarkannya daripada kekufuran. Manusia yang paling dicintai Allah ialah manusia yang paling hebat dalam menyintai hal-hal yang dicintai Allah.

 

 III. Cinta untuk Allah dan cinta demi Allah.

Ini merupakan kesan daripada mencintai Allah dan mencintai hal-hal yang dicintai Allah. Mencintai hal yang dicintai Allah tidak akan tertegak kecuali wajib dengan cinta untuk Allah dan cinta kerana Allah.

 

 IV. Mencintai sesuati setara dengan cinta kepada Allah.

Inilah cinta yang syirik. Sesiapa yang mencintai sesuatu setara dengan cintanya kepada Allah, maka dia telah mensyirikkan Allah.

 

. Allah SWT berkata:

 

“Dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir tidak akan berjaya.” (al-Mukminun:117).

 

Di antara bentuk syirik akbar yang lain ialah menyembelih untuk selain Allah. Ini kerana penyembelihan kepada Allah merupakan satu proses mendekatkan diri kepada Allah.

 

Allah SWT berkata:

 

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”(al-An’am:162).

 

Sesiapa sahaja yang menyembelih untuk para wali, atau untuk berhala, atau jin, maka ini bererti dia telah keluar daripada Islam dan beralih kepada kepada wilayah kekufuran. Ini bukanlah sesuatu yang hairan dan memelikkan kerana ia banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Jika berlaku sesuatu yang pelik di tempat mereka. Maka akan disembelihlah kambing, ayam atau lain-lain kononnya untuk menjaga dan mengusir “penduduk” di kawasan itu. Malangnya upacara syirik ini dihiasi dengan warna-warni agama seperti upacara tahlil, bacaan yassin dan lain-lain. Dan malangnya lagi, ia diketuai kadangkala oleh orang-orang yang cerdik pandai agama.

 

Syirik akbar yang lain ialah bernazar kepada selain Allah. Ini juga fenomena yang menyesatkan yang saban kali dilihat. Kubur-kubur akan dihadiahkan dengan makanan-makanan, kadangkala seikat pisang dan kadangkala dengan hidangan-hidangan yang enak-enak. Ini dilakukan apabila hajat seseorang tercapai. Sungguh hina perbuatan ini, makanan yang enak yang patut dihidangkan kepada anak keluarga, diberikan kepada penghuni kubur yang tak mampu nak makan langsung. Yang diperlukan oleh penghuni kubur itu doa-doa daripada kita, bukannya makanan-makanan yang hanya bermanfaat untuk manusia yang hidup.

 

Kesimpulan:

 

Syirik Akbar ada 4 bentuk iaitu:

 

1) Syirik Doa

2) Syirik Niat, Kehendak dan Tujuan

3) Syirik Taat

4) Syirik Cinta

 

Syirik-syirik akbar yang disebut di atas akan mengeluarkan seseorang daripada Islam. Ini kerana kesemua itu merupakan bentuk ibadah sedangkan memalingkan ibadah kepada selain Allah adalah syirik.

 

Wallahu’alam.

 

Rujukan:

Nawaqidul Islam, Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab

At-Tibyan Syarhu Nawaqidil Islam, Sheikh Sulaiman bin Nashir bin Abdullah al-Ulwan.

Menyokong Islam Hadhari Satu Kewajipan

Menyokong Islam Hadhari Satu Kewajipan.

 

Malaysia

adalah mungkin menjadi negara umat Islam pertama yang membawa satu gagasan atau ideologi baru iaitu Islam Hadhari. Selain komunisme, sosialisme, dan isme-isme yang lain,

Malaysia

mencipta rekod sebagai penegak isme yang baru iaitu Islam Hadhari.

 

Ya benar! Jika dilihat pada apa yang dikatakan gagasan Islam Hadhari itu tiada unsure yang bertentangan dengan Islam. Tidak dinyatakan di dalam Islam Hadhari bahawa arak itu halal, berjoget sampai tengah malam itu halal, berzina itu halal, murtad itu halal dan lainlain hal yang bertentangan dengan syara’.

 

Akan tetapi ideology Islam Hadhari ini yang di sokong kuat tokoh-tokoh ‘Ilmuan Islam’ seperti Dr Mashitah Ibrahim dan ramai lagi, dan tidak kurang juga sedikit sokongan Mufti Perlis Ustaz Asri Zainul Abidin seperti mana yang beliau tulis di dalam Majalah I. Cuma bezanya ialah ada yang menyokong kerana bersetuju apa yang digariskan di dalam kandungan Islam Hadhari itu dan ada juga yang menyokong membuta tuli hatta membawa masuk unsure-unsur yang tidak terkandung di dalam Islam Hadhari sendiri. Mungkinkah unsur-unsur yang tidak bertulis di dalam Islam Hadhari itu merupakan sebenarnya antara asas-asas Islam Hadhari akan tetapi ia di ‘sirr’kan dari kalangan orang-orang awam yang belum sampai maqam. Sudah pasti insan yang palig mengetahui Islam Hadhari ini ialah Sheikhul Islam Hadhari al-Imam Abdullah Ahmad Badawi. Dan begitu juga hulubalang dan srikandi-srikandi Islam Hadhari itu seperti srikandi Islam Hadhari yang tersohor iaitu Dr Mashitah Ibrahim.

 

Dr. Mashitah Ibrahim, seorang agamawan terkenal, pembela Islam Hadhari yang hebat, telah mengeluarkan satu kenyataan yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam yang dibawa leh Nabi Muhammad. Akan tetapi saya tidak tahu sama ada ia bertentangan dengan Islam Hadhari ataupun tidak?

 

Dr. Mashitah di dalam suatu majlis, telah menyatakan daripada kita potong tangan pencuri, lebih elok kita bagi mereka pekerjaan. Dari segi akal, mungkin Dr Mashitah ini benar, tapi dari segi akal juga kata-kata Dr Mashitah ini bertentangan dengan akal yang sihat. Setahu saya, saya belum pernah terjumpa undang-undang di mana-mana negara yang menyatakan kalau pihak polis berjaya menangkap pencuri, maka bawalah dia ke mahkamah dan mahkamah akan menentukan pekerjaan apakah yang sesuai dengan pencuri itu. Jika pencuri itu mencuri tayar kereta, mungkin mahkamah perlu mencari mana-mana bengkel kereta yang mahu menerima seorang pencuri sebagai pekerja mereka. Ataupun mungkin pihak pemerintah perlu menyediakan sebuah akademi khas seperti sekolah teknik yang dikhususkan kepada pencuri-pencuri supaya mereka mendapat pekerjaan. Apakah logiknya idea ini! Di mana-mana negara pun pencuri mesti dihukum. Kalau Dr Mashitah berbicara tentang pencuri yang kelaparan yangmencuri setandan pisang, atau mencuri sebungkus nasi lemak di gerai, ataupun mencuri segelas air kopi di gerai, maka mungkin idea ini boleh dipertimbangkan. Tapi apa kejadahnya jika pencuri kereta-kereta mewah, pemecah rumah orang, penyamun yang meragut beg tangan makcik-makcik, perompak kedai emas dan bank diberi pekerjaan. Adakah mereka ini layak diberikan pekerjaan. Seronok sungguh menjadi pencuri, lepas mencuri dapatlah kerja ye.

 

Dan paling bahaya sekali, perkataan seumpama ini adalah perkataan yang boleh menyebabkan seseorang itu syirik dan kufur. Bahkan lebih parah boleh menyebabkan seseorang gugur akidahnya dan menjadi murtad.

 

Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab di dalam kitabnya “Nawaqidul Islam” menyatakan bahawa pembatal pertama keimanan ialah syirik dalam beribadah kepada Allah. Sheikh Sulaiman bin Nashir bin Abdullah al-Ulwan di dalam syarahnya kepada kitab ini iaitu kitab “At-Tibyan Syarhu Nawaqidil Islam” menyatakan bahawa antara jenis-jenis syirik itu ialah syirik di dalam ketaatan. Apakah itu syirik di dalam ketaatan. Syirik di dalam ketaatan ialah mentaati perintah yang bermaksiat kepada Allah. Allah SWT berfirman:

 

Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai rabb-rabb selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. (at-Taubah:31)

 

Saya tidak tahu ilmuan atau ulama Islam manakah yang menyatakan bahawa hukuman kepada pencuri dengan memberinya pekerjaan itu lebih elok daripada hukum yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Seandainya wujud ulama yang berkata sedemikia, maka ingatlah bahawa mengikuti ulama dalam hal-hal maksiat menjadikan kita ini sebagai orang yang mempertuhankan ulama. Begitu juga mentaati mana-mana manusia di dalam hal-hal maksiat seolah-olah kita telah menyembah mereka.

 

Muhammad Ibn Abdul Wahab di dalam kitabnya yang masyhur Kitab at-Tauhid membuat satu tajuk khas di dalam bab ini iaitu “Mentaati Ulama Dan Umara Dalam Mengharamkan Yang Halal Dan Menghalalkan Yang Haram Bererti Mempertuhankan Mereka”. Nauzubillah! Semoga kita dijauhkan daripada najis syirik ini.

 

Di dalam Nawaqidul Islam, dinyatakan pembatal keislaman yang keempat ialah beri’tiqad bahawa ada petunjuk yang lebih baik daripada petunjuk Nabi Muhammad SAW, ataupun ada hukum yang lebih baik daripada hukumnya seperti orang meletakkan status hukum thoghut lebih tinggi daripada hukum Allah. Sheikh menerangkan bahawa orang yang sebegini maka dia telah menjadi kafir.

 

Sheikh Sulaiman bin Nashir al-Ulwan di dalam syarahnya menyatakan: “Orang seperti ini adalah kafir berdasarkan ijma’ ulama. Di antara orang-orang yang kafir itu ialah orang-orang yang lebih mengutamakan hukum-hakam buatan manusia di atas hukum Rasul Rabbil ‘Alamin yang telah diutus oleh Allah untuk meberi hidayah kepada alam semesta dan agar mengeluarkan manusia daripada kegelapan (kekafiran) menuju kepada cahaya (keimanan).

 

Firman Allah:

“Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” (Ibrahim:1)

 

Wajib bagi setiap muslim dan muslimah mengetahui bahawa hukum Allah dan RasulNya wajib didahulukan atas hukumnya yang lain. Tiada satu persoalan pun yang terjadi di antara sesama manusia melainkan wajib dikembalikan kepada hukum Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang berhukum selain dengan hukum Allah dan RasulNya, maka dia kafir. Hal ini seperti mana yang disebutrkan oleh Allah di dalam surah an-Nisa:

 

60. Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh.

61. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya Engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) Dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

62. Maka Bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) Yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, Kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak Yang berbalah)".

63. Mereka itulah orang-orang Yang diketahui oleh Allah akan apa Yang ada Dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah Engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta Katakanlah kepada mereka kata-kata Yang boleh memberi kesan pada hati mereka.

64. Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati Dengan izin Allah. dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (Wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

65. Maka Demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan Engkau hakim Dalam mana-mana perselisihan Yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa Yang telah Engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu Dengan sepenuhnya.

 

Allah Jalla wa ‘ala sehingga bersumpah dengan diriNya bahawa mereka itu tidak beriman sehingga mereka memenuhi tiga perkara dengan sempurna:

 

1) Mereka wajib menjadikan rasul sebagai hakim di dalam segala urusan.

2) Mereka tidak merasa keberatan di dalam hati mereka di atas apa yang diputuskan oleh Nabi SAW.

3) Mereka wajib pasrah menerima secara penuh terhadap hukum Nabi saw.

 

Bagaimana seorang mukmin yang berakal dapat menerima dan rela jika yang diperlakukan ke atas dirinya ialah hukum-hakam buatan manusia yang merupakan hasil rekaan pemikiran dan sampah dari akal fikiran sebagai ganti kepada hukum Allah yang telah Dia turunkan kepada RasulNya agar Rasul itu mengeluarkan manusia daripada kegelapan menuju cahaya yang terang.

 

Perhatikanlah akibat yang telah menimpa sekian banyak negara tatkala bangsanya telah keluar daripada hukum Allah dan RasulNya serta rela dengan hukum-hakam buatan manusia. Kezaliman adalah amalan yang sudah biasa mereka lakukan, sementara kebathilan mahupun kecurangan telah menjadi budaya antara mereka. Semuanya dilakukan secara bebas baik oleh kalangan muda mahupun tua sehingga fithrah mereka telah berubah sedemikian rupa.

 

Mereka menjalani hidup seperti kehidupan binatang. Dan demikianlah kehidupan setiap orang yang keluar dari hukum Allah dan hukum RasulNya.” Allah berfirman:

 

Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (al-Maidah:44)

 

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. (al-Maidah:45)

 

Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik (al-Maidah:47)

 

Terang sheikh Sulaiman al-Ulwan lagi: “ Berhukum dengan hukum yang dturunkan oleh Allah serta menyakini bahawa hukum Rasul itu lebih baik daripada hukum selainnya merupakan bahagian daripada tuntutan syahadat Lailahaillllah. Barangsiapa yang beranggapan bahawa selain hukum Rasul itu lebih baik daripada hukum Rasul, maka ini bererti orang itu tidak memahami makna Lailahaillallah, bahkan melakukan sesuatu yang menggugurkannya. Ini kerana, tunduk kepada Allah dan hukumnya merupakan salah satu syarat daripada sekian syarat kalimah yang agung ini. Dengan kalimah ini, tegaklah langit dan bumi, di dalam rangka kalimah ini diutuskan para rasul dan diturunkan kitab-kitab suci, demi kalimah ini disyariatkan jihad dan kerana kalimah ini manusia terbahagi menjadi manusia celaka dan manusia bahagia. Barangsiapa yang memahami kalimah ini lalu mengamalkannya dengan memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukunnya, maka ia bererti dia telah bersih dari selian hukum Allah dan RasulNya.

 

Keadaan telah berubah lebih-lebih lagi pada zaman kini yang keadaannya telah serupa dengan keadaan zaman fatrah (zaman ketiadaan rasul), di mana umat-umat manusia telah meninggalkan firman-firman Allah dan sabda-sabda RasulNya dan menggantikan dengan pemikiran-pemikiran kaum Yahudi dan Nasrani- yang watak dasar mereka itu tidak mahu memelihara hubungan kekerabatan terhadap orang-orang mukmin dan tidak pula mengendahkan perjanjian.

Alangkah bagusnya Ibnul Qayyim ketika menyatakan di dalam syairnya:

 

Demi Allah, kekhuatiranku bukan terhadap dosa-dosa,

Kerana ada jalan maaf dan ampunan dari Yang Maha Kuasa,

Namun yang aku takuti adalah lepasnya hati dari berhukum dengan wahyu al-Quran ini,

Rela dengan fikiran dan kedustaan umat Insani yang tidak bersumber kepada kalam Ilahi.

Kepada Allahlah tempat mengadu dan hanya kepadanya kita bertawakkal,

Kepadanya kita berlindung.

 

Termasuk di dalam kategori kekufuran dan kezaliman di atas adalah orang yang menyatakan “Sesungguhnya melaksanakan hukum Allah di dalam masalah zina muhshan dan memotong tangan pencuri tidak lagi sesuai dengan zaman sekarang ini, ini kerana zaman kita telah mengalami perubahan dibandingkan dengan zaman Rasul sedangkan negara-negara barat mencela kami di dalam masalah ini.” Orang yang sesat ini telah menganggap bahawa hukum orang zaman sekarang ini lebih baik daripada hukum Nabi SAW dan lebih lurus jalannya.

 

Demikian juga termasuk di dalam ketegori ini ialah orang yang menyatakan “Sesungguhnya untuk zaman sekarang ini dibolehkan untuk berhukum kepada selain hukum yang telah diturunkan Allah.” Kalau ini yang diucapkan, bererti dia telah menghalalkan sesuatu yang diharaman dan telah disepakati keharamannya. Wallahu’alam”

 

Saya tidak tahu apakah kata-kata Dr. Mashitah tu bermaksud bahawa ideanya itu lebih bak daripada melaksanakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Semoga bukan itu yang dimaksudkan oleh beliau.

 

PERINGATAN-

 

Saya ingin mengingatkan kepada saya dan saudara-saudara sekalian. Jangan pula menjadikan apa yang tertulis ini untuk dengan mudah mengkafirkan Dr. Mashitah dan saudara-saudara kita yang lain. Sesungguhnya untuk menyatakan kafir kepada seorang muslim adalah satu kalimah yang berat bahkan boleh menyebabkan diri kita sendiri menjadi kafir jika orang yang kita katakana kafir itu sebenarnya tidak kafir. Mari kita baca sejenak apa yang tertulis di dalam akhir buku “At-Tibyan Syarhu Nawaqidil Islam” oleh sheikh Sulaiman al-Ulwan:

 

Tidak setiap orang yang melakukan tindakan kekufuran itu dapat dihukumi kafir. Sesuatu perkataan atau perbuatan itu kadangkala memang merupakan kekufuran, akan tetapi kekufuran itu tidak dapat dimutlaqkan ke atas orang yang menyatakan atau untuk mengkafirkan seseorang kecuali wajib memenuhi syaratnya. Ini kerana untuk mengkafirkan seseorang wajib terlebih dahulu dapat dipastikan bahawa wujudnya syarat-syarat pengkafiran pada diri orang tersebut dan tiada penghalang-penghalang.

 

Kadang-kala ada orang yang baru memeluk Islam masih melakukan tindakan yang mengkufurkan sedangkan dia tidak tahu bahawa hal itu sesuatu yang mengkufurkan. Jika telah dijelaskan kepadanya, maka dia akan kembali kepada kebenaran daripada kekufuran atau kadang-kala dia hanya mengingkari sesuatu yang mempunyai unsure ta’wil kerana dia keliru dalam menta’wil. Nah, penghalang semacam ini atau penghalang-penghalang selainnya dapat menjadi penghalang terhadap pengkafiran seseorang.

 

Ini adalah prinsip yang sangat penting, yang wajib difahami dan diperhatikan. Ini kerana pengkafiran itu bukan merupakan hak bagi makhluk, seseorang itu tidak boleh mengkafirkan sesiapa yang dikehendakinya dengan kemahuannya. Akan tetapi hal ini wajib dikembalikan kepada Kitab dan Sunnah berdasarkan kefahaman as-Salaf ash-Shalih. Sesiapa sahaja yang dikafirkan oleh Allah dan RasulNya, dan telah ditegakkan hujjah ke atasnya, maka dia adalah kafir. Jika tidak demikian, maka dia tidaklah kafir.

 

Sekian Wassalam

 

Abu Usamah

 

Rujukan:

 

Kitab at-Tauhid, Sheik Muhammad ibn Abdul Wahab.

Nawaqidul Islam, Sheikh Muhammad ibn Abdul Wahab.

At-Tibyan Syarhu Nawaqidil Islam, Sheikh Sulaiman bin Nashir bin Abdullah al-Ulwan.

 

Video rakaman ucapan Dr Mashitah Ibrahim

Kewajipan Beragama Mengikut Para Sahabat

KEWAJIBAN MENGIKUTI

CARA

BERAGAMANYA SAHABAT

Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat


Dan barangsiapa yang menentang/memusuhi Rasul sesudah nyata baginya
al-hidayah (kebenaran) dan dia mengikuti selain jalannya orang-orang mu’min,
nescaya akan Kami palingkan (sesatkan) dia ke mana dia berpaling (tersesat)
dan akan Kami masukkan dia ke dalam jahannam dan (jahannam) itu adalah
seburuk-buruknya tempat kembali. (An-Nisa’ : 115)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah di muqaddimah kitabnya “Naqdlul
Mantiq” telah menafsirkan ayat “jalannya orang-orang mu’min” (bahawa) mereka
adalah para sahabat. Maksudnya bahawa Allah telah menegaskan barangsiapa yang
memusuhi atau menentang rasul dan mengikuti selain jalannya para sahabat
sesudah nyata baginya kebenaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah dan
didakwahkan dan diamalkan oleh Rasulullah bersama para sahabatnya, maka
Allah akan menyesatkannya kemana dia tersesat (yakni dia terumbang-ambing
di dalam kesesatan).

Ayat yang mulia ini merupakan sebesar-besar ayat dan dalil yang paling tegas
dan terang tentang kewajipan yang besar bagi kita untuk mengikuti “jalannya
orang-orang mu’min” iaitu para sahabat. Yakni cara beragamanya para sahabat
atau manhaj mereka berdasarkan nash Al-Kitab dan As-Sunnah diantaranya ayat
di atas.

Jika dikatakan : Kenapa “sabilil mukminin atau jalannya orang-orang mukmin”
di ayat yang mulia ini ditafsirkan dengan para sahabat (?!) bukan umumnya
orang-orang mu’min??

Saya jawab berdasarkan istinbath (pengambilan; penggalian) dari ayat di
atas:

Pertama
Ketika turunnya ayat yang mulia ini, tidak ada orang mu’min di permukaan
bumi ini selain para sahabat. Maka, khithab (pembicaraan) ini pertama kali
Allah tujukan kepada mereka.

Kedua
Mahfumnya, bahawa orang-orang mu’min yang sesudah mereka (para sahabat) dapat
masuk ke dalam ayat yang mulia ini dengan syarat mereka mengikuti jalannya
orang-orang mu’min yang pertama yaitu para sahabat. Jika tidak, bererti
mereka telah menyelisihi jalannya orang-orang mu’min sebagaimana ketegasan
firman Allah di atas.

Ketiga
Kalau orang-orang mu’min di ayat yang mulia ini ditafsirkan secara umum,
maka jalannya orang mu’min manakah? Apakah mu’minnya Khawarij atau
Syiah/Rafhidhah atau Mu’tazilah atau Murji’ah atau Jahmiyyah atau Falasifah
atau Sufiyyah atau….atau…?

Keempat
Perjalanan orang-orang mu’min yang paling jelas arahnya, aqidah dan
manhajnya hanyalah perjalanan para sahabat. Adapun yang lain mengikuti
perjalanan mereka, baik aqidah dan manhaj.

Kelima
Perjalanan orang-orang mu’min yang paling alim terhadap agama Allah yaitu
Al-Islam hanyalah para sahabat. Allah telah menegaskan di dalam Kitab-Nya
yang mulia bahwa mereka adalah orang-orang yang telah diberi ilmu. (Muhammad
: 16)

Keenam
Perjalanan orang-orang mu’min yang mulia yang paling taqwa kepada Allah
secara umum hanyalah para sahabat.

Ketujuh
Perjalanan orang-orang mu’min yang paling taslim (menyerahkan diri) kepada
Allah dan Rasul-Nya secara umum hanyalah para sahabat.

Kelapan
Perjalanan orang-orang mu’min yang ijma’ (kesepakatan) mereka menjadi hujjah
dan menjadi dasar hukum Islam yang ketiga setelah Al-Qur’an dan As-Sunnah
hanyalah ijma’ para sahabat. Oleh kerana itu tiada ada ijma’ kecuali para
sahabat atau setelah terjadi ijma’ di antara mereka. Demikian itu juga
sebaliknya, mustahil terjadi perselisihan apabila para sahabat telah ijma’.
Dan tidak ada yang menyalahi ijma’ mereka kecuali orang-orang sesat dan
menyesatkan yang telah mengikuti “selain jalannya orang-orang mu’min”.

Kesembilan
Perjalanan orang-orang mu’min yang tidak pernah berselisih di dalam aqidah
dan manhaj hanyalah perjalanan para sahabat bersama orang-orang yang
mengikuti mereka tabi’in dan tabi’ut tabi’in dan seterusnya.

Kesepuluh
Para sahabat adalah sebaik-baik umat ini dan pemimpin mereka.(Bacalah
I’laamul Muwaqqi’iin juz 1 hal 14 oleh Imam Ibnul Qayyim)

Kesebelas
Para sahabat adalah ulama dan muftinya umat ini. (Bacalah I’laamul
Muwaqqi’iin juz 1 hal 14 oleh Imam Ibnul Qayyim)

Keduabelas
Para sahabat adalah orang-orang yang pertama-tama beriman kepada Allah dan
RasulNya. Oleh kerana itu Allah memerintahkan manusia untuk mengikuti
mereka (Al-Baqarah :13)

Ketigabelas
Para sahabat telah dipuji dan dimuliakan oleh Allah dibanyak tempat di dalam
KitabNya yang mulia.

Keempat belas
Bahawa perjalanan para sahabat telah mendapat keredhaan Allah dan mereka pun
redha kepada Allah (At-Taubah :100)

Kelima belas
Perjalanan para sahabat telah menjadi dasar, bahawa Allah akan meradhai
perjalannnya orang-orang mu’min dengan syarat mereka mengikuti "jalannya
orang-orang mu’min yang pertama yaitu para sahabat". Mahfumnya, bahawa Allah
tidak akan meredhai mereka yang tidak mengikuti perjalanannya Al-Muhajirin
dan Al-Anshar (At-Taubah :100)

Keenam belas
Sebaik-baiknya sahabat para nabi dan rasul ialah sahabat-sahabat Rasulullah.

Ketujuh belas
Tidak ada yang marah dan membenci para sahabat kecuali orang-orang kafir.
(Tafsir Ibnu Katsir

surat

Al-Fath :29)

Kelapan belas
Dan tidak ada yang menyatakan bodoh terhadap para sahabat kecuali
orang-orang munafik. (Al-Baqarah : 13)

Kesembilan belas.
Rasulullah telah bersabda: "Sebaik-baik manusia adalah yang hidup di
zamanku, kemudian yang sesudah mereka" (Hadist Shahih mutawatir dikeluarkan
oleh Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Generasi pertama adalah sahabat, yang kedua tabi’in dan yang ketiga adalah
tabiut tabi’in. mereka inilah dinamakan dengan nama Salafush Shalih
(generasi pendahulu yang shalih) yakni tiga generasi terbaik dari umat ini.
Kepada mereka inilah kita meruju’ cara beragama kita dalam mengamalkan nash
Al-Qur’an dan As-Sunnah di atas. Sedangkan orang-orang yang mengikuti mereka
dinamakan Salafiyyun dari zaman ke zaman sampai hari ini.

Keduapuluh.
Rasulullah telah bersabda pada waktu hajjatul wada’ (haji perpisahan):
"Hendaklah orang yang hadir diantara kamu menyampaikan kepada yang tidak
hadir". (Hadist shahih riwayat Bukhari dan Muslim dari jalan beberapa orang
sahabat)

Hadist yang mulia ini meskipun bersifat umum tentang perintah tabligh dan
dakwah akan tetapi para sahabatlah yang pertama kali diperintahkan oleh
Rasulullah untuk bertabligh dan berdakwah, sebagai contoh bagi umat ini dan
agar diikuti oleh mereka bagaimana cara bertabligh dan berdakwah yang benar
di dalam menyampaikan yang hak. Oleh kerana itu hadist yang mulia ini
memberikan pelajaran yang tinggi kepada kita diantaranya:

(a). Bahawa dakwah mereka adalah haq dan lurus di bawah bimbingan Nabi yang
mulia.

(b). Bahawa mereka adalah orang-orang kepercayaan Rasulullah. Kalau tidak,
tentu Rasulullah tidak akan memerintahkan mereka untuk menyampaikan daripada
beliau.

(c). Bahawa mereka kaum yang benar, lawan dari dusta, yang amanat, lawan dari
khianat. Bahawa mereka telah di ta’dil (dinyatakan bersifat adalah : tsiqah/
terpercaya dan dhabt/teliti) oleh Rabb mereka, Allah, dan oleh nabi mereka.
Oleh kerana itu Ahlussunnah Wal Jama’ah telah ijma’ bahawa mereka tidak perlu
diperiksa lagi dengan sebab di atas. Keadilan dan ketsiqahan mereka tidak
diragukan lagi. Allahumma! Kecuali oleh kaum Syi’ah dan Rafhidhah dari cucu
Abdullah bin

Saba

’ si Yahudi hitam dan orang-orang mereka yang dahulu dan
sekarang.

(d). Bahawa wajib bagi kita kaum muslimin mengikuti cara dakwahnya para
sahabat, bagaimana dan apa yang mereka dakwahkan dan seterusnya. Adapun
dalam masalah keduniaan seperti alat dan mengikuti perkembangan zaman
dan tingkat pengetahuan manusia, seperti menggunakan kendaraan yang ada pada
zaman ini atau alat perekam dan pengeras suara dan lain-lain kita bebas melakukannya selagi tiada dalil yang melarang.

Keduapuluh satu.
Rasulullah telah bersabda : "Janganlah kamu mencaci-maki sahabat-sahabatku!
Kalau sekiranya salah seorang daripada kamu menginfaqkan emas sebesar gunung
Uhud, nescaya tidak akan mencapai darjat mereka satu mudpun atau setengah
mud". (Hadist Shahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Keduapuluh dua.

Para

sahabat secara umum telah dijanjikan jannah (syurga). (At-Taubah : 100)

Keduapuluh tiga.
Secara khusus sebahagian sahabat telah diberi khabar gembira oleh Nabi sebagai
penghuni syurga, seperti Abu Bakar, Umar, Ustman, Ali dan lain-lain.

Keduapuluh empat.

Para

sahabat telah berhasil menguasai dunia membenarkan janji Allah di dalam
Kitab-Nya yang mulia (Tafsir Ibnu Katsir

surat

An-Nuur ayat 55)

Keduapuluh

lima

.
Perjalanan orang-orang mu’min yang paling kuat “Ukhuwwah Islamiyyahnya”
ialah para sahabat berdasarkan nash Al-Qur’an dan As-Sunnah serta sejarah.

Keduapuluh enam.
Di dalam ayat yang mulia ini Allah tidaklah mencukupkan firman-Nya dengan
perkataan: ”Barangsiapa yang memusuhi Rasul sesudah nyata baginya
kebenaran…., nescaya akan palingkan dia….”. dan kalau Allah mencukupinya
sampai disitu pasti hak/benar. Akan tetapi terdapat hikmah yang dalam ketika
Allah mengkaitkan dengan “dan dia mengikuti selain jalannya orang-orang
mu’min -iaitu para sahabat. Dari sini kita mengetahui, bahawa di dalam
berpegang dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, harus ada jalan atau cara di dalam
memahami keduanya. Jalan atau cara itu adalah “jalannya orang-orang mu’min
iaitu para sahabat”. Jadi urutan dalilnya sebagai berikut : Al-Qur’an
As-Sunnah. Keduanya menurut pemahaman para sahabat atau cara beragama
mereka, aqidah dan manhaj.


http://www.almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=907&bagian=0

(Disalin dari Majalah As-Sunnah edisi : 02/V/1421-2001M, hal 51-53, Penerbit
Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl Solo Purwodadi Km 8 Selokaton
Gondangrejo Solo 57183)

Pengamal Bid'ah Mendapat pahala!

http://salafyitb.wordpress.com/2007/01/28/pelaku-bidah-diberi-pahala/#more-50

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh,

Berkata As-Syaikh Al-Allamah Muhammad ibn Sholeh Al-Utsaimin rahimahullah dalam kitabnya Al-Qoulul Mufid jilid 1 hal 385

إن البدعة شر ولو حسن قصد فاعلها, ويأثم إن كان عالما أنها بدعة ولو حسن قصده, لأنه أقدم على المعصية, كمن يجيز الكذب والغش ويدعي أنه مصلحة, أما لو كان جاهلا فإنه لايأثم, لأن جميع المعاصي لا يأثم بها إلا مع العلم, وقد يثاب على حسن قصده, وقد نبه على ذلك شيخ الإسلام ابن تيمية في كتابه “اقتضاء الصراط المستقيم”, فيثاب على نيته دون عمله, فعمله هذا غير صالح ولامقبول عند الله ولامرضي, لكن لحسن نيته مع الجهل يكون له أجر, ولهذا قال صلى الله عليه وسلم للرجل الذي صلى وأعاد الوضوء بعدما وجد الماء وصلى ثانية:”لك الأجر مرتين”, لحسن قصده, ولأن عمله عمل صالح في الأصل, لكن لو أراد أحد أن يعمل العمل مرتين مع علمه أنه غير مشروع, لم يكن له أجر لأن عمله غير مشروع لكونه خلاف السنة, فقد قال النبي صلى الله عليه وسلم للذي لم يعد:”أصبت السنة”.

Sesungguhnya bid’ah itu jelek meskipun pelakunya bermaksud baik.Dan dia berdosa apabila tahu bahawa apa yang dikerjakannya adalah bid’ah meskipun niatnya baik. Ini kerana dia telah mendahulukan maksiat. Sebagaimana orang jika menghalalkan berdusta dan menipu dengan dalih adanya kemaslahatan.Adapun apabila dia jahil (bodoh/ tidak tahu) maka dia tidak berdosa. Ini kerana semua maksiat tidaklah diberikan dosa kecuali dia mengetahuinya (bahawa itu maksiat).Dan akan diberi pahala di atas niat baiknya. Sesungguhnya  Syaikhul Islam Ibnu taimiyah telah menjelaskan hal itu di dalam kitabnya “Iqtidho Shirothol Mustaqim”. Maka diberi ganjaran dengan pahala atas niatnya bukan atas amalannya.Amalnya ini tidak benar dan tidak diterima disisi Allah dan tidak pula diredhai,akan tetapi terhadap niat baiknya yang disertai kejahilannya tersebut tetap di beri pahala. Berkata Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam terhadap seseorang yang sholat dengan (tayamum) kemudian mengulangi wudhu setelah menemui air dan mengulangi sholatnya :“Lakal ajru marrotaini” (bagi mu dua pahala).Ini kerana niat baiknya,dan kerana amalannya pada asalnya adalah amalan sholeh,akan tetapi jika seseorang mengerjakan amal tadi dua kali padahal tahu bahawa itu tidak disyariatkan , maka tidaklah berpahala baginya kerana ini menyelisihi sunnah. Ini kerana terhadap orang yang tidak mengulangi wudhunya, Rasulullah mengatakan “anda mendapatkan sunnah”

Hal ini memang benar difahami juga demikian oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya “Iqtidho Shirothol Mustaqim” (20/31)

ففي الجملة الأجر هو على اتباعه الحق بحسب اجتهاده، ولو كان في الباطن حق يناقضه هو أولى بالاتباع لو قدر على معرفته لكن لم يقدر؛ فهذا كالمجتهدين في جهات الكعبة.
وكذلك كل من عَبدَ عبادة نُهي عنها ولم يعلم بالنهي - لكن هي من جنس المأمور به- مثل
من صلى في أوقات النهي، وبلغه الأمر العام بالصلاة ولم يبلغه النهي، أو تمسك بدليل خاص مرجوح، مثل صلاة جماعة من السلف ركعتين بعد العصر؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم صلاَّهما.. فإنها إذا دخلت في عموم استحباب الصلاة ولم يبلغه ما يوجب النهي أثيب على ذلك، وإن كان فيها نهي من وجه لم يعلم بكونها بدعة تتخذ شعاراً، ويجتمع عليها كل عام .. فهذا يغفر له خطؤه ويثاب على جنس المشروع، وكذلك من صام يوم العيد ولم يعلم بالنهي.
بخلاف ما لم يُشرع جنسه مثل الشرك؛ فإن هذا لا ثواب فيه وإن كان الله لا يعاقب صاحبه إلا بعد بلوغ الرسالة كما قال تعالى (وما كنا معذبين حتى نبعث رسولاً)، لكنه وإن كان لا يعذب فإ هذا لا يثاب، بل هذا كما قال تعالى (وقدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناه هباءً منثوراً)..
فكل عبادة غير مأمور بها فلا بد أن يُنهى عنها، ثم إن علم أنها منهي عنها وفعلها استحق العقاب، فإن لم يعلم لم يستحق العقاب.
وإن اعتقد أنها مأمور بها وكانت من جنس المشروع فإنه يثاب عليها، وإن كان من جنس الشرك فهذا ليس فيه شيء مأمور به …”.

Dalam konteks ini, pahala itu bagi yang berittiba’ dengan al-haq sesuai ijtihadnya. Meskipun dalam batinnya mengingkarinya,maka yang demikian lebih utama untuk berittiba’ jika ditakdirkan mengetahuinya. Tetapi jika tidak mengetahuinya,maka kedudukannya seperti orang berijtihad dalam menentukan arah kiblat.
Dan demikian semua yang beribadah dengan ibadah yang pada hakikatnya terlarang (tetapi asal ibadahnya tersebut diperintahkan) namun dia tidak tahu, seperti misalnya orang yang sholat diwaktu-waktu yang diharamkan. Telah sampai kepadanya perintah sholat secara umum,tapi tidak tahu akan adanya larangan tersebut.Atau dia berpegang pada dalil khusus yang lemah, semisal sholatnya sesetengah salaf dua rakaat setelah ashar dengan alasan Nabi melakukannya…maka yang seperti ini apabila masuk pada keumuman disukainya sholat tetapi belum sampai kepadanya larangan tersebut meskipun itu bid’ah yang dijadikan syiar dan dilakukan tiap tahun……Maka kesalahan ini dimaafkan dan diganjar pahala dari jenis amal yang disyariatkan (sholatnya tadi).Dan demikian juga seperti berpuasanya seseorang di hari raya kerana tidak tahu akan adanya larangan.Ini berbeza seperti kesyirikan yang memang pada asalnya nya perbuatannya syirik ini tidak disyariatkan, maka tidak akan diberi pahala meskipun Allah tidak akan mengadzab pelakunya kecuali telah sampai risalah kepadanya sebagaimana firman Allah:“Tidaklah kami mengadzab kecuali telah kami utus Rasul”. Akan tetapi meskipun tidak di adzab apalagi diberi pahala, keadaannya amalnya sebagaimana difirmankan Allah:“Dan kami hadirkan kepada apa yang telah diamalkannya maka kami jadikan bagai debu berterbangan”

Setiap ibadah yang tidak diperintahkan maka terlarang, kemudian apabila dia tahu bahawasannya terlarang tetapi tetap melakukannya, maka dia berhak mendapat ancaman Tetapi jika dia tidak tahu maka tidak mendapat ancaman. Dan meskipun dia berkeyakinan bahawasannya apa yang dia kerjakan itu diperintahkan,tetapi kerana amalannya tersebut memang jenis asalnya disyariatkan,maka dia berpahala,akan tetapi jika daripada jenis amalan syirik maka kesyirikan bukanlah dari jenis amalan yang diperintahkan….

Wassalam,

Abu Umair As-Sundawy

Seruan Imam 4 mazhab Untuk berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah

Sangatlah bermanfaat bagi kita untuk membaca perkataan para Imam madzhab yang empat (Madzhab Hanafi, Madzhab Maliki, Madzhab Syafi',i dan Madzhab Hambali), Agar kita selalu mengikuti Sunnah dan meninggalkan perkataan serta pendapat-pendapat yang menyelisihi Sunnah walaupun bersumber daripada mereka sendiri (Para Imam Madzhab). Hal ini merupakan bantahan terhadap orang-orang yang jauh dari ilmu agama dan selalu taqlid buta (mengikut tanpa melihat hujah), dimana mereka sering berkata " Kalau bukan pendapat Imam Syafi'i, maka aku akan menolaknya" atau "Aku hanya akan mau memakai pendapat Imam Hambali, yang selainnya aku enggan."

Sedangkan Imam Syafi'i dan Imam Hambali juga Imam-imam yang lain, tidak pernah sekalipun mengajarkan kepada para pengikut-pengikutnya, untuk fanatik buta kepada mereka. Semoga dengan mendengar perkataan-perkataan daripada mereka, kita akan semakin Istiqamah dalam menegakkan Sunnah dan meninggalkan pendapat yang menyelisihinya .

Berikut adalah perkataan para Imam-imam tersebut , semoga Allah merahmati mereka :

a) ABU HANIFAH (Imam Madzhab Hanafi)
 
1. “Apabila hadits itu shahih, maka hadits itu adalah madzhabku.” (Ibnu Abidin di dalam Al-Hasyiyah 1/63)


2. “Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang kepada perkataan kami, selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Intiqa'u fi Fadha 'ilits Tsalatsatil A'immatil Fuqaha'i, hal. 145)


3. Di dalam sebuah riwayat dikatakan: “Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku”.


4. Di dalam sebuah riwayat ditambahkan: “Sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataan pada hari ini dan menariknya balik di esok hari”.


5. “Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah dan khabar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, maka tinggalkanlah perkataanku”. (Al-Fulani di dalam Al-lqazh, hal. 50)

a) MALIK BIN ANAS (Imam Madzhab Maliki)
Imam Malik berkata:

1. “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, tinggalkanlah”. (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami', 2/32)


2 “Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu alaihi wa sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Shallallahu alaihi wa sallam”. (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)


3. Ibnu Wahab berkata, “Aku mendengar bahawa Imam Malik ditanya tentang menyelang-nyelangi jari di dalam berwudhu, lalu dia berkata, “Tidak ada hal itu pada manusia”. Dia berkata, “Maka aku meninggalkannya hingga manusia berkurangan, kemudian aku berkata kepadanya. Kami mempunyai sebuah sunnah di dalam hal itu, maka dia berkata: “Apakah itu”? “Aku berkata: Al Laits bin Saad dan Ibnu Lahi'ah dan Amr bin Al-Harits dari Yazid bin Amr Al ¬Ma’afiri dari Abi Abdirrahman Al-Habli dari Al Mustaurid bin Syidad Al-Qirasyi telah memberikan hadist kepada kami, dia berkata, ”Aku melihat Rasulullah Shallallahu AlaihinWaSallam menunjukkan kepadaku dengan kelingkingnya apa yang ada diantara jari-jari kedua kakinya”. Maka dia berkata, “sesungguhnya hadist ini adalah Hasan, aku tidak pernah mendengarnya sama sekali kecuali kali ini. Kemudia di hari lain, saya mendengar beliau ditanya tentang hal yang sama lalu beliau menyuruh orang itu untuk menyela-nyela jari kakinya.
(Mukaddimah Al-Jarhu wat Ta'dil, karya Ibnu Abi Hatim, hal. 32-33)

c)

ASY

-SYAFI'I (Imam Madzhab Syafi'i)
Adapun perkataan-perkataan yang diambil dari Imam Syafi'i di dalam hal ini lebih banyak dan lebih baik, dan para pengikutnya pun lebih banyak mengamalkannya. Di antaranya:

1. “Tidak ada seorangpun, kecuali dia wajib bermadzab dengan Sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apapun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang aku katakan itu berasal daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tetapi bertentangan dengan ucapanku. Maka peganglah sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam. Inilah ucapanku.” (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir,

15/1/3

)


2. “Kaum muslimin telah sepakat baahwa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya, hanya kerana mengikut perkataan seseorang.”
(Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal.68)


3. “Apabila kamu mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.” (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam,3/47/1)


4. “Apabila Hadist itu Shahih, maka ia adalah madzhabku.” (An-Nawawi di dalam AI-Majmu', Asy-Sya'rani,10/57)


5. “Kamu (Imam Ahmad) lebih tahu dari padaku tentang hadist , dan orang-orangnya (Rijalull-Hadits). Apabila hadist itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku biar dari manapun orangnya, baik dia dari Kufah, Bashrah mahupun dari Syam, sehingga apabila ia shahih, aku akan bermadzhab dengannya.” ( Al-Khathib di dalam Al-Ihtijaj bisy-Syafi'I, 8/1)


6. “Setiap masalah yang didalamnya terdapat khabar daripada Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam yang shahih …..dan bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku menariknya balik di dalam hidupku dan setelah aku mati.” (Al-Harawi, 47/1)


7. “Apabila kamu melihat aku mengatakan suatu perkataan, sedangkan hadist Nabi yang bertentangan dengannya shahih,ketahuilah bahawa itu bererti pendapatku tidak berguna lagi).” (Al-Mutaqa, 234/1 karya Abu Hafash Al-Mu'addab)


8.  “Setiap apa yang aku katakan bila bertentangan dengan riwayat yang shahih dari Nabi SAW, maka hadith nabi saw lebih utama dan janganlah kalian bertaqlid kepadaku” (ibnu Asakir,

15/9/2

)

9.  “Setiap hadith yang datang dari nabi saw, bererti itulah pendapatku sekalipun kalian tidak mendengarnya sendiri daripada aku”. (Al-Filani dan Ibn Qayyim di dalam al-I’lam)

AHMAD BIN HAMBAL (Imam Madzhab Hambali) '
Imam Ahmad adalah salah seorang imam yang paling banyak mengumpulkan sunnah dan paling berpegang teguh kepadanya. Sehingga dia membenci penulisan buku-buku yang memuat cabang-cabang (furu’ ) dan pendapat. Oleh kerana itu dia berkata:

1. “Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi'i, Auza'i dan Tsauri, tetapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I'lam, 2/302)


2. “Pendapat Auza'i, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan ia bagiku adalah sama, sedangkan alasan hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar (hadits-hadits. Red.)” (Ibnul Abdl Brr di dalam Al-Jami`, 2/149)


3. “Barang siapa yang menolak hadits Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, maka sesungguhnya dia telah berada di tepi kehancuran.” (Ibnul Jauzi, 182).

Allah berfirman: "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya" (An-Nisa:65), dan firman-Nya: "Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa adzab yang pedih. " (An-Nur:63).

(Di sadur dari Mukaddimah Kitab Shifatu Shalatiin Nabii shallallahu 'alaihi wa sallam, karya Al-Imam Al-Muhaddits Muhammad Nashiruddin AI-Albani rahimahullah dengan sedikit perubahan oleh Tim Redaksi)

http://www.darussalaf.org/index.php?name=News&file=article&sid=246

 

Berbagi Cinta?

HATI-HATI DENGAN CINTA

Cinta… sebuah kata yang amat difahami oleh semua orang. Satu perasaan yang dengannya seseorang mahu melakukan segala sesuatu demi mencapai apa yang dia cintai tersebut. Namun hakikatnya, cinta tidaklah hanya terbatas kepada hubungan antara dua orang insan, bahkan lebih daripada itu. Segala ibadah yang kita lakukan, kesemuanya itu tidak akan dapat kita lakukan jika tidak ada rasa cinta kepada zat yang kita sembah, iaitu Allah Ta’ala. Cinta adalah ruh penggerak yang mendorong seseorang beribadah, maka apabila cinta hilang, maka ibadah akan terasa hambar.

Islam merupakan agama yang sangat luas, bahkan hingga dalam permasalahan cinta ini pun Islam memberikan penjelasan serta batasan yang terang. Sehingga dengannya, diharapkan seorang muslim tidak tersesat oleh rasa cintanya tersebut.

Pembagian Cinta

Cinta yang dapat memberikan manfaat bagi seorang hamba antara lain:

1. Cinta Kepada Allah

Yakni cinta yang menyebabkan merendahkan diri dan mengagungkan yang dicintainya tersebut serta menumbuhkan rasa taat untuk melaksanakan perintah dan menjauhi segala larangan yang dicintainya tersebut. Cinta seperti ini khusus untuk Allah semata dan tidak boleh ditujukan kepada selain-Nya. Sebagaimana firman Allah,

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبّاً لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” (QS. Al Baqarah: 165)

Pada ayat ini, Allah menyatakan bahawa orang-orang kafir mencintai Allah sekaligus mencintai sesembahan-sesembahan selain Allah. Allah mengkafirkan mereka kerana mereka membahagi-bahagikan rasa cinta mereka yang seharusnya khusus untuk kepada Allah semata. Hal ini juga dikuatkan dengan firman Alloh,

تَاللَّهِ إِن كُنَّا لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ إِذْ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ الْعَالَمِينَ وَمَا أَضَلَّنَا إِلَّا الْمُجْرِمُونَ

“Demi Allah:sesungguhnya kita dahulu (di dunia) di dalam kesesatan yang nyata, Kerana kita mempersamakan kamu dengan Tuhan semesta alam. Dan tiadalah yang menyesatkan kami kecuali orang-orang yang berdosa.” (QS. Asy Syu’ara: 97-99), maksudnya iaitu menyamakan selain Allah dengan Allah di dalam hal cinta dan ibadah.

Contoh bentuk cinta yang syirik adalah cinta yang diberikan oleh orang-orang musyrik kepada sesembahan selain Allah. Orang-orang musyrik sangat mengagungkan sesembahan mereka tersebut, sehingga ada di antara mereka yang berani bersumpah dusta dengan menyebut nama Allah namun takut bersumpah dusta jika menyebut nama sesembahan mereka tersebut. Wal’iyyadzubillah.

2. Cinta Kerana Allah

Iaitu mencintai segala sesuatu yang dicintai oleh Allah. Seperti mencintai para rasul, malaikat dan kaum mukminin. Demikian juga cinta kepada berbagai bentuk amal ketaatan seperti sholat, puasa, membaca Al Quran dan sebagainya. Cinta ini akan menghasilkan lawannya, iaitu benci kerana Allah. Contohnya membenci orang kafir, ahli maksiat dan berbagai macam amal kekafiran dan kemaksiatan. Kesempurnaan iman seseorang tidak akan terwujud tanpa adanya rasa cinta dan benci ini.Diriwayatkan, “Barang siapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah dan memusuhi kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan Allah hanya dapat diperoleh dengan hal tersebut. Seorang hamba tidak akan merasakan nikmat iman, sekalipun banyak sholat dan puasa, sehingga bersikap demikian.” (HR. Ibnu Jarir)

3. Cinta Yang Didasari Kasih Sayang atau Naluri

Seperti cinta kepada orang tua, anak, orang lemah, makanan, minuman, pakaian,tempat tinggal dan sebagainya. Cinta seperti ini tidak boleh diutamakan daripada cinta kepada Allah ataupun cinta kerana Allah. Allah berfirman yang artinya,

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).” (QS Ali Imran: 14)

Pada ayat ini Allah mengkhabarkan bahawa sesungguhnya manusia diberi naluri untuk mencintai hal-hal itu semua. Namun begitu, Allah menjadikan rasa cinta tersebut sebagai ujian bagi setiap manusia. Apakah mereka akan mengutamakan rasa cintanya tersebut daripada ketaatan dan menggunakannya demi mencapai redhaNya ataukah sebaliknya. Perhatikanlah firman Allah yang ertinya,

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

“Katakanlah: Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isetri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, Maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan KeputusanNya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (QS. At Taubah: 24)

Allah ta’ala tidak hanya mengancam orang-orang yang mengutamakan cinta naluri dan kasih sayang mereka daripada cinta kepada Allah dan kerana Allah dengan hukumanNya. Namun Allah juga menyebut mereka sebagai orang-orang yang fasik, yakni orang-orang yang menyimpang daripada ketaatan kepada Allah.

Bentuk-Bentuk Cinta Yang Terlarang

Setelah mengetahui bentuk-bentuk cinta yang telah disebutkan, maka bagaimanakah bentuk-bentuk cinta yang terlarang itu? Di antaranya adalah:

  1. Mendahulukan kecintaan      terhadap sesuatu apapun dibandingkan cinta kepada Allah.
  2. Mencintai orang-orang kafir.
  3. Lebih mengikuti perintah,      larangan ataupun ucapan orang yang dicintainya (seperti ibu bapa, isteri,      suami dan sebagainya) sedangkan dia tahu bahawa perintah, larangan atau      ucapan tersebut bertentangan dengan syariat Islam.
  4. Menentang syariat yang      diajarkan Rasulullah dengan ajaran nenek moyangnya ataupun adat istiadat      kerana fanatik terhadap nenek moyang.
  5. Mencintai dunia, takut mati      dan tidak mahu berjihad di jalan Allah dengan segala macam maknanya.

Ya Allah, kami memohon kepadaMu, untuk memberikan kami rasa cinta kepadaMu, rasa cinta kepada orang-orang yang Engkau cintai dan rasa cinta kepada segala amal ketaatan yang dapat mendatangkan rasa cinta kami kepadaMu.

http://muslim.or.id/2007/01/31/hati-hati-dengan-cinta/

di edit oleh Abu Usamah

 

IFC Masih Mengancam_Mufti Perlis

"Saya melihat beberapa pihak termasuk IFC masih meneruskan perjuangan mereka kononnya untuk menuntut hak mereka atau agama lain di sisi perlembagaan. Sikap mereka yang double-standard menunjukkan adanya nilai-nilai kebencian yang amat serius terhadap Islam dan umatnya. Mengapakah mereka hanya bising dengan laung azan kononnya mengganggu orang bukan Islam, dalam masa yang sama mereka tidak membantah perarakan agama tertentu yang menggangu jalan raya sehingga menyebabkan terganggunya urusan penganut agama lain berjam-jam?!!. Negara ini memang untuk semua. Namun identiti negara ini ialah Islam dan Islam mesti dipertahankan ketuanannya. Berjuang menghadapi percubaan menghapuskan identiti Islam dalam negara ini yang dilakukan oleh puak-puak ini adalah perjuangan ad-din yang dituntut oleh syarak dan mudah-mudahan mendapat balasan pahala yang besar di sisi Allah".

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
al-