Allah Maha Penerima Taubat
"Bila Allah sorokkan matahari, Datangkan petir dan kilat, rupanya Allah nak tunjukkan pelangi."
| Sun | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
HAK DAN KEWAJIPAN SUAMI ISTERI MENURUT SYARI'AT ISLAM YANG
MULIA Alaihi Wa
Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam sentiasa menganjurkan kaum muda untuk
menyegerakan menikah sehingga mereka tidak terjebak dalam kemaksiatan, menuruti
hawa nafsu dan syahwatnya. Ini kerana, banyak sekali keburukan akibat menunda
pernikahan. Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk menikah,
maka menikahlah! Ini kerana menikah itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih
membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia
shaum (puasa) kerana puasa itu dapat membentengi dirinya.”[1]
Anjuran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk segera bernikah
mengandungi berbagai manfaat, sebagaimana yang dijelaskan oleh para ulama, di
antaranya:
(1). Melaksanakan Perintah Allah Ta’ala.
(2). Melaksanakan Dan Menghidupkan Sunnah Nabi Shallallaahu ‘
(3). Dapat Menundukkan Pandangan.
(4). Menjaga Kehormatan Lelaki Dan Perempuan.
(5). Terpelihara Kemaluan Daripada Berbagai Ragam Maksiat.
Dengan bernikah, seseorang akan terpelihara daripada perbuatan jelek dan hina,
seperti zina, dan selainnya. Dengan terpelihara diri daripada berbagai jenis
perbuatan keji, maka hal ini adalah salah satu sebab dijaminnya dia untuk masuk
ke dalam Syurga.
Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Ertinya : Barangsiapa yang menjaga apa yang ada di antara dua bibir
(lisan)nya dan di antara dua paha (kemaluan)nya, aku akan jamin dia masuk ke
dalam Syurga.”[2]
(6). Ia Juga Akan Termasuk Di Antara Orang-Orang
Yang Ditolong Oleh Allah.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang tiga golongan yang
ditolong oleh Allah, iaitu orang yang bernikah untuk memelihara dirinya dan
pandangannya, orang yang berjihad di jalan Allah, dan seorang hamba yang ingin
melunasi hutangnya (menebus dirinya) agar merdeka (tidak menjadi hamba lagi).
Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Ada
"Ertinya :
(7). Dengan Bernikah, Seseorang Akan Menuai Ganjaran
Yang Banyak.
Bahkan, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan bahswa seseorang
yang melakukan hubungan seks dengan isterinya akan mendapatkan ganjaran. Beliau
bersabda,
“Ertinya : ... dan pada persetubuhan salah seorang daripada kalian adalah
shadaqah...”[4]
(8). Mendatangkan Ketenangan Di Dalam Hidupnya
Iaitu dengan terwujudnya keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Sebagaimana
firman Allah ‘Azza wa Jalla:
"Ertinya : Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia
menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa
kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Ruum : 21)
Seseorang yang melimpah ruah hartanya belum tentu merasa tenang dan bahagia di
dalam kehidupannya, lebih-lebih lagi jika dia belum bernikah lalu justeru itu melakukan
pergaulan di luar pernikahan yang sah. Kehidupannya akan dihantui oleh
kegelisahan. Dia juga tidak akan mengalami mawaddah dan cinta yang sebenarnya,
sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:
"Ertinya : Tidak pernah terlihat dua orang yang saling mencintai
seperti (yang terlihat dalam) pernikahan.”[5]
Cinta yang dibungkus dengan perhubungan di luar nikah, pada hakikatnya hanyalah
nafsu syahwat belaka, bukan kasih sayang yang sesungguhnya, bukan rasa cinta
yang sebenarnya, dan dia tidak akan mengalami ketenangan kerana dia berada di dalam
perbuatan dosa dan laknat Allah. Terlebih lagi jika mereka hidup berduaan tanpa
ikatan pernikahan yang sah. Mereka akan terjerumus ke dalam lembah perzinaan
yang menghinakan mereka di dunia dan akhirat.
Berdua-duaan antara dua insan yang berlainan jantina merupakan perbuatan yang
terlarang dan hukumnya haram di dalam Islam, kecuali antara suami dengan isteri
atau dengan mahramnya. Sebagaimana sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam:
"Ertinya : Jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang
wanita, kecuali si wanita itu bersama mahramnya.”[6]
Berdua-duaan dengan didampingi mahramnya pun harus ditilik
daripada sudut kepentingan yang ada. Jika tujuannya adalah untuk ber’dating’,
maka hukumnya tetap terlarang dan haram kerana perhubungan di luar nikah hanya
akan mendatangkan kegelisahan dan menjerumuskan dirinya kepada
perbuatan-perbuatan terlaknat. Di dalam agama Islam yang sudah sempurna ini,
tidak ada istilah bermain cinta meskipun dengan dalih untuk dapat saling
mengenali dan memahami di antara kedua calon suami isteri.
Namun berdua-duaanan dengan didampingi mahramnya dengan tujuan meminang
(khitbah), kemudian dia bernikah, maka hal ini diperbolehkan di dalam syari’at
Islam, dengan syarat-syarat yang telah dijelaskan pula oleh syari’at.
(9). Memiliki Keturunan Yang Shalih
Setiap orang yang bernikah pasti ingin memiliki anak. Dengan bernikah –dengan izin Allah- dia akan memperolehi keturunan yang shalih, sehingga menjadi aset yang sangat berharga kerana anak yang shalih akan sentiasa mendo’akan kedua orang tuanya, serta dapat menjadikan amal bani Adam terus mengalir meskipun jasadnya sudah berkalang tanah di dalam kubur.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda. Alaihi Wa
"Ertinya : Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali
tiga hal: shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak shalih yang
mendo’akannya.”[7]
(10). Bernikah Dapat Menjadi Sebab Semakin Banyaknya
Jumlah Ummat Nabi Muhammad Shallallaahu ‘
Termasuk di dalam anjuran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam adalah
menikahi wanita-wanita yang subur, supaya dia memiliki keturunan yang banyak. kota
Seorang yang beriman tidak akan merasa takut dengan sempitnya rezeki daripada
Allah sehingga dia tidak membatasi jumlah kelahiran anaknya. Di dalam Islam,
pembatasan jumlah kelahiran atau dengan istilah lain yang menarik (seperti “Perancangan
Keluarga”) hukumnya haram dalam Islam ( kecuali dengan sebab-sebab syari’e
seperti kesihatan dan keselamatan si ibu). Rasulullah shallallaahu ‘alaihi
wa sallam pernah mendo’akan seorang Shahabat beliau, iaitu Anas bin Malik
radhiyallaahu ‘anhu, yang telah membantu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam
selama sepuluh tahun dengan do’a:
“Ya Allah, perbanyaklah harta dan anaknya dan berkatilah baginya daripada
apa-apa yang Engkau anugerahkan kepadanya.”[8]
Dengan kehendak Allah, dia menjadi orang yang paling ramai anaknya dan paling
banyak hartanya pada waktu itu di Madinah. Kata Anas, “Anakku, Umainah,
menceritakan kepadaku bahawa anak-anakku yang sudah meninggal dunia ada 120
orang pada waktu Hajjaj bin Yusuf memasuki
Semestinya seorang muslim tidak merasa khuatir dan takut dengan ramainya anak,
bahkan sepatutnya dia berasa bersyukur kerana telah mengikuti Sunnah Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang mulia. Allah ‘Azza wa Jalla akan memudahkan
baginya dalam mendidik anak-anaknya, sekiranya dia bersungguh-sungguh untuk
taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Bagi Allah ‘Azza wa Jalla tidak ada yang
mustahil.
Di antara manfaat dengan ramainya anak dan keturunan adalah:
1. Mendapatkan kurnia yang sangat besar yang lebih
tinggi nilainya daripada harta.
2. Menjadi buah hati yang menyejukkan pandangan.
3. Aset untuk mendapatkan ganjaran dan pahala di sisi Allah.
4. Di dunia mereka akan saling menolong dalam kebajikan.
5. Mereka akan membantu meringankan beban orang tuanya.
6. Do’a mereka akan menjadi amal yang bermanfaat ketika orang tuanya sudah
tidak mampu lagi beramal (telah meninggal dunia).
7. Jika ditakdirkan anaknya meninggal ketika masih kecil/belum baligh -insya
Allah- dia akan menjadi syafa’at (penghalang masuknya seseorang ke dalam
Neraka) bagi orang tuanya di akhirat kelak.
8. Anak akan menjadi hijab (pembatas) dirinya dengan api Neraka, manakala orang
tuanya mampu menjadikan anak-anaknya sebagai anak yang shalih atau shalihah.
9. Dengan ramainya anak, akan menjadi salah satu sebab kemenangan kaum muslimin
ketika jihad fi sabilillah dikumandangkan kerana jumlahnya yang sangat ramai.
10. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bangga akan jumlah ummatnya yang
ramai.
Anjuran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ini tentu tidak bertentangan
dengan manfaat dan hikmah yang dapat dipetik di dalamnya. Meskipun kaum kafir
tiada berhenti-henti menakut-nakutkan kaum muslimin supaya mereka tidak memiliki
ramai anak dengan alasan rezeki, waktu, dan tenaga yang terbatas untuk mengurus
dan memerhatikan mereka, sedangkan boleh jadi dengan adanya anak-anak yang
menyambutnya ketika pulang dari bekerja, ia akan membuatkan rasa letih dan
lelahnya hilang seketika. Apalagi jika dia dapat bermain dan bersenda gurau
dengan anak-anaknya. Masih banyak lagi keutamaan di dalam memiliki ramai anak,
dan hal ini tidak mampu dinilai dengan harta.
Bagi seorang muslim yang beriman, dia harus yakin dan mengimani bahawa Allahlah
yang memberikan rezeki dan mengatur seluruh rezeki bagi hambaNya. Tidak ada
yang luput daripada pemberian rezeki Allah ‘Azza wa Jalla, meskipun ia hanya
seekor ikan yang hidup di lautan yang sangat dalam atau burung yang terbang
tinggi di langit. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
“Ertinya : Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan
semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat
simpanannya. Semua (tertulis) di dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (Huud
: 6)
Pada hakikatnya, bekerja hanyalah sebagai sarana datangnya rezeki, bukan yang
memberikan rezeki, sehinggakan setiap hamba Allah ‘Azza wa Jalla diperintahkan
untuk berusaha dan bekerja, sebagai sebab datangnya rezeki itu asalkan dengan
tetap tidak berbuat maksiat kepada Allah ‘Azza wa Jall. Firman Allah ‘Azza wa
Jalla:
Ertinya : “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia
menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya.” (Ath-Thalaq : 4)
Jadi, pada dasarnya tidak ada alasan apa pun yang membenarkan seseorang
membatasi dalam memiliki jumlah anak, misalnya dengan menggunakan alat-alat
seperti kondom bahkan ada yang akan membahayakan dirinya dan suaminya, secara
perubatan mahupun psikologi.
APABILA BELUM DIKURNIAI ANAK
Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Maha Adil, Maha Mengetahui, dan
Maha Bijaksana menganugerahkan anak kepada pasangan suami isteri, dan ada pula
yang tidak diberikan anak. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
“Ertinya : Milik Allahlah kerajaan langit dan bumi; Dia menciptakan apa yang
Dia kehendaki, memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan
memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, atau Dia
menganugerahkan jenis lelaki dan perempuan, dan menjadikan mandul siapa yang
Dia kehendaki. Dia Maha Mengetahui, Mahakuasa.” (Asy-Syuuraa : 49-50)
Apabila sepasang suami isteri sudah bernikah sekian lama namun ditakdirkan oleh
Allah belum memiliki anak, maka janganlah dia berputus asa daripada rahmat
Allah ‘Azza wa Jalla. Hendaklah dia terus berdo’a sebagaimana Nabi Ibrahim
‘alaihis salaam dan Zakariya ‘alaihis salaam telah berdo’a kepada Allah
sehinggakn Allah ‘Azza wa Jalla mengabulkan do’a mereka.
Do’a mohon dikurniai keturunan yang baik dan shalih terdapat di dalam
Al-Qur’an, iaitu:
“Ya Rabbku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang
yang shalih.” (Ash-Shaaffaat : 100)
“...Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan
kami sebagai penenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang
yang bertaqwa.” (Al-Furqaan : 74)
“...Ya Rabbku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri (tanpa
keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.” (Al-Anbiyaa' : 89)
“...Ya Rabbku, berilah aku keturunan yang baik dari sisiMu, sesungguhnya
Engkau Maha Mendengar do’a.” (Ali ‘Imran : 38)
Suami isteri yang belum dikurniai anak, hendaklah ikhtiar dengan berubat secara
perubatan yang dibenarkan menurut syari’at, juga mengambil ubat-ubatan, makanan
dan minuman yang menyuburkan. Juga dengan meruqyah (jampi) diri sendiri dengan
ruqyah yang diajarkan Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan terus menerus
istighfar (memohon ampun) kepada Allah di atas segala dosa. Serta sentiasa
berdo’a kepada Allah di tempat dan waktu yang dikabulkan. Seperti ketika thawaf
di Ka’bah, ketika berada di Shafa dan Marwah, pada waktu sa’i, ketik wuquf di
Arafah, berdo’a di sepertiga malam yang akhir, ketika sedang berpuasa, ketika
safar, dan lainnya.
Apabila sudah berdo’a namun belum terkabul juga, maka ingatlah bahawa semua itu
ada hikmahnya. Do’a seorang muslim tidaklah sia-sia dan Insya Allah akan
menjadi simpanannya di akhirat kelak.
Janganlah sesekali seorang muslim berburuk sangka kepada Allah! Hendaklah dia
sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Apa yang Allah takdirkan baginya, maka
itulah yang terbaik. Allah Maha Mengetahui, Maha Penyayang kepada
hamba-hambaNya, Maha Bijaksana dan Mahaadil.
Bagi yang belum dikurniai anak, gunakanlah kesempatan dan waktu untuk melakukan
banyak kebaikan yang sesuai dengan syari’at, setiap hari membaca Al-Qur-an dan
menghafalnya, gunakan waktu untuk membaca buku-buku tafsir dan buku-buku lain
yang bermanfaat, berusaha membantu keluarga, kerabat terdekat, jiran tetanga
yang sedang susah dan miskin, mengasuh anak yatim, dan sebagainya.
Mudah-mudahan dengan perbuatan-perbuatan baik yang dikerjakan dengan ikhlas
mendapat ganjaran daripada Allah di dunia dan di akhirat, serta dikurniai
anak-anak yang shalih.
(Disalin dari buku Bingkisan Istimewa Menuju Keluarga Sakinah, Penulis Yazid bin
Abdul Qadir Jawas, Penerbit Putaka A-Taqwa Bogor - Jawa Barat, Cet Ke II Dzul
Qa'dah 1427H/Desember 2006)
Di terjemah dan diedit oleh Abu Usamah
[1] Hadits
shahih: Diriwayatkan oleh Ahmad (I/378, 425, 432), al-Bukhari (no. 1905, 5065,
5066), Muslim (no. 1400), at-Tirmidzi (no. 1081), an-Nasa-i (VI/56, 57),
ad-Darimi (II/132), Ibnu Jarud (no. 672) dan al-Baihaqi ( VII
[2] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 6474, 6807), dari Sahl bin Sa’ad radhiyallaahu ‘anhu.
[3] Hadits hasan: Diriwayatkan oleh Ahmad (II/251), an-Nasa-i (VI/61), at-Tirmidzi (no. 1655), Ibnu Majah (no. 2518) dan al-Hakim (II/160, 161), dari Shahabat Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. Lihat al-Misykah (no. 3089).
[4] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1006), al-Bukhari dalam al-Adaabul Mufrad (no. 227), Ahmad (V/167, 168), Ibnu Hibban (no. 4155—at-Ta’liiqatul Hisaan) dan al-Baihaqi (IV/188), dari Abu Dzarr radhiyallaahu ‘anhu.
[5] Hadits
shahih: Diriwayatkan oleh Ibnu Majah (no. 1847), al-Hakim (II/160), al-Baihaqi
( VII
[6] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Ahmad (I/26, 222), al-Bukhari (no. 1862) dan Muslim (no. 1341) dan lafazh ini menurut riwayat Muslim, dari Sahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallaahu ‘anhuma
[7] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh Muslim (no. 1631), al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 38), Abu Dawud (no. 2880), an-Nasa'i (VI/251), at-Tirmidzi (no. 1376, Ibnu Khuzaimah (no. 2494), Ibnu Hibban (no. 3016) dan lainnya, dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Irwaa'ul Ghaliil (no. 1580).
[8] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 6334, 6344, 6378, 6380) dan Muslim (no. 2480, 2481).
[9] Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 1982). Lihat Fat-hul Baari (IV/228-229).
Abdul Hakim bin Amir Abdat
HADITS PERTAMA
"Dari Abu Qatadah, ia berkata : Tatkala kami sedang shalat bersama Nabi SAW, tiba-tiba beliau mendengar suara berisik orang-orang (yang datang). Maka ketika Nabi telah selesai shalat, ia bertanya : "Ada apa urusan kamu tadi (berisik) ?". Mereka menjawab : "Kami terburu-buru untuk turut (jama'ah)", Nabi SAW berkata : "Janganlah kamu berbuat begitu !. Apabila kamu mendatangi shalat, hendaklah kamu berlaku tenang ! Apa yang kamu dapatkan (dari shalatnya Imam), maka shalatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah !"
(Hadits riwayat : Ahmad, Muslim dan Bukhari).
HADITS KEDUA
"Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW beliau bersabda : "Apabila kamu mendengar iqamat, maka pergilah kamu ke tempat shalat itu, dan kamu haruslah berlaku tenang dan bersikap sopan/terhormat, dan janganlah kamu tergesa-gesa, apa yang kamu dapatkan (dari shalatnya Imam), maka shalatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan sempurnakanlah".
(Hadits riwayat : Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa'i & Ahmad).
Kedua hadits ini mengandung beberapa hukum :
Diantara hikmahnya kita diperintahkan tenang dan sopan serta tidak boleh tergesa-gesa, Nabi SAW pernah bersabda.
Artinya :
"Karena sesungguhnya salah seorang diantara kamu, apabila menuju shalat, maka berarti dia sudah dianggap dalam shalat". (Hadits riwayat : Muslim).
Periksa : Shahih Muslim 2 : 99,100. Shahih Bukhari 1 : 156. Subulus Salam (syarah Bulughul Maram) 2 : 33, 34. Nailul Authar (terjemahan) 2 : 781. koleksi hadits hukum, Ustadz Hasbi 4 : 27. Fiqih Sunnah.
HADITS KETIGA
".....Kemudian muadzin adzan (Shubuh), lalu Nabi keluar ke (tempat) shalat (masjid), dan beliau mengucapkan :
اللهم! اجعل في قلبي نورا، وفي لساني نورا، واجعل في سمعي نورا، واجعل في بصري نورا، واجعل من خلفي نورا، ومن أمامي نورا، واجعل من فوقي نورا، ومن تحتي نورا. اللهم! أعطني نورا
: "Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, dan didalam ucapanku cahaya, dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya, dan jadikanlah pada penglihatanku cahaya, dan jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya, dan jadikanlah dari atasku cahaya, dan dari bawahku cahaya, ya Allah berikanlah kepadaku cahaya".
(Hadits riwayat : Muslim & Abu Dawud).
Keterangan :
Periksa : Tuhfatudz Dzakirin hal : 93, Imam Syaukani. Al-Adzkar hal : 25, Imam Nawawi. Fathul Bari' 11 : 16, Ibnu hajar. Aunul Ma'bud (syarah Abu Dawud) 4 : 232. Syarah shahih Muslim 5 : 51, Imam Nawawi.
HADITS KEEMPAT
"Dari Abi Humaid atau dari Abi Usaid, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : "Apabila salah seorang kamu masuk masjid, maka ucapkanlah :
اللهم! افتح لي أبواب رحمتك
(Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu)". Dan apabila keluar (dari masjid), maka ucapkanlah :
اللهم! إني أسألك من فضلك
" (Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu dari karunia-Mu)".
(Hadits riwayat : Muslim, Ahmad & Nasa'i).
Hadits ini menyatakan : Disunatkan kita mengucapkan do'a di atas apabila masuk ke masjid dan keluar dari padanya.
Periksa : Shahih Muslim 2 : 155. Sunan Nasa'i 2 : 41. Fathur Rabbani 3 : 51,52 Nomor hadits 314. Al-Adzkar hal : 25.
HADITS KELIMA
"Dari Abdullah bin Amr bin Ash dari Nabi SAW, bahwasanya Nabi SAW, apabila masuk masjid, beliau mengucapkan :
أعوذ باللّه العظيم وبوجهه الكريم وسلطانه القديم من الشَّيطان الرَّجيم
(Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung dan dengan wajah-Nya yang Mulia serta kekuasaan-Nya yang tidak mendahuluinya, dari (gangguan) syaithan yang terkutuk)". Nabi SAW berkata : Apabila ia mengucapkan demikian (do'a di atas), syaithanpun berkata : Dipeliharalah ia dari padaku sisa harinya".
(Hadits riwayat Abu Dawud).
Hadits ini menyatakan : Disunatkan kita membaca do'a mohon perlindungan kepada Allah dari gangguan syaithan apabila memasuki masjid.
Periksa : Sunan Abu Dawud Nomor hadits : 466, Aunul Ma'bud Nomor hadits : 462. Minhalul 'Adzbul Mauruud (syarah Abu Dawud) 4 : 75, Imam As-Subki. Adzkar hal : 26. Tafsir Ibnu Katsir 3 : 294.
sumber: as-sunnah
Recent Comments