My Photo
Powered by Friendster Blogs

July 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    

« April 2008 | Main | June 2008 »

Sokongan kepada PKPIM: Uniform Sekolah Perlu Dikaji Semula

Sokongan kepada PKPIM: Uniform Sekolah Perlu Dikaji Semula

Assalamualaikum WBT.

Minggu lalu, seorang pemimpin gerakan Islam, PKPIM telah memberikan satu pandangan berkaitan dengan uniform sekolah yang berwarna putih dan nipis sehingga boleh menampakkan tubuh si pemakai.


Maka kedengaranlah pula bantahan beberapa pihak, lebih-lebih lagi apabila disebutkan bahawa pakaian sedemikian boleh menyebabkan masalah sosial seperti penzinaan, buang bayi dan lain-lain. Antara bantahan-bantahan yang kedengaran ialah:


1) Gangguan seksual tiada kaitan dengan pakaian.
2) Pakaian baju kurung ini sudah lama dipakai, hatta wanita UMNO pun pakai baju kurung.
3) Cuba menggantikan budaya tempatan dengan budaya arab.


Sebelum kita mengulas bantahan-bantahan tersebut, apa kata kita lihat pula nilai isu ini dari segi Islam. Apabila bercakap soal hukum, mestilah disandarkan pada Al-Quran dan As-Sunnah, dan bukan menggunakan logik akal semata-mata. Penggunaan logik akal semata-mata akan membawa kepada dua aliran ekstrim iaitu terlalu mudah sehingga tidak ada peraturan langsung ataupun terlalu ketat sehinggakan orang yang mahu mengamalkan agama Islam seperti hidup di dalam neraka.


Isu di sini ialah pakaian tersebut nipis, menonjolkan tubuh disebalik kain itu.


Abdullah Bin Amru Ra berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW berkata: Pada akhir zaman nanti ada wanita-wanita dari kalangan umatku yang berpakaian namun pada hakikatnya mereka bertelanjang. Di atas kepala mereka seperti punuk unta. Kutuklah mereka itu kerana sesungguhnya mereka wanita terkutuk. (Riwayat at-Thabrani di nilai sahih oleh al-Albani di dalam Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah).

 

 

 

Hadith di atas menjadi bukti bahawa pakaian yang nipis yang menunjukkan tubuh disebalik pakaian masih belum cukup syarat menutup aurat, bahkan ia seolah-olah bertelanjang.


Usamah Zaid pernah berkata: Rasulullah SAW pernah memberiku baju qibthiyah yang tebal hadiah dari Dihyah al-Kalbi. Baju itu saya pakaikan kepada isteri saya. Rasulullah SAW bertanya kepada saya: “Kenapa engkau tidak pernah memakai baju qibthiyah. Saya menjawab: Saya telah memberikan baju itu kepada isteriku. Baginda SAW lalu berkata:Perintahkan isterimu agar memakai pakaian dalam disebaliknya. Sesungguhnya aku takut ia menggambarkan bentuk tulangnya (Riwayat Ahmad. Al-Albani menilainya hasan)


Hadith di atas pula menunjukkan tentang hukum memakai pakaian yang ketat sehingga membentuk tubuh badan. Ini menunjukkan bahawa pakaian yang ketat itu masih belum cukup syarat untuk menutup aurat.


Dua bukti di atas ini menunjukkan bahawa pakaian yang nipis dan ketat adalah satu pakaian yang bertentangan dengan Islam.


Maka, komen dan idea yang dilontarkan oleh PKPIM adalah satu yang benar dan tepat. Mereka adalah organisasi yang berteraskan Islam, segala apa tindakan, kata-kata dan idea yang dilontarkan mestilah selari dengan Islam, maka di dalam hal ini PKPIM adalah benar dan penentang-penentangnya adalah salah.

Apakah penyelesaiannya? Menukar warna pakaian, jenis kain ataupun apa?

Bagi saya ada beberapa jalan yang boleh diambil:

1) Mewajibkan pelajar-pelajar yang memakai baju kurung melabuhkan tudung sehingga menutupi dada. Ini selari dengan perintah al-Quran:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya (an-Nur:31).

2) Melarang penggunaan kain yang nipis sehingga boleh terlihat warna tubuh, pakaian dalam.

3) Mewajibkan pemakaian pakaian dalam seperti singlet selain daripada coli. Maka tidak timbul lagi isu pelajar perempuan yang hanya memakai coli sebagai pakaian dalam.

4) Melarang pemakaian pakaian dalam yang berwarna terang yang kontras dengan warna putih.

Banyak cara untuk menangani masalah ini, dan pilihlah jalan yang paling mudah dan yang paling tidak membebankan pelajar dan khususnya ibu bapa dari segi kewangan dan lain-lain. Selain daripada undang-undang, ibu bapa di rumah wajiblah memberi penekanan ke atas pakaian yang menutup aurat, didiklah anak-anak berpakaian menutup aurat kerana ia hukum Allah, dan bukan kerana takut didenda di sekolah.

Mari kita lihat pula bantahan sesetengah pihak ke atas idea yang dilontarkan oleh PKPIM.

1) Pakaian tiada kaitan dengan gangguan seksual.

Pernyataan ini benar sekiranya dikatakan bahawa pakaian inilah satu-satunya punca masalah sosial dan seksual. Akan tetapi apabila kita menyatakan ia menjadi salah satu punca, bukanlah bermaksud kita menafikan punca-punca yang lain. Apabila kita menyatakan pakaian yang menjolok mata boleh menaikkan ghairah seksual, bukanlah bermaksud kita menafikan bahawa filem-filem pornografi merupakan punca berlaku kes-kes salah laku seksual. Kita tidak pernah menafikan sebaliknya kita hanya menyatakan bahawa pakaian adalah salah satu punca, bukan satu-satunya punca masalah ini.

Apakah kita mahu menafikan perkaitan pakaian dengan nafsu seksual? Saya tidak fikir ada suami-suami di luar sana apabila pada waktu malam mahu bersama dengan si isteri, dia mahu si isteri memakai jubah labuh siap dengan purdah lagi. Cuba baca apa kata pakar seksologi tentang teknik-teknik untuk menggoda dan menarik perhatian suami dalam hubungan seksual, antara cadangan yang pasti ada ialah tentang pakaian yang mengghairahkan. Jadi ini menunjukkan pakaian masih mempunyai fungsi dan pengaruh di dalam isu seksual tanpa menafikan faktor-faktor yang lain.

2) Pakaian baju kurung ini sudah lama dipakai.

Amat malang apabila ada kumpulan yang mengaku intelektual, berhujah sedemikian rupa. Sifat ini tidak ubah seperti golongan kafir yang apabila disuruh mengikut Islam, mereka berhujah bahawa apa yang mereka pegang ini telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Hal ini telah disinggung oleh Allah SWT.

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang diturunkan Allah." Mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati daripada bapa-bapa kami mengerjakannya." Dan apakah mereka (akan mengikuti bapa-bapa mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam seksa api yang menyala-nyala (neraka)?" (Luqman:21).

3) Cuba menggantikan budaya tempatan dengan budaya arab.

Inilah satu pernyataan yang paling lucu, amat malang bagi akhbar yang mempunyai penulis yang tidak faham bahasa Melayu. Entah dari mana dibacanya bahawa idea ini untuk menghapuskan budaya tempatan. Tidak ada satu perkataan pun dalam idea yang dilontarkan oeh PKPIM untuk menukar baju kurung kepada jubah. Adakah penulis yang bukan Melayu itu tidak faham Bahasa Melayu (Malaysia?).

Saya berharap agar gerakan-gerakan Islam di Malaysia, JIM, PAS, ABIM, PKPIM, Institut al-Qayyim, Institut Ibnu Hajar, Institut Al-Mizan, Karisma, Al-Khadeem dan lain-lain dapat kehadapan menzahirkan sokongan padu ke atas saudara seIslam kita di dalam isu ini. Sanggupkan kita melihat saudara seaqidah kita dari PKPIM dilanyak begitu sahaja oleh media-media yang didokong oleh orang-orang kafir dan juga orang-orang Islam yang berideologi kafir? Sanggupkah kita melihat sekali lagi hukum Islam diperleceh di bumi Malaysia ini.

Janganlah kita hanya berfikir mahu menjaga hati orang-orang kafir sedangkan dalam masa yang sama mereka menulis sesuka hati dan mencabar orang Islam. Janganlah orang Islam ini menjadi takut nak mengzahirkan keIslaman mereka, takut hilang sokongan dan lain-lain. Ingatlah ayat terakhir surah al-Kafirun "Bagimu agamamu, bagiku agamaku".

 

 

 

 

Undian Buletin Utama: 73 peratus setuju pakaian seragam putih dinilai

Isu baju kurung putih pelajar perempuan jarang, seksi-Roslan SMS

Seragam sekolah: standard yang perlu dipertimbangkan-Nur Salbiha

School uniform sexy, says group-The Star

 

School uniform not sexy: PAS

 

Pakaian pelajar perempuan: Ketua Muslimat

PAS

bidas Hishamuddin

                            

Selesai Sudah Kem Di Masjid Aleyah. Alhamdulillah

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, selesai sudah Kem Remaja Tajdid 2008 di Masjid Aleyah Kg. Kuala Ina. Mungkin patut aku mulakan dengan bercerita sedikit bagaimana munculnya Kem Remaja Tajdid ini di masjid Aleyah.


Kem ini pada asalnya dirancang untuk di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin atau sekarang lebih dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Syed Idrus. Setelah beberapa siri perbincangan dengan ustaz di sekolah, maka diputuskan untuk tidak meneruskan kem tersebut di sekolah. Hal ini kerana sekolah tersebut telah mengadakan kerjasama dengan sekolah-sekolah lain untuk mengadakan kem ibadah. Jadi, akhirnya diputuskan untuk meneruskan kem ini, pada tarikh yang sama di masjid Aleyah Kuala Ina.


Maka aku ditugaskan untuk mendapatkan kebenaran menggunakan masjid Aleyah Kg. Kuala Ina. Alhamdulillah, proses awal berjalan lancar, setelah bertemu dengan Pengerusi Masjid yang merangkap Pengerusi JKKK, maka beliau memberi kebenaran dan menyuruh aku membuat satu surat rasmi yang akan beliau cop supaya dapat membuktikan yang aku telah mendapat kebenaran untuk menggunakan masjid.


Selesai proses pertama, maka pergi kepada langkah kedua, pencarian dana. Dana-dana akhirnya dikutip daripada ahli-ahli perniagaan, dan kontraktok-kontraktor Islam yang berada di sekitar Tampin. Alhamdulillah, mereka memberikan sumbangan tanpa banyak soal, setelah melihat kertas kerja dan budget program, mereka terus menghulurkan sumbangan. Sumbangan terbanyak diperolehi daripada pemilik kedai Perodua di Tampin, En. Mohd Said. Beliau menderma RM 500. Dari awal aku memasuki kedai beliau, aku sudah dapat menjangka yang beliau memang berminat untuk memberi sumbangan, cuma tidaklah sehingga sebanyak RM 500. Beliau kata, nak bagi banyak tak dapatlah, bolehlah sedikit-sedikit beliau sumbang, rupa-rupanya sedikit yang beliau maksudkan ialah RM 500.


Sesi pencarian dana diteruskan, orang yang paling banyak berjasa ialah seorang jemaah tetap di masjid iaitu Cikgu Hassan. Beliau mudah dikenali di masjid dengan kopiah putih dan sedikit tempang. Beliaulah yang membawa aku berjumpa orang-orang yang dilihat akan membantu memberi dana untuk kem ini.


Maka selepas mengutip daripada orang ramai, maka aku pun pergi pula berjumpa ke pejabat JAPERUN, mana tahu dapat sedikit peruntukan daripada YB untuk kem ini. Di sinilah bermula mimpi ngeri, dan sedikit sakit hati, bukan aku sahaja, tapi Cikgu Hasan.


YB menyatakan bahawa tidak ada peruntukan kerana INTIS merupakan sebuah entiti perniagaan, berlandaskan keuntungan. Maka aku pun tunjukkan budget bahkan yuran yang akan dikutip, aku katakan dengan yuran RM 10, keuntungan apa yang akan kami dapat. Beliau terus menyatakan tiada peruntukan, tak mengapalah, aku tak kisah, tapi sifat yang bukan setakat tidak memberi sokongan kewangan, bahkan tak ada sedikit pun kata-kata atau sokongan moral yang beliau tunjukkan. Aku dengan cikgu Hasan terus beredar dari pejabat JAPERUN Dun Gadek. Hati sudah panas. Cikgu Hasan sehingga ke hari ini menyumpah hal tersebut, sampai-smapai dia kata "Bangan punya YB, dahlah duit tak bagi, sokong pun tidak". Aku diam sahaja. Selepas itu aku berjumpa dengan pengusaha stesen Minyak Petronas, En. Shaharudin yang juga adik kepada menteri yang bernama Shaziman bin Mansur yang juga ahli Parlimen Tampin. Beliau memberikan sumbangan tanpa banyak soal, tiba-tiba dia tanya kepada aku sama ada dah mintak duit dari YB. Aku senyap, tak tahu nak jawab, Cikgu Hasan yang jawab. Tak pasal-pasal adik Menteri ini, marah sambil mengutuk sikap YB yang tak memberi sedikitpun sokongan kepada kem ini.


Dana ketika itu sudah berjumlah RM 1130. Tak cukup, jumlah sasaran 6o peserta, yuran RM 10. Nak bayar catering pun tak cukup kalau macam tu.


Setelah beberapa hari, aku betolak pula ke UIA Gombak atas urusan keluarga. Sambil-sambil itu terus di adakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan perihal kem ini. Maka setelah diteliti, maka diputuskan yuran dinaikkan ke RM 25 sahaja. Itupun masih perlukan dana tambahan.


Rakan-rakan INTIS ada yang membantu mencari dana, dan akhirnya mendapat bantuan dari pihak Institut al-Qayyim dengan bantuan kewangannya sebanyak RM 1000.


Untuk mengurangkan kos lagi, maka diputuskan bahawa khidmat catering hanyalah untuk makanan sewaktu sarapan, tengahari dan makan malam. Minuman dan makanan ketika rehat antara sesi-sesi aktiviti dan minum malam akan disediakan oleh komiti.


Masalah kewangan yang dihadapi telah merencatkan proses promosi dan pengiklanan. Alhamdulillah seminggu sebelum Kem Bermula, baru proses promosi dapat berjalan. Aku ke hulu ke hilir dengan motor RGV aku. Masuk ke sekolah, pergi ke pejabat, menghantar surat jemputan supaya pihak sekolah menghantar pelajar-pelajar untuk menyertai kem ini. Selepas itu mencetak lebih kurang 500 pamphlet untuk diedarkan di masjid-masjid, surau-surau, taman perumahan, dan tak lupa jua di pekan tampin dan pasar malam. Kerja terpaksa dilakukan secepat mungkin kerana masa yang suntuk.


Kawan-kawan aku di Tampin telah banyak membantu. Ada yang mempromosi kem ini kepada jiran tetangga, sanak saudara. Bukan itu sahaja, Ustaz Abdul Ghani yang sampai sekarang masih mengajar, turut mempromosi kem ini kepada pelajar-pelajar di sekolah hatta kepada kawan-kawan sekerja dan surau-surau yang beliau mengajar. Tak cukup, maka pengedaran pamhplet dibuat pula di pasar malam, pamphlet ada yang diberi secara terus kepada individu yang mahu menuju ke kereta setelah membeli barangan ataupun yang sedang duduk-duduk berehat. Cumanya aku tak ber pamphlet pada orang yang sedang membeli baranganlah, tak sopan buat macam tu. Dan selain itu, seperti orang yang nak mengiklankan perniagaan atau produk-produk, hampir 100 pamphlet iklan di selitkan pada kereta-kereta yang ada di pasar malam.


Keesokkannya, iklan disebarkan pula di pekan Tampin. Puas juga memilih kereta orang Islam, tak nak membazir pamhplet.


Saat yang genting, pada 19 Mei, jumlah peserta masih belum menjangkau 20 orang. Aku dah risau, kawan aku di Tampin Zaid menenangkan keadaan dengan menyatakan mungkin ramai akan datang daftar waktu hari Jumaat tu.


Tapi mula sahaja, pagi 20 Mei, telefon aku dah tak henti-henti berdering dengan panggilan dan SMS yang mahu mendaftarkan anak-anak mereka. Ada yang mendapat tahu melalui internet, ada yang dapat tahu lepas lihat iklan di masjid, ada pula yang dapat tahu sebab iklan tu ada dekat cermin kereta mereka. Salah seorang daripadanya ialah cikgu Add Math aku, dia balik pasar malam, suami dia nampak pamphlet iklan tu di cermin kereta, hampir-hampir suami dia nak buang tiba-tiba cikgu aku tahan sebab dia kata dia nak baca iklan tu. Sekali dia kata rupa-rupanya iklan kem ibadah, ingatkan produk apa. Dia tengok nombor yang nak dihubungi sekali nombor aku. Dia daftarkan anak buah dia.


Alhamdulillah, adik-adik junior SMK Tampin (sekarang SMK Tunku Syed Idrus) membantu mencarikan peserta, ramai jua dari sekolah itu hasil usaha adik-adik aku yang baik hati. Bekerja keras nampaknya mereka memujuk kawan-kawan sekolah mereka menyertai kem itu, bukan setakat kawan-kawan sekelas, sampaikan kawan-kawan sekolah jiran seperti TBS pun diajak sekali. Baik sungguh adik-adik aku ni.


Tamat sesi promosi, aku, Zaid dan Aiman sibuk pula membeli-belah untuk keperluan kem. Aiman dengan baik hatinya menawarkan diri menjadi driver untuk membeli belah. Mula-mula pergi Giant. Hah sekali di Giant stok gula habis. Cepat-cepat pergi ke Tampin Shopping, beli gulah, cari Teh Cap Masjid (silap beli, sebab beli Teh Cap Batu, ingatkan cap Masjid sebab ada gambar masjid).


Petang tu, lepas dah habis beli semua barang, kami pergi Balai Polis Pulau Sebang untuk melaporkan tentang kem yang kami nak adakan, Tak nak pulak tiba-tiba dituduh macam-macam, lagipun dah macam-macam cerita tak elok aku dengar pasal kem yang nak dibuat ini. Dan seperti ada usaha nak menggagalkan. Alhamdulillah, tak terjadi.


Pagi Jumaat, aku didatangi seseorang dari Alor Gajah, aku tak kenal siapa. Mula-mula dia mintak pamhplet program (aku fikir mungkin dia nak daftarkan anak dia, mungkin baru tau) tiba-tiba dia mintak pula poster program, aku dah mula fikir lain. Lepas tu dia tanya lagi dah dapat kebenaran pihak masjid ke belum etc. Dia tanya lagi aktiviti ni ajar budak-budak solat je kan. Aku pun bagilah semua maklumat yang dia nak. Buat apa nak tipu. Aku ajak dia datang sekali waktu kuliah-kuliah yang ada dan waktu majlis penutup. SB agaknya, aku ingatkan aku seorang je, petang tu Zaid bagitahu ada orang datang jumpa dia, tanya macam-macam pasal kem ini.


Alhamdulillah pada hari pendaftaran, seramai 42 datang mendaftar walaupun tak mencapai sasaran 60 orang.


Aku dan rakan-rakan Tampin bertugas menyediakan minuman untuk peserta-peserta dan fasilitator. Nampak gaya yang buat kem tu meriah, bukan peserta tapi komiti-komiti bahagian buat air, dengan keriuhan dan lawak-lawak yang buat aku tak tahan nak ketawa. Semua budak-budak Tampin, kawan-kawan sekolah aku dan juga akak aku sendiri.


Ada kawan aku, Alan, pagi Jumaat tu dapat tahu ada kem ni, terus datang membantu tanpa banyak soal. Azila, Khamis malam dapat panggilan dari aku, terus pagi tu muncul dengan Zunairah dan Zafirah.


Petang itu, muncul pula Izmir sebab Alan telefon dia suruh datang sekali bantu kem ini. Boleh jadi reunion geng SPM Batch 2004 pula waktu kem ini. Semua yang jadi komiti kawan-kawan aku dari sekolah lagi. Akak aku sahaja yang bukan.


Aku dengan Zaid bertugas jaga disiplin dan kebajikan. Macam-macam budak ada. pada hari pendaftaran, aku dan Zaid jadi tukang sambut ibu bapa yang hadir. Borak-borak dengan ibu bapa.


Peserta yang hadir kebanyakan bukan orang tempatan, ada yang dari Klang, Selayang, Tangkak, Serkam, Simpang Ampat Alor Gajah dan banyak lagi. Orang sekitar kebanyakannya orang Tampin, bukan kariah Kuala Ina. Inilah yang sedikit mengecewakan aku.


Hari kedua, ada pula budak yang demam, lelaki tak banyak masalah sangat, budak perempuan ada yang demam sampai tak nak makan. Terpaksalah Azila yang jaga kebajikan duduk dengan dia sepanjang hari, bawak makanan dan minuman untuk dia. Petang pula Azila bagitau ada dua budak perempuan badan panas sangat. Aku pun ajak Izmir sebab dia ada kereta, bawa dua budak perempuan tu pergi Klinik Al-Azhim di Tampin Square.


Sesi aku bagi kuliah ialah pada Sabtu tengahari ajar tentang Thaharah, ajar pasal wudhu, mandi wajib dan tayamum. Udah dapat sesi tengahari, kompem budak tidur kalau aku je yang dok cerita dan demo. Akhirnya aku panggil budak-budak tu baca kat depan, dan demo cara mereka berwudhu, dan baru kata betul atau tak. Pastu buatlah lawak, nak kata sikit lawak, aku rasa kat setiap tempat tu aku ada wat lawak-lawak. Dan antara yang aku paling fokus ialah bab niat, betulkan konsep niat mereka, tak payah lafaz niat dan lain-lain.


Untuk kuliah seperti kuliah aqidah, aku jemput Ustaz Kamal Arifin. Dia mengajar di sekolah rendah di Telok Mas, Melaka. Dia tak dapat hadir, jadi dia hantar adik dia, Ustaz Sobri dan seorang rakannya, Ustaz Musa. Ustaz Musa yang akan berceramah pada malam itu. Mula-mula nampak slow sahaja, lama-lama maca dah masuk gear, makin rancak dan bersemangat ceramah itu. Orang-orang kampung yang ada pun turut sama mendengar kuliah itu. Ustaz Musa dan Sobri ini memang orang Melaka. Mereka adalah tenaga pengajar di sebuah pondok di Sungai Udang.


Untuk kuliah cinta Rasul, disampaikan leh Ustaz Hairil Irza yang bukan sahaja bekas pelajar UIAM, bahkan bekas pelajar sekolah aku SMK Tampin.


Di dalam kem itu, para pelajar didedahkan dengan ilmu akidah, ibadah dan akhlak. Bahkan para pelajar diajar tentang sunnah-sunnah harian seperti adab makan, tidur dan lain-lain. Mereka juga diberikan beberapa hadith untuk dihafal.


Setiap malam juga diadakan sesi Qiamulail.


Nak bercerita sangat tentang bab modul, aku bukan fasi, jadi tak dapatlah aku nak cerita sangat di sini.


Pada hari terakhir, diadakan sesi penutup dan pertemuan bersama ibu bapa dan penjaga pelajar. Aku dan komiti tidak menyertai majlis penutup kerana sibuk nak kemas stor dan barang-barang dapur.


Terima kasih kepada rakan-rakan di Tampin dan akak aku yang berkerja keras (Aiman yang paling tak kenal penat. Dari pagi Jumaat dia dah ada di rumah aku. Malam sabtu pun tidur di situ, gilir-gilir jaga malam dengan aku dan Zaid. Pagi Sabtu dia bertolak ke KL sebab ada sepupu bertunang, Habis je majlis terus bertolak balik ke Tampin, sampai di Tampin terus datang ke kem. Aku pun tak sekuat itu agaknya). Bagitu juga rakan-rakan dari INTIS, dan ibu bapa aku yang banyak memberikan sokongan moral, kewangan dan tenaga.


Wallahua'alam.

Apa beza Mother's day Dan Independence Day

Assalamualaikum WBT.

Saya tak dapat melihat beza Hari Ibu, Hari Guru, Hari Merdeka, Hari Buruh dan lain-lain.

Kalau nak kata haram sambut mother's day, maka katakan jua haram sambut hari merdeka etc.

Dan saya lagi cenderung tak mengapa nak sambut pun, ia tidak ada beza dengan sambut hari lahir, hari buruh, hari merdeka, anniversary perkahwinan etc.

Janganlah nak berhujah dangkal yang kena sayang ibu bapa setiap hari. Ingat mereka yang sambut mother's day tu sayang ibu mereka pada hari mother's day sahajakah?

Di sini saya lampirkan beberapa fatwa. Saya tak menolak pun memang ada ulama yang menentang tapi, ingat mereka bukan hanya menentang mother;s day, mereka juga menentang labour day, independence day, dan lain-lain kerana bagi mereka hanya ada dua festival iaitu raya haji dan raya puasa. Maka jika anda nak ikut fatwa mereka, jangan ikut part mother's day sahaja, ikut juga dalam part2 festival yg lain sebab alasan mereka menolak adalah sama.

Di bawah ini ialah fatwa berkaitan anniversary, birthday, dan kita boleh apply utk mother;s day, teacher's day etc selagi mana ia bukan perayaan agama:

Question: I would like to know if it is permissible in Islam for a married couple to celebrate their wedding anniversary.
   
    Answered by Sheikh Sâmî al-Mâjid         
After a careful study of the rulings pertaining to unlawful festivals and holidays, it appears to me that these rulings concern those occassions that have a single date for all the people in society – like all of the people residing in the country or who are attibuted to it – so that the day that is specified for the festival is a conspicuous, public event where the people make a public show of joy and celebration. Such festivals and holidays resemble the `îd days in Islam, and such are the holidays that are prohibited, in my opinion.

The prohibition of such days is evidenced by the hadîth where the Prophet (peace be upon him) arrived at Madinah and found that they had two festive days wherein they would play and enjoy themselves. The Prophet (peace be upon him) said: “Allah – Most Blessed and High – has replaced them with what is better: `Îd al-Fitr and `Îd al-Adhâ.” (Sunan Abî Dâwûd (1134) and Sunan al-Nasâ’î (1556))

It is only such festivals that are celebrated by everyone on a particular day that have the qualities that resemble the `îd celebrations.

As for a person celebrating the occasion of his wedding anniversary with his wife, I do not see this as coming under the ruling of prohibited festivals. Its day is different for different couples. Therefore, it is in no way comparable to the `îd days of Islam. Each couple celebrates their marriage on a different day.

The difference between general public festivals and such particular, personal days is that with respect to the personal days, the days themselves are generally not sanctified and considered sacrosanct and there is not a wholesale public display of festivity.

Therefore, I tend to the view that there is nothing wrong with a couple celebrating their wedding anniversary as long as they do not copy the particular practices of the non-Muslims in doing so, like lighting candles for each year that they were married.

And Allah knows best.
http://www.islamtoday.com/show_detail_section.cfm?q_id=974&main_cat_id=14

Question: What is the ruling on celebrating birthdays?
   
    Answered by Sheikh Salman al-Oadah         If you mean celebrating the likes of the birthday of Prophet Muhammad (peace be upon him) or Prophet Jesus (peace be upon him), then this is clearly unlawful. Such festive days are newly contrived innovations that conflict with the dictates of Islamic Law.

Such rites are from the traditions of the People of the Book. They have a devotional purpose and are carried out seeking nearness to Allah. This is the reason I view such occasions to be unlawful and prohibited.

If, on the other hand, you mean celebrating personal birthdays, then this is something different, since it is not intended as a devotional act or an act of worship. Therefore, it is not as serious a matter. Still, I tend to regard it as something disliked for people who are not already accustomed to celebrating this event in their culture, but do so merely to blindly ape cultural practices that are outside of their own experience.



Question: What is the ruling on making or selling birthday party decorations and balloons? Does it take the same ruling as selling Christmas trees?

Answered by Sheikh Salman al-Oadah

Participating in, making, or manufacturing anything that is used for something unlawful is also unlawful, since it is assisting in sin and iniquity. Therefore, selling Christmas trees and Christmas decorations is unlawful.

With respect to birthday parties, the situation is different. This is because birthday parties are not religious occasions and do not have an overt religious cast to them.

A birthday party is not a festival of the nature of an `îd that is a general festive day for the entire community. It is merely a personal occasion that means nothing more than a remembrance of something dear.

http://www.islamtoday.com/show_detail_section.cfm?main_cat_id=49&q_id=973

Dakwah Bukan Jalan Mudah, Bukan Jalan Hidup Mewah

Assalamualaikum WBT.

Kita sesedap mulut mengguna istilah dakwah. Tapi pernah kita periksa benarkah kita berdakwah?

Kita kata kita pendakwah, tapi dalam paper sebut apa salah pendakwah demand ceramah bayaran RM 6000-RM10 000.

Kalau nak hidup mewah, pergilah berniaga, jadi ahli korporat.

Alasan dia sebab jadi pendakwah sepenuh masa? Siapa suruh jadi sepenuh masa, siapa suruh jadikan dakwah tu pekerjaan untuk cari rezeki.

Kawan-kawan karkun tabligh kita berdakwah jua, tapi adake mereka jadikan keluar di jalan Allah tu untuk cari duit?

Aku tak kata jangan bayar ustaz-ustaz yang berceramah. Yang aku marah ustaz-ustaz yang demand, campaklah title pendakwah tu dalam longkang. Jangan nak jual nama dakwah untuk kemewahan hidup. Toksah berlagak konon pendakwah sepenuh masa, RM6000 satu jam ceramah apa kejadah!

Dakwah bukan tempat cari duit! Aku tak marah cari rezeki dengan mengajar ilmu agama, aku tak kisah bila bayarannya setimpal. Kalau takat sebulan dapat income RM 2000-RM 3000 sebab mengajar orang, aku tak kisah. Yang penting jangan demand! Dan jangan letak harga bukan-bukan sampai RM6000 sejam.

Apa ilmu agama ni untuk orang-orang kaya? Habis tu orang asli dalam hutan nak campak mana. Adik-adik yang pergi sekolah takde duit belanja nak campak mana? Makan nasi kosong berlauk ikan kering nak campak mana?

Sahabat-sahabat nabi dulu ada ke jadi kaya raya sebab buat kerja dakwah?

Kita tak marah orang nak bayar, tapi kita marah bila manusia yang memasang title dakwah pada aktiviti agama start demanding macam-macam. Bila tak dapat, mulalah tak nak hadir program, tak nak hadir ceramah, kalau yang selalu ikut jadi fasi kem-kem, mulalah berat nak jadi fasi.

Pasti ada yang jawab, kita perlu duit. Aku pun perlu duit, aku tak kata kita tak perlu duit, tapi jalan mana cara nak dapat duit. Aku tengok kawan-kawan aku yang karkun, keluar 3 hari, kadangkala 10 hari, mereka ni dapat elaunke? Tambang bas mereka ada orang bayarke?

Kalau mahu jadi dai'e, buatlah cara mahu jadi dai;e. Aku tak suruh buang harta, buang duit. Tapi sendiri fikir, bandingkan diri dengan kawan-kawan kita yang buat kerja dakwah, tak dapat elaun, segala belanja guna duit sendiri. Bandingkanlah dengan diri kita, apakah diri kita sanggup buat macam tu? Sanggupkah kita?

Jauh lagi kalau nak banding dengan dakwah para sahabat. Dakwah yang memakan nyawa para sahabat, tragedi Raji'e yang mengorbankan nyawa dan menumpahkan darah para sahabat di atas pengkhianatan golongan munafiq. Mereka korbankan nyawa dan darah! Kita?

Peristiwa sirah di mana penghafaz-penghafaz al-Quran yang terbunuh dalam misi dakwah. Bandingkan dengan diri kita. Di mana kedudukan kita?

Di mana silap tarbiyah kita hingga kita berat nak keluar duit sendiri di jalan dakwah. Di mana silap didikan kita hingga kita memikirkan tambang bas untuk kegiatan dakwah perlu ditanggung orang lain. Mana sirah sahabat yang kita agung-agungkan. Kat mana kita campak kisah-kisah sirah ini.

Nak duit! Orang bagi ambillah, tapi jangan bermasam muka kalau orang tak bagi. Nak banyak duit waktu cuti ni, pergi kerja kontrak, gaji RM50 sehari. Pergi rajin tulis-tulis artikel hantar dalam majalah. Kalau pandai tulis novel gilah buat novel, hantar kat syarikat penerbitan. Demandlah harga yang kita nak.

Pantang aku orang mengaku pendakwah sepenuh masa, pastu demand macam-macam bila dijemput bagi ceramah. Sepenuh masa hapa, kira 24 jam sehari tu, berapa penuh masa dakwah sampai sejam kena bayar RM6000.

Jangan dihina kerja-kerja dakwah ini dengan najis duitan.

p/s: Tapi pihak masjid, penganjur juga janganlah menjadi kedekut dengan mengagung-agungkan duit yang banyak di dalam akaun masjid. Bila meeting hujung tahun bangga, hah tengok duit tabung dalam akaun masjid banyak beribu-ribu. Tapi bila nak buat program agama di masjid punya payah nak bagi dana. Nak panggil ustaz berceramah pun punya payah, sebab kedekut nak bayar. Orang nak buat aktiviti untuk budak-budak di masjid, terpaksa jadi peminta sedekah, mengemis di sana sini. Entah apa nak dibuat dengan duit beribu di dalam akaun itu kita pun tak tahu.

Wallahu'alam.

http://the-authenthic.blogspot.com

Kem Ibadah remaja Masjid Kuala Ina:23-25 mei

23-25 Mei 2008
Lokasi:
Masjid Aleyah Kg. Kuala Ina,
Pulau Sebang Utara, Tampin Pos,
Melaka

Objektif:

1) Kem ini bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja-remaja untuk meningkatkan pengetahuan agama mereka lebih-lebih lagi di dalam ibadah fardhu mereka iaitu solat.

2) Melahirkan remaja yang berakhlak mulia sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW.

3) Merapatkan golongan remaja dengan masjid.

4) Mengembalikan remaja ke landasan Islam yang sebenar.

Apa itu Tajdid:

Mengembalikan sesuatu kepada bentuk yang asal.

Kem Remaja Tajdid bermaksud:

Bermatlamat untuk membimbing golongan remaja kembali kepada cara beragama seperti Aqidah, Ibadah, dan Akhlak sebagaimana yang asal yang di ajar oleh Rasulullah SAW.

Syarat Penyertaan:

1) Terhad kepada 60 orang peserta sahaja (30 lelaki dan 30 perempuan)

2) Berumur 13 hingga 17 tahun.

3) Pendaftaran dan pembayaran yuran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 19 Mei 2008.

Yuran: RM 25 sahaja.

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran sila hubungi Saudara Mohd Masri Mohd Ramli 0132506391.

Pembayaran juga boleh dilakukan dengan bank in ke akaun tersebut:
Muhamad Hafizi Mihzan Bin Zaidon
Bank Islam
No. Akaun: 14-162-02-014192-0.
Bagi pembayaran melalui akaun ini, sila hubungi saya setelah pembayaran dibuat dan bawa resit bank in pada waktu pendaftaran 23 Mei.

Bagi mereka yang mahu berjumpa secara terus dengan saudara Mohd Masri, boleh hadir ke masjid Aleyah, pada waktu Maghrib sehingga Isya'. Insya-Allah setiap malam available.

Tentatif Program:

 

23 Mei 2008, Jumaat 

 
 

02.30 pm : Pendaftaran

 

03.00 pm : Taklimat program kepada peserta

 

03.30 pm : Pembahagian kumpulan dan fasilitator

 

04.00 pm : Ice-breaking

 

04.45 pm : Solat Asar

 

05.00 pm : Riadhah

 

06.00 pm : Hemat diri

 

06.45 pm : Makan malam

 

07.15 pm : Solat & kuliah Maghrib :

 

  "Mari Mengenal Allah"

 

08.30 pm : Solat Isya'

 

09.00 pm : LDK 1: "Siapa Kita Sebenarnya?"

 

10.30 pm : Persembahan video

 

11.00 pm : Minum malam

 

11.30 pm : Tidur

 

 

 

24 Mei 2008, Sabtu

 

05.00 am : Qiamullail

 

06.00 am : Solat Subuh

 

06.40 am : Tadarus Quran (juzu' 30)

 

08.00 am : Hemat diri

 

08.30 am : Sarapan pagi

 

09.00 am : Kuliah 3 – "Syirik Dosa Besar"

 

10.00 am : LDK 2 :

 

12.30 am : Makan tengahari

 

01.00 pm : Qoilulah & solat Zohor

 

02.00 pm : LDK 3 :

 

03.30 pm : Minum petang

 

04.45 pm : Solat Asar

 

06.00 pm : Hemat diri

 

06.40 pm : Makan malam

 

 

 

07.15 pm : Solat & kuliah Maghrib :

 

  "Kita adalah Pengembara"

 

08.30 pm  : Solat Isya'

 

09.00 pm : "Mari Mantapkan Solat"

 

11.00 pm : Minum malam

 

11.30 pm : Tidur

 

 

 

25 Mei 2008, Ahad

 

05.00 am : Qiamullail

 

06.00 am : Solat Subuh

 

06.30 am : Sambungan "Mari Mantapkan Solat"

 

08.00 am : Hemat diri & sarapan pagi

 

08.30 am : LDK 4 :

 

10.00 am : Minum pagi

 

10.30 am : Majlis penutup

Bagaimana mahu ke Masjid Aleyah:

Masjid Aleyah terletak berhampiran dengan Stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang. Ia terletak berhadapan dengan Tokong Naga@Dragon Temple.

Anjuran
INTIS (Institut al-Imam asy-Syafie) Consultant and Training
dan Masjid Aleyah, Kg. Kuala Ina,