My Photo
Powered by Friendster Blogs

July 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    

« Mereka pergi meninggalkan kita! | Main | Doktor Yang Mendambakan Syahid. »

Pengajaran Hadith Jibril

Assalamualaikum WBT.

 

Semalam Jumaat, kuliah tafsir surah al-Falaq bersama Ustaz Fadhil. Malamnya kuliah hadith 40 bersama Ustaz Habib.

 

 

Malam semalam, ustaz Habib mula masuk ke hadith kedua di dalam hadith 40. Hadith ni terkenal dengan nama hadith Jibril.

 

 

عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : بينما نحن جلوس عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب شديد سواد الشعر , لا يرى عليه أثر السفر , ولا يعرفه منا أحد حتى جلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأسند ركبته إلى ركبتيه ووضح كفيه على فخذيه , وقال : يا محمد أخبرني عن الإسلام , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم " الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا " قال صدقت فعجبا له يسأله ويصدقه , قال : أخبرني عن الإيمان قال " أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره " قال : صدقت , قال : فأخبرني عن الإحسان , قال " أن تعبد الله كأنك تراه , فإن لم تكن تراه فإنه يراك " قال , فأخبرني عن الساعة , قال " ما المسئول بأعلم من السائل " قال فأخبرني عن اماراتها . قال " أن تلد الأمة ربتها وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان " . ثم انطلق فلبث مليا , ثم قال " يا عمر , أتدري من السائل ؟" , قلت : الله ورسوله أعلم , قال " فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم " رواه مسلم .

 

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kamiseorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda danmeletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

 

 

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

 

 

Dia berkata lagi:

Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi:

 

 

Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:

Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

 

 

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

 

 

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

 

 

 

Ustaz Habib menghuraikan 21 faedah yang boleh kita dapati dari hadith kedua ini. Di sini aku akan meringkaskan 21 faedah tersebut.

 

 

1) Hadith ini menerangkan tingkatan-tingkatan atau level-level yang ada di dalam agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

 

2) Hadith ini menunjukkan bahawa antara method untuk mengajar ialah dengan bertanyakan soalan kepada pelajar. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Malaikat Jibril AS kepada Rasulullah saw.

 

 

3) Hadith ini juga menunjukkan bahawa pentingnya beradab di dalam menuntut ilmu. Bahkan adab di dalam menuntut ilmu itu di dahulukan daripada menuntut ilmu. Ini ditunjukkan oleh Jibril dan Rasulullah SAW di dalam hadith tersebut.

 

4) Hadith ini juga menunjukkan adab kita bersama guru.

 

 

5) Hadith ini juga menunjukkan bahawa memakai pakaian yang cantik dan kemas, merapikan rambut bukanlah perbuatan yang dibenci di dalam Islam. Ia bukanlah perbuatan-perbuatan yang berunsur kesombongan.

 

6) Hadith ini juga menunjukkan bertanya adalah cara untuk menuntut ilmu. Ini ditunjukkan oleh Umar RA yang begitu mahu tahu apa yang dibualkan oleh Rasulullah SAW dan malaikat Jibril as.

 

 

7) Kita hendaklah bersungguh-sungguh di dalam majlis ilmu sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Umar yang bersungguh-sungguh mahu tahu.

 

8) Kita hendaklah sentiasa celik dan peka ketika berada di dalam majlis ilmu kerana ia akan membantu kita menghafaz apa yang kita dengar dan menyebarkannya.

 

 

9) Hadith ini menunjukkan bahawa agama ini bukan hanya satu peringkat sahaja. Ia bertingkat-tingkat mengikut ketaqwaan seseorang.

 

10) Hadith ini menyuruh kita berlumba-lumba membuat hal yang lebih utama sebagaimana yang diterangkan di dalam bab Ihsan.

 

 

11) Hadith ini membezakan antara Islam dan Iman. Islam ialah amalan fizikal manakala iman ialah amalan hati. Faedah yang di dapati ialah sekiranya perkataan iman dan Islam didatangkan di dalam satu keadaan, maka ia adalah dua unsur yang berbeza. Akan tetapi jika hanya disebut salah satu, sama ada iman atau islam, maka ia adalah benda yang sama. Contohnya di dalam hadith yang menerangkan tentang cabang-cabang iman yang memasukkan amalan fizikal ke dalam iman iaitu mengalihkan sesuatu yang boleh mencederakan daripada jalan.

 

12) Hadith ini menunjukkan apabila seseorang mempunyai hati yang beriman, ia akan digambarkan melalui perbuatan fizikal.

 

 

13) Hadith ini mengajar kita supaya menjawab soalan yang umum dengan jawapan yang ringkas. Tidak perlu berjela-jela.

 

14) Hadith ini menunjukkan makam tertinggi iaitu Maqam Muraqabah iaitu peringkat tertinggi di mana bila beribadah seolah-olah kita dapat melihat Allah. Ini akan melahirkan perasaan takut, benar dan lain-lain.

 

 

15) Hadith ini menunjukkan jika kita tak mampu sampai ke peringkat tertinggi, capailah apa yang kita mampu. Ini dirujuk dalam bab Ihsan di mana jika kita tak dapat merasai bahawa kita melihat Allah, ingatlah bahawa Allah melihat kita.

 

16) Hadith ini menunjukkan bahawa rahmat Allah kepada makhluk-makhluknya adalah berbagai-bagai bentuk. Dalam hadith ini, Allah SWT mengutus Malaikat Jibril untuk mengajar agama kepada manusia.

 

 

17) Lafaz ‘tuqimu’ untuk solat menunjukkan bahawa solat hendaklah dilakukan dengan mendirikannya secara sesempurna yang mungkin.

 

18) Ia juag menunjukkan tidak mengathui sesuatu tidaklah menjejaskan kredibiliti seseorang yang berilmu. Ini ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang tidak tahu bilakah kiamat akan berlaku.

 

 

19) Hadith ini menunjukkan bahawa jika kita tak tahu sesuatu, katakana sahaja tidak tahu walaupun di dalam majlis yang ramai orang.

 

 

20) Hadith ini menjadi satu panahan tajam kepada manusia-manusia pendusta yang konon mengetahui bila kiamat akan berlaku. Sedangkan Nabi Muhammad SAW insan yang paling mulia pun tak tahu, inikan pula kita.

 

 

21) Hadith ini juga menjadi hujah kepada ASWJ yang mencintai malaikat Jibril, tidak seperti Syiah yang memusuhi malaikat Jibril kerana menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad SAW dan bukan kepada Ali ra.

 

 

Malam tadi aku tak dapat nak rakam audio, mp3 aku kawan pinjam. So nanti mintaklah kat bro Ezzani rakaman audio tu, nanti aku upload kat http://audiosunnah.blogspot.com.

 

Klik disini untuk mendownload buku hadith 40 dalam bentuk pdf berserta terjemahan di dalam B.Melayu.

 

                            

Comments

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .