Mereka pergi meninggalkan kita!
Tanggal 1 hb Februari 2008, dunia dan umat Islam khususnya telah dikejutkan dengan kembalinya seorang lagi ulamak tersohor bumi Syam kerahmatullah selepas kembalinya allahyarham Sheikh Sadiq Habannakah beberapa bulan yang lalu. Allahyarham ialah Syeikh Mustafa Said al-Khin. Allahyarham menghembuskan nafasnya ketika menunaikan solat fardhu Jumaat di sini dan disembahyangkan pada hari Sabtu selepas solat Zuhur di masjid Hassan Habannakah di Mujtahid. Ramai ulamak-ulamak tersohor yang hadir pada majlis sembahyang jenazah sebagai memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham antaranya, Syeikh Kuraim Rajih al-Qurra, Syeikh Naim 'Iraksus, Syeikh Mustafa al-Bugha dan ramai lagi.
Assy-Syaikh Mustafa Said al-Khin dan asy-Syeikh Mustafa al-Bugha merupakan penyusun kitab Fiqh al-Manhaji yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu terbitan Pustaka Salam, dan sekiranya tak silap ada juga diterbitkan olej Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
Mereka pergi meninggalkan kita dengan khazanah ilmu mereka, satu demi satu ulama meninggalkan kita.
إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء
Allah tidak menarik ilmu dengan cara mencabutnya daripada (dada-dada)
hamba-hambanya. Tetapi menarik ilmu dengan mematikan ulama. (Bukhari
dan Muslim).
اللهم اغفرله وارحمه وعــــافه وعف عنه

Comments