My Photo
Powered by Friendster Blogs

July 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    

« January 2008 | Main | April 2008 »

Pengajaran Hadith Jibril

Assalamualaikum WBT.

 

Semalam Jumaat, kuliah tafsir surah al-Falaq bersama Ustaz Fadhil. Malamnya kuliah hadith 40 bersama Ustaz Habib.

 

 

Malam semalam, ustaz Habib mula masuk ke hadith kedua di dalam hadith 40. Hadith ni terkenal dengan nama hadith Jibril.

 

 

عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : بينما نحن جلوس عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب شديد سواد الشعر , لا يرى عليه أثر السفر , ولا يعرفه منا أحد حتى جلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأسند ركبته إلى ركبتيه ووضح كفيه على فخذيه , وقال : يا محمد أخبرني عن الإسلام , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم " الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا " قال صدقت فعجبا له يسأله ويصدقه , قال : أخبرني عن الإيمان قال " أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره " قال : صدقت , قال : فأخبرني عن الإحسان , قال " أن تعبد الله كأنك تراه , فإن لم تكن تراه فإنه يراك " قال , فأخبرني عن الساعة , قال " ما المسئول بأعلم من السائل " قال فأخبرني عن اماراتها . قال " أن تلد الأمة ربتها وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان " . ثم انطلق فلبث مليا , ثم قال " يا عمر , أتدري من السائل ؟" , قلت : الله ورسوله أعلم , قال " فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم " رواه مسلم .

 

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kamiseorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda danmeletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

 

 

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

 

 

Dia berkata lagi:

Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi:

 

 

Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:

Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

 

 

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

 

 

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

 

 

 

Ustaz Habib menghuraikan 21 faedah yang boleh kita dapati dari hadith kedua ini. Di sini aku akan meringkaskan 21 faedah tersebut.

 

 

1) Hadith ini menerangkan tingkatan-tingkatan atau level-level yang ada di dalam agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

 

2) Hadith ini menunjukkan bahawa antara method untuk mengajar ialah dengan bertanyakan soalan kepada pelajar. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Malaikat Jibril AS kepada Rasulullah saw.

 

 

3) Hadith ini juga menunjukkan bahawa pentingnya beradab di dalam menuntut ilmu. Bahkan adab di dalam menuntut ilmu itu di dahulukan daripada menuntut ilmu. Ini ditunjukkan oleh Jibril dan Rasulullah SAW di dalam hadith tersebut.

 

4) Hadith ini juga menunjukkan adab kita bersama guru.

 

 

5) Hadith ini juga menunjukkan bahawa memakai pakaian yang cantik dan kemas, merapikan rambut bukanlah perbuatan yang dibenci di dalam Islam. Ia bukanlah perbuatan-perbuatan yang berunsur kesombongan.

 

6) Hadith ini juga menunjukkan bertanya adalah cara untuk menuntut ilmu. Ini ditunjukkan oleh Umar RA yang begitu mahu tahu apa yang dibualkan oleh Rasulullah SAW dan malaikat Jibril as.

 

 

7) Kita hendaklah bersungguh-sungguh di dalam majlis ilmu sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Umar yang bersungguh-sungguh mahu tahu.

 

8) Kita hendaklah sentiasa celik dan peka ketika berada di dalam majlis ilmu kerana ia akan membantu kita menghafaz apa yang kita dengar dan menyebarkannya.

 

 

9) Hadith ini menunjukkan bahawa agama ini bukan hanya satu peringkat sahaja. Ia bertingkat-tingkat mengikut ketaqwaan seseorang.

 

10) Hadith ini menyuruh kita berlumba-lumba membuat hal yang lebih utama sebagaimana yang diterangkan di dalam bab Ihsan.

 

 

11) Hadith ini membezakan antara Islam dan Iman. Islam ialah amalan fizikal manakala iman ialah amalan hati. Faedah yang di dapati ialah sekiranya perkataan iman dan Islam didatangkan di dalam satu keadaan, maka ia adalah dua unsur yang berbeza. Akan tetapi jika hanya disebut salah satu, sama ada iman atau islam, maka ia adalah benda yang sama. Contohnya di dalam hadith yang menerangkan tentang cabang-cabang iman yang memasukkan amalan fizikal ke dalam iman iaitu mengalihkan sesuatu yang boleh mencederakan daripada jalan.

 

12) Hadith ini menunjukkan apabila seseorang mempunyai hati yang beriman, ia akan digambarkan melalui perbuatan fizikal.

 

 

13) Hadith ini mengajar kita supaya menjawab soalan yang umum dengan jawapan yang ringkas. Tidak perlu berjela-jela.

 

14) Hadith ini menunjukkan makam tertinggi iaitu Maqam Muraqabah iaitu peringkat tertinggi di mana bila beribadah seolah-olah kita dapat melihat Allah. Ini akan melahirkan perasaan takut, benar dan lain-lain.

 

 

15) Hadith ini menunjukkan jika kita tak mampu sampai ke peringkat tertinggi, capailah apa yang kita mampu. Ini dirujuk dalam bab Ihsan di mana jika kita tak dapat merasai bahawa kita melihat Allah, ingatlah bahawa Allah melihat kita.

 

16) Hadith ini menunjukkan bahawa rahmat Allah kepada makhluk-makhluknya adalah berbagai-bagai bentuk. Dalam hadith ini, Allah SWT mengutus Malaikat Jibril untuk mengajar agama kepada manusia.

 

 

17) Lafaz ‘tuqimu’ untuk solat menunjukkan bahawa solat hendaklah dilakukan dengan mendirikannya secara sesempurna yang mungkin.

 

18) Ia juag menunjukkan tidak mengathui sesuatu tidaklah menjejaskan kredibiliti seseorang yang berilmu. Ini ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang tidak tahu bilakah kiamat akan berlaku.

 

 

19) Hadith ini menunjukkan bahawa jika kita tak tahu sesuatu, katakana sahaja tidak tahu walaupun di dalam majlis yang ramai orang.

 

 

20) Hadith ini menjadi satu panahan tajam kepada manusia-manusia pendusta yang konon mengetahui bila kiamat akan berlaku. Sedangkan Nabi Muhammad SAW insan yang paling mulia pun tak tahu, inikan pula kita.

 

 

21) Hadith ini juga menjadi hujah kepada ASWJ yang mencintai malaikat Jibril, tidak seperti Syiah yang memusuhi malaikat Jibril kerana menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad SAW dan bukan kepada Ali ra.

 

 

Malam tadi aku tak dapat nak rakam audio, mp3 aku kawan pinjam. So nanti mintaklah kat bro Ezzani rakaman audio tu, nanti aku upload kat http://audiosunnah.blogspot.com.

 

Klik disini untuk mendownload buku hadith 40 dalam bentuk pdf berserta terjemahan di dalam B.Melayu.

 

                            

Mereka pergi meninggalkan kita!

Tanggal 1 hb Februari 2008, dunia dan umat Islam khususnya telah dikejutkan dengan kembalinya seorang lagi ulamak tersohor bumi Syam kerahmatullah selepas kembalinya allahyarham Sheikh Sadiq Habannakah beberapa bulan yang lalu. Allahyarham ialah Syeikh Mustafa Said al-Khin. Allahyarham menghembuskan nafasnya ketika menunaikan solat fardhu Jumaat di sini dan disembahyangkan pada hari Sabtu selepas solat Zuhur di masjid Hassan Habannakah di Mujtahid. Ramai ulamak-ulamak tersohor yang hadir pada majlis sembahyang jenazah sebagai memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham antaranya, Syeikh Kuraim Rajih al-Qurra, Syeikh Naim 'Iraksus, Syeikh Mustafa al-Bugha dan ramai lagi.

Assy-Syaikh Mustafa Said al-Khin dan asy-Syeikh Mustafa al-Bugha merupakan penyusun kitab Fiqh al-Manhaji yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu terbitan Pustaka Salam, dan sekiranya tak silap ada juga diterbitkan olej Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Mereka pergi meninggalkan kita dengan khazanah ilmu mereka,  satu demi satu ulama meninggalkan kita.

إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم بقبض العلماء


Allah tidak menarik ilmu dengan cara mencabutnya daripada (dada-dada) hamba-hambanya. Tetapi menarik ilmu dengan mematikan ulama. (Bukhari dan Muslim).

اللهم اغفرله وارحمه وعــــافه وعف عنه

Perginya Seorang Pejuang

Umat Islam keseluruhannya berasa sedih dengan berita pemergiannya Seorang Ulamak besar dunia Islam iaitu Fadhilatu al-Syeikh al-Allamah Bakr Bin Abdillah Abu Zaid Rahimahullah Ta’ala.

Syeikh meninggal dunia pada hari selasa 28 Muharram 1429H bersamaan 5 Februari 2008 di Riyadh, Beliau merupakan Ketua Majmak Fiqh Islam, Anggota Hai’ah Kibar al-Ulamak Saudi,

Jenazah Fadhilatu al-Syeikh akan disembahyangkan di Masjidnya di Hai Hatin. Kematian Syeikh merupakan suatu kehilangan yang besar kepada Dunia Islam keseluruhannya kerana hilangnya salah seorang bintang kesarjanaan yang menyeru manusia untuk kembali kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya,

Syeikh Bakr Abu Zaid Rahimahullah ialah antara ulamak ummat yang menghabiskan tenaga dan hayatnya untuk berkhidmat kepada Agama Allah, Seorang Da’ie, Khatib, Qadhi dan seorang Ulamak yang beramal dengan ilmunya.

Kita meyeru kepada seluruh umat Islam untuk berdoa kepada Allah semoga merahmatinya, dan mengampuni segala kesalahannya dan ditempatkanya bersama orang-orang yang soleh.


Inna Lillahi Wa Innaa Iillahi Raji'uun.

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ


http://www.ahlalhdeeth.com/vbe/showthread.php?t=1534    
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------    
   
Assalamu Alykum Warahmatullah.
   
The man who was described as: Ibnul Qayyim of recent times has passed away earlier today.  
 


In addition to being the president of the International Islamic Fiqh Council, Shaikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid RA was a member of the permanent fatwa committee in Saudi Arabia.

His vast collection of writings covered almost all aspects of religion, from Aqeedah, Quraan and Hadeeth … to Adab, Usool and linguistics.

He even has a book on the Islamic etiquettes of using the phone! And another on scholars who never married!

Allah SWT has granted him a rare ability of eloquent composition and strong Bayaan.

One of his greatest virtues was that he was among the first to begin the fight against the recent Fitna of Irjaa'.

He was trusted by great scholars of AhlulHadeeth, including Shaikhs Bin Baaz and bin Utheimeen.

All we can say: Inna Lillahi Wa Innaa Iillahi Raji'oon.

May Allah SWT grant Abu Abdillah forgiveness and a place better than his place in this life.

Hah orang minyak?


Assalamualaikum WBT. Kawan aku di

USM

Penang ada bagitahu yang heboh kat

sana

sekarang dengan serangan orang minyak. Maka mengeletarah semua budak-budak perempuan. Diceritakan kononnya orang minyak itu telah dengan rakusnya menjamah tubuh (bahasa mudah merogol) gadis-gadis di

USM

. Yang uniknya mangsa-mangsa kebuasan nafsu seksuak orang minyak itu ialah amoi-amoi cina. Pandai juga orang minyak ini memilih mangsanya. Nak yang putih-putih gebu je. Melayu dan

India

tak pandang langsung ye.

 


Tapi betulke ada orang minyak ni. Orang ke jin, ataupun ahli sihir ataupun pengamal ilmu hitam. Wallahu'alam.

 


Tak diketahui asal usulnya. Yang aku dengar hanya khabar-khabar berita sahaja. Dan kawan aku bagitahu yang baiknya, lepas serangan orang minyak ni, maka berlumba-lumbalah gadis-gadis Islam ini membaca al-Quran di dalam bilik mereka. Baguslah! Kalau tak bilik macam kubur. Hah macam kubur! Ingat tu macam kubur! Agak-agak apa ada kat kubur? Pikir sendiri. Selama ni takut kubur, konon-konon ada hantu pocong, rupa-rupanya kita sendiri duduk kat kubur.

 


“Jangan kamu semua menjadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, maka sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran daripada rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (HR Muslim dan al-Tirmizi daripada hadith Abu Hurairah)

 



Tapi malang dan malang, aku dapat tahu lagi, bukan takat baca al-Quran, malah ada teknik baru lagi, konon nak halau setan lah, gantung ayat al-Quran. Aku tak kisahlah kalau nak gantung sebab senang nak baca. Contohnya lekat ayat Kursi kat tepi dinding di katil, senang nak baca sebelum tidur, manalah tahu tak hapalke. Tapi yang sekarang digantung konon-konon tak nak bagi setak masuklah. Oi! Ingat al-Quran tu apa? Tangkalke? Sape ajar wat gitu. Habis!!! Hancur!! Al-Quran yang patut jadi sumber rujukan untuk faham tauhid, jadi bahan untuk kita syirikkan Allah.

Malang

!

Malang

!

Malang

!

 



Ni baca ni!!!

 


Mengantung Ayat-ayat Al-Quran didinding Untuk perlindungan.

 

 

Hukum meletakan Mushaf (salinan al-Qur’aan) dalam kereta untuk mengelakkan sihir mata dan perlindungan dari bahaya adalah satu bid’ah. Para Sahabah (RA) tidak pernah membawa Mushaf untuk mengelakkan bahaya atau sihir mata. Ianya adalah bid’ah, maka kita mesti mengingati yang Nabi (SAW) bersabda: “Setiap bid’ah adalah menyesatkan dan setiap kesesatan akan membawa ke neraka.” (Perbualan telefon dgn Sheikh Muhammad ibn Saalih al-‘Uthaymeen) (al-Bida’ wa’l-Muhdathaat wa maa laa aslun lahu, muka

surat

259).

 

 




Sheikh ‘Abd al-‘Azeez ibn Baaz (semoga Allah merahmati nya) telah juga ditanya soalan berikut: “Sesetengah orang mengantung ayat-ayat al-Qur’aan dan hadith-hadith Nabi (SAW) dlm bilik-bilik di rumah-rumah mereka atau di restoran atau di pejabat.Dalam sesetengah hospital dan pejabat-pejabat doctor mereka mengantung ayat (yang bermaksud): “Dan apabila saya sakit, Dialah yang menyembuhkan saya” [al-Shu’ara’ 26:80], dan sebagainya. Adakah ini dianggap sebagai penggunaan azimat yang dilarang dalam syariah, walaupun dgn niat disebaliknya adalah untuk memohon rahmat dan mengelakkan daripada syaitan, atau untuk mengingatkan yg pelupa dan memberi amaran kpd yg cuai? Adakah ini seperti menggunakan azimat untuk meletakkan Mushaf dalam kereta untuk memohon rahmat?”


Yang Berhormat Beliau menjawab:

 




“Kalau dgn niat seperti yang disebutkan, untuk mengingatkan manusia dan mengajarkan mereka sesuatu yang bermanfaat, makan tiada larangan dlm hal itu. Tetapi jika mereka percaya ianya sebagai perlindungan daripada syaitan-syaitan atau jin, maka saya dapati tiada asas dalam hal ini. Dengan kaedah yang sama, maka tiada asas dalam meletakkan Mushaf dalam kereta seseorang untuk melindunginya, dan berbuat demikian tidak dibenarkan, tetapi kalau seseorang meletakkan nya dlm kereta supaya dia boleh sekali-sekala membaca nya atau sebahagian daripada penumpang-penumpangnya boleh membaca nya, maka ia adalah bagus dan maka tiada salah dgn hal itu. Dan Allaah adalah sumber kekuatan.

 



Terjemahan dari:

 

 

Hanging aayaats on walls for protection

 

 
http://www.islamonline.com/cgi-bin/news_service/fatwah_story.asp?service_id=524
http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?t=9365

Jadi apa nak buat. Nak baca apa. Okey andai katalah orang minyak tu jin ke, makhluk haluske (jin lah tu) meh tengok apa Nabi SAW ajar bagi hadapi puak-puak halus ni. Okey kat bawah ni semua aku petik dari Hisnul Muslim ye.

 



بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا، وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا، وَعَلَى رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا

 

 

 

. “Dengan nama Allah, kami masuk (ke rumah), dengan nama Allah, kami keluar (darinya) dan kepada Tuhan kami, kami bertawakkal”. HR. Abu Dawud 4/325,dan Al-‘Allamah Ibnu Baaz berpendapat, isnad hadits tersebut hasan dalam Tuhfatul Akhyar, no. 28. Di dalam Kitab Shahih: “Apabila seseorang masuk rumahnya, lalu berdzikir kepada Allah ketika masuk rumah dan makan, syaitan berkata (kepada teman-temannya), ‘Tiada tempat tinggal dan makanan bagi kalian (malam ini)’.” Muslim, no. 2018.

 

 

 

 

 

Bacalah di pagi dan malam hari taawuz iaitu

 

 

 

- أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

 

 

 

dan bacalah ayat Kursi. Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa membaca kalimat ini ketika pagi hari, maka dia dijaga dari (ganguan) jin hingga petang hari. Dan barangsiapa mengucapkannya ketika petang hari, maka dia dijaga dari (ganguan) jin hingga pagi hari.” HR. Al-Hakim, 1/562. Al-Albani berpendapat hadits tersebut shahih dalam Shahih At-Targhib wat Tarhib 1/273 dan beliau menisbatkan hadits tersebut kepada An-Nasa’i dan Ath-Thabrani, beliau berkata, isnad Ath-Thabrani jayyid’.

 

 

 

 

 

 

 

Bacalah surah 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. “Barangsiapa membaca tiga surah tersebut tiga kali setiap pagi dan petang hari, maka itu (tiga surah tersebut) cukup baginya dari segala sesuatu.” HR. Abu Dawud 4/322, At-Tirmidzi 5/567 dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/182.

 

 

 

 

 

 

 

Ikutilah sunnah Rasulullah SAW sebelum tidur. Apa nak buat sebelum tidur, buatlah sebegini:

 

 

 

1) Meniup Mengumpulkan dua tapak tangan. Lalu ditiup dan dibacakan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Kemudian dengan dua tapak tangan mengusap tubuh yang dapat dijangkau dengannya. Dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bahagian hadapan tiga kali.  HR. Al-Bukhari 9/62 dengan Fathul Baari dan Muslim 4/1723

 

 

 

 

 

2) Membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah yang bermula dengan “amanar rasul…” “Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkan-nya.” HR. Al-Bukhari dengan Fathul

Bari

9/94 dan Muslim 1/554. Kedua ayat tersebut dari

surat

Al-Baqarah (2): 385-386.

 

 

 

 

 

3) “Apabila seseorang di antara kalian bangkit dari tempat tidurnya kemudian ingin kembali lagi, hendaklah dia mengibaskan hujung kainnya tiga kali, dan menyebut nama Allah, kerana dia tidak tahu apa yang ditinggalkannya di atas tempat tidur setelah dia bangkit. Apabila dia ingin berbaring, maka hendaklah dia membaca:

 

 

 

بِاسْمِكَ رَبِّيْ وَضَعْتُ جَنْبِيْ، وَبِكَ أَرْفَعُهُ، فَإِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِيْ فَارْحَمْهَا، وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

 

“Dengan nama Engkau, wahai Tuhanku, aku meletakkan lambungku. Dan dengan namaMu pula aku bangun daripadanya. Apabila Engkau menahan rohku (mati), maka berilah rahmat kepadanya. Tetapi, apabila Engkau melepaskannya, maka peliharalah, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hambaMu yang shalih.”

 

HR. Al-Bukhari 11/126, Muslim 4/2084.

 

 

 

4) Bacalah doa ini:

 

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلَقْتَ نَفْسِيْ وَأَنْتَ تَوَفَّاهَا، لَكَ مَمَاتُهَا وَمَحْيَاهَا، إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا، وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْ لَهَا. اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ

 

“Ya Allah! Sesungguhnya Engkau menciptakan diriku, dan Engkaulah yang akan mematikannya. Mati dan hidupnya hanya milikMu. Apabila Engkau menghidupkannya, maka peliharalah. Apabila Engkau mematikannya, maka ampunilah. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu keselamatan.

 

HR. Muslim 4/2083, Ahmad dengan lafazh yang sama, 2/79, Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaumi wal Lailah no. 721.

 

 

 

 

 

5) Bacalah doa ini, Adalah Rasulullah n, apabila ingin tidur, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya, kemudian membaca::

 

 

 

اَللَّهُمَّ قِنِيْ عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ. (3×)

 

“Ya Allah! Jauhkanlah aku dari seksaanMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.” (Dibaca tiga kali)

 

HR. Abu Dawud dengan lafazh hadits yang sama, 4/311. Lihat juga Shahih At-Tirmidzi 3/143.

 

 

 

 

 

Dan banyak lagi. Silalah semak di dalam Hisnul Muslim.

 

 

 

Hah lepas tu takkan nak doa je, persediaan fizikal tak adake?

 

 

 

 

 

Apa kata perempuan-perempuan semua simpan gunting ke, pisauke, kayu ke dekat sebelah waktu tidur, agak-agak ada orang himpit tikam jele. Heh kata percaya sangat tu orang minyak, sediakanlah lighter, nyalakan api biar terbakar orang minyak tu. Hehehe

 

 

 

 

 

Hah cukuplah tu panjang sangat. So jangan percaya sangat karut marut ni. Silap hari bulan boleh bawa syirik. Amalkanlah zikir-zikir yang Rasulullah saw ajar, jangan pergi dok gantung ayat al-Quran, doa-doa konon-konon nak bagi jadi pelindung, ui tak boleh tu. Macam tangkal hukumnya.

 

 

 

 

 

Wslm wbt.

Tamat sudah Tafsir surah an-Nas

Assalamualaikum WBT.

 

Jumaat lepas ialah kelas terakhir untuk Tafsir surah an-Nas. ustaz Fadhil menerangkan di dalam surah an-Nas ini kita akan mempelajari 3 komponen tauhid iaitu Tauhid al-Uluhiyyah, ar-Rububiyyah dan al-Asma wa as-Sifat.

 

 

Selepas itu ustaz menghuraikan pula maksud ‘tempat sesembahan semua manusia’ di mana ustaz menerangkan segenap kehidupan kita boleh menjadi penyembahan, atau pengabdian atau kata mudah ibadah kepadanya. Bukan setakat solat sahaja yang dimaksudkan dengan ibadah.  Ustaz menerangkan bahawa hidup manusia ini hanya ada dua, dosa dan pahala. Jadi kita kanlah jadikan hal-hal yang mubah atau harus sebagai sumber pahala kita, biarlah kita makan sambil kenyang dengan pahala, tidur sambil lena dengan pahala, berjalan dengan ditemani pahala.

 

 

Selepas itu Ustaz menerangkan pula tentang syaitan yang sering menimbulkan was-was di dalam hati manusia. Ustaz menerangkan satu hadith di mana Nabi saw menyatakan bahawa ada ‘Qarin bagi setiap manusia.

 

 

حدثنا عثمان بن أبي شيبة وإسحاق بن إبراهيم (قال إسحاق: أخبرنا. وقال عثمان: حدثنا) جرير عن منصور، عن سالم بن أبي الجعد، عن أبيه، عن عبدالله بن مسعود. قال:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن". قالوا: وإياك؟ يا رسول الله! قال "وإياي. إلا أن الله أعانني عليه فأسلم. فلا يأمرني إلا بخير".

 

 

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a kata Rasulullah SAW:”Tidak seorangpun di antara kamu melainkan mempunyai ‘qarin’ dari kalangan jin.” Para sahabat bertanya:”Anda juga ya Rasulullah?” Jawab baginda:”Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaannya sehingga akhirnya dia Islam (menyerah). Kerana itu dia tidak berani menyuruhku melainkan untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim:2814).

 

 

Setelah itu ustaz menerangkan di dalam al-Quran diterangkan bahawa syaitan itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Inilah yang disentuh di dalam surah an-Nas “dari kalangan jin dan manusia”.

 

 

Selepas itu ustaz menerangkan ayat 112 surah al-An’am:

 

 

 

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

 

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (daripada jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

 

 

Selepas itu ustaz menerangkan pula apa yang tertulis di dalam surah an-Nisa ayat 76.

 

 

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا

 

Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.

 

 

Ustaz Fadhil menerangkan daripada ayat di atas, syaitan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah dari jenis jin kerana Allah swt menyebutkan kalimah thaghut. Ustaz menerangkan bahawa berdasarkan ayat di atas, ditunjukkan bahawa tipu daya syaitan dari jenis jin tidaklah terlalu kuat berbanding tipu daya yang dilakukan oleh syaitan jenis manusia.

 

 

Selepas itu ustaz membacakan kisah isteri al-Aziz dengan Nabi Yusuf ‘Alaihissalam. Ustaz menceritakan tipu daya isteri al-Aziz sebagaimana yang tertera di dalam surah Yusuf ayat 28 di mana dinyatakan disitu bahawa tipu daya ia sangat besar.

 

 

فَلَمَّا رَأَى قَمِيصَهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ

 

Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu adalah diantara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar."

 

 

Daripada ayat ini seorang pelajar perempuan telah bertanya kepada ustaz kenapa digunakan kalimah ‘kaidakunna’ seolah-olah tipu daya yang besar itu adalah milik semua perempuan. Lepas itu terdengar perkataan ‘tak acilah macam tu’ dari bahagian pelajar perempuan. Habis satu dewan gelak termasuk aku. Lepas tu ustaz Fadhil terang bahawa ini menunjukkan bahawa tipu daya wanita yang besar itu sudah pastilah milik wanita-wanita jahat. Kalau wanita-wanita baik tak akan mereka mahu menipu daya. Maka tipu daya wanita jahat itu adalah besar sebagaimana besarnya tipu daya yang dilakukan oleh isteri al-Aziz untuk menyembunyikan dirinya yang cuba menjadikan Nabi Yusuf AS sebagai tempat melepaskan nafsu berahinya. Maka masakan ‘kunna’ di dalam ayat ini memasukkan sekali wanita-wanita muslimah yang solehah, kerana wanita-wanita solehah tidak akan melakukan tipu daya, apatah lagi seperti yang dilakukan oleh isteri al-Aziz.

Elok kiranya kita melihat kronologi kisah gangguan seksual yang cuba dilakukan oleh isteri al-Aziz ke atas Nabi Yusuf AS.

 

 

Ia bermula pada ayat 23-32 di dalam surah Yusuf.

 

 

012.023 وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الأبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

 

Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata: "Marilah ke sini." Yusuf berkata: "Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.

 

 

012.024 وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلا أَنْ رَأَى بُرْهَانَ رَبِّهِ كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ

Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusufpun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.

 

012.025 وَاسْتَبَقَا الْبَابَ وَقَدَّتْ قَمِيصَهُ مِنْ دُبُرٍ وَأَلْفَيَا سَيِّدَهَا لَدَى الْبَابِ قَالَتْ مَا جَزَاءُ مَنْ أَرَادَ بِأَهْلِكَ سُوءًا إِلا أَنْ يُسْجَنَ أَوْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Dan keduanya berlomba-lomba menuju pintu dan wanita itu menarik baju gamis Yusuf dari belakang hingga koyak dan kedua-duanya mendapati suami wanita itu di muka pintu. Wanita itu berkata: "Apakah pembalasan terhadap orang yang bermaksud berbuat serong dengan isterimu, selain dipenjarakan atau (dihukum) dengan azab yang pedih?"

 

012.026 قَالَ هِيَ رَاوَدَتْنِي عَنْ نَفْسِي وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِنْ أَهْلِهَا إِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Yusuf berkata: "Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)", dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya: "Jika baju gamisnya koyak di muka, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta.

 

012.027 وَإِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar."

 

012.028 فَلَمَّا رَأَى قَمِيصَهُ قُدَّ مِنْ دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِنْ كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ

Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu adalah diantara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar."

 

012.029 يُوسُفُ أَعْرِضْ عَنْ هَذَا وَاسْتَغْفِرِي لِذَنْبِكِ إِنَّكِ كُنْتِ مِنَ الْخَاطِئِينَ

(Hai) Yusuf: "Berpalinglah dari ini, dan (kamu hai isteriku) mohon ampunlah atas dosamu itu, karena kamu sesungguhnya termasuk orang-orang yang berbuat salah."

 

012.030 وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَةُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَنْ نَفْسِهِ قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلالٍ مُبِينٍ

Dan wanita-wanita di kota berkata: "Isteri Al Aziz[752] menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata."

 

012.031 فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَأً وَآتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ فَلَمَّا رَأَيْنَهُ أَكْبَرْنَهُ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حَاشَ لِلَّهِ مَا هَذَا بَشَرًا إِنْ هَذَا إِلا مَلَكٌ كَرِيمٌ

Maka tatkala wanita itu (Zulaikha) mendengar cercaan mereka, diundangnyalah wanita-wanita itu dan disediakannya bagi mereka tempat duduk, dan diberikannya kepada masing-masing mereka sebuah pisau (untuk memotong jamuan), kemudian dia berkata (kepada Yusuf): "Keluarlah (nampakkanlah dirimu) kepada mereka." Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa) nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: "Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia."

 

012.032 قَالَتْ فَذَلِكُنَّ الَّذِي لُمْتُنَّنِي فِيهِ وَلَقَدْ رَاوَدْتُهُ عَنْ نَفْسِهِ فَاسْتَعْصَمَ وَلَئِنْ لَمْ يَفْعَلْ مَا آمُرُهُ لَيُسْجَنَنَّ وَلَيَكُونًا مِنَ الصَّاغِرِينَ

Wanita itu berkata: "Itulah dia orang yang kamu cela aku karena (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, niscaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina."

 

 

Begitulah kronologi kisah Nabi Yusuf as dan isteri al-Aziz yang telah dirakamkan di dalam al-Quran. Bagaimana akhirnya seorang ibu angkat tergoda kepada anak angkatnya sendiri, hingga mahu melakukan hubungan seksual dengan anak angkatnya itu. Bagaimana tipua daya wanita yang sudah ditenggelami hawa nafsu sehingga menipu suaminya sendiri bahkan memfitnah pula anak angkatnya itu. Bagaimana akhirnya dengan taqdir Allah, kebenaran terungkap. Akhirnya berita skandal seks si isteri al-Aziz bersama anak angkatnya tersebar meluas. Berkata-kata masyarakat kota. Gossip-gosip atau skandal-skandal yang kita lihat pada dunia politik zaman kini juga ditonjolkan di sini. Dan bagaimana isteri al-Aziz cuba menjustifikasikan perlakuan buruknya dengan menyuruh Nabi Yusuf AS sendiri muncul dihadapan mata datin-datin yang mengumpat dan mencelanya kerana cuba melakukan hubungan terlarang dengan anak angkat sendiri. Tergamam sekalian datin! Sehingga terlupa ditangan sedang memegang pisau, lalu ditoreh jari sendiri, seakan tak percaya sama ada dihadapan mereka ini lelai kacak ataupun malaikat sebenarnya.

 

 

Dan di dalam ayat 24 di atas, diterangkan bagaimana hampir-hampir Nabi Yusuf AS sendiri tergoda dengan godaan ibu angkatnya, namun Allah memeliharanya sebagaimana Allah memelihara Nabi-nabi yang lain.

 

 

Selepas itu di dalam sesi soal jawab ada pelajar perempuan menanyakan akan kebenaran amalan umat Islam yang kata waktu tengah sarat mengandung tu bacalah surah Yusuf supaya anak lawa, surah Maryam kalau nak anak perempuan dan lain-lain lagi.

 

 

Jawab ustaz Fadhil semua tu karut, perbuatan yang tak ada asal usul, tak ada kaitan surah-surah tu dengan anak yang akan dilahirkan. Lepas tu ustaz buat lawak kalau nak lahir anak jin, bacalah surah Jin. Satu dewan gelak.

 

 

Lepas tu seorang pelajar lelaki pula tanya tentang tafsir oleh Imam as-Sobuni di mana diketahui akidahnya bermasalah. Maka jawab ustaz, maka kenalah kita menilai bahagian akidah yang manakah dia bermasalah, jadi bahagian yang bermasalah itu kita jangan ambil dari dia.

 

 

Selepas tu aku pulak tanya bagaimana dengan manhaj Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan perkataan Yadullah di mana ada kalanya beliau menetapkan sifat ‘yad’ atau pun tangan kepada Allah dalam masa yang sama dia juga ada menakwilkan perkataan yad kepada perkataan yang lain. Jawab Ustaz Imam In Kathir tidak menafikan langsung bahawa maksud asal Yad itu ialah tangan dan sebab itu beliau mentapkan sifat tangan kepada Allah di dalam tafsirnya, dalam masa yang sama dia juga membawakan maksud-maksud lain bagi perkataan ‘yadullah’. Kata ustaz yang menjadi masalah ialah bila tidak menetapkan maksud perkataan asal iaitu ‘yadullah’ ataupun tangan sebaliknya menggunakan perkataan-perkataan dan maksud-maksud lain yang bukan maksud asal perkataan ‘yadullah’ iaitu tangan Allah.

 

 

Selepas itu seorang pelajar lelaki bertanya pula bagaimana kesudahan cerita isteri al-Aziz dengan Nabi Yusuf as. Ustaz menerangkan bahawa cerita-cerita yang popular seperti selepas kematian al-Aziz, isterinya itu sering termenung, berkahwin dengan Yusuf dan lain-lain adalah cerita yang tiada asas di dalam al-Quran mahupun hadith. Maka jangan kita guna pakai cerita-cerita itu kerana Al-quran tidak pun menyebutkan apakah kelangsungan hubungan Nabi Yusuf dan isteri al-Aziz itu, maka jangan kita pula menyibuk-nyibuk nak tahu.

 

 

Seorang pelajar perempuan bertanya pula apakah status hadith yang menyatakan bahawa kecantikan Nabi Yusuf dan ibunya Rahil ialah separuh kecantikan Adam as dan siapakah perawi hadith itu. Ustaz meminta untuk menjawab soalan itu pada kelas yang akan datang.

 

 

Dalam tafsir surah an-Nas juga ustaz menerangkan bahawa adalah satu kesilapan apabila kita memulakan solat sebelum takbir dengan membaca surah an-Nas dengan alasan untuk mengelakkan was-was kerana ia tidak di ajar oleh Rasulullah saw. Yang diajar ole Rasulullah saw ialah apabila was-was di dalam solat ataupun ada gangguan syaitan, bacalah taawudz dan hembuslah atau ludahlah ke sebelah kiri sebanyak 3 kali. Inilah yang di ajar Rasulullah saw.

 

 

Penyakit was-was ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Rasulullah (s.a.w) , namanya 'Uthmaan ibn Abi al-'Aas (r.a.).
Beliau datang berjumpa Rasulullah (s.a.w) dan mengadu tentangnya: "Syaitan menggangguku di dalam solatku, dan menyebabkan aku teragak-agak di dalam bacaanku." Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Syaitan itu dipanggil Khanzab. Jika kamu merasa kehadirannya, mintalah perlindungan daripada Allah dan ludah (ludah kering) ke kiri kamu sebanyak 3 kali." Selepas daripada itu 'Uthmaan berkata: "Aku melakukan apa yang Rasulullah (s.a.w) suruh dan Allah telah menjauhkan dia (syaitan) daripada aku." (HR Muslim).



Hadith ini menyatakan 2 cara untuk menghalau syaitan yang cuba mengganggu di dalam solat.

Cara yang pertama ialah dengan meminta perlindungan kepada Allah daripada kejahatan syaitan (a'udzubillahi minas syaithaanirrajiim) , walaupun dengan mengucapkan perkataan ini semasa solat - perbuatan ini tidak menyalahi apa-apa dalam solat.

Cara yang kedua ialah dengan meludah (ludah kering) ke kiri sebanyak 3 kali. Ini bermakna menghembuskan angin yang menyerupai perbuatan meludah tetapi dengan hanya sedikit air liur, selagi ianya tidak mengganggu orang di sebelahnya ataupun mengotorkan masjid.-Hal ini dinyatakan oleh Syeikh Muhammad Saleh al-munajid.

 

Wallahu’alam., untuk mendownload kuliah ini layari http://audiosunnah.blogspot.com

 

Kisah Cinta di Zaman Nabi

 

 

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam pun pernah ingin menjadi perantara dan penolong seorang suami yang sangat mencintai isterinya untuk tetap mempertahankan isteri yang dicintainya dalam ikatan pernikahan dengannya. Namun si wanita enggan dan tetap memilih untuk berpisah, sebagaimana kisah Mughits dan Barirah. Barirah adalah seorang sahaya milik salah seorang dari Bani Hilal. Sedangkan suaminya Mughits adalah seorang hamba berkulit hitam milik Bani Al Mughirah. Barirah pada akhirnya merdeka, sementara suaminya masih berstatus hamba. Dia pun memilih berpisah dengan suaminya diiringi kesedihan Mughits atas perpisahan itu.

 

 

 

Ibn Abbas ra menceritakan:

 

حدثنا محمد: أخبرنا عبد الوهاب: حدثنا خالد، عن عكرمة، عن ابن عباس:

 

 أن زوج بريرة عبد أسود يقال له مغيث، كأني أنظر إليه يطوف خلفها يبكي ودموعه تسيل على لحيته، فقال النبي صلى الله عليه وسلم لعباس: (يا عباس، ألا تعجب من حب مغيث بريرة، ومن بغض بريرة مغيثا). فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (لو راجعته). قالت يا رسول الله تأمرني؟ قال: (إنما أنا أشفع). قالت: لا حاجة لي فيه

 

 

 

Suami Barirah, iaitu seorang hamba berkulit hitam, beliau dipanggil Mughits. Aku melihat Mughits berjalan dibelakan Barirah sambil berlinangan air mata sehingga air matanya membasahi janggutnya, . Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam berkata kepada pakcik beliau, Al Abbas Radiyallahu ‘anhu :

 

Wahai pakcik, tidakkah engkau merasa takjub dengan rasa cinta Mughits pada Barirah dan rasa benci Barirah terhadap Mughits???

 

Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam berkata kepada Barirah :
Seandainya engkau kembali kepada Mughits.??”
Barirah bertanya kepada beliau, “Wahai Rasulullah, apakah engkau memerintahkan aku???”
Tidak, kata Rasulullah, “Akan tetapi aku hanya ingin menolongnya.??
Aku tidak memerlukannya??, jawab Barirah

 

(Sahih al-Bukhari)

 

-Apa yang aku nak sampaikan dari hadith ini. Bukan aku mahu cerita tentang hukum wanita meminta cerai etc. Aku hanya mahu fokuskan kepada perasaan Mughits hatta setelah bercerai dengan Barirah. Apa hubungan mereka ketika Mughits berlinangan air mata sehingga membasahi janggutnya? Suami isterikah? Tidak bukan.

 

Inilah jawapan aku kepada mereka yang bertanya. Bertanya tentang apa? Fikirkan sendiri.....

 

<object width="425" height="373"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/QaWA3Yl3tzo&rel=1&border=1"></param><param name="wmode" value="transparent"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/QaWA3Yl3tzo&rel=1&border=1" type="application/x-shockwave-flash" wmode="transparent" width="425" height="373"></embed></object>