Perginya Seorang Mufti

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh)
- Bekas Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital
Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma
akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.

   

Katanya, jenazah akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas, dan kemungkinan akan dikebumikan jam 9.30 pagi esok.

   

Menurut
jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah
dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah
dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri
sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

   

Sebelum
ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta
ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat
diselamatkan.

   

Berdasarkan
sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan
beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh

   

Petikan:

   

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/kesihatan-dato-ishak-baharom-kritikal.html

Mari kita doakan ulama’ kita. Semoga usaha-usaha dakwah beliau selama ini menjadi saksi perjuangan beliau. Amin!!!


http://www.islamic-knowledge.com/Hisn_al_Muslim/Hisn_Sounds/Death_Funerals.mp3

Leave a Reply