aslm wbt. Selamat membaca sambungan siri kisah Gadis Berniqab. Sila baca siri-siri sebelum ini sebelum membaca siri ini. Untuk siri-siri lepas klik link ini http://the-authenthic.blogspot.com/search/label/cerpen%20gadis%20berniqab
Humaira terdiam
seketika. Dia tidak tahu mahu bermula di mana. Jika diikutkan amat berat untuk
dia mengingati kembali kisah lamanya itu. Kisah yang mahu dia hapuskan dari
kamus hidupnya.
“Isy Ira, tadi
kata nak cerita, ni dia dok termenung pulak,” Alice
menegur Humaira yang kelihatan sedang mengelamun.
“Hah Alice
nak dengar cerita dari mana?” soal Humaira pula.
“Ok, Alice
nak tahu macam mana Ira boleh kenal dengan Bukhari tu. Dulu, Ira just cerita
Ira ada boyfriend nama Bukhari, Ira tak cerita pun macam Ira kenal dia,” Alice
menerangkan.
“Hah kalau macam
tu, biar Ira start dengan detik-detik awal kitorang kenallah.”
*****
“Assalamualaikum
warahmatullah, Assalamualaikum warahmatullah”, kedengaran suara imam memberi
salam. Semua jemaah mengikutnya, berpaling ke kanan, selepas itu berpaling ke
kiri.
Kesemua jemaah
sedang khusyuk beristighfar.
“Astaghfirullah,
astaghfirullah, astaghfirullah”. Selepas itu mereka bertasbih, bertahmid dan
bertakbir memuji Allah. Perlahan-lahan mereka berzikir sendiri-sendiri. Sunyi
keadaan masjid ketika itu. Masing-masing menumpukan kepada ibadah
masing-masing. Cuma kadangkala terdengar suara si bayi merengek, mungkin
kehausan susu, atau kanak-kanak berlari, bermain di serambi masjid.
Usai sahaja
memohon keampunan Tuhan dan memuji-mujinya, seorang demi seorang bangun untuk
menunaikan solat sunat ba’diyah Isya’.
Humaira sedang
mengemas telekungnya. Dia sudah usai menunaikan solat sunat ba’diah Isya’. Dia
sedang menunggu ibunya, makcik Limah yang masih sedang di tahiyyat akhir.
Selesai sahaja solat, makcik Limah terus pergi ke arah anak perempuannya.
“Jom balik ibu,”
Humaira mengajak makcik Limah pulang ke rumah.
Makcik Limah
hanya mengangguk. Sambil berjalan pulang ke rumah, kedua-dua beranak ini
berbual-bual.
“Siapa yang jadi
imam solat Isya’ tadi ibu? Tak pernah dengar pun suaranya. Rasanya bukan Ustaz
Taib jadi imam tadi,” Humaira menyoal ibunya.
“Haah, bukan
Ustaz Taib. Maghrib tadi ustaz Taib jadi imam, tapi tadi Isya’ bukan. Ibu
dengar orang cakap yang imam tu anak ustaz Taib.”
“Oo anak ustaz
Taib. Anak dia yang mana ye? Tak pernah nampak pun anak dia ikut dia datang
mengajar kat masjid ni,” Humaira menyoal lagi.
“Entah ibu pun
tak tahu,” jawab makcik Limah kepada anaknya.
“Piin,”
kedengaran bunyi hon kenderaan dibelakang mereka.
Makcik Limah dna
Humaira terus berhenti. Sebuah kereta Iswara putih berhenti. Kelihatan
didalamnya Ustaz Taib dan seorang pemuda. Ustaz Taib membuka tingkap keretanya.
Dia menyapa makcik Limah.
“Assalamualaikum
WBT. Kak Limah apa khabar?”
“Waalaikumussalam
WBT. Eh ustaz, baik-baik sahaja. Ni ustaz nak pergi mana ni? Ini bukan arah ke
rumah ustaz?”
“Takdelah, saya
nak pergi rumah tok penghulu sekejap. Ada
hal nak bincang dengan dia.”
“Ooo, eh tu
siapa tu duduk sebelah ustaz tu?” soal makcik Limah sambil jarinya menunjukkan
ke arah pemuda yang duduk di sebelah kiri Ustaz Taib.
“Ini anak saya.
Dia tengah cuti ni. Sebab tu dia ikut saya datang mengajar kat sini.”
“Ooo kat mana
dia belajar tu ustaz?” soal makcik Limah lagi.
“Belajar agama
je, dekat Universiti Islam Antarabangsa, dekat Gombak tu. Sekarangkan cuti
semester, tu yang dia ada ni,” terang Ustaz Taib. Anaknya yang duduk disebelah
hanya tersenyum sahaja. Sesekali dia menjeling ke arah Humaira yang sedang
berdiri di sebelah ibunya, makcik Limah.
“Eh, ni anak
akak ni, apa namanya? Dah lupa pulak, maklumlah dah tua. Sekarang study di
mana?”
“Ooo yang ni
nama dia Humaira. Sekarang baru je habis matrik kat UIA. Bulan Julai nanti dia
masuk Gombak lah pulak.”
“Ooo, Humaira
ambil kursus apa kat UIA tu?” soal Ustaz Taib kepada Humaira pula.
“Ekonomi je.”
“Oo nanti masuk
UIA, bolehlah jumpa dengan anak saya ni. Dia belajar kat UIA. Tapi kursus
lainlah. Lagipun dia dah setahun kat sana
.”
“Ooo,” jawab
Humaira pendek. Dia kelihatan tidak selesa. Dia perasan bahawa anak Ustaz Taib
tu sedang melihat ke arahnya.
“Okeylah kak
Limah, saya pun dah lewat ni. Lama pulak nanti tok penghulu menunggu kat rumah
dia tu. Saya pun memang dah janji nak pergi rumah dia tu,” terang Ustaz Taib.
“Baiklah ustaz,
Assalamualaikum WBT.”
“Waalaikumussalam
WBT,” jawab Ustaz Taib. Dia terus menutup tingkap keretanya. Kereta Iswara
putih itu terus meluncur ke arah destinasinya. Humaira dan makcik Limah
meneruskan perjalanan mereka. Dalam masa tidak sampai lima
minit, mereka sudah sampai di halaman rumah.
*****
“Ooo, macam tu
rupanya Ira start kenal dengan Bukhari.”
“Haah, macam tu
je. Takdelah best sangatpun,” jawab Humaira pendek.
“Tapikan, dari
cerita Ira tadi, Bukhari ni baik orangnya, kenapa sekarang Ira dan mak Ira
macam tak suka je dengan Bukhari tu?” Alice
menyoal lagi.
“Itu baru start
cerita lah Alice
. Ira belum cerita
lagi bila Ira start berhubung dengan Bukhari, dan kenapa pulak Ira benci sangat
kat dia sekarang.”
“Hah, apa lagi,
ceritalah kat Alice
. Macam best
je!”
“Hah best kata Alice
,
sampai hati Alice
kata macam tu,”
Humaira seakan-akan merajuk.
“Alah Ira, Alice
main-main jelah. Takde bestnya, Alice
nak tahu je. Ceritalah Ira.”
“Yelah, yelah.
Amoi ni tak sabar-sabar pulak.”
*****
“Hah, Ira. Dah
siapke barang-barang nak pergi masuk Gombak tu. Semua barang dah belike?”
“Alah ibu,
barang-barang dari matrik dulu boleh guna lagi. Semua still ada dalam kotak tu.
Tak payah beli yang baru pun.”
“Takkan tak nak
beli barang baru kot, sarung bantalke, sarung tilam ke, beg nak pergi kelas
ke?” soal makcik Limah lagi.
“Isy, tak
payahlah ibu. Elok lagi barang-barang tu. Ira baru guna setahun je kat matrik.
Elok lagi.”
“Kalau macam tu
baguslah.”
Humaira hanya
tersenyum sahaja. Begitulah ibunya, sangat mengambil berat. Setiap hal akan
diingatkan kepada Humaira. Dari sekecil-kecil hal, sampai yang
sebesar-besarnya. Humaira sedang membaca buku yang baru dibelinya dari pekan
Tampin tadi. Menarik tajuknya ‘Sifat Solat Rasulullah’. Tertulis di kulit buku
nama penyusunnya Shaikh Nasiruddin al-Albani. Humaira terus membaca dan
membaca. Banyak hal-hal dalam solat yang tidak diketahuinya wujud di dalam buku
ini. Lebih-lebih lagi di dalam buku itu diletakkan sumber-sumber hadith untuk
setiap perbuatan dan perihal di dalam solat. Seronok membacanya. Selama ini
Humaira hanya belajar solat di sekolah. Tak pernah pulak di ajar apa buktinya
Rasulullah SAW bersolat sebegitu rupa.
“Hah Ira, lupa
lak ibu nak bagitahu tadi. Tolong pergi kedai jap. Beli mee kuning. Mak nak
buat mee gorenglah petang ni.”
Humaira terus
bingkas bangun. Dia meletakkan buku ‘Sifat Solat Nabi’ itu di atas rak bukunya.
Dia terus mencapai tudung yang memang sudah sedia disangkut pada hanger. Mudah
bila nak keluar nanti. Dia menyalin pakaiannya. Tadi di rumah dia hanya memakai
kemeja T berlengan pendek sahaja. Dia terus menyalin memakai kemeja T berlengan
panjang, labuhnya juga sampai hampir ke paras lutut.
“Ira, duit ada kat
atas meja kat ruang tamu tu.”
“Baik ibu,”
jawab Humaira pendek.
Dia terus turun
dari rumahnya. Dia mencapai basikal Le Runnya. Jarak kedai runcit dari rumahnya
tidaklah terlalu jauh. Kalau menunggang basikal, tak sampai 2 minit pun.
Humaira terus memecut basikalnya. Seronok tunggang basikal laju-laju macam ni.
Tiba di selekoh Humaira berhenti seketika. Melihatkan tiada kenderaan yang
lalu. Dia terus melintas dengan basikalnya. “Piin, Piin!”, kedengaran suara hon.
Humaira menoleh ke kirinya. “Ya Allah!” terpacul kalimah itu dari lidah
Humaira. Motosikal yang tadi dia lihat jauh sudah semakin hampir dengannya. Dia
cuba
mengawal
keadaan, Humaira terus mengelak ke tepi jalan. Basikal Le Runnya terlanggar
pili bomba yang ada ditepi jalan tersebut. Humaira tersembam ke tanah.
Motor Honda EX5
tadi berhenti. Seorang pemuda yang berkemeja T turun dari motor itu. Enjin
motosikal dimatikan. Dia melihat ke arah Humaira. Pemuda itu kelihatan sedikit
takut-takut. Mungkin risau hal-hal yang tak diingini menimpa Humaira.
“Akak, akak tak
apa-apa ke?” pemuda itu mula bertanya. Dia tidak tahu bagaimana mahu memanggil
Humaira. Panggilan ‘akak’ lebih sopan mungkin baginya.
“Kamu ni buta ke
apa? Tak nampak ke orang melintas kat depan tu. Dahlah tu bawak motor dalam
kampung laju-laju pulak tu.”
“Kak, saya minta
maaf kak. Saya nak cepat tadi. Akak tak apa-apake. Macam cedera je dekat tangan
tu. Nak saya hantarkan pergi klinik.”
“Tak payah, saya
boleh pergi sendiri,” jawab Humaira pendek.
Humaira terus
bangun. Dia membelek-belek basikalnya. Dia tidak memandangpun ke arah pemuda
tadi. Dia berdiri membelakangkan pemuda itu. Masih elok basikalnya. Tak
payahlah dia nak berjalan kaki ke rumah. Dia membatalkan hasrat untuk pergi ke
kedai. Dia berpatah balik pulang ke rumah. Waktu itu dia melihat ke arah pemuda
yang hampir-hampir melanggar dia tadi. “Astaghfirullah!” Humaira terkejut.
Pemuda tadi juga
menoleh ke arah Humaira. Dia turut terkejut. “Ya Allah!”
Humaira terus
menuggang basikalnya pulang ke rumah. Dia sedikit menyesal. Sedikit rasa malu
timbul dihatinya. Pemuda tadi juga turut terkejut. Dia membiarkan sahaja
Humaira pergi. Nyaris-nyaris dia melanggar Humaira. Nasib baik tidak ada
apa-apa yang terjadi.
Sampai sahaja di
rumah. Humaira terus meletakkan basikal di bawah rumahnya. Dia terus berlari
naik ke atas. Dia masuk ke bilik air. Dia cuba
mencuci luka di pergelangan tangannya. Pedih. Dia menahan sakit. Humaira keluar
dari bilik air. Makcik Limah kehairanan. “Aik, bila pulak dia balik,” hatinya
berbisik.
“Ira, mana barang
yang ibu suruh beli tadi?” soal makcik Limah.
“Ye mak. Tak
sempat belipun,” jawab Humaira pendek.
“Hah tak sempat
beli? Macam mana pulak boleh tak sempat?” soal makcik Limah lagi. Dia terus
pergi ke arah bilik anak daranya itu.
Dia melihat
Humaira sedang meletakkan ubat pada ditangannya. Makcik Limah terkejut.
“Ya Allah! Ira
accident ke tadi, kenapa tak cakap kat ibu?”
“Sikit je ibu,
bukan teruk sanga pun.”
“Hah yelah tu.
Tak nak pergi klinikke. Biar ibu call kan
teksi. Kita pergi klinik. Biar doktor cuci luka kat tangan kamu tu. Cepat sikit
sembuh.”
“Isy, tak
payahlah ibu. Sikit je ni. Ira boleh letak ubat sendiri.”
“Suka hati
kamulah Ira. Tulah bawak basikal laju-laju sangat. Kan
dah accident!”
Humaira hanya
mendiamkan diri sahaja. Dia terus meletakkan ubat di tangannya. Sesekali dia
mengaduh kepedihan. Rasa pedih bila terlanggar luka ditangannya.
*****
“Haha!
Kelakarlah Ira ni. Nasib baik tak apa-apa. Betullah cakap mak Ira tu. Ira suka
sangat bawak basikal laju-laju,” Alice
berseloroh sambil tergelak.
“Isy, apa pulak,
budak tu lah. Bawak motor macam tak sayang nyawa.”
“Eh, sambung lah
lagi. Baru pukul 11 ni. Pukul 12 malam nanti baru Ira boleh stop cerita.”
“Amboi! Ni nak
dera Ira ke. Okeylah untuk cik Alice
yang comel ni, Ira ceritalah lagi,” kata Humaira.
*****
“Assalamualaikum
WBT.” Kedengaran suara lelaki di halaman rumah memberi salam.
“WaalaikumussalamWBT.”
Makcik Limah menjawab. Dia terus mencapai tudungnya yang ada di dapur. “Siapa
pulak yang datang tengah-tengahari ni?” soalnya di dalam hati.
Makcik Limah
terus bergerak ke pintu rumah. Dia melihat keluar. Kelihatan Ustaz Taib,
isterinya dan anaknya yang menuntut di UIAM itu.
“Eh, ustaz,
ustazah. Apa tercegat kat bawah tu. Naiklah atas,” makcik Limah mengajak mereka
naik ke atas rumahnya.
Makcik Limah terus
bersalaman dengan isteri ustaz Taib. Dia mempersilakan mereka duduk. Makcik
Limah mahu memanggil Humaira untuk membuatkan air kepada tetamu yang ada ini.
Makcik Limah membatalkan hasratnya. Dia teringat yang tangan anaknya luka.
Mungkin masih sakit lagi agaknya.
“Eh ustazah,
ustaz, kenapa datang tak beritahu. Ni tak sediakan apa-apa ni. Tengah masak
tadi kat dapur.”
“Eh, tak payah
susah-susahlah kak. Kami pun tak rancang pun nak datang ni.”
“Ooo, macam tu.
Eh biar saya ke dapur kejap, sediakan minuman, panas-panas ni, mesti ustaz dan
ustazah hauskan.”
“Eh tak payahlah
kak. Kami datang ni pun ada hak sikit. Pasal Humaira.”
“Hah pasal
Humaira. Kenapa dengan anak saya ustaz? Apa dia buat?” soal makcik Limah. Dia
terkejut apabila tiba-tiba ustaz Taib menyebut nama anak tunggalnya.
“Tak ada
apa-apa. Ni tadi Bukhari baru bagitahu. Waktu dia balik dari pekan tadi, dia
hampir accident dengan Humaira kat simpang tadi. Tu yang dia ajak kami datang
sini. Yelah nak tahu juga macam mana keadaan anak akak tu,” terang ustaz Taib.
“Ooo. Patutlah.
Ira ada dalam bilik tu. Biar saya panggilkan dia kejap.”
Makcik Limah
terus pergi ke bilik anaknya. Humaira sedang berbaring-baring sambil menyambung
membaca buku ‘Sifat Solat Nabi’ tadi. Dia khusyuk membaca tanpa menyedari
kehadiran ibunya di pintu biliknya.
“Ira, Ira.
Keluar kejap nak. Ustaz Taib sekeluarga ada kat luar tu. Mereka nak jumpa Ira.”
Humaira terus
mencapai tudungnya. Dia dapat menjangka tujan kehadiran ustaz Taib sekeluarga.
Humaira terus bergerak ke ruang tamu. Dia pergi ke arah isteri ustaz Taib. Dia
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ustazah Hasmah, isteri ustaz Taib.
“Apa khabar
ustazah,” Humaira bertanya khabar sambil bersalaman.
“Ustazah
baik-baik sahaja. Humaira macam mana?”
“Saya sihat je
ustazah.”
“Hah luka
Humaira tadi macam mana. Nak ustaz bawakan pergi klinikke?”
“Isy tak
payahlah ustaz, sikit je ni,” jawab Humaira pendek.
“Kami datang ni
nak mintak maaflah pada kak Limah dan Humaira tadi. Nasib baik tak jadi apa-apa
tadi. Ni si Bukhari ni yang beria-ria ajak datang. Takut sangat dia tadi lepas
waktu hampir accident dengan Humaira ni.”
“Takpelah ustaz,
ustazah. Bukan apa-apa pun. Sikit je ni. Silap saya juga tadi. Main lintas je,”
terang Humaira pula.
“Tulah, Bukhari
ni. Dah berapa kali ummi cakap. Bawak motor tu perlahan-lahanlah sikit. Ni main
laju je. Nasib baik tak jadi apa-apa,” tambah ustazah Hasmah lagi.
“Saya minta maaf
ye Humaira. Tak sengaja tadi,” Bukhari pula bersuara.
“Hah rancak
berbual. Berbual-bual tu, jomle minum sikit,” makcik Limah bersuara sambil
menghidangkan air dan sedikit kuih kepada ustaz Taib sekeluarga.
“Eh dengar
ceritanya, Humaira minggu depan dah nak masuk UIA Gombak ye?” soal ustazah
Hasmah.
“Iye ustazah,
minggu depan. Ada
sesi orientasi
lagi kat sana
nanti. Lepas seminggu
tu baru start kelas agaknya.”
“Haah, seminggu
nanti kena sesi orientasi, tapi kat UIA dia tak panggil orientasi,” Bukhari cuba
mencelah.
“Oo dia panggil
apa pula?” soal ustazah Hasmah.
“Kat UIA dia
panggil taaruf week.”
“Ooo, macam tu,”
sampuk makcik Limah pula.
“Eh nanti minggu
depan nak pergi UIA naik apa pula? Takkan naik bas kot? Barang banyak tu
biasanya kalau budak baru masuk,” ustaz Taib pula mencelah.
“Rancangnya mungkin
nak sewa kereta dari Tampin ni. Ingatkan petang ni nak pergi rumah Haji Abu tu.
Ingat nak sewa van dia tu. Yelah banyak barang nak dibawakan.”
“Eh, apa kata
biar kami je hantar. Lagipun waktu tu hari Ahad, bukan kami bekerjapun.
“Isy, tak
payahlah ustaz, buat susah-susah ustaz je.”
“Takpe, kami pun
bolehle juga nak ziarah saudara-mara kat Kuala Lumpur
tu. Lagipun bukan jauh sangat. Dua jam sahaja perjalanan dari Tampin ni.”
“Hah, nanti saya
ada waktu sesi taaruf week tu. Saya jadi komiti waktu taaruf week tu.”
“Ooo, baguslah
macam tu. Kalau Humaira ada apa-apa masalah. Bolehlah jumpa je Bukhari ni.
Mintak tolong dia. Manalah tahu kena ragging ke.”
“Isy ummi ni,
kat UIA mana ada ragging-ragging.”
“Eh, tak ada ke.
Ummi selalu dengar kat tempat lain, kalau orientasi je, mesti ada
ragging-ragging ni. Benda biasa je ragging-ragging ni.”
“Tak adalah
ummi. Kat UIA tak ada semua benda ni.”
“Oo baguslah
macam tu. Tak payahlah makcik nak risau sangat tentang Humaira ni,” sampuk
makcik Limah pula.
Humaira hanya
mendiamkan diri. Dia memang sudah seda tahu bahawa di UIA tiada budaya ragging.
Sejak masuk ke matrikulasi UIA di Petaling Jaya lagi, dia sudah tahu akan hal
ini. Inilah yang mungkin membezakan UIA dengan universiti-universiti yang lain.
“Hah, Bukhari
bagilah no handphone kamu kat Humaira. Senanglah dia nak telefonke, sms ke
waktu kat Gombak nanti. Manalah tahu ada hal-hal penting ke,” ustazah Hasmah
bersuara lagi.
“Betul cakap
ummi kamu tu. Kalau demam ke, atau nak pergi Bandar KL beli barangke. Bolehlah
kirim kat Bukhari ni. Dia ada motor. Tak payah Humaira nak keluar pergi bandak
KL tu,” ustaz Taib menyokong saranan isterinya ustazah Hasmah.
“Isy, tak
payahlah ustaz, ustazah. Buat susah-susah je,” jawab Humaira pula.
“Eh tak apa. Hah
Bukhari, bagilah nombor handphone kamu kat Humaira tu,” ustaz Taib berkata
kepada anaknya.
Bukhari
menyebutkan nombor handphonenya sambil tangan Humaira ligat menaipnya di
telefon bimbit jenis Nokia.
“Humaira, miss
call saya. Saya nak save no handphone kamu,” Bukhari bersuara.
Humaira tidak
berkata apa-apa. Dia terus mendail nombor telefon Bukhari yang baru sahaja dia
dapat tadi. Telefon bimbit Bukhari berbunyi. Nombor telefon Humaira tertera di
skrin telefon Bukhari. Bukhari menekan butang telefon bimbitnya dan menyimpan
nombor Humaira.
“Eh, kak Limah.
Kami balik dululah. Nanti apa-apa hal. Kami telefonlah,” ustazah Hasmah
bersuara seraya bangun untuk bersalaman dengan makcik Limah dan Humaira.
“Iye,
insya-Allah ustaz, ustazah. Kalau senang nanti. Datanglah lagi kat rumah ni,”
jawab makcik Limah pula.
Ustaz Taib
sekeluarga terus turun dari rumah makcik Limah. Makcik Limah dan anaknya
Humaira berdiri di pintu rumah mereka sambil memerhatikan kereta ustaz Taib
beredar dari rumah mereka.
Humaira terus
membantu ibunya mengemaskan cawan-cawan minuman tadi. Walau luka ditangannya
masih terasa pedih. Dia tetap membantu ibunya.
Jam sudah
menunjukkan pukul satu tengahari. Lagi sepuluh minit masuklah waktu Zuhur.
Makcil Limah memanggil anaknya.
“Ira, dah
mandike. Nanti kita solat Zuhur berjemaah ye.”
“Ibu, Ira
cutilah hari ni.”
“Aik cuti, pagi
tadikan kita solat Subuh sama-sama.”
“Tadi, pukul
sepuluh pagi tadi, baru darah keluar. Ira dah agak dah. Hari ni mesti cuti
punya. Dari malam tadi Ira dah rasa semacam je kat perut ni. Nasib baik ‘pad’
ada lagi.”
“Ooo, kalau
macam tu takpelah. Ibu solat sorang-sorang sahajalah ni. Ira pergilah rehat.
Jangan buat kerja berat-berat. Nanti lambat baik pulak luka kat tangan tu.”
“Baiklah ibu,”
jawab Humaira pendek.
Dia terus melangkah
ke dalam biliknya. Dia ingin menyambung membaca buku Sifat Solat Nabi nya itu.
Asyik tergendala sahaja dari tadi. Kalau boleh tengahari ini juga ingin
dikhatamnya buku itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada
mesej yang masuk. Humaira terus membuka peti mesejnya. Tertera nama Bukhari
sebagai penghantar mesej itu. “Apa pulak mamat ni nak, baru dapat nombor dah
hantar mesej,” rungut Humaira di dalam hatinya. Dia terus membaca mesej itu.
“Aslm wbt. Ya
ukhti Humaira, ana mahu minta maaf atas kejadian tadi. Bukan sengaja nak
langgar anti tadi.”
Humaira hanya
membaca mesej itu. Dia tidak membalaspun. Malas kata hatinya. Dia terus membaca
dan membaca buku Sifat Solat Nabi itu. Dan tanpa disedari dia terlelap di atas
katilnya. Buku yang dibaca itu terletak di atas dadanya. Mungkin terlalu letih.
Makcik Limah usai solat Zuhur. Dia terus ke bilik Humairah. Fikirnya mahu
mengajak Humaira makan tengahari. Dia membatalkan niatnya itu apabila melihat
anak tunggalnya itu sudah tidur. Dia membiarkan sahaja.
Jam 230 petang
baru Humaira terjaga. Dia melihat telefon bimbitnya. Ada
tiga sms yang diterima. Dia terus meembaca. Ketiga-tiga mesej itu dari Bukhari.
Mesej pertama:
“Kenapa anti tak balas sms ana? Anti masih marah dengan ana?”
Mesej kedua:
“Anti masih marah dengan ana?”
Mesej ketiga:
“La Ba’sa. Ana tahu siapa diri ana. Kalau anti tak mahu berkawan dengan ana pun
tak apa.”
Humaira hanya
menggeleng-geleng kepalanya. Tidak faham. Baginya tiada keperluan untuk dia
membalas SMS Bukhari. Belum pernah dia berhubung dengan mana-mana lelaki,
bahkan nombor telefon bimbitnya pun tidak diketahui mana-mana lelakipun.
Tadipun, dia tidak ada alasan untuk menolak bila Bukhari meminta nombor telefon
bimbitnya. Jika tadi tiada ustaz Taib dan ustazah Hasmah. Memang jangan mimpi
Bukhari akan mendapatkan nombor telefonnya. Humaira terus mendelete sms-sms
dari Bukhari tadi. “Malas aku nak layan,” dengus Humaira di dalam hatinya.
*****
“Isy, Ira ni.
Tak baiklah buat macam tu. Mesti bengang si Bukhari tu Ira tak layan dia.”
“Biarlah siapa
suruh. Ingatkan pak lebai macam dia tu tak layan perempuan. Gatal jugak
rupanya.”
“Isy Ira ni. Tak
baik cakap macam tu. Entah-entah waktu tu dia betul-betul nak minta maaf ke,” Alice
bersuara lagi.
“Ira pun fikir
macam tu juga. Rasa tak baik buat macam tu. Jadi malam tu, Ira replylah sikit
SMS dia.”
“Wah, reply
jugak. Ingatkan tak nak layan si Bukhari tu.”
“Alah malam tu
je Ira reply sms dia. Lepas tu sampai masuk UIA Gombak takdelah.”
“Ooo macam tu.
Tapi Ira belum cerita lagi kenapa Ira dengan mak Ira marah sangat dengan dia.”
“Hmm,” Humaira
seakan mengeluh.
Alice
hanya memandang ke arah wajah Humaira.
“Alice
percayake kalau Ira cerita kenapa Ira benci sangat dengan dia.”
“Mestilah,
kenapa pulak tidak,” jawab Alice
.
“Ira pun macam
tak percaya yang Bukhari macam tu. Tak sangka budak baik macam dia sanggup buat
benda tak elok macam tu.”
“Apa yang
Bukhari buat Ira?” soal Alice
tidak
sabar.
“Lepas masuk
UIAM Gombak tu, Bukhari adalah jugak sms-sms Ira. Dia selalu ajak Ira pergi
kuliah-kuliah agama yang ada dekat UIA tu. Ira sukalah jugak dapat sms dari
dia.”
“Oo macam tu.”
“Tapi, ada satu
hari tu sms dia lain macam sikit.”
“Hah apa yang
lain tu Ira, ceritalah.”
*****
Malam itu
Humairah sedang membuat latihan Business Mathematicnya. Jam sudah menunjukkan
pukul 12 malam. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada
sms yang masuk. Mesej dari Bukhari. Humaira tidak merasa apa-apa. Mungkin esok
ada kuliah agama kot. Humaira terus membuka sms tadi.
“Aslm wbt Ya
ukhti Humaira. Tengah buat apa tu?”
Humairah terdiam
seketika. Apa pula mimpi mamat ni bertanya khabar malam-malam buta ni. Biasanya
smsnya hanya berkisar pada mengajak hadir ke kuliah, pembatalan kuliah, takpun
mesej-mesej yang berbentuk tazkirah. Humaira menaip mesej. Tidak sedap hati
pula jika tidak membalas mesej ini.
“Wslm wbt. Ana
tengah study. Apa mimpi akhi mesej ana malam-malam ni?”
Humaira terus
menghantas sms itu. Tak sampai seminit sms berbalas lagi.
“Ana teringatkan
anti. Asyik terbayang wajah anti sahaja.”
Humaira kelu
seketika. Apa mahu dibalas. Tapi jarinya terus menaip sms.
“Akhi ni nak
bergurau-gurau pula malam-malam ni. Ana tak ada masa. Ana nak study ni.”
Bukhari membalas
lagi:
“Ana bercakap
benar. I really-really miss u. Ana suka kat anti.”
Humaira terdiam.
Gila! Tapi di dalam hatinya sedikit keriangan. Dia sudah tidak tahu apa yang
mahu dibalas dengan sms itu. Terus ditutupnya buku Business Mathematicnya. Dia
tersenyum sendirian. Jauh dilubuk hatinya, dia juga menyukai Bukhari. Tak
sangka lelaki itu menyimpan perasaan yang sama kepada dirinya.
Malam itu
Humaira asyik terbayangkan wajah Bukhari. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi
lagi:
“Esok kita jumpa
di kuliah feqh ya. Dah lama ana tak jumpa anti. I miss you. Wslm wbt”
Humaira
tersenyum. Sebelum melelapkan mata, sempat lagi dia menaip sms untuk membalas
sms Bukhari.
“I miss you too.
See you tomorrow.”
*****
“Amboi,
jiwangnya kamu dengan Bukhari ni. Bukan main lagi ye Ira.”
“Entahlah Alice,
Ira pun tak tahu kenapa dengan senang je Ira terima Bukhari tu.”
“Mungkin sebab
dia baik kot. Sebab tu Ira senang je terima dia.”
“Mungkin betul
juga kata Alice
. Sebab Ira ingat
dia baiklah Ira terima dia.”
“Hmm, jadi apa
yang berlaku seterusnya. Dah suka sama suka tu,” Alice
bersuara lagi.
“Hmm tulah yang
Ira sedihkan, kami suka sama suka. Ira ada beritahu ibu Ira pasal ni. Dia pun
tak kisah. Dia suka sahaja Bukhari tu.”
“Ooo macam tu.
Habis tu ibu Ira tak suruh ke kamu bertunangke, kahwinke?” soal Alice
lagi.
“Ada
,
ibu ada cakap, kalau dah suka sama suka tu, ikat sahajalah. Lagi elok.”
“Jadi, Ira dah
bertunanglah dengan Bukhari tu.”
“Tak sempat pun.
Bukhari menolak katanya belum sedia lagi. Ira ikut sahajalah.”
“Ooo macam tu,”
kata Alice
pula.
“Tapi eloklah
tak sempat bertunang tu. Tak sanggup Ira nak ada tunang macam tu.”
“Kenapa Ira, apa
dia buat?”
“Alice
tahu, Ira ingat dia lelaki baik. Setia kat Ira. Lagipun dia aktif dengan
aktiviti dakwah. Tapi rupanya sebaliknya.”
“Apa Bukhari dah
buat Ira?”
*****
Humaira sedang
membaca buku accounting di biliknya. Tak lama lagi peperiksaan semester. Maka
Humaira menghabiskan masanya dengan mengulangkaji pelajaran. Kuliah-kuliah feqh
dan akidah pun sudah dua minggu tiada. Memang begitulah, apabila lagi tiga
minggu menjelang musim peperiksaan, kuliah-kuliah agama pada waktu malam akan
dihentikan. Ini untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ini mengulangkaji
pelajaran mereka.
Humaira
membelek-belek telefon bimbitnya. Sudah tiga hari tidak menerima sms daripada
Bukhari. Mungkin sibuk agaknya. Masing-masing akan hadapai peperiksaan akhir
semester. Tiada siapa yang mahu terkandas.
Tiba-tiba
telefon bimbit Humaira berbunyi. “Mungkin ada sms dari Bukhari,” Humaira
berkata di dalam hati.
“Aslm wbt. Ya
ukhti! Maafkan ana kerana lama tak reply sms anti. Ana sedikit sibuk. Ana ada
hal nak beritahu anti, malam nanti ana call anti.”
Humaira
membiarkan sahaja mesej itu. Takpe, malam ini Bukhari akan menelefonnya. Sudah
hampir lapan bulan, setiap malam ada sahaja sms yang akan dihantar oleh
Bukhari. Kadangkala Bukhari akan menelefon Humaira. Hinggakan teman sebilik
Humaira, Emmy berasa hairan. Kadangkala dia bertanya siapa yang telefon,
Humaira hanya tersenyum sahaja. Humaira sangka rakannya Emmy tidak tahu apa
yang berlaku. Itulah sangkaan awalnya. Tapi akhirnye rahsia yang terselindung
terbongkar jua. Hari itu muncul kembali ke dalam lamunan Humaira.
*****
Satu hari
Humaira keluar. Mungkin ke tandas agaknya. Waktu itu hanya Emmy yang ada di
bilik. Rakan-rakan yang lain keluar. Emmy pergi ke katil Humaira. Dia mahu mengambil
buku accountingnya yang dipinjam oleh Humaira. Tiba-tiba dia terlihat telefon
bimbit Humaira. Terpapar satu mesej di telefon bimbit itu.
“Hai sayang,
ukhti tengah buat apa tu. Ana rindu kat anti. Jikalah anti ada di sini ana ini,
pasti ana akan membelai-belai rambut ukhti, mesti ukhti suka kan
.
Ukhti bayangkan kita berdua sahaja ……”
Emmy terus
meletakkan telefon bimbit itu. Tak sanggup dia mahu membaca sms itu. Dia
terkejut. Tak dia sangka. Dia seakan tidak percaya bahawa inilah yang dibualkan
melalui sms setiap hari. Emmy terus pergi ke katilnya. Dia menunggu Humaira
balik. Pintu bilik dikuak. Kelihatan Humaira masuk. Humaira bersuara:
“Tak tidur lagi
ke Emmy?” soal Humaira.
“Belum lagi, tak
mengantuk,” jawab Emmy perlahan. Diikutkan hatinya mahu sahaja dia bertanyakan
Humairah tentang sms itu. Tapi dia menangguhkan hasratnya. Dia melihat sahaja
apa tindakan Humairah selepas membaca sms yang ada itu.
Humairah
kelihatan tersenyum-senyum. Entah apa yang ditaipnya. Dia membalas mesej
Bukhari.
Emmy hanya
memerhatikan sahaja. “Biarkan, esok masih ada. Aku akan dapatkan jawapannya
dari Humaira esok,” kata Emmy di dalam hati.
Emmy terus
melelapkan matanya walau hatinya tidak tenang dengan apa yang baru
diketahuinya.
“Emmy, Emmy
bangun. Jom kita solat Subuh berjemaah. Dah pukul enam ni,” Humaira mengejutkan
Emmy. Dua rakan yang lain masih tidur lagi. Mereka sedang cuti. Maklumlah
perempuan.
“Hah dah pukul
enam. Tunggu jap Ira, Emmy nak ambil wudhu dulu.”
Mereka solat
berjemaah berdua. Humaira menjadi imamnya. Usai sahaja solat, selepas berzikir
beberapa ketika. Emmy bersuara:
“Ira, kalau aku
nak tanya satu soalan boleh tak, tapi kau jangan marah ye.”
“Apa soalan kau
tu Emmy, cakap jelah. Tak ada aku nak marahnya.”
“Siapa yang
selalu telefon dan sms kau tu?” soal Emmy.
“Alah kawan
akulah Emmy,” jawab Humaira.
“Lelaki ke
perempuan?” soal Emmy lagi.
“Lelaki. Heheh
takdelah perempuan, kawan sekolah Ira dulu,” jawab Humaira.
“Ooo, macam tu,”
Emmy bersuara. Dalam hatinya dia sungguh tak sangka yang Humaira masih lagi
mahu berselindung. Masih mahu menipu dirinya.
“Ira, aku
sebenarnya syukur sangat dapat duduk sebilik dengan kau ni. Kau baik. Walau aku
macam ni. Pergi kelas pun dengan baju ketat, pakai seluar jeans, kau still
kawan dengan aku,” Emmy menyambung bicara.
“Heh Emmy,apalah
ni, Subuh-subub macam ni buat cerita syahdu pulak. Biasalah tu. Sesama kawan.”
“Takdelah Ira,
kau selalu nasihat aku. Dulu aku ingat lagi. Aku memang payah nak solat Subuh,
tapi kau selalu kejutkan aku. Ajak aku solat jemaah macam sekarang ni. So, aku
memang bersyukur sangatlah.”
“Hmm,” jawab
Humaira.
“Aku harap kau
akan kekal macam tu. Tak berubah. Aku nak kau ajar aku, bimbing aku. Tapi…”
Emmy terhenti di situ.
“Tapi apa Emmy?”
soal Humaira pula.
“Sebenarnya
berat aku nak cakap ni Ira. Sebenarnya aku terbaca sms yang kau dapat semalam.
Aku tak sengaja. Aku tak ada niat pun nak nak baca sms tu.”
Humaira
terkejut. Segala yang cuba
diselindungnya terbuka jua. Hancur! Maruahnya di hadapan Emmy hilang. Dia malu,
sedih, marah. Malu dengan apa yang telah dia lakukan bersama Bukhari, sedih
kerana maruah dia tercalar, segala noda-noda hitam yang tersembunyi di sebalik
tudung labuhnyanya itu akhirnya terbuka jua. Marah! Geram! Geram kepada Emmy
kerana membongkar apa yang dia sorokkan selama ini.
Humaira terus
menanggalkan telekungnya. Dia bersuara dengan keras: “Siapa suruh kau baca sms
aku?”
“Aku tak sengaja
Ira, aku tak ada niat pun nak baca sms tu.”
“Ah! Kau memang
sengaja cari kesalahan aku kan
.
Lepas ni bolehlah kau hebohkan kat kawan-kawan yang lain.”
“Ira, aku tak
ada niat macam tu. Aku janji Ira, aku takkan bagitahu kawan-kawan yang lain.
Aku janji Ira. Apa aku dapat kalau aku buat macam tu.”
Humaira terus
pergi ke arah katilnya. Perasaannya bercampur baur, dia tidak tahu apa yang
boleh dia buat lagi. Emmy terdiam. Dia pergi ke arah Humaira.
“Kau tak
percayakan aku ke? Aku takkan bagitahu sesiapa tentang hal ni.”
Humaira
mendiamkan diri. Emmy bersuara lagi.
“Dulu kau selalu
nasihat aku, bila aku tak solat kau ingatkan aku, bila dulu aku dok gayut
telefon dengan boyfriend aku, kau nasihat aku berhenti semua tu. Aku ikut cakap
kau. Tapi kenapa kau jadi macam ni. Aku nak kau jadi macam dulu. Humaira yang
aku kenal dulu.”
“Ah! Kau jangan
nak ceramah akulah Emmi. Kau siapa? Kau ingat kau baik sangat. Dahlah. Kau dah
tahu siapa aku sekarangkan. Dah aku nak tidur.”
Emmy terdiam.
*****
Humaira tersedar
dari lamunannya. Itulah kali terakhir dia bersama Emmy. Selepas segala-galanya
terbongkar, Humaira memohon untuk berpindah ke bilik lain. Entah apa rezekinya,
mudah sahaja permohonan menukar bilik dia diluluskan. Bukan setakat itu, dia
berpindah dari mahallah Sumayyah ke mahallah Asiah.
Humaira kembali
membaca buku accountingnya. Perasaan sedih tiba-tiba muncul pabila teringat
kembali pertengkarannya bersama Emmy. Akan tetapi sebentar sahaja, Humaira
tersenyum kembali apabila mengingatkan janji Bukhari untuk menelefonnya malam
itu.
*****
Alice
terdiam. Cerita yang Humaira ceritakan seolah-olah satu kejutan buatnya.
Humaira, gadis yang dia kenali sejak sekolah. Sukar berinteraksi dengan lelaki
hatta teman-teman sekelas. Alice
teringat, Humaira pernah membaling beg seorang budak lelaki keluar dari kelas
hanya kerana budak lelaki itu mengganggu Alice
.
Tapi cerita yang dia baru dengar kali ini, seolah-olah Humaira yang lain
wataknya. Bukan Humaira yang Alice
kenali. Alice
bersuara:
“Lepas tu, apa
yang jadi, Ira? Macam mana Ira dengan Emmy?”
Humaira terdiam.
Matanya merah, dia seakan-akan mahu menangis.
“Entahlah Alice,
aku tak tahu. Dah lama aku tak hubungi Emmy. Mesti dia kecewa dengan aku.”
“Hmm, takpelah
Ira. Benda dah jadi. Nak buat macam mana. Eloklah dapat kawan macam dia.”
“Yup. Dia baik.
Memang dia kurang didikan agama. Waktu Ira baru kenal dia, Ira rasa macam susah
nak masuk dengan dia. Waktu 1st week sebilik dengan dia. Tak pernah
sekalipun Ira tengok dia bangun solat Subuh. Ira start perlahan-lahan ajak dia
solat. Alhamdulillah dia mula-mula macam malas, tapi lama-lama dia ikut juga.”
“Hmm.”
“Ira tak cuba
hubungi dia ke, atau ajak dia kawan balik dengan Ira?”
“Hmm, Ira bukan
tak nak. Ira malu, malu dengan dia. Dia berubah jadi baik. Dia harapkan Ira
untuk jaga dia, ajar dia solat, ajar dia mengaji, tapi akhirnya Ira yang rosak.
Ira malu nak jumpa dengan dia lagi.”
Alice
terdiam. Humaira seakan-akan tidak dapat menahan lagi air matanya. Dia
menangis. Alice
cuba
memujuknya, menenangkannya. Alice
menggosok belakang Humaira. Humaira menangis teresak-esak. Perasaan bersalah
muncul di dalam hati Alice
.
Kenapalah dia perlu mendesak Humaira menceritakan kesemuanya? Kenapalah perlu
dia merosakkan malam itu dengan tangisan Humaira. Kenapa? Kenapa? Cuma hati Alice
masih bertanya-tanya. Apakah yang Bukhari lakukan sehingga Humaira begitu benci
padanya. Niatnya untuk mengetahui hal itu padam apabila melihat tangisan
Humaira yang tidak henti-henti.
Malam itu,
Humaira terus menangis dan menangis. Entah kenapa perasaan sedih yan teramat
sangat. Alice
terus memeluknya,
memujuk dan memujuk. Akhirnya Humaira tenggelam dengan tangisannya di dalam
dakapan sahabatnya Alice
. Malam itu
Recent Comments