My Photo
Powered by Friendster Blogs

July 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    

« Hapuskan kisah Cinta Humaira!!! | Main | Maal Hijrah Muncul Lagi »

Baru Balik dari Kuantan

Assalamualaikum WBT.

 

Huh pukul 730 tadi baru sampai rumah. Bertolak dari UIA Kuantan dalam pukul 410. Ingat nak rush lagi. Tapi dekat highway hujan lebat pulak. So terpaksa lah drive slow gile. Kitorang pergi Kuantan naik 2 kereta. Aku bawak Kelisa akak aku. Mansor pandu van sewa. Dia kena bawak 8 orang budak perempuan.

 

Mula-mula try speed 160 km/J, heh tapi Kelisa ni rasa macam nak terbang je. So tak berani sangat. Bawak 120km/j je. Kadang-kadang je sampai 140. Waktu nak pergi Kuantan aku drive sampai Temerloh je. Lepas tu Ezry pulak ganti. Tapi waktu balik aku drive sorang. Budak-budak ni sume dok tidur waktu dalam kereta. Mentang-mentangle nyaman sejuk. Aku yang cuak dok drive dalam hujan lebat tu.

 

Best program kat Kuantan. Hari Sabtu sampai-sampai je, lepak-lepak jap. Lepas Asar sesi taaruf dengan budak-budak Kuantan. Lepas tu sesi paling best, makan-makan. Heh sedap tu budak-budak Kuantan ni masak. Siap ada BBQ lagi. Ingatkan petang tu nak masak BBQ kan pantai. Dengar-dengar cerita macam tu lah. Tapi tak jadi kot.

 

Malam tu Mansor bagi Kuliah Maghrib kat surau. Peh mantaplah Mansor, last minute baru dapat tahu kena bag tazkirah. Ramai lak tu audience. Mansor cerita tentang Amar Ma’ruf Nahi Mungkar. Pastu dia syarah sikit tentang satu hadith dalam hadith 40 yang berbunyi:

 

Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak ada kaitan baginya. (HR at-Tirmizi).

 

Panjang lebar Mansor dok hurai hadith ni. Lepas tu Mansor terang lagi maksud tersirat daripada hadith ini ialah kita mesti melakukan hal yangberfaedah yang berkaitan dengan diri kita. Pastu Mansor teranglah bahawa Amar Ma;ruf Nahi Mungkar ialah satu hal yang mempunyai kaitan dengan diri kita akan tetapi hal ini ialah satu benda yang semakin dilupa dan diabaikan.

 

Lepas tu Mansor cerita lagi bahawa kehinaan yang menimpa orang Islam zaman sekarang sebab dok abai Amar Ma’ruf Nahi Mungkar. Sebab Allah dah janji dalam al-Quran “Kamu adalah umat yang terbaik, yang keluar kepada manusia , mengajak mereka kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.” Jadi sebab kita dah abai hal ini, maka kita jadi umat yang hina.

 

Lepas tu dia terang lagi, kita ni semua kadang-kala ada satu penyakit di mana kita rasa macam Islam tu milik kita seorang sahaja. Disebabkan hal ini, kita membuat kebaikan tetapi kita tak rasa nak ajak orang lain buat kebaikan. Kita tak buat maksiat tetapi kita tak rasa nak ajak orang lain tinggalkan maksiat. Sebab perasaan macam tu lah kita dok abaikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.

 

Lepas tu Mansor cerita lagi, bila kita nak buat Amar Ma’ruf Nahi Mungkar ni. Kita kenalah tahu, pebenda yang Ma’ruf, pebenda yang Mungkar. Jadi macam mana nak tahu sesuatu benda tu Ma;ruf atau Mungkar. Takut-takut nanti kita ingat kita tengah ajak orang pada Ma’ruf, rupa-rupanya kita ajak pada Mungkat. Kita dok syok cegah orang sebab kita ingat apa dorang buat tu Mungkar, rupanya apa yang dorang tengah buat tu Ma;ruf. So kata Mansor, kita nak tahu Ma’ruf atau Mungkar, kita kena checkle apa yang Ma;ruf di sisi Allah, dan apa yang Mungkar di sisi Allah. So nak tahu hal-hal ni. Kenalah check apa yang tertulis dalam al-Quran dan as-Sunnah.

 

Ramai dok puji kuliah Mansor tu. Mantap kata diorang. Aku pun syok dengar. Kerja aku macam biasalah. , merakam guna handy cam akak aku je. Ke hulu ke hilir dengan handycam tu.

 

Pastu pagi tadi, program I-Medic tu dimulakan oleh Dr Basri dari Universiti Darul Iman, Terengganu atau nama lamanya Kusza. Dia banyak terang tentang asas-asas kaedah feqh yang digunakan di dalam hal-hal perubatan ni. Bagaimana dengan rawatan oleh doktor bukan Islam, macam mana dengan ibadah orang sakit etc. Ust Basri banyak sentuh tentang qawaid fiqhiyyah, maqasid syariyyah. Kebanyakannya aku dah belajar dalam fiqh of economics. So banyak refresh baliklah.

 

Sesi lepas tu paling best. Kitorang kena pecah dalam group dengan bantuan 2 orang fasi dari Kuantan. Kitorang kena study satu kes perubatan lepas tu derive hukum daripada hal tu. Group aku dapat satu kes IVF di mana 2 embrio yang dihasilkan itu didapati membawa Thalasemia dan Down Syndrome. Suami isteri pemilik embrio tu memang pembawa Thalasemia. So yang kitorang kena carik ialah boleh ke buang je embrio yang ada Thalasemia dan Down Syndrome tu dan membiarkan embrio-embrio yang sihat sahaja. So dalam hal ini, kena check adakah embrio tu satu benda hidup atau tak. Sudah ada nyawa atau tak. Pastu periksa lagi boleh tak analogikan ia dengan hukum pengguguran bayi. Pastu kalau ia sama dengan hukum pengguguran bayi, boleh ke tak. Peh macam-macam lagi. Pening gak waktu cuba cari solution dia.

 

Lepas tu setiap group kena present. Tapi dua group je sempat present sebab masa tak cukup. Haha sib baik, aku group last. So tak kena presentlah. Kalau tak cuak aku.

 

Huh okeylah banyak benda nak tulis tentang cerita di Kuantan. Tapi penat lak, baru sampai rumah ni.

 

Ok chow wslm wbt.

 

                            

TrackBack

TrackBack URL for this entry:
http://blogs.www.friendster.com/t/trackback/795014

Listed below are links to weblogs that reference Baru Balik dari Kuantan:

Comments

Sampaikan salam kepada ustz Fathul Bari dan Ustaz Roesfan.
Juga tahniah kepada antum yang memilih jalan Rasulullah, sahabat dan tabi'in serta mereka-mereka yang melalui jalan yang satu ini. "Qul Aamantu Billah Thumma Istaqim "-shams_alhakeem@blogs.friendster.com

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .