My Photo
Powered by Friendster Blogs

July 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    

« November 2007 | Main | January 2008 »

Cerita tiada tajuk-Gadis berniqab (3)

“Hah Ira, apa yang dok borak-borak kat bawah tu. Naik cepat, dah nak maghrib dah ni!” kedengaran suara makcik Milah memanggil Humaira yang sedang leka berbual-bual dengan

Alice

di halaman rumah.

“Hah

Alice

, mak Ira dah panggil tu. Jom cepat naik. Lepas solat maghrib nanti boleh kita makan malam. Ira dah lapar ni.”

“Hah jom!,” jawab

Alice

ringkas.

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar… Allahuakbar…

Kedengaran suara azan dilaungkan dari masjid yang hanya 300 meter sahaja dari rumah Humaira. Kelihatan pakcik-pakcik tua di kampung itu sedang berjalan kaki ke arah masjid. Kanak-kanak yang kecil juga tidak terlepas untuk turut serta menunaikan solat fardhu di masjid.

Humaira masih lagi di dalam bilik air. Makcik Milah sudah membebel-bebel di dapur.

“Hah, tulah, tadi mak suruh naik cepat tak nak. Ni dah habis azan pun masih dalam bilik air.”

Humaira, walaupun berada di dalam bilik air, dia masih mampu mendengar suara leteran ibunya. Dia hanya tersenyum. Sudah lali dengan keadaan sebegitu. Dia segera mengelap tubuhnya dan keluar dari bilik air.

“Hah, cepat sikit, kita nak solat jemaah ni. Ira jadi imam ye, ibu jadi makmum.”

“Ok,” jawab Humaira pendek.

“Hah

Alice

, tak mandi lagi ke, pergi mandi, lepas Ira habis solat, kita makan malam. Isy, takkan nak makan dengan bau kambing ni,” kata Humaira kepada

Alice

sambil ketawa.

“Yelah, yelah,

Alice

nak pergi mandilah ni.”

Alice

terus mengambil tuala lalu masuk ke bilik air. Sayup-sayup kedengaran suara Humaira sedang mengalunkan surah al-Fatihah.

Alice

kenal bacaan itu. Itu suara Humaira. Sudah lama dia tidak mendengar Humaira membaca al-Quran. Di sekolah dahulu, dia sering menyuruh Humaira membacakan al-Quran untuknya.

Alice

suka. Macam mendengar satu alunan irama yang lembut, menenangkan jiwa. Apatah lagi dengan kelembutan suara sahabatnya Ira.

Kenangan di sekolah dahulu menerjah kembali ke dalam minda

Alice

.

“Hah Ira, apa yang kamu dok hafal tu?”

“Ira tengah hafal al-Quran lah.”

“Ooo, kenapa nak hafal al-Quran. Masuk dalam examke nanti?” soal

Alice

lagi.

“Isy, tak adalah. Kalau Ira hafal al-Quran. Senang sikit nak solat. Boleh baca banyak-banyak surah.”

“Isy, surah tu apa? Surat Alice tau le.”

“Hish,

Alice

ni banyak betul lah soal,

Alice

pergilah Tanya ustazah Hamidah. Mesti dia jawab.”

“Alah Ira ni. Kedekutlah. Bagi jelah tahu.”

“Ok, ok. Ira main-main jelah, Takkan marah kot. Surah tu kalau kita nak translate dalam bahasa Inggeris maksud dia chapter. Alah macam dalam novel-novel kita belajar kat sekolah

kan

ada chapter.”

“Ooo, Ira bacalah.

Alice

nak dengar.”

“Ok, Ira baca surah Fatihah nak. Ni surah pertama dalam al-Quran.”

“Ok.”

Alice

, apa yang lama sangat dalam bilik air tu.”

Alice

tersedar dari lamunannya. Kenangan lalu disekolah bersama Humaira dahulu terus hilang. Cepat-cepat dia menyiram tubuhnya dengan air kolah yang sejuk itu. Tidak seperti dirumahnya. Kesejukan air tersebut membuatkan tubuh

Alice

menggigil. Segera dicapainya tuala dan mengelap tubuhnya.

“Amboi, berangan ye. Orang dah habis solat pun dia still berendam lagi.”

“Mana ada le Ira ni, orang mandile tadi.”

“Hah yelah tu, entah-entah teringat kat cik abang siang tadi kot.”

“Huh, mengarutlah Ira ni, dahlah

Alice

nak pakai baju ni. Dah lapar.”

Makcik Milah dan Humaira sedang menyediakan makanan di dapur.

Alice

segera turun ke dapur apabila selesai memakai pakaian. Dia tidak mahu hanya melihat sahaja walaupun dia adalah tetamu di rumah ni.

“Siapa yang masak semua ni makcik? Ira ke? Tak nampak pun dia masak?”

“Heh dah tahu bertanya pula. Makciklah yang masak. Ira tu rindu sangat kat kamu. Dapat jumpa kamu manalah dia ingat nak masak ni.”

“Hehe, alah mak ni. Hari ni je Ira tak masak. Hari lain Ira yang masakkan.”

“Heh yelah tu. Hah dah lah tu, jom makan. Tadi kata lapar sangat,” makcik Milah mencelah.

“Haah Alice ni, dari petang tadi dia asik mengadu lapar je. Heheh.”

“ Sedaplah sup kambing yang makcik buat ni,”

Alice

bersuara.

“Memang sedappun, kalau Ira yang buat tak tahulah sedap ke tak,” jawab makcik Milah.

“Isy mak ni, kalau Ira buat. Mestilah sedap, Ira

kan

anak mak. Mesti macam mak jugak.”

Toot..Toot..Toot. Telefon bimbit Humaira berbunyi. Humaira melihat ke arah skrin telefon bimbitnya.

“Ah, dia lagi.”

“Siapa tu Ira, kenapa tak jawab?”

“Huh, Bukhari. Tak habis-habis budak tu.”

“Apa lagi yang dia nak dengan kamu Ira?” soal makcik Milah lagi.

“Entah, dari pagi tadi asyik call je. Ira tak angkat pun. Malas nak layan.”

Makcik Milah hanya membisu mendengar jawapan Humaira.

Alice

hanya memerhatikan sahaja reaksi Humaira dan makcik Milah. Persoalan timbul di benak

Alice

. Kenapa kedua-dua beranak ini seolah-olah membenci apabila nama Bukhari disebut. Kelihatan wajah Humaira sudah tidak seceria tadi. Nama Bukhari seolah-olah telah mencabut kegembiraan dan keceriaan.

Alice

bertekad, malam ini aku akan

cuba

dapatkan juga jawapannya dari Humaira.

Usai makan malam. Mereka bertiga mengemaskan dapur. Tatkala melihat makcik Milah sudah tiada di dapur,

Alice

segera berbisik di telinga Humaira. “Kenapa Ira macam tak suka bila nama Bukhari disebut?”

Humaira terdiam. Tangannya masih ligat menyusun pinggan makngkuk di raknya. Sambil Alice pula sedang membilas pinggan mangkuk yang ada di dalam sinki.

“Ira benci dia.”

“Kenapa? Bukan dia boyfriend Ira ke?”

“Tu dulu. Ira benci dia.”

“Kenapa?”

Alice

menyoal lagi.

“Nantilah Ira bagitahu. Malam nanti kita cerita pasal ni, ok,” Humaira menjawab perlahan.

“Ok, tapi

Alice

tak paksa kalau Ira tak nak cerita.”

Kelihatan makcik Milah sudah bersiap sedia untuk bersolat Isya’. Dia sedang menunggu Humaira yang masih di dapur.

“Dahlah tu Ira, lepas solat nanti sambunglah kemas dapur tu. Dah azan ni.”

“Hah Ira, kamu pergilah sembahyang. Biar saya habiskan kemas dapur ni.”

“Ok,” jawab Ira pendek.

Usai sahaja mengemaskan dapur,

Alice

segera ke ruang tengah, tempat makcik Milah dan Humaira sedang bersolat. Mereka masih sedang khushuk bersolat.

Alice

mencapai satu risalah yang dia nampak di rak tersebut. Tajuknya “Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat”. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada satu tajuk. “Batalnya Solat Dengan Lintasan Wanita, Keldai dan Anjing Hitam”. Dia terpaku. Masakan sampai begini. Solat terbatal kerana wanita melintas di hadapan. Hatinya masih dapat menerima. tetapi, dia seakan tidak mempercayai apabila ia diletakkan sebaris dengan anjing hitam dan keldai. Sungguh hina!

Alice

terus membaca. Dia melihat satu potongan ayat yang berbunyi:

“Shalat itu terputus dengan (lintasan) keldai, wanita (yang sudah baligh/dewasa) dan anjing hitam.”

Jiwa Alice memberontak, entah kenapa dia seakan marah. Masakan dia dapat menerima apabila wanita disamakan dengan keldai dan anjing hitam. Dia tidak sabar-sabar menunggu Humaira selesai dari solat. “Ah baik aku lupakan tentang Bukhari. Hal ini lebih penting untuk aku tanyakan kepada Humaira,” bisik hati

Alice

.

Humaira baru sahaja selesai solat. Dia berzikir perlahan-lahan. Hatinya masih bercampur baur. Geram dengan Bukhari yang tidak habis-habis mengganggunya. Sedih mengenangkan kisah lampunya bersama Bukhari. Dia menadah tangan, memohon kekuatan daripada Allah.  Dia mengalunkan doa ini perlahan-lahan.

"Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, puteri hamba lelaki dan perempuan Mu, , ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku."

Air matanya tidak henti-henti mengalir. Berat sungguh ujian mu Tuhan. Sekian lama aku

cuba

melupakannya, kenapa dia muncul lagi.

Alice

masih khusyuk membaca risalah itu. Hatinya tidak tenang. Nama Bukhari sudah luput dari ingatan. Dia mahukan penjelasan Humaira.

Usai sahaja berdoa, Humaira terus mengemaskan telekung dan sejadahnya. Dia pergi ke arah

Alice

.

“Hmm. Alice nak Ira cerita tentang Bukhari ye, baik Ira ceritakan sekarang, tapi jangan terkejut ye,” Humaira bersuara sayu.

“Ira,

Alice

rasa kita tangguhkan dulu cerita Bukhari tu.

Alice

ada soalan yang lebih penting, ok?”

“Hmm boleh juga, apa yang penting sangat tu?”

Alice

memberikan risalah yang dia baca kepada Humaira. Dia terus bertanyakan kemusykilannya.

“Hah,

Alice

tak sangka macam ni sekali Islam pandang wanita. Ira tengok ni. Jelas kat sini Nabi Muhammad samakan perempuan dengan anjing hitam dan keldai!”

Alice

bersuara keras sambil menunjukkan apa yang tertulis di dalam risalah itu. Dia bersuara lagi:

“Ira, selama ini

Alice

tak percaya yang Islam pandang hina perempuan. Jawapan Ira siang tadi tentang harta pusaka amat baik. Tapi Alice tak tahu apa pula jawapan Ira kali ini.

Alice

tak nampak apa-apa lagi penjelasan kat sini.”

Humaira terus mengamati apa yang tertulis disitu. Hadithnya sahih. Tertulis di situ “Riwayat Muslim dalam Shahīh-nya I/365/510, Abū Dāwūd, At-Tirmidzi, dan lain-lain. Adapun tambahan “al-hāidh” maka disebutkan dalam riwayat Ahmad dan selainnya dengan sanad yang shahih.)”

Humaira ligat memikirkan jawapan yang sesuai. Masakan dia mahu menolak apa yang tertulis di dalam hadith sahih. Nauzubillah! Benar! Dulu dia pernah  keliru. Hampir-hampir dia bertegang urat dengan ustaz Ghazali, ustaz yang mengajar Feqh as-Sunnah dikampungnya. Tapi akhirnya dia tewas dengan jawapan ustaz tersebut. Tapi dia tidak fikir jawapan ustaz itu boleh menjawab persoalan

Alice

. Dia ligat memikirkan lagi jawapan yang sesuai.

Alice

memandang wajah Humaira. Dia tidak sabar-sabar menantikan jawapan Humaira.

Tiba-tiba Humaira teringat satu diskusi tentang sifat-sifat Allah. Ketika itu Ustaz Ghazali, ustaz yang berusia 50 tahun itu sedang mengajar Tauhid al-Asma’ wa as-Sifat. Beliau sedang membahaskan tentang sifat Yadd yang bermaksud tangan. Maka ketika itu, seorang pemuda, yang dalam lingkungan umur 22 tahun telah bertanyakan satu soalan. Pemuda itu berkata: “Jika ustaz menyatakan Allah mempunyai tangan, maksudnya ustaz telah menyamakan Allah dengan manusia. Saya ada tangan, ustaz pun ada tangan. Mana boleh Allah sama dengan makhluk.”

Kelihatan Ustaz Ghazali tenang sahaja. Beliau menjawab: “Untuk menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain, ia memerlukan kepada isyaratnya ataupun dikenali sebagai adat at-tasybih. Seandainya saya nampak seekor lembu baru sahaja lalu dan saya kata lembu itu ada telinga. Dan keesokannya saya berkata bahawa kamu mempunyai telinga. Adakah itu bermakna kamu sama dengan lembu? Sudah pasti tidak. Maka begitulah dengan Allah, wa lillahi masalul a’

la.

” Pemuda itu terpaku, lalu terus meninggalkan majlis ilmu tersebut.

Humaira tersenyum. Dia sudah mendapatkan jawapannya. Kaedah jawapan Ustaz Ghazali itu boleh dia gunakan dalam situasi ini. Humaira terus melihat ke wajab

Alice

, dia berkata:

“Rileklah Alice, janganlah garang-garang macam ni, takut Ira tau.”

“Mana boleh tak marah,

Alice

tak suka orang hina kaum perempuan.”

“Heh ok, ok. Hah Ira ada jawapannya. Tapi panjang sedikit. Ira akan buat analogi, dan

Alice

cuba

kaitkan dengan apa yang Nabi Muhammad cakap tu.”

“Ok,” jawab

Alice

cepat.

“Hmm,

Alice

suka makan pisang tak?” soal Humaira.

“Isy, apa kaitan pisang dengan kata-kata Nabi Muahammad tadi. Janganlah pusing-pusing.”

“Alah jawab jelah soalan Ira tadi.”

“Ok,

Alice

jawab. Ye,

Alice

suka makan pisang.”

“Ok,

Alice

agak-agak, monyet suka makan apa?”

“Makan pisanglah,” jawab

Alice

sambil berasa pelik dengan soalan Humaira itu.

“Hah! Kalau macam tu

Alice

sama dengan monyetlah sebab

Alice

suka makan pisang.”

“Eh, apa pulak. Memanglah Alice suka makan pisang, tapi tak semestinya

Alice

macam monyet.”

“Heheh, janganlah marah. Gurau je.”

“Ok, kalau saya kata muka

Alice

canti macam bulan

Alice

suka tak?”

“Mestilah suka, siapa tak suka kena puji?” jawab

Alice

.

“Ok, tapi bukankah bulan tu permukaan dia kasar, takkanlah muka

Alice

macam tu?”

“Isy, apalah Ira ni. Mestilah orang kaitkan cantik dengan keadaan bulan purnama bila dilihat dari jauh.”

“Jadi, maksudnya, bila Ira kata muka

Alice

cantik macam bulan, bukan bermaksud

Alice

ni serupa betul-betul macam bulankan?” Humaira pula menyoal.

“Hah betullah tu.”

“So, kita balik kembali pada kata-kata Nabi Muhammad tentang wanita, keldai dan anjing hitam.”

“Hah apa kaitan soalan-soalan tadi dengan kata-kata nabi tu?”

“Jawapan-jawapan

Alice

tadi sebenarnya adalah penjelasan untuk persoalan wanita, keldai dan anjing hitam tu,” terang Humaira.

“Isy, Ira terangkanlah,

Alice

still tak dapat kaitkan dengan apa yang

Alice

cakapkan tadi.

“Ok, ok. Macam ni walaupun diletakkan wanita tu satu ayat dengan keldai dan anjing hitam, itu tak menunjukkan bahawa taraf wanita sama dengan binatang-binatang tu.”

“Hmm,” 

Alice

mengeluh seolah-olah masih kurang faham dengan penjelasan Humaira.

“Ok tadi

Alice

suka makan pisang, dan monyet pun suka makan pisang. Tapi persamaan tu hanya pada sifat suka makan pisang, bukan bermakna taraf

Alice

dengan monyet serupakan. Betul tak?”

“Hah betullah tu,” jawab

Alice

.

“So, samalah macam hadith ni. Persamaan hanyalah pada keadaan di mana wanita yang sudah baligh, keldai dan anjing hitam jika melintas depan orang solat, maka solat orang itu akan batal. Ia tidak menunjukkan bahawa taraf wanita sama dengan haiwan tu. Kata-kata nabi ni hanya cerita tentang membatalkan solat. Tak bolehlah kita nak kaitkan ia dengan taraf wanita dan lain-lain.”

Kelihatan Alice masih menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Hah, takpelah kalau

Alice

tak faham sekarang, tapi

cuba

Alice

kaitkan semua yang kita cerita tadi. Insya-Allah Alice akan faham.”

“Hmm,

Alice

dah faham sikit, cuma sukar sikitlah sebab nak kaitkan dengan apa yang kita cerita tadi.”

“Hmm, takpelah, perlahan-lahan. Elok jugak Alice tanya tadi.”

Alice

hanya mengangguk. Humaira bersuara:

“Sebenarnya, setiap apa yang kita baca akan ditafsirkan dengan pelbagai penafsiran. Macam tadi

Alice

faham ayat tu sebagai menghina perempuan, sedangkan Ira tak faham macam yang

Alice

faham. Macam tu jugaklah dengan isu-isu yang lain. Contohnya kalau isu aurat, kalau mereka yang sudah ada prejudis tentang Islam. Bila baca ayat tentang aurat, dia akan akan fikir Islam kongkong wanita. Tapi kalau orang lain, mungkin dia akan fikir yang menutup aurat ni lambang wanita yang bermaruah. So, setiap orang ada kefahaman dan tafsiran masing-masing.”

“Jadi?” soal

Alice

pendek.

“So, kita kena berlaku adil. Bila kita baca sesuatu atau dengar sesuatu, kita kenalah faham sebagaimana yang orang yang bercakap atau menulis tu nak maksudkan. Jangan kita pergi palingkan kepada maksud yang lain.”

“Ooo, macam tu. Thank you Ira sebab terangkan kat

Alice

.”

“Heh tak payahlah nak thank you, thank you. Kita

kan

kawan.”

“Hah Ira, bila nak cerita tentang Bukhari, awal lagi ni. Baru pukul 10, takkan nak tidur kot. Ceritalah.”

“Heh ingatkan dah lupa dah cerita pasal Bukhari, okeylah Ira cerita sekarang.”

(bersambung)

                            

Kenapa Humaira? Kenapa Cinta? Kenapa Niqab?

Assalamualaikum WBT.

Minggu yang gila bagi aku. 1st time aku drive dari kampung ke KL. Biasanya perjalanan 2 jam. Aku drive 1 jam 30 minit je. Heh mungkin sebab tak jam. Tu pun angah aku kat sebelah dah dok sound, jangan laju-laju sangat bila dia tengok meter kereta tu dah lebih dari 140 km/j. Tapi aku drive sampai Nilai je. Akak aku sambung drive sampai KL/Heh rasa best gak bawak laju-laju ni. Sehari lepas tu aku drive pulak balik ke kampung balik. Kali ni aku bawak dari KL sampai kampung. Hah kali ni akak aku dok tidur nyenyak sebelah aku. Aku apa lagi, pecutlah gila-gila. Heh tengok 140 km/j steady lagi je kereta ni. Ada gak lah sekali sekala aku test bagi sampai 160 km/j. Kalau akak aku tau mesti marah dia. Heh kali ni lagi cepat, tak sampai 1 jam 30 minit aku dah sampai kampung.

Sehari lepas tu, balik KL, balik. Aku drive lagi. Hah kali ni akak aku biar je aku drive, bertolak 630. Sampai UIA dalam pukul 8. Kat highway best je, tapi lepas tok sungai besi dah jamm giler. So lewatlah.

Minggu ni aku hot giler sebab kena ulang alik gi balai polis lah, nak urus pasal motor, nak dok gaduh lagi dengan kedai motor pasal insurans motor aku etc. Isy, isy bengang betul.

Kawan aku sms semalam, dia mintak aku delete semua posting yang aku geram kat sorang kawan aku ni, yang aku kata dia dah dok khianat dan main-mainkan orang. Memula aku tak nak delete sebab aku tau budak tu sure baca blog aku. So tujuan aku tulis nak bagi dia tahu apa aku rasa, so pandai-pandaile dia pikir balik lepas tu. Tapi dah akwan aku dok pujuk mintak delete gak sebab dia takut nanti ada benda-benda tak baik yang budak tu akan buat. So aku pun delete jelah. Kasianlak kat kawan yang dok pujuk aku tu. Dia gak yang susah kalau apa-apa terjadi.

Heh ramai betul suruh sambung cerita bersiri takde tajuk yang tentang seorang gadis berniqab tu. Hei sabarle. Aku pun banyak kerja nak buat ni. Ada idea aku sambung.

Ada yang tanya awat gadis berniqab tu macam sorang kawan aku. Heh cerita gadis berniqab tu tak ada kaitan dengan aku atau kawan-kawan aku. Memanglah watak mamat daging kambing tu macam watak aku, sebab janggut sampai dada, lepas tu watak pakai niqab macam sorang minah yang pernah aku kenal yang pakai niqab dulu. Tapi cerita ni tak ada kaitan dengan semua tu.

Lepas tu ada yang tanya siapa Humairah? Kenapa aku obses gila dengan nama tu. Hah cukuplah aku cakap, Humairah ialah satu nama yang amat bernilai dalam hidup aku, dan banyak mengajar aku. So sebab tu aku abadikan nama tu dalam hampir kesemua cerita yang aku tulis. Ada cerita yang memang mengisahkan aku dan Humaira dan ada yang hanya watak sahaja nama Humaira tapi jalan cerita tiada kaitan.

Kenapa ada elemen cinta? Sepatutnya aku yang bertanya, kenapa dalam banyak-banyak hal dalam cerita gadis berniqab tu, yang ramai dok tanya bila watak Bukhari nak muncul, siapa pemuda dengan daging kambing tu. Hehe inilah jawapan kepada soalan kenapa perlu ada elemen cinta. Dan elemen cinta memang tak boleh dipisah dengan cerita-cerita yang aku tulis. Maaflah kalau ada yang tak suka. Tapi aku suka, aku menulis untuk aku sendiri suka dan kongsi dengan orang lain. Aku teringar pernah terbaca yang A Samad Said pernah cakap/tulis antara ciri-ciri cerita yang baik, salah satu elemen yang perlu ada ialah cinta. Dan respond pembaca juga menunjukkan kebenarannya. Hanya ada satu dua orang sahaja yang dok soal pasal bab feqh dalam cerita tu contohnya tentang hukum bagi daging korban kepada bukan Islam. dan inilah antara tujuan cerita tu aku tulis. elemen cinta hanya sebagai penambah perisa.

Kenapa gadis berniqab? Dah aku memang suka perempuan pakai niqab. Suka tengok, dan harap-harap dapat isteri pakai niqab, hatta kalau dia tak pakai niqab pun, kalau jadi isteri aku, aku akan suruh pakai niqab. Tapi adakah aku berpegang bahawa hukum tutup muka wajib bagi perempuan. Tak, aku mengikut majoriti ulama yang menyatakan ia tak wajib sebab aku lebih yakin dengan hujah-hujah mereka. So ada lagi yang akan soal, adakah perempuan pakai niqab lagi baik dari yang tak berniqab, jawapan aku tu bukan kerja aku nak menilai siapa baik siapa tak. Masing-masing tahu diri masing-masing. Masing-masing tahu niat sendiri kan. Kalau pakai niqab sebab nak sorok wajah dari lelaki, atau sebab nak ikut pakaian macam isteri-isteri nabi, Alhamdulillah. Tapi kalau pakai niqab sebab rasa nak test market, nak pikat lelaki-lelaki soleh, baik adjust balik niat tu. Bak kata dalam hadith yang popular tentang niat, hadith Ahad yang diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khattab yang mana setiap orang akan dapat apa yang diniatkan. So, kalau niat nak test-test market, nak tarik perhatian lelaki-lelaki solah, hah tulah yang akan kita dapat, bukan respect atau penghormatan kerana niqab. Samalah kalau bela janggut, pakai serban, kalau just niat nak goda perempuan-perempuan solehah, hah tu lah yang kita akan dapat, nak sangat goda hek, nanti adalah balasannya untuk kita. Allah tu kan Maha Adil.

Tapi, kadangkala niat yang awal-awal mungkin ada silap sikit. Tak berapa ikhlas kerana Allah. Tapi adakalanya dari permulaan yang tak betul tu, kita akan start rasa kesedapan buat benda-benda baik. Memula bela janggut nak usha perempuan salehah, lama-lama rasa berubah, perempuan solehah yang cun-cun sudah makin hilang dari pandangan mata, mula rasa keenakan ikut sunnah Nabi. So, itulah sangka baiklah dengan semua orang. Mungkin memula niat pakai niqab sebab nak test market. Nak tarik perhatian lelaki-lelaki soleh, lama-lama rasa best lak pakai niqab, rasa nak istiqamah, itukan petanda yang baik. Tapi janganlah yang baca ni gi pasang niat tak betul ye kalau nak bela janggut ke, nak pakai serban ke, nak pakai purdah ke, nak pakai seluar atas buku lali ke. Ingat ye hadith no 1 dalam Hadith 40. Kita akan dapat apa yang kita niatkan. So, silap niat, hah bersedialah.

Okeylah dah masuk waktu Asar. Aku nak blah.

Wslm WBT.

Kenapa Humaira? Kenapa Cinta? Kenapa Niqab?

Assalamualaikum WBT.

Minggu yang gila bagi aku. 1st time aku drive dari kampung ke KL. Biasanya perjalanan 2 jam. Aku drive 1 jam 30 minit je. Heh mungkin sebab tak jam. Tu pun angah aku kat sebelah dah dok sound, jangan laju-laju sangat bila dia tengok meter kereta tu dah lebih dari 140 km/j. Tapi aku drive sampai Nilai je. Akak aku sambung drive sampai KL/Heh rasa best gak bawak laju-laju ni. Sehari lepas tu aku drive pulak balik ke kampung balik. Kali ni aku bawak dari KL sampai kampung. Hah kali ni akak aku dok tidur nyenyak sebelah aku. Aku apa lagi, pecutlah gila-gila. Heh tengok 140 km/j steady lagi je kereta ni. Ada gak lah sekali sekala aku test bagi sampai 160 km/j. Kalau akak aku tau mesti marah dia. Heh kali ni lagi cepat, tak sampai 1 jam 30 minit aku dah sampai kampung.

Sehari lepas tu, balik KL, balik. Aku drive lagi. Hah kali ni akak aku biar je aku drive, bertolak 630. Sampai UIA dalam pukul 8. Kat highway best je, tapi lepas tok sungai besi dah jamm giler. So lewatlah.

Minggu ni aku hot giler sebab kena ulang alik gi balai polis lah, nak urus pasal motor, nak dok gaduh lagi dengan kedai motor pasal insurans motor aku etc. Isy, isy bengang betul.

Kawan aku sms semalam, dia mintak aku delete semua posting yang aku geram kat sorang kawan aku ni, yang aku kata dia dah dok khianat dan main-mainkan orang. Memula aku tak nak delete sebab aku tau budak tu sure baca blog aku. So tujuan aku tulis nak bagi dia tahu apa aku rasa, so pandai-pandaile dia pikir balik lepas tu. Tapi dah akwan aku dok pujuk mintak delete gak sebab dia takut nanti ada benda-benda tak baik yang budak tu akan buat. So aku pun delete jelah. Kasianlak kat kawan yang dok pujuk aku tu. Dia gak yang susah kalau apa-apa terjadi.

Heh ramai betul suruh sambung cerita bersiri takde tajuk yang tentang seorang gadis berniqab tu. Hei sabarle. Aku pun banyak kerja nak buat ni. Ada idea aku sambung.

Ada yang tanya awat gadis berniqab tu macam sorang kawan aku. Heh cerita gadis berniqab tu tak ada kaitan dengan aku atau kawan-kawan aku. Memanglah watak mamat daging kambing tu macam watak aku, sebab janggut sampai dada, lepas tu watak pakai niqab macam sorang minah yang pernah aku kenal yang pakai niqab dulu. Tapi cerita ni tak ada kaitan dengan semua tu.

Lepas tu ada yang tanya siapa Humairah? Kenapa aku obses gila dengan nama tu. Hah cukuplah aku cakap, Humairah ialah satu nama yang amat bernilai dalam hidup aku, dan banyak mengajar aku. So sebab tu aku abadikan nama tu dalam hampir kesemua cerita yang aku tulis. Ada cerita yang memang mengisahkan aku dan Humaira dan ada yang hanya watak sahaja nama Humaira tapi jalan cerita tiada kaitan.

Kenapa ada elemen cinta? Sepatutnya aku yang bertanya, kenapa dalam banyak-banyak hal dalam cerita gadis berniqab tu, yang ramai dok tanya bila watak Bukhari nak muncul, siapa pemuda dengan daging kambing tu. Hehe inilah jawapan kepada soalan kenapa perlu ada elemen cinta. Dan elemen cinta memang tak boleh dipisah dengan cerita-cerita yang aku tulis. Maaflah kalau ada yang tak suka. Tapi aku suka, aku menulis untuk aku sendiri suka dan kongsi dengan orang lain. Aku teringar pernah terbaca yang A Samad Said pernah cakap/tulis antara ciri-ciri cerita yang baik, salah satu elemen yang perlu ada ialah cinta. Dan respond pembaca juga menunjukkan kebenarannya. Hanya ada satu dua orang sahaja yang dok soal pasal bab feqh dalam cerita tu contohnya tentang hukum bagi daging korban kepada bukan Islam. dan inilah antara tujuan cerita tu aku tulis. elemen cinta hanya sebagai penambah perisa.

Kenapa gadis berniqab? Dah aku memang suka perempuan pakai niqab. Suka tengok, dan harap-harap dapat isteri pakai niqab, hatta kalau dia tak pakai niqab pun, kalau jadi isteri aku, aku akan suruh pakai niqab. Tapi adakah aku berpegang bahawa hukum tutup muka wajib bagi perempuan. Tak, aku mengikut majoriti ulama yang menyatakan ia tak wajib sebab aku lebih yakin dengan hujah-hujah mereka. So ada lagi yang akan soal, adakah perempuan pakai niqab lagi baik dari yang tak berniqab, jawapan aku tu bukan kerja aku nak menilai siapa baik siapa tak. Masing-masing tahu diri masing-masing. Masing-masing tahu niat sendiri kan. Kalau pakai niqab sebab nak sorok wajah dari lelaki, atau sebab nak ikut pakaian macam isteri-isteri nabi, Alhamdulillah. Tapi kalau pakai niqab sebab rasa nak test market, nak pikat lelaki-lelaki soleh, baik adjust balik niat tu. Bak kata dalam hadith yang popular tentang niat, hadith Ahad yang diriwayatkan oleh Saidina Umar al-Khattab yang mana setiap orang akan dapat apa yang diniatkan. So, kalau niat nak test-test market, nak tarik perhatian lelaki-lelaki solah, hah tulah yang akan kita dapat, bukan respect atau penghormatan kerana niqab. Samalah kalau bela janggut, pakai serban, kalau just niat nak goda perempuan-perempuan solehah, hah tu lah yang kita akan dapat, nak sangat goda hek, nanti adalah balasannya untuk kita. Allah tu kan Maha Adil.

Tapi, kadangkala niat yang awal-awal mungkin ada silap sikit. Tak berapa ikhlas kerana Allah. Tapi adakalanya dari permulaan yang tak betul tu, kita akan start rasa kesedapan buat benda-benda baik. Memula bela janggut nak usha perempuan salehah, lama-lama rasa berubah, perempuan solehah yang cun-cun sudah makin hilang dari pandangan mata, mula rasa keenakan ikut sunnah Nabi. So, itulah sangka baiklah dengan semua orang. Mungkin memula niat pakai niqab sebab nak test market. Nak tarik perhatian lelaki-lelaki soleh, lama-lama rasa best lak pakai niqab, rasa nak istiqamah, itukan petanda yang baik. Tapi janganlah yang baca ni gi pasang niat tak betul ye kalau nak bela janggut ke, nak pakai serban ke, nak pakai purdah ke, nak pakai seluar atas buku lali ke. Ingat ye hadith no 1 dalam Hadith 40. Kita akan dapat apa yang kita niatkan. So, silap niat, hah bersedialah.

Okeylah dah masuk waktu Asar. Aku nak blah.

Wslm WBT.

cara menuntut ilmu-menghafaz teks?

Oleh: Abdul Hakim bin Abdul Adzim 

 

 

من حفظ المتون حاز الفنون

 

 

 

“Sesiapa yang menghafal matan-matan, dia memperolehi ilmu-ilmu.”

 

 

 

 

 

Kata-kata di atas sering didengar penulis sejak kebelakangan ini dalam perbualan penulis dengan pelajar-pelajar peringkat Sarjana dari Timur Tengah. Tidak tahu siapa yang melafazkan lima patah perkataan yang mempunyai makna yang mendalam itu. Mungkin para pembaca lebih mengetahui.

 

 

 

Penghafalan adalah satu perkara yang amat penting. Jika seseorang itu mengaku dia mempunyai ilmu maka ilmu itu di dadanya dan bukan di dada buku-bukunya. Ilmu yang tidak diingat adalah bukan ilmu. Menghafal matan bukanlah satu-satunya cara utuk mendapat ilmu tetapi salah satu cara.

 

 

 

Sheikh Muhammad bin Saalih al-Uthaimeen mewajibkan ke atas murid-muridnya menghafal matan-matan seperti Alfiyah Ibnu Malik dan Kitab at-Tauhid. Selepas muridnya menghafal dengan lancar, beliau akan menerangkan atau memberi syarahan kepada matan-matan tersebut.

 

 

 

Hendaklah diingat menghafal kata-kata Allah iaitu al-Qur'an adalah yang terbaik. Hendaklah seorang penuntut ilmu menghafal al-Qur'an. Jangan ghairah menghafal matan-matan sehingga terlupa al-Qur'an. Hendaklah seorang penuntut ilmu menghafal al-Qur'an dan di samping itu hadith-hadith nabi sallallahu alaihi wasallam dan matan-matan ilmu.

 

 

 

Menghafal adalah satu perkara yang bukan senang. Ia memerlukan kesungguhan dan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan keseronokan. Selepas sesuatu matan dihafal, hendaklah seorang penuntut ilmu memahami apa yang dihafal dengan mencari penerangan untuk apa yang dihafal. Penerangan itu datang sama ada dalam bentuk buku atau penerangan dari seorang alim. Misalan penerangan untuk Alfiyah ibnu Malik iaitu matan ilmu Nahu terdapat dalam bentuk buku Sharh ibnu Aqil. Juga terdapat penerangan dalam bentuk audio atau suara yang boleh dicari di Internet. Untuk Alfiyah ibnu Malik terdapat penerangan dari Sheikh Muhammad bin Saalih al-Uthaimeen dan beberapa sheikh yang lain. Penerangan yang terbaik ialah dengan berguru dengan seorang alim atau seorang sheikh. Itu yang terbaik.

 

 

 

Inilah cara para ulama' terdahulu menguasai ilmu-ilmu. Associate Professor Dr. Abdur Razzaq as-Sa'di, seorang pensyarah di fakulti bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa menceritakan bahawa dia menghabiskan masa tiga tahun menghafal matan-matan ilmu. Setelah tempoh tiga tahun baru dia mempelajari syarah atau penerangan kepada apa yang dihafalnya. Ilmunya boleh disimpulkan dengan menyebut masha-Allah.

 

 

 

Diceritakan bahawa lautan ilmu, al-'Allamah Muhammad al-Amin ash-Shinqiti rahimahullah, yang mana di zamannya tiada yang setanding dengannya dalam ilmu bahasa Arab dan Tafsir, bahawa ilmunya berada dengannya ke mana saja beliau pergi kerana dia mengingati ilmunya. Jika dia di pasar maka ilmunya berada dengannya di pasar, jika dia di masjid ilmunya bersamanya di masjid. Hafalan juga membantu seseorang itu dalam menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya tanpa memerlukan rujukan.

 

 

 

Penulis sendiri menghafal matan dan apa yang penulis dapati cara ini sangat berkesan dalam usaha untuk mendapat ilmu. Penulis menghafal matan pendek Manzoomah al-Baiquniah,matan dalam ilmu mustolah hadith. Setelah menghafal dengan lengkap, penulis mendengar syarah audio Sheikh Muhammad bin Saalih al-Uthaimeen yang dimuat turun dari Internet. Alhamdulillah, penulis mendapat sedikit sebanyak ilmu dalam mustolah hadith. Benarlah kata-kata:

 

 

 

من حفظ المتون, حاز الفنون

 

 

 

Mungkin ada yang mengadu ingatan mereka lemah dan apakah penawar baginya. Jawapannya ialah menjauhi maksiat. Imam Shafi'i rahimahullah pernah mengadu kepada gurunya, Wakii' tentang lemah ingatan dan Wakii' menjawab yang ilmu adalah cahaya dan cahaya tidak akan menyinari hati yang selalu membuat maksiat. Penawar bagi ingatan lemah ialah menjauhi maksiat.

 

 

 

Begitulah apa yang dapat dikongsi penulis dengan para pembaca. Sebelum terlupa, mungkin penulis dapat menyarankan beberapa matan yang boleh dihafal oleh para pembaca. Para pembaca boleh hafal selain dari al-Qur'an, al-Arbain an-Nawawiyah, al-Ajrumiyah, al-Manzoomah al-Baiqoniah dan matan-matan mudah yang lain. Setelah meghafal yang mudah baru berpindah ke matan yang lebih panjang seperti Bulughul Maram, Alfiyah Ibnu Malik dan Alfiyah Iraqi. Begitu juga dengan Qur'an hendaklah seorang yang mula menghafal Qur'an menghafal bermula dengan surah pendek. Salah satu kesilapan ialah bermula dengan surah yang panjang yang sukar untuk dihafal seperti surah al-Baqarah. Mula dengan yang mudah kemudian berpindah ke sesuatu yang lebih sukar.

 

 

 

Matan-matan ilmu ini terdapat dalam bentuk buku kecil yang boleh dimuatkan dalam poket baju. Senang untuk dibawa ke mana-mana. Bila ada masa lapang, seseorang boleh mengisi masa itu dengan menghafal matan-matan tersebut yang dibawa bersamanya.

 

 

 

Setelah menghafal sesuatu dengan sempurna, pembaca hendaklah kembali mengulangkaji hafalan matan tersebut agar tidak lupa. Sama seperti seorang yang mengingati al-Qur'an, harus sentiasa mengulangkaji hafalannya.

 

 

 

Penulis berharap agar apa yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Penulis meminta maaf jika terdapat kesalahan dalam artikel ini. Niat penulis hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan berkongsi ilmu dengan para pembaca. Semoga kita semua ditambah ilmu dan dikurniakan kefahaman.

 

 

 

Wallahu a'alam.
http://yapis.blogspot.com/2007/12/cara-mendapat-ilmu.html

Takde tajuk- cerita gadis berniqab

“Kenapa tak jawab telefon tu?” Soal Alice lagi.

 

“Malas,” Jawab Humaira ringkas.

 

“Pelik,” terpacul perkataan itu dari mulut

Alice

.

 

Humaira memandang ke arah wajah

Alice

. Lalu menyoalnya, “Apa yang pelik?”

 

Alice

mendiamkan diri. “Heh, tak ada apa-apalah Ira. Eh Ira, petang ni Ira bawaklah

Alice

jalan-jalan keliling kampung ni.”

 

“Boleh je, apa salahnya.”

 

“Eh,

Alice

dekat

UK

ambil course apa ya?”

 

“Alah Ira ni, takkan itu pun tak tahu.”

 

“Ira lupalah.”

 

Alice

belajar Comparative Religion di

sana

.”

 

“Wah, menarik!”

 

“Takdelah menarik sangat, tapi bestlah jugak. Hah Ira,

Alice

ada beberapa soalan ni, tentang agama Islam. Ira kena jawab soalan

Alice

ni.”

 

“Kalau Ira tak nak jawab?” Ira menyal sambil tersengih.

 

“Ooo kalau Ira tak nak jawab, malam ni jugak

Alice

balik KL.”

 

Ala

merajuklah pulak dia. Hah apa soalannya?”

 

“Isy, kot ye pun sabarlah dulu. Tu kain sembahyang Ira tu. Tak lipat lagi. Nanti nampak mak Ira, mesti kena marah.”

 

Humaira terus mengemas sejadah yang digunakan untuk bersolat Zohor tadi. Ibunya, makcik Limah seorang yang pengemas. Pantang kalau dilihatnya barang-barang yang bersepah-sepah. Silap hari bulan boleh kena leter sampai ke malam kalau ada yang tak kemas.

 

“Hah, Ira dah kemas ni. Apa soalan

Alice

tu?”

 

“Ok, hari tu dalam kelas, ada pensyarah

Alice

cakap Islam ni suka sangat rendah-rendahkan hak wanita. Lepas tu dia bagi contoh tentang harta pusaka. Dia kata anak lelaki akan dapat lebih dari anak perempuan. Betulke Ira macam tu, atau pensyarah tu yang tipu sebenarnya.”

 

“Oo betullah apa yang pensyarah

Alice

cakapkan itu.”

 

“Isy, Ira macam tak rasa apa-apa pun. Takkan Ira tak rasa yang Islam ni tak adil kat perempuan. Kenapa tak bagi sama rata sahaja. Isy tak adil betul.”

 

Humaira terdiam. Dia seolah memikirkan sesuatu. Dia sedang mencari jawapan kepada soalan

Alice

itu. Bukan mudah, silap jawab akan menambahkan kekusutan dan salah faham. Silap jawab, takut-takut mengubah hukum Allah pula.

Alice

merenung wajah Humaira. Perasaan menyesal timbul di hatinya. Kenapa perlu dia timbulkan soalan yang merencatkan kegembiraan pertemuan mereka ini.

 

“Ira,

Alice

minta maaf kalau soalan tadi buat Ira kecik hati.

Alice

tak ada niat apa-apapun.”

 

“Eh, ok je. Takde marah pun. Hah pasal soalan

Alice

tu. Memang betulpun. Tapi, ketidakadilan tu terjadi sebab kesilapan manusia, bukan sebab undang-undang harta pusaka yang ada di dalam al-Quran tu.”

 

“Apa maksud Ira?”

 

“Okey, macam ni. Memang menurut Islam lelaki dapat hak lebih dalam harta pusaka. Tetapi Islam bukan hanya bagi harta yang lebih, bahkan Islam letakkan tanggungjawab yang lebih kepada anak lelaki.”

 

“Contohnya?”

Alice

menyoal lagi.

 

“Hah tu yang

Alice

kena faham. Dalam Islam lelaki yang bertanggungjawab sara keluarga. Anak lelaki yang wajib bagi nafkah dari segi wang, harta kepada ibu bapa bila mereka dah tua. Lagipun, kalau ada kakak atau adik perempuan yang belum berkahwin, mereka semua bawah tanggungjawab anak lelaki tadi. Hatta kalau kakak atau adik perempuan tu dah umur 25 tahun, anak dara lagi, belum kahwin dan dia tak nak pulak kerja. Maka wajib si anak lelaki tadi sara hidup saudara perempuan dia tu. Sebab dalam Islam bukan jadi kewajipan pada perempuan untuk cari harta dan duit. Tu kerja lelaki,” Humaira menerangkan dengan panjang lebar.

 

Alice

kelihatan sedikit terlopong. Humaira hanya tergelak sahaja melihat reaksi

Alice

itu.

 

“Bukan tu sahaja, lelaki juga kena tanggung anak-anak dia, isteri dia lagi. Walaupun seorang isteri tu kaya atau berkerja. Si suami tetap wajib tanggung perbelanjaan seharian mereka. Walaupun si suami bergaji kecil dan si isteri dia ni ahli korporat yang gaji berpuluh ribu.”

 

“Ooo, macam tu rupanya.”

 

“Jadi, masalah yang timbul sekarang bukan pada undang-undang yang Islam ajar. Masalah dia ada pada sebahagian orang Islam. Bila sampai part harta pusaka, semua dok bising nak bahagi ikut undang-undang Islam, tapi bila sampai kepada tanggungjawab kepada keluarga, semua lepas tangan. Tu yang menyebabkan jadi tak adil, dan perempuan rasa ditindas.”

 

“Kalau begitu, yang patut kita salahkan orang Islam lah, bukan agama Islam. Betul tak Ira?”

 

“Hah betullah tu.”

 

“Tak ada ke undang-undang yang boleh pastikan waris-waris harta pusaka tu jalankan tanggungjawab masing-masing?” soal

Alice

lagi.

 

“Entah, Ira pun tak pastilah

Alice

. Ira ni bukan pandai sangat bab-bab ni.”

 

“Isy, Ira pandai apa. Dah kuranglah sikit soalan

Alice

pasal Islam lepas Ira jawab tadi. Nanti balik

UK

, bolehlah

Alice

cakap macam Ira jawab tadi kat pensyarah

Alice

. Hehhe.”

 

“Hah kata tadi ada banyak soalan? Ni baru satu je.”

 

“Memang banyak pun, takpelah, nanti-nantilah, lagipun

Alice

nak duduk sini bukan sehari je. Banyak masa lagi.”

 

“Hah, Ira jangan lupa ye. Petang ni bawak

Alice

jalan-jalan kat kampung ni.”

 

“Iye, Ira tak lupanya.”

 

“Ok,

Alice

ngantuklah,

Alice

tidur kejap ye. Nanti bila dah nak petang, Ira kejutlah

Alice

ye.”

 

“Ok,” jawab Humaira pendek.

 

*****

 

Kedengaran azan Asar berkumandang. Humaira segera mengejutkan

Alice

. Lagipun selepas Asar nanti dia mahu membawa

Alice

melihat orang kampungnya yang akan menyembelih dua ekor kambing untuk dijadikan korban.

 

Alice

,

Alice

bangun. Dah petang ni.”

 

“Isy Ira ni, kacau betullah. Tak puas tidur lagilah. Penat perjalanan dari

UK

tak hilang lagi.”

 

“Heh jangan ngada-ngada. Tadi kata nak jalan-jalan kat kampung ni. Mana tahu ada mamat kampung ni terpikat kat

Alice

ke,” seloroh Humaira.

 

“Huih, apalak diaorang terpikat kat

Alice

, diaorang jatuh hati kat Ira le. Bukan senang nak jumpa ninja perempuan kat kampung ni,” jawab

Alice

sambil ketawa.

 

“Dahlah tu, pergi mandi. Lepas Ira selesai solat Asar ni kita keluar.”

 

****

Usai solat Asar. Humaira dan

Alice

pun bergerak keluar. Tiba-tiba

Alice

memanggil Humaira.

 

“Ira, kamu lupa satu benda lah?”

 

“Apa dia?”

 

“Ni, takkan kamu nak bagi lelaki tengok pipi kamu yang gebu itu,” jawab

Alice

sambil tangannya melambai-lambai dengan niqab berwarna merah jambu itu.

 

“Hah, Ya Allah, terlupa pulak aku nak pakai niqab ni,” bisik Humairah ke dalam hatinya.

 

“Hai Ira, macam mana boleh lupa ni. Ingat kat siapa tu? Heheh.”

 

“Alah dah terlupa nak buat macam mana. Lagipun Ira baru je mula pakai niqab, so kadang-kadang terlupalah. Kan Tun Dr Mahathir pernah cakap Melayu muda lupa. Heheh.”

 

“Loyar buruk pulak budak ni,” jawab

Alice

.

 

“Jom Alice, Ira nak tunjuk satu benda best.”

 

“Apa benda yang best sangat tu?”

 

“Alah ikut jele.”

 

Mereka berdua segera turun dari rumah. Humaira membawa

Alice

menaiki basikal LeRun nya.

Alice

duduk membonceng di belakang.

 

“Isy, Ira slow-slow lah sikit. Kang terjatuh dalam sungai ni pulak,” rungut

Alice

ketika basikal mereka melalui sebatang jambatan kayu yang merentasi sebatang anak sungai.

 

“Hahaha,

Alice

ni penakut lah jugak. Ingatkan dah biasa naik kapal terbang dah tak takut dah.”

 

Humaira terus memecut basikal LeRun nya sambil

Alice

memeluk erat rakannya, takut-takut terjatuh dari basikal. Sesekali pemuda-pemuda kampung yang sedang duduk-duduk di kedai kopi, bersiul dan mengusik-ngusik mereka. Mungkin terpegun dengan wajah

Alice

. Masakan tidak. Di sekolah dulu,

Alice

digelar sebagai Princess. Menjadi kegilaan ramai. Hatta pelajar-pelajar Melayu dan

India

pun ramai yang tertarik dengan keayuan wajahnya.

 

“Hah!

Alice

,

kan

aku dah kata ramai budak kampung ni nak ngorat kamu

Alice

.”

 

“Huh, tak ingin aku,” jawab

Alice

.

 

Humaira hanya tergelak kecil. Akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju. Kelihatan ramai orang lelaki di situ. Kelihatan juga wanita-wanita kampung yang berusia. Mereka semua seolah-olah sedang mengerumuni sesuatu.

 

“Isy, tempat apa ni Ira. Apa yang menarik kat sini?”

 

“Hah!

Alice

, kamu pernah dengar tak tentang ibadah korban?”

 

“Pernah jugak, yang

Alice

tau nanti orang Islam akan sembelih lembu, kambing, ayam.”

 

Humaira tergelak. “Isy, mana ada orang sembelih korban guna ayam. Lembu dengan kambing adalah.”

 

“Hehe Alice main teka je. Manalah saya tahu.”

 

“Hah dah jom kita pergi tengok orang tu sembelih kambing.”

 

“Jom,” jawab

Alice

.

 

“Tengok tu, pakcik tu tengah siap sedia nak sembelih kambingle tu.”

 

“Eh mana kambingnya?”

 

“Tu, dalam kandang tu,” jawab Humaira sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kandang kambing. Kelihatan seekor sahaja kambing yang belum disembelih.

 

“Isy, kenapa tak bawak je kesemua kambing tu keluar.

Kan

senang, tak payah ulang alik nak ambik kambing tu dari kandang,” kata

Alice

.

 

“Hah, tu yang

Alice

kena tau. Islam ajar, kalau nak sembelih binatang, kita jangan takut-takutkan binatang-binatang tu. Janganlah pergi asah pisau depan haiwan yang nak disembelih. Apatah lagi nak biar haiwan-haiwan tu tengok kawan-kawan diorang kena sembelih. Cuba Alice bayangkan kalau

Alice

tengk Ira kena sembelih macam kat

Iraq

tu,” terang Humaira.

 

“Isy, adake sampai cakap macam tu. Betul gakkan. Mesti takut kambing-kambing tu kalau tengok kawan-kawan dia kena sembelih.”

 

“Dulu waktu zaman Nabi, ada seorang lelaki Islam pergi asah pisau depan binatang yang nak disembelih. Ira lupalak apa binatang tu kambing atau unta. Lepas tu Nabi Muhammad nampak. Nabi cakap kat lelaki tu, kau nak bunuh binatang ni dua kali ke.”

 

“Oo macam tu.”

 

“Isy dahlah. Jom tengok, kambing tu pun dah dibawak ke tempat sembelih. Kejap lagi kambing tu nak kena sembelihlah. Jom tengok.”

 

Bebarapa pemuda kampung itu sedang menumbangkan kambir biri-biri itu. Kepalanya diletakkan di atas satu tempat yang sudah digali lubang. Mungkin supaya darah kambing itu tak bersepah-sepah hingga mengotori kawasan sekitar. Seorang lelaki dalam lingkungan 60an mengeluarkan sebilah pisau yang kelihatan sedikit panjang daripada biasa. Mata pisaunya amat tajam. Mata kambing itu ditutup dengan kain. Mungkin bagi mengelakkan ia ketakutan melihat orang-orang disekelilingnya.

 

“Bismillah Allahuakbar,” pakcik yang memegang pisau itu memulakan upacara penyembelihan. Pisau yang tajam itu terus diletakkan dileher kambing. Ia ditekan dengan lembut tapi dilakukan dengan agak pantas. Mungkin bagi mengurangkan kesakitan kambing itu. Darah merah memancut keluar.

 

“Iii, kasianlah kambing tu.”

 

“Kenapa Alice?”

 

“Yelah, tak sampai hati

Alice

tengok dia kena sembelih.”

 

“Heh Alice, dah nama pun binatang. Kalau tak sembelih macam mana nak makan. Takkan nak campak kambing tu hidup-hidup dalam periuk.”

 

“Hehe. Tapi macam menariklak

Alice

tengok cara orang tu sembelih tadi. Macam ada rule tertentu yang kena ikut. Teratur je.”

 

“Mestilah Alice, cara nak masuk tandas pun Islam ajar. Takkan cara sembelih Islam tak ajar.”

 

Pemuda-pemuda kampung di situ segera menyiat kulit kambing yang sudah disembelih itu. Dalam masa tak sampai setengah jam, kambing itu sudah selesai dilapah. Masakan tidak, dengan tenaga kerja yang ramai. Cuma tinggal untuk dagingnya dipotong kecil-kecil sahaja supaya mudah dibahagikan kepada orang ramai.

 

Kelihatan seorang pemuda yang berumur di dalam lingkungan 20an. Pemuda itu sederhana tinggi, dengan rambut yang nipis seperti rekrut tentera. Cuma yang memelikkan dia jika dibandingkan dengan pemuda-pemuda lain di situ ialah rupa parasnya. Dia seakan membiarkan sahaja janggutnya yang panjang sehingga ke dada tu. Ini membuatkan wajahnya seakan lebih tua. Cuma wajahnya yang masih menunjukkan usia muda dan tubuhnya yang kecil. Sedangkan pemuda-pemuda lain jika berjanggutpun, pasti sejemput sahaja. Dia sedang memotong daging-daging kambing itu sambil memasukkannya ke dalam plastik. Kelihatan kesan-kesan tompok darah di kemeja T putihnya. Masakan tidak sudah 3 ekor kambing disembelih. Pasti ada tompok-tompok darah pada daing yang melekat pada bajunya. Selepas itu, daging-daging tersebut ditimbang. Pemuda tadi menoleh ke arah Humaira dan

Alice

. Dia seakan terpaku. Dia melambai kepada

Alice

.

 

“Amoi, meh sini ambil daging ni. Free ma, tak payah bayar.”

 

“Hah

Alice

, mamat tu panggi kamu ambil daging. Pergilah.”