Topik paling popular abad ini!

Assalamualaikum WBT.

 

Ini aku nak bagi satu link yang amat berguna
kepada kita semua. Iaitu ruangan sakit puan dan sakit tuan di dalam Harian
Metro.

Pakar
Sakit Puan

Pakar
Sakit Tuan

 

Sebab apa aku bagi link-link ni? Sebab aku
tengok dalam weblog soaljawab aku, topiik-topik paling popular ialah pasal seks.
Semuanya berkaitan seks. Dan ada yang aku tengok search pasal sekslah, blowjob
lah, macam-macam lagilah dan akhirnya termasuklah dalam weblog soaljawab agama
aku. Bagi sesiapa yang belum pernah masuk weblog soal jawab agama tu. Ini URL
dia http://soaljawab.wordpress.com
.

 

Mungkin sebab tajuk-tajuk yang aku letak sikit
kontroversi, dengan bahasa-bahasa yang biasa digunakan di alam maya dan waktu
berborak tentang bab-bab dalam selimut. Nampaknya strategi aku menggunakan
perkataan-perkataan macam tu supaya bertambah ramai yang melayari weblog itu dan
mengambil manfaat kelihatan sedikit berjaya.

 

Cumanya nampak gaya ramai masuk sebab nak baca
soalan-soalan pasal seks, tak pun secara tak sengaja termasuk weblog soaljawab
tu sebab mungkin ingan macam web-web lucah yang lain kot.

 

Dan di dalam ruangan komen yang disediakan
untuk pengunjung bertanya soalan pun, banyak soalan tanya pasal seks jugak
sampai banyak jugak soalan-soalan pasal tu yang aku tak siarkan sebab ada tahap
kelucahan yang melampau. Dan ada juga luahan hati yang menceritakan
keterlanjuran dengan BF, GF dan lain-lain hinggakan aku terpaksa padamkan emel
mereka sebab takut nanti memalukan diri mereka sendiri.

 

Cumanya, antara soalan-soalan popuar ialah apa
beza mazi dan mani, hukum melancap@onani,
seks oral, taubat selepas berzina, dan ada juga yang dahsyat bertanya bagaimana
kalau setakat buat mukadimah@foreplay
dengan BF atau GF tapi belum lagi ‘masuk’. Punya dahsyat soalan-soalan ni,
sampai naik pening gak aku. Cuma waktu bulan puasa lepas, soalan-soalan
berkaitan seks berkurangan hatta adakalanya tidak dibaca langsung topik-topik
itu, bahkan yang banyak ialah tentang soal jawab berkaitan puasa.

 

Kat bawah ini aku nak tunjukkan list-list topik
yang paling popular dalam weblog soaljawab aku tu.

 

 

dan perihak statistik dalam weblog aku ni juga
nampaknya pernah Ustaz Zaharuddin
sentuh.

 

Cuma semoga weblog soaljawab agama ini dapat
memberi manfaat kepada kita semua.

 

Selamat Melayari Weblog Soal Jawab Agama.

 

 

 

Leave a Reply