My Photo
Powered by Friendster Blogs

July 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    

« October 2007 | Main | December 2007 »

Hah poligami! Meh baca sini

Assalamualaikum wbt.

Aku baca kat al-ahkam.

Ada

yang dok rancak cerita pasal poligami. Chewah! Semangat ye lelaki. Meh kat bawah ini aku bawakkan apa yang aku petik dari buku yang bertajuak “Inilah Hak mu wahai wanita Muslimah” nukilah Ummu Salamah as-Salafiyah.

 

• SEBUAH PETIKAN TENTANG KEADILAN SALAF

Ibnu Abi Syaibah Rahimahullah berkata di dalam “Al Mushannaf” (4/387): Telah menceritakan kepada kami Abu Dawud Ath Thayalisi daripada Harun bin Ibrahim dia berkata: Aku mendengar Muhammad berkata terhadap seseorang yang memiliki dua isteri: “Dibenci dia berwudhu hanya di rumah salah seorang isterinya sementara di rumah isteri yang lain dia tidak pernah melakukannya”. (Atsar ini shahih)

Selanjutnya beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Jarir daripada Mughirah dari Abi Muasyir dari Ibrahim tentang seseorang yang mengumpulkan beberapa istri : “Mereka menyamakan di antara isteri-isterinya sampaipun sisa gandum dan makanan yang tidak dapat lagi ditakar/ditimbang (kerana sedikitnya) maka mereka tetap membahaginya tangan pertangan”. (Atsar ini shahih dan Abu Muasyir adalah Ziyad bin Kulaib, seorang yang tsiqah)

- PERINGATAN

Di antara manusia ada yang tergesa-gesa dan bersegera melakukan poligami tanpa pertimbangan dan berfikir sehingga dia menghancurkan kebahagiaan keluarganya dan memutuskan ikatan tali (pernikahannya) dan menjadi seperti orang yang dikatakan oleh seorang A’rabi (dalam bait syairnya):

 

Aku menikahi dua wanita kerana kebodohanku yang sangat
Dengan apa yang justeru mendatangkan sengsara
Tadinya aku berkata, aku kan menjadi seekor domba jantan di antara keduanya
Merasakan kenikmatan di antara dua biri-biri betina pilihan
Namun kenyataannya, aku laksana seekor biri-biri betina yang berputar di pagi dan malam hari di antara dua serigala
Membuat redha istri yang satu ternyata mengobarkan amarah isteri yang lain
Hingga aku tak pernah selamat dari satu di antara dua kemurkaan
Aku terperosok ke dalam kehidupan nan penuh kemudharatan
Demikianlah mudharat yang ditimbulkan di antara dua madu
Malam ini untuk isteri yang satu, malam berikutnya untuk isteri yang lain, selalu sarat dengan cercaan dalam dua malam
Maka bila engkau suka untuk tetap mulia dari kebaikan
yang memenuhi kedua tanganmu hiduplah membujang
namun bila kau tak mampu, cukup satu wanita, hingga mencukupimu daripada beroleh kejelekan dua madu.

http://soaljawab.wordpress.com/2007/08/11/apakah-disunnahkan-poligami-di-dalam-islam

 

                            

Result Exam dah dapat

Assalamualaikum WBT.

 

Dari hari Isnin lepas aku dok sibuk nak check result exam aku. Petang Isnin result dah keluar. Tapi ada satu subjek tak available. Check lagi malam tadi. Baru dapat check result semua subjek. Alhamdulillah, ada improvement. Mungkin tak sehebat kawan-kawan aku, tapi janji aku untuk improve pointer berjaya. Bukan improve sikit-sikit, improve banyak.

 

Nak kata bagus sangat result aku taklah. Tapi yang ini yang terbaik pernah aku dapat lah selama aku jejak kaki ke bumi matrik di PJ dan kampus induk di Gombak ni.

 

Banyak benda dorong aku untuk

cuba

improve pointer aku. Yang utama sekali ialah mak bapak aku. Diaorang lah yang jadi sumber utama motivasi aku. Aku dah pernah tengok macam mana kecewa mak bapak aku bila tengok result aku tak bagus. Mereka tak pernah marah aku sejak aku masuk matrik tak kira macam mana teruk result aku. Tapi aku tahulah mereka sedikit kecewa. Jadi lepas tengok apa yang mereka rasa. Benda ni macam bagi motivasi balik kat aku. Aku kena buang kekecewaan mak bapak aku. Biar muka yang suram dulu bila tengok result aku bertukar menjadi ceria. Seronok! Malam tadi lepas aku dah check semua result. Aku terus SMS angah. Bagitahu dia result aku. Dari kelmarin dia dah call aku tanya macam mana result aku. Rasanya dialah yang bagitahu mak aku pasal result aku. Tu yang mak aku, terus masuk bilik aku, usap kepala aku, cakap tahniah. Mak senyum gembira. Aku buat muka rileks sahaja. Senyum tak, ketawa tak, sedih pun tak. Memang aku macam tu. Lepas tengok result tu pun aku buat macam tak rasa apa-apa dan tak ada apa-apa berlaku. Walau dalam hati sebenarnya aku dah happy giler. So next sem, aku kena naikkan lagi pointer aku supaya aku dan mak bapak aku akan terus happy setiap kali result exam keluar.

 

Mesti ada yang tanya, awat motivasi pertama aku ialah mak bapak aku, bukan Allah. Macam aku letakkan mak bapak ak lebih utama daripada Allah lak. Aku letak motivasi pertama aku ialah mak bapak aku,sebab mereka menjadi pendorong. Aku usaha gila sebab nak bagi mereka happy. Sebab apa aku nak bagi mereka happy? Sebab Allah yang suruh kita buat baik kepada mak bapak kita. Jadi aku buat ni sebab Allah yang suruh. Cuma dalam al-Quran tak adalah letak fokus cerita supaya dapat pointer bagus supaya ibu bapa gembira. Jadi dengan arahan Allah untuk buat baik kat mak bapak aku, tu yang Alhamdulillah jadi motivasi aku.

 

Apa pulak motivasi kedua aku. Aku ni selalu involve dengan kem solat, tukang iklan kuliah-kuliah agama di UIA, penulis blog berunsur agama dan lain-lain. Benda ni jadi motivasi aku. Sebab aku terpikir, takkan aku nak terus dengan result aku yang hancuss. Bayangkan sekiranya budak-budak peserta kem solat dapat tahu macam mana result aku yang hancuss tu. Macam mana jika kawan-kawan yang aku selalu ajak hadiri kuliah-kuliah agama tu tahu macam mana bengongnye aku di dalam akademik. Macam mana kalu pembaca blog soal jawab aku dapat tahu bagaimana malasnya aku nak bukak buku-buku ekonomi yang memang subjek aku? Ini semua aku kena ambil kira. Macam mana pulak pandangan cikgu-cikgu sekolah aku. So aku hanya jumpa satu jalan keluar. Aku kena improve pointer aku. Tu sahaja.

 

Apa pulak motivasi ketiga. Hah ni motivasi yang mungkin nampak bodoh sikitlah. Aku pernah terfikir, budak perempuan yang aku suka tu, nak ke terima aku kalau result aku teruk giler. Budak perempuan tu pulak bukannya ‘ngekngok’ study dia. Dia rajin, aku rasa jauh sangat kalau nak banding rajin dia dengan aku. Jadi rasa-rasa segan lak. Takkan aku nak ‘usha’ dia dengan result yang tak best. So kenalah improve pointer aku. Tiap kali terbayang nak ‘usha’ dia, mesti aku teringat pasal result aku. So terus tak jadi usha. Hehehe. Jadi jalan mudah nak selesai kena improve pointerlah. Sebab hal inilah

 

Lepas tu adalah sumber-sumber motivasi yang minor. Cuma yang tiga di atas ini yang major. jadi, nasihat aku, kalau rasa susah sangat. Kenalah cari sesuati yang boleh jadi sumber motivasi dan inspirasi. Paling senang mak bapak kita. Mereka sumber motivasi paling kuat bagi aku. Jangan kamu dok fokus kat sumber inspirasi yang ketiga tu sudahlah.

 

Ok, chow chin chow. Wslm wbt.

Bersabar wahai kawanku {Muscle Dystrophy}

Assalamualaikum WBT.

 

Hari ini mak aku bawak pergi bank. Dia nak suruh aku beli motor. Aku kata kat bapak aku, tak payahle belikan motor untuk aku. Aku ingat nak beli basikal sahaja. Bapak aku senyap jap. Aku ingat dia setujulah tak payah belikan motor untuk aku. Sekali lepas senyap beberapa ketika, bapak aku cakap beli jele motor. Bukan susah pun. Senang nak pegi kelas. Puas aku pujuk, bapak aku suh gakle beli motor. Jadi kenalah ikut. Aku ingat nak guna basikal je. Senangle aku nak exercise. Dah aku memang jenis malas nak bersenam. Jadi kalau dah guna basikal memang terpaksalah aku bersenam turun bukit naik bukit. Huh lepas ni kenalah aku allocate masa untuk aku bersenam.

 

Aku baru dapat tau, seorang adik kawan aku ni disyaki menghidap penyakit Muscle Dystrophy. Dia bagitahu tangan adik dia dah hilang muscle. Dia lah yang bagitau aku tentang simprom DVT yang ada kat mak aku. Dia juga suruh aku kumpul info pasal benda-benda tu dan bagi nasihat macam mana nak jaga mak aku.  Aku bukan tau sangat pasal penyakit yang ada pada adik dia. Aku ingat macam apa yang ada kat mak aku sekarang yang boleh dihentikan dan dicegah daripada merebak. Kawan aku bagitau penyakit ni tak ada rawatan. Yang ada hanyalah ubat untuk melambatkan tindak balas penyakit ni. Tapi nak menghentikannya masih belum ada jalan lagi. Dia kata itu jugaklah yang doktor beritahu.

 

Dia cerita kat aku, yang dia ada tanya adik dia, kalau dah tak ada tangan. Adik dia nangis. Kawan aku ni pujuk adik dia. Cerita tentang ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 216:

 

“Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

 

Kawan aku ni anak sulong.

Ada

3 orang adik. Dia cerita kat aku sayang dia kat adik-adik dia macam sayang ibu bapa kat anak. Kalau adik dia sedih, dia akan sedih, kalau dia marah adik dia, dia sendiri akan nangis. Aku tak paham sangatlah perasaan dengan adik-adik ni. Sebab aku pun memang tak ada adik. Empat orang kakak adalah.

 

Bila dia cerita pasal adik dia, aku nak nasihat apa. Nak nasihat dari segi medic, aku bukan reti. Last2 yang aku tau suh dia doa sahaja. Suh dia sabar.

 

Cuma aku tengah imagine macam mana kalau aku kat tempat dia atau adik dia. Bayangkan kita dah tahu yang satu masa nanti pasti akan ditimpa sesuatu yang buruk. Cuma tak tahu bila.

Cuba

bayangkan bagaimana kalau doktor bagitau kita, yang dalam masa sebulan tangan kita tidak dapat berfungsi lagi etc.

 

Cuma mungkin kita kena ingat balik apa yang dicontohkan oleh sahabat. Saidina Uthman RA, Nabi SAW memang sudah memberitahu kepada beliau bahawa beliau akan terbunuh di dalam pemerintahannya. Tapi adakah dengan janji Nabi ini maka Uthman RA enggan menjadi pemimpin umat Islam. Seandainya kita menjadi pesakit yang doktor sudah menjanjikan bahawa pada saat-saat masa yang Allah dah tetapkan, kita akan ditimpa penyakit, tangan tak berfungsi, lumpuh etc. Adakah dengan kata-kata doktor ini kita akan mengabaikan sisa-sisa hidup sebelum tiba saat yang dijanjikan itu.

 

Kepada kawan aku. Tanamlah ke dalam diri adik kamu itu perasaan yakin dengan Allah. Yakin Allah Maha Adil. Yakinlah apa yang terjadi adalah Kehendak dan Keadilan Allah. Yakinlah apa yang Allah timpakan bukan untuk menzalimi makhluknya. Yakinlah apa yang Allah berikan adalah untuk meningkatkan darjat adik. Yakinlah apa yang Allah timpakan itu boleh menjadi penghapus dosa-dosa adik. Yakinlah apa yang Allah berikan itu boleh menjadi penambah bekalan pahala adik.

 

Kepada kawan aku, mungkin jangan perlu tunjukkan kesedihan kamu depan si adik. Sebagaimana kamu bersedih melihat adik kamu begitu, mungkin adik kamu juga akan bertambah sedih melihat kamu asyik berendam air mata. Berilah adik kamu motivasi. Hiburkan dia. Lakukan sesuatu yang dia suka. Berilah khabar gembira, jauhi berita-berita yang menakutkan.

 

Ini sahaja yang aku mampu buat kawanku. Aku bukan motivator, bukan doktor, bukan pakar farmasi. Aku adalah seorang blogger.

 

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ


"Dan sungguh akan Kami menguji kalian, dengan sesuatu daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:155)

 

 

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ




"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar:10)

 

 

عجبا لأمر المؤمن. إن أمره كله خير. وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن. إن أصابته سراء شكر. فكان خيرا له. وإن أصابته ضراء صبر. فكان خيرا له

 "Sungguh menakjubkan perkaranya orang mukmin. Sesungguhnya semua perkaranya adalah baik dan tidaklah hal ini dimiliki oleh seorangpun kecuali oleh orang mukmin. Jika dia diberi kenikmatan/kesenangan, dia bersyukur maka jadilah ini sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya jika dia ditimpa musibah (sesuatu yang tidak menyenangkan), dia bersabar, maka ini juga menjadi kebaikan baginya." (HR. Muslim no.2999 dari Shuhaib radhiyallahu 'anhu)

 

"Tidaklah seseorang ditimpa suatu kegundahan maupun kesedihan lalu dia berdo'a:

 

اللهم إني عبدك بن عبدك بن أمتك ناصيتي بيدك ماض في حكمك عدل في قضاؤك أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك أو علمته أحدا من خلقك أو أنزلته في كتابك أو استأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرآن ربيع قلبي ونور صدري وجلاء حزني وذهاب همي

 

"Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, putera hamba lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Mu, , ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku." melainkan akan Allah hilangkan kegundahan dan kesedihannya dan akan diganti dengan diberikan jalan keluar dan kegembiraan." Tiba-tiba ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tidakkah kami ajarkan do'a ini (kepada orang lain)? Maka Rasulullah menjawab: "Bahkan selayaknya bagi siapa saja yang mendengarnya agar mengajarkannya (kepada yang lain)." (HR. Ahmad no.3712 dari 'Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu, dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albaniy,)

 

 

مَا مِنْ مُصِيْبَةٍ تُصِيْبُ الْمُسْلِمَ إِلاَّّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا عَنْهُ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا


"Tidaklah suatu musibah menimpa seorang muslim kecuali Allah akan hapuskan (dosanya) kerana musibahnya tersebut, walaupun hanya duri yang menusuknya." (HR. Al-Bukhariy no.5640 dan Muslim no.2572 dari 'A`isyah)

 

مَا يُصِيْبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلاَ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

"Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan/kelelahan, sakit, sedih, duka, gangguan ataupun gundah gulana ataupun hanya duri yang menusuknya kecuali Allah akan hapuskan dengannya kesalahan-kesalahannya." (HR. Al-Bukhariy no.5641, 5642 dari Abu Sa'id Al-Khudriy dan Abu Hurairah)

 

Wslm wbt.

 

Cerita Qadha dan Qadar

Assalamualaikum WBT.

 

 

 

Macam-macam lah hari ni. Banyak sangat cerita. Tak habis cerita bas kawan aku rosak. Dahlah bas rosak, dapatlak syarikat bas jenis tak bertanggungjawab. Dok biar je orang yang naik bas tu terumbang ambing. Tapi kelakar kawan aku ni, dahlah bas rosak, sandal lak putus waktu tu. Nasib baik jumpa orang yang baik hati nak hantar dia balik.

 

 

 

Tapi nantilah aku cerita kisah bas rosak ni. Kawan aku pesan, kalau nak tulis dalam blog bagitahu dia dulu takut-takut terfitnah lak syarikat bas tu.

 

 

 

Hari ini aku belajar satu benda, pasal Qadha dan Qadar. Kawan aku yang ajar pasal ni. Dia juga ajar aku macam mana kita nak jadi amanah, letakkan kepentingan diri ke tepi dan utamakan apa yang benar. Hari ini kawan aku ajar, macam mana aku kena accept apa Allah tetapkan, walau benda tu berat.

 

 

 

Oklah, proceed kita tengok cerita kat bawah ini dan kaitan ia dengan keimanan kita pada Qadha dan Qadar.

 

 

 

Ok watak dalam cerita ini ada 4. Ali dan Abu. Lepas tu seorang perempuan bernama Aminah. Maka pendek cerita maka kesemua watak ini berhubung melalui SMS. Kat bawah ini ialah dialog-dialog SMS mereka.

 

 

 

Aminah: Salam, Nak tanya pendapat awak. Kalau ada ustaz yang melamar perlu ke kita terima.

 

 

 

Ali: Wslm wbt. Itu terpulang pada kamu le. Kalau ikut hadith Nabi, bila orang soleh datang melamar, maka terimalah. Tapi itu depend pada kamu le, feeling kamu pun kena ambil kira juga.

 

 

 

Aminah: Yer. Saya tak tau feeling apa. Tak kenal pun dia. Abang Mat yang call saya tadi. Tanyakan pasal ni untuk mamat tu.

 

 

 

Ali: Itu kamu lah kena decide. Kamu lebih tahu apa yang baik untuk diri kamu. Kamu kena checkle dia suit atau tak dengan kamu. Kalau suit tu oklah. Kalau tak , tak ada salahnya kamu menolak.

 

 

 

Aminah: Saya tak tahu! Tak tahu! Tak tahu! Ukur baju pada tubuh sendiri. Saya rasa ada gurl yang lebih baik untuk dia.

 

 

 

Ali: Takpelah. Kamu fikir dulu. Kamu kena pertimbangkan juga apa yang kamu nak. Kalau kamu nak kerja nanti dia bagi tak. Lepas tu apa pulak view parents kamu. Kena juga diskus dengan mereka. Usaha, doa dan tawakal. Lepas tu kamu terima sahajalah apa yang Allah putuskan untuk kamu.

 

 

 

Aminah: Pening kepala saya! Takpelah nanti balik saya diskus dengan ibu bapa saya. Memang selalu saya doa untuk dapatkan jodoh dengan orang salaf. Tapi saya rasa diri belum bersedia. Saya nak kerja, keluarga saya bukan orang senang. Adik-adikpun belajar lagi. Saya sulung.

 

 

 

Ali: Aslm wbt abu. Alah abang Mat kacau daunle. Dia gi lamar budak yang aku suka tu untuk kawan dia.

.

 

 

 

Abu: Ali, antara prinsip Iman ialah beriman dengan Qadha dan Qadar. Usaha, Istikharah dan tawakkal. Kalau ‘dia’ memang jodoh anta, takkan ke mana. Tapi kalau sebaliknya redhalah.

 

 

 

Ali: Kamu fikir elok-eloklah. Kalau kamu rasa nak terima atau tak. Kamu lebih tahu mana yang baik untuk diri kamu. Saya sokong sahaja keputusan kamu.

 

 

 

Aminah: insya-Allah saya akan fikir elok-elok.

 

 

 

Ali: Abu, ana sedar pasal tu. Sebab tu ana just nasihat dia kalau lelaki tu soleh terima sahaja, lepas tu fikir elok-elok, usaha, doa dan tawakal, lepas tu bincang dengan ibu bapa. Tu sahaja yang saya tulis kat Aminah tu.

.

 

 

 

Abu: Alhamdulillah, inilah pejuang sunnah yang sebenar. Jujur dalam berkata-kata, menasihati bila dipinta, jawapan berdasarkan dalil-dalil syara’.

 

 

 

ما اصابك لم يكن ليخطئك

 

 

 

Ali: tak payahlah berat-beratkan sangat otak kamu fikir hal tu Aminah. Untunglah kamu, tak payah cari pun ada orang datang nak kat kamu.

 

 

 

Aminah: Ibu yang cakap kat saya, banyakkan doa. Tak perlu cari, Allah dah tetapkan segalanya. Tapi ibu pernah cakap kenal dulu, jangan terus kahwin.

 

 

 

Ali: Betulle tu. Kenalah kenal dulu. Takkan nak main terima je. Ok tak payah piker banyak-banyak sangat sampai pening kepala.

 

 

 

Aminah: Hmm, saya nak rehat sekejaplah. Tenangkan fikiran. Thankz Ali.

 

 

 

Hah, panjang aku tulis ni. Korang paham tak apa kaitan SMS-SMS di atas dengan Qadha dan Qadar. Kalau tak faham

cuba

focus pada yang aku merahkan. Dan

cuba

cari pengajaran lain daripada kisah di atas. Chaloz.

 

 

 

Wslm wbt.

Assalamualaikum WBT.

 

Hari ini hantar mak aku pergi klinik. Naik teksi sebab akak aku dah balik KL. Biasanya kalau dia ada boleh lah aku pinjam kereta dia. Sampai klinik tengok dah ramai orang. Ambik nombor. Masuk bilik jumpa doktor. Doktor cakap kaki mak aku yang bengkak tu masalah urat. Doktor nasihatkan pakai stoking khas untuk jaga urat tu. Doktor cakap lagi, ni masih peringkat awal, jadi tak ada apa-apa masalah. Doktor suh lepas ni pergi farmasi cari stokin tu. Doktor bagi ubat, entah ubat apa tah 3 jenis.

Ada

ubat tahan bengkak ect.

 

Naik bas balik. Turun kat stesen bas Tampin. Lepas tu singgah farmasi. Beli stokin. Beli dua pasang. Aku tengok ankle sock tu macam yang orang main bola selalu pakai. Dulu waktu sekolah rendah main bola, aku pakai gak stokin macam tu tapi tak tahulak apa fungsinya.

 

Kawan aku kata mungkin mak aku kena Deep Vein Thrombosis (DVT). Aku pun tak tahu apa kebenda tu. Dia suruh aku study sikit pasal tu kat internet. Kawan aku tu cerita DVT ni berlaku bila ada plague kat dinding salur darah. Jika plague tu ter’cabut’ daripada dinding, ia boleh menyebabkan tersumbat salur darah jantung (ini yang paling teruk). Kawan aku kata, dia pernah jumpa dengan pesakit DVT yang dah teruk. Kaki bengkak-bengkak, sangat panas, urat-urat banyak yang timbul….

 

Aku bukan tahu sangat bab-bab medic ni. Nasib baik ada kawan-kawan yang pandai bagitahu info-info yang berguna. Yelah takkan doktor kat hospitak nak cerita semua. Nanti pening lak mak aku dengan explaination doktor tu.

 

Pagi tadi pukul 430 pagi. Kawan aku sms. Dia dalam perjalanan balik. Bas ekspress yang dia naik rosak kat highway. Dah 3 jam dia tersadai kat

sana

. Dia cerita nak ajak orang-orang kat situ keluar dari bas dan solat kat tepi jalan tu. Lupa lak nak tanya macam mana reaksi orang bila dia ajak solat subuh tepi jalan. Lepas dapat SMS tu, aku terus call mak dia. Dia punya bateri HP dah ‘kong’. Jadi aku tolonglah call mak dia. Risau mak dia. Lepas subuh ayah dia pulak call aku. Aku pun ceritalah apa yang aku tahu, kenapa dia tak call sebab bateri dah nak habis.

 

Tadi dia call lagi. Bagitahu dah selamat sampai Batu Gajah. Naik van. Nanti balik Kajang dia naik kenderaa persendirian dengan seorang penumpang yang suami dia akan jemput dan hantar sampai Kajang. Mesti risau mak bapak dia. Dah le tersadai tepi highway waktu tengah malam.

 

Hari ini aku ada benda best nak kongsi. Tapi aku tak tahu nak tulis ke tak. Benda ni ada kaitan dengan Qadha dan Qadar. Aku dapat nasihat yang berguna dari kawan aku. Nasihat yang kembalikan balik semangat. Aku rasa macam nak kongsi cerita ni dengan semua pembaca blog ni, tapi aku tak pasti. Takut-takut ada yang tak selesa dengan apa yang aku tulis. Tapi kalau aku tulispun aku buat cerita secara umum. Takdelah aku nak sebut nama dan lain-lain. Takpelah cerita detail aku tangguh dulu, aku cerita part nasihat seorang kawan aku kepada aku untuk apa yang berlaku hari ini. Aku tak tahu nak olah ayat dia, so aku rasa aku just tulis je apa yang dia SMS kat aku;

SMS 1: “Masri, antara prinsip-prinsip rukun Iman ialah beriman dengan Qadha dan Qadar. Usaha, Istikharah dan tawakkal. Kalau ‘dia’ memang jodoh anta, takkan ke mana. Tapi kalau sebaliknya redhalah.”

 

SMS 2: “Alhamdulillah, inilah pejuang sunnah yang sebenar. Jujur dalam berkata-kata, menasihati bila dipinta, jawapan berdasarkan dalil-dalil syara’.

 

ما اصابك لم يكن ليخطئك

 

Heh korang fahamke apa yang tersirat dari dua SMS ni. Aku biarkan dulu, sampai kalau aku rasa nak tulis lagi baru aku sambung. So amik sahajalah pengajaran dari dua SMS yang memberi banyak makna ni.

 

 

kem solat iq, aku dan mak

 

Assalamualaikum WBT.

 

Alhamdulillah, tamat juga kem solat di IQ. Sekarang yang tinggal ialah kem solat lelaki di IQ. Aku stay di IQ samapi habis daurah sahaja. Lepas daurah cabut balik.

Ada

juga yang pujuk aku stay di IQ sampai habis kem solat lelaki. Nekad jawapan ku. “TIDAK”.

 

Aku ada ibu bapa. Aku ada tanggungjawab sebagai anak. Ini aku balik pun, aku hanya ada seminggu bersama keluarga aku. Lepas tu aku kena balik UIA lah. Aku kena pertimbang banyk benda. Waktu aku nak uruskan kem perempuan, aku sendiri memang kena ambik kisah bagaimana dengan mak bapak aku. Diaorang bagi tak, dan macam-macam persoalan lagi.

 

Aku lupa nak ingatkan rakan-rakan fasi dan komiti kem solat perempuan hari tu. Aku lupa nak ingatkan tentang penting mereka taat pada ibu bapa. Takut-takut semangat yang tinggi untuk berdakwah, menyebar al-Quran dan as-Sunnah membawa bala kepada diri sendiri. Aku lupa nak ingatkan bahawa jangan lupa, sepanjang kem solat ini. Hubungi ibu bapa. Telefon mereka, sms mereka. Biar mereka tahu khabar berita kita. Jangan mereka risau tentang keadaan diri kita.

 

Aku juga lupa nak ingatkan mereka, pastikan tiket untuk balik ke rumah sudah tersedia. Biar ibu bapa tahu bila kita mahu kembali ke pangkuan mereka. Biar mereka tahu dengan pasti bila mereka dapat menatap wajah anak-anak mereka. Masakan tidak, ramai yang selepas peperiksaan terus bergegas ke IQ untuk menyahut seruan menjadi fasi dan komiti dan menimba ilmu di dalam daurah. Maka cuti ini, rumah mereka belum mereka jejaki. Sudah pasti ada rasa rindu dalam diri mereka. Di mana anakku! di mana gelak tawa anak bujang ku! Di mana wajah manis anak dara ku! Ini semua persoalan-persoalan yang akan menjelma di dalam kepala ibu bapa kita.

 

Wajarkah kita mengetepikan mereka atas nama dakwah. Adakah kerana dakwah kita mengabaikan mereka, adakah dengan mentaati mereka kita perlu mengabaikan dakwah? Kenapa kita mahu memilih untuk mengorbankan salah satunya? Kenapa kita tidak berusaha mencapai kedua-duanya. Kenapa kita tidak berusaha menjaga hati ibu bapa kita, dalam masa yang sama tidak terabai tanggungjawab kita kepada masyarakat sekitar. Kenapa disempitkan jalan dakwah ini?

 

Aku bertanya kepada rakan-rakan fasi, bila mahu pulang.

Ada

yang sudah pasti bila mahu pulang, ada yang belum pasti.

Ada

yang pulang selepas kem, ada selepas daurah, ada selepas konvensyen dan ada yang selepas daurah tapi akhirnya menangguhkan sehingga ke akhir konvensyen. Aku bertanya lagi, sudah kamu hubungi ibu kamu? Inilah soalan yang patut aku tujukan tapi aku lupa.

 

Aku terfikir jikalau kita di tempat ibu bapa kita, bagaimana perasaan kita. Anak berdakwah dan tak beritahu bila mahu pulang. Anak tangguhkan kepulangan sebab hal-hal yang remeh. Sempat pula waktu itu berjalan-berjalan sambil melancong. Ibu di rumah menanti tak ingatkah kalian! Kalau di ikut hati, Khamis malam itu aku mahu lari terus pulang ke rumah. Tapi sabar! Siang jumaat aku cabut, tiket bas sudah ada. Dari awal kem aku sudah berjanji pada emak, paling awal aku balik ialah Khamis dan paling lewat ialah Jumaat. Apa jadipun Jumaat aku kena balik, ini janji aku.

 

Mak aku selalu pesan, bila dah naik bas, bagitahu mak. Bila dah sampai IQ bagitahu mak. Nanti waktu program jangan lupa telefon mak. Dulu aku rimas, macam budak-budak. Sikit-sikit nak report kat mak. Tapi aku buat juga. Kadang kala memang kalah, dok sibuk sangat (kononlah sibuk!) sampai terlewat call mak aku. Hari tu sampai IQ, ingat nak call mak. Tapi dok tangguh-tangguh. Patutnya sampai je IQ terus call mak. Tapi aku dok sibuk nak uruskan fail-fail peserta, bagi arahan kat fasi-fasi sampai terlewat. Tengah-tengah bagi arahan teringat pesanan mak. “Sampai IQ nanti call mak.” Hati tak sedap, aku nak buat benda baik, tapi pesanan mak aku aku belum buat lagi. Amik handphone terus call mak walau kat depan aku ni budak-budak fasi tengah tunggu arahan selanjutnya. Takkan nak tangguh lagi. Dah lah lewat! Takkan nak tunggu sampai habis meeting denga budak-budak tu.

 

Lepas dua tiga hari, mak aku call pula. Ya Allah! Aku lupa nak call mak aku. Mak aku tanya tiket balik dah belike? Aku jawab belum. Mak pesan beli cepat-cepat takut-takut tiket habis. Itu pun aku dok tangguh lagi. Hari khamis baru pergi beli tiket. Pagi tu terus call mak, bagitahu naik bus pukul berapa, sampai pukul berapa. Bila bas start bergerak je bagitahu bas dah gerak. Dalam perjalanan dah dekat sampai Selangor, call lagi, bagitahu dah sampai tol Sungai Besi. Sampai Seremban bagitahu lagi. Bila sampai Melaka bagitahu lagi. Bila naik bus dari Melaka ke Tampin, call lagi.

 

Susahkan nak call mak? Rasa berat je, rasa malas je! Tapi pernahke kita fikir? Bila kita start naik bas, apa mak kita doa untuk kita, apa mak kita rasa untuk kita. Kita tak bayangkan bagaimana kerisauan mak kita, bagaimana harap mereka pada Allah supaya kita sebagai anak-anak mereka selamat dalam perjalanan. Mereka suruh kita call sebab mereka nak tahu perkembangan kita. Kita macam mana? Dah makan ke belum?

 

Tapi kita selalu lupa. Kita hiasi kelalaian kita dengan kalimat dakwah. Kononnya sedang berada di jalan Allah. Konon sedang dalam kerja-kerja agama! Mak bapak di rumah dengan air mata menanti, kita tak fikirkah! Mak ayah dengan rasa rindu mahukan dakapan seorang anak kita tak fikirkah? Fikir! Fikir! Fikir!

 

Jangan kita jadikan dakwah tempat kita melepaskan geram kepada ibu bapa kita! Jangan dengan dakwah kita, ibu bapa kita menangis kerindua! Jangan sebab dakwah, air mata ibu menitis membasahi pipi! Jangan sebab dakwah, si ibu terpaksa menghubungi si anak memujuk bila mahu pulang!

 

Di rumah banyak kerja perlu dibuat. Biar sekecil mana, sampah di halaman rumah perlu dibersihkan. Ibu yang tua perlu kita layan, mana bahagian tubuh yang lenguh tolong urutkan. Kenduri kahwin mana yang mereka nak pergi kita hantarkan. Ini yang mereka nak dari kita. Siang tadi, mak aku ajak pergi Jelebu. Aku pun tak pernah pergi

sana

. Pinjam kereta akak aku. Aku memang tak pernah pandu jauh-jauh. Perjalanan pergi satu jam setengah. Bila balik cepat sikit. Aku bukan rajin nak bawak kereta. Tapi, aku dah spend masa lama kat IQ. Ini masa untuk ibu bapa aku. Mereka nak sangat pergi orang kahwin tu. Takkan aku nak kata tak nak hantar. Aku memang malas nak pandu kereta. Tapi buat jelah. Walau tak tahu sangat jalan nak pergi

sana

. Pandu je sampai jumpa, Alhamdulillah sampai juga.

 

Mak aku cakap lagi, esok kita pergi Klinik ya, mak nak check kaki mak ni. Macam ada bengkak. Aku pun doklah berlagak macam doktor, dok belek-belek kaki mak aku. Bukan tahu sangat. Yang aku nampak hanya urat-urat kaki mak aku. Adalah sedikit benjolan.

 

Aku terfikir, wajarkah aku tak pulang hanya kerana dakwah. Lihatlah bagaimana mak aku perlukan aku. Bila aku di IQ mak aku tak akan sebut semua itu. Tapi bila aku dah pulang baru dia mahu cakap. Sampai hatikah untuk biarkan mak aku macam tu. Siapa nak bawa dia ke klinik? Siapa nak tengok-tengokkan kaki dia? Sampai hatikah aku!

 

Aku tak tahu nak membebel panjang apa lagi. Tak tahu tulisan ini untuk aku kah,kawan-kawan kah atau siapa.

 

(رِضا الرَّبِّ من رِضا الوالدِ وسخطُ الرَّبِّ في سَخطِ الوالدِ)

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah ada pada kemurkaan ibu bapa.”- Sunan at-Tirmizi: 1962, di sahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah.

 

Rasulullah SAW berkata kepada orang yang ingin berhijrah tetapi meninggalkan ibu bapanya dalam keadaan menangis:

 

« ارْجِعْ إِلَيْهِمَا فَأَضْحِكْهُمَا كَمَا أَبْكَيْتَهُمَا<<

“Kembalilah kepada mereka berdua dan buatlah mereka ketawa sebagaimana engkau telah membuatkan mereka menangis.”- Sunan an-Nasai:4163. Di sahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan an-Nasai.

 

Sedangkan jihad juga memerlukan izin ibu bapa. Adakah dakwah kita kini lebih besar dari jihad!

 

Sesungguhnya seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah SAW (untuk berjihad), lalu Baginda SAW bertanya: “Adakah kamu mempunyai seseorang di Yaman?” Dia menjawab: “Tidak.”

 

Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin dari mereka berdua. Jika mereka mengizinkan engkau, maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka.” –Sunan Abi Daud:2530. Di sahihkan oleh Al-Albani di dalam Sunan Abi Daud.

 

Wallahu’alam.

 

Wslm wbt.

 

soal jawab isu penzinaan

aslm wbt, soal jwb tentang masalah perzinaan:

1)Bahaya dan kejinya zina

http://soaljawab.wordpress.com/2007/11/14/bahaya-zina/

2) Kepada siapakah dinasabkan anak hasil zina http://soaljawab.wordpress.com/2007/11/14/kepada-siapakah-di-nasabkan-anak-hasil-perzinaan/

 3)Bolehkah penzina lelaki menikahi penzina perempuan yang hamil kerana zina mereka? http://soaljawab.wordpress.com/2007/11/14/bolehkah-penzina-lelaki-menikahi-penzina-perempuan-yang-hamil-kerana-zina-mereka/

 4)Bolehkah kita menikahi wanita yang hamil kerana berzina? http://soaljawab.wordpress.com/2007/11/14/bolehkah-kita-menikahi-wanita-yang-hamil-kerana-berzina/

Topik paling popular abad ini!

Assalamualaikum WBT.

 

Ini aku nak bagi satu link yang amat berguna kepada kita semua. Iaitu ruangan sakit puan dan sakit tuan di dalam Harian Metro.

Pakar Sakit Puan

Pakar Sakit Tuan

 

Sebab apa aku bagi link-link ni? Sebab aku tengok dalam weblog soaljawab aku, topiik-topik paling popular ialah pasal seks. Semuanya berkaitan seks. Dan ada yang aku tengok search pasal sekslah, blowjob lah, macam-macam lagilah dan akhirnya termasuklah dalam weblog soaljawab agama aku. Bagi sesiapa yang belum pernah masuk weblog soal jawab agama tu. Ini URL dia http://soaljawab.wordpress.com .

 

Mungkin sebab tajuk-tajuk yang aku letak sikit kontroversi, dengan bahasa-bahasa yang biasa digunakan di alam maya dan waktu berborak tentang bab-bab dalam selimut. Nampaknya strategi aku menggunakan perkataan-perkataan macam tu supaya bertambah ramai yang melayari weblog itu dan mengambil manfaat kelihatan sedikit berjaya.

 

Cumanya nampak gaya ramai masuk sebab nak baca soalan-soalan pasal seks, tak pun secara tak sengaja termasuk weblog soaljawab tu sebab mungkin ingan macam web-web lucah yang lain kot.

 

Dan di dalam ruangan komen yang disediakan untuk pengunjung bertanya soalan pun, banyak soalan tanya pasal seks jugak sampai banyak jugak soalan-soalan pasal tu yang aku tak siarkan sebab ada tahap kelucahan yang melampau. Dan ada juga luahan hati yang menceritakan keterlanjuran dengan BF, GF dan lain-lain hinggakan aku terpaksa padamkan emel mereka sebab takut nanti memalukan diri mereka sendiri.

 

Cumanya, antara soalan-soalan popuar ialah apa beza mazi dan mani, hukum melancap@onani, seks oral, taubat selepas berzina, dan ada juga yang dahsyat bertanya bagaimana kalau setakat buat mukadimah@foreplay dengan BF atau GF tapi belum lagi 'masuk'. Punya dahsyat soalan-soalan ni, sampai naik pening gak aku. Cuma waktu bulan puasa lepas, soalan-soalan berkaitan seks berkurangan hatta adakalanya tidak dibaca langsung topik-topik itu, bahkan yang banyak ialah tentang soal jawab berkaitan puasa.

 

Kat bawah ini aku nak tunjukkan list-list topik yang paling popular dalam weblog soaljawab aku tu.

 

 

dan perihak statistik dalam weblog aku ni juga nampaknya pernah Ustaz Zaharuddin sentuh.

 

Cuma semoga weblog soaljawab agama ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

 

Selamat Melayari Weblog Soal Jawab Agama.

 

 

 

Allah Maha Penerima Taubat

Allah Maha Penerima Taubat.

"Bila Allah sorokkan matahari, Datangkan petir dan kilat, rupanya Allah nak tunjukkan pelangi."

Feqh Wanita: pompuan mesti bacaw

http://the-authenthic.blogspot.com

 

Feqh Wanita:- Pompuan: Mana Afdhal? solat sendirian di rumah atau jemaah di masjid http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/27/hukum-solat-berjemaah-bagi-wanita-dan-cara-caranya/

 

Suci dalam waktu solat tapi xsempat solat? macam mana ye http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/10/mendapatkan-kesucian-sebelum-habisnya-waktu-shalat-wajibkah-melakukan-shalat-itu/

 

hukum pmpuan main netball? http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/06/hukum-wanita-main-netball/

 

Hukum Purdah? Sunnah? Wajib? Bid'ah? Makruh? http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/29/hukum-wanita-memakai-purdah/

 

Bolehke pakai pakaian sempit n seksi depan mahram n wanita yg lain http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/30/hukum-memakai-pakaian-sempit-singkat-di-hadapan-wanita-lain-dan-anak-anak-lelaki/

 

Nak baca lagi isu feqh wanita: Meh baca kat sini

http://soaljawab.wordpress.com/category/wanita