My Photo
Powered by Friendster Blogs

July 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    

« September 2007 | Main | November 2007 »

Solat Jama' Bukan Untuk Musafir Sahaja

solat jama' bukan untuk musfair sahaja!  http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/10/051-pencerahan-kepada-kekeliruan.html

BERKENALAN DENGAN SOLAT JAMAK

Solat jamak bererti menghimpunkan dua solat dalam satu masa. [Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, jld. 2, ms. 336]

[1] - Zuhur + Asar di dalam waktu Zuhur (taqdim) atau di dalam waktu Asar (takhir).

[2] - Maghrib + Isyak di dalam waktu Maghrib (taqdim) atau di dalam waktu Isyak (takhir).

Dalil:



كان صلى الله عليه وسلم في غزو تبوك إذا ارتحل قبل زيغ الشمس أخر الظهر إلى أن يجمعها إلى العصر فيصليهما جميعا , و إذا ارتحل بعد زيغ الشمس عجل العصر إلى الظهر , و صلى الظهر و العصر جميعا , ثم سار و كان إذا ارتحل قبل المغرب أخرالمغرب حتى يصليها مع العشاء , و إذا ارتحل بعد المغرب عجل العشاء فصلاها مع المغرب


Adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam peperangan Tabuk, apabila hendak berangkat sebelum tergelincir matahari, baginda mengakhirkan solat Zuhur sehingga dikumpulkan solat Zuhur kepada solat Asar dan lalu baginda mendirikan kedua-duanya serentak (Jamak Takhir -pen).

Apabila baginda hendak berangkat selepas tergelincir matahari maka baginda bersolat Zuhur dan Asar serentak (dalam waktu Zuhur) kemudian bagindapun berangkat (Jamak Taqdim -pen).

Apabila baginda berangkat sebelum Maghrib maka baginda mengakhirkan solat Maghribnya sehingga disolatkan bersama solat Isyaknya (Jamak Takhir -pen).

Dan apabila baginda berangkat selepas waktu Maghrib maka baginda mengawalkan solat Isyaknya lalu disolatkan bersama solat Maghrib (dalam waktu Maghrib) (Jamak Taqdim -pen).
[Dikeluarkan Abu Daud, at-Tirmizi, ad-Darimi, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadits as-Sahihah – hadis no: 164.]

Namun perlu diingatkan bahawa solat jamak hanya dibolehkan antara Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. Selain daripada itu tidak dibolehkan jamak kerana tiada dalil yang menunjukkan sedemikian.

SOLAT JAMAK DAN QASAR TIDAK SEMESTINYA SATU PAKEJ

Maksud solat jamak seperti yang telah dijelaskan. Solat qasar pula bererti mendirikan solat-solat fardhu yang asalnya 4 rakaat secara 2 rakaat apabila seseorang itu berada dalam suasana perjalanan atau musafir. [Lihat Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili , jld. 2, ms. 336]

Kedua-dua solat ini tidak semestinya dilakukan secara bersama. Kalau dilihat pada pensyaratan melaksanakan solat qasar dan jamak juga berbeza. Solat qasar hanya boleh dilakukan ketika di dalam keadaan bermusafir manakala syarat dibolehkan solat jamak pula lebih luas. Sila rujuk sub-topik SYARAT-SYARAT MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK DILAKSANAKAN.

SOLAT JAMAK BUKAN DALAM KEADAAN BERMUSAFIR

Bermusafir bukanlah faktor penentu untuk melakukan solat jamak kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah melaksanakan solat jamak ketika di Madinah. Disebut di dalam sebuah hadis dari Ibn Abbas:


صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر.


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

Imam al-Nawawi telah berkata:

“Segolongan ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat (kebiasaan -pen) yang tetap. Demikianlah pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashab malik. Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi dari al-Qaffal al-Kabir dari kalangan pengikut al-Syafi'i”. [al-Majmu’, jil. 4, ms. 264]

Syarat bagi melakukan solat jamak bukanlah terbatas kepada faktor musafir sahaja. Syarat-syarat yang lain akan diterangkan secara terperinci di dalam sub-topik berikutnya.

SYARAT-SYARAT MEMBOLEHKAN SOLAT JAMAK DILAKSANAKAN

[1] - Bermusafir

Seperti yang telah disebutkan oleh hadis dari Ibn Abbas:


صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا. والمغرب والعشاء جميعا. في غير خوف ولا سفر


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di Madinah bukan kerana ketakutan atau bermusafir. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

Hadis di atas menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menjamakkan solat kerana ketakutan, musafir, juga atas sebab lain selain daripada sebab yang disebutkan. Sila lihat syarat-syarat lain di bawah.

[2] - Suasana yang sukar atau sulit

Apabila menghadapi kesukaran melaksanakan solat pada waktunya, hukum asal solat fardhu yang telah sedia ditetapkan pada waktu yang tertentu boleh berubah kepada meghimpunkan dua solat ke dalam satu waktu. Ini bertujuan membebaskan umat Islam daripada kesulitan yang ditempuhi. Kesukaran ini termasuklah sakit, menaiki bas yang tidak berhenti ketika kembali ke tempat asal sehingga luput waktu dan sebagainya. Ketika ditanya kepada Ibn Abbas radhialllahu‘anhu tentang mengapa dibolehkan solat jamak, beliau menjelaskan:


أراد أن لا ‏ ‏ يحرج أمته


Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertujuan agar tidak menyukarkan umatnya. [Atsar sahabat yang dikeluarkan oleh Abu Daud, dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud – hadis no:1211]

[3] - Jamak kerana hajat yang benar–benar mendesak

Contoh keadaan memerlukan solat dijamak kerana hajat adalah apabila berdepan dengan keadaan yang memaksa untuk tidak dapat melakukan solat pada waktunya seperti doktor yang perlu melakukan pembedahan berjam-jam lamanya, seandainya beliau berhenti walaupun sebentar akan memudaratkan pesakitnya. Pelajar di luar negara yang menduduki perperiksaan atau terpaksa menghadiri kelas yang meliputi waktu solat yang pendek. Pegawai-pegawai keselamatan yang terpaksa mengawal sesuatu tempat dan keadaan tidak mengizinkan beliau meninggalkan kawasan jagaannya kerana kritikalnya suasana tersebut dan pelbagai lagi situasi seumpamanya. Dalilnya adalah:


عن عبدالله بن شقيق، قال: خطبنا ابن عباس يوما بعد العصر حتى غربت الشمس وبدت النجوم. وجعل الناس يقولون: الصلاة. الصلاة. قال فجاءه رجل من بني تميم، لا يفتر ولا ينثني: الصلاة. الصلاة. فقال ابن عباس: أتعلمني بالسنة؟ لا أم لك! ثم قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء.
قال عبدالله بن شقيق: فحاك في صدري من ذلك شيء. فأتيت أبا هريرة، فسألته، فصدق مقالته.


Abdullah bin Syaqiq berkata: Pada suatu hari Ibnu Abbas berpidato (memberikan kuliah/syarahan) kepada kami di Basrah selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Sungguh tidak berguna kamu! Kemudian berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan bertanyakan hal tersebut, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas.
[Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahihnya – hadis no: 705]

Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan bukan kerana bermusafir, bukan kerana ketakutan dan juga bukan kerana hujan. Di dalam kes ini dia telah menjamakkan solatnya ketika berada dalam urusan penting, iaitui pidatonya/syarahan/kuliahnya itu. Dia mengetahui jika syarahannya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya (kebaikan – pent.). Menurut perkiraannya meneruskan syarahan dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. [Lihat Koleksi Hadis Hukum, Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Penerbitan Bulan Bintang, jil. 4, ms. 350]

Syaikh Athiyah Saqr rahimahullah berkata:

“...Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat (kebiasaan atau kelaziman –pen). Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah diriwayatkan oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Hujah mereka (mengharuskan perbuatan jamak kerana hajat itu) ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya." [Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, jil. 13, ms. 424-425]

Dalam melaksanakan solat jamak kerana kesukaran atau hajat harus diambil perhatian bahawa

a) Tidak dijadikan kebiasaan sehingga ianya dilakukan dalam keadaan tanpa ada sebab yang benar-benar mendesak kerana perintah asal bagi ibadah solat fardhu ialah dalam waktunya yang sedia termaktub lima kali sehari.

b) Hajat hendaklah benar – benar mendesak dan tidak boleh dielakkan, jikalau ianya (hajat) ditinggalkan maka ianya akan membawa kepada hilangnya maslahat atau kebaikan yang lebih besar.

c) Ianya tidak dijadikan alat untuk mempermain – mainkan agama dan alat untuk mereka yang malas mengerjakan solat untuk mengambil mudah di atas urusan agama.

[4] - Jamak kerana hujan

Antara salah satu sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solatnya di Madinah adalah kerana turunnya hujan lebat yang menjadi pegangan kuat mazhab Syafi’i. Hikmah yang boleh difikirkan adalah tindakan ini bertujuan supaya tidak menyusahkan umatnya untuk kembali semula ke masjid dalam suasana hujan yang pastinya menyebabkan para jemaah basah kuyup atau kotor kaki mereka kerana terpaksa meredahi becak dan lumpur akbat hujan tersebut. Disebutkan di dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas radhiallahu’anhu:


جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء، بالمدينة. في غير خوف ولا مطر.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]

Sekalipun hadis tersebut secara jelas menyatakan bahawa Rasulullah shalallallahu ‘alaihi wasallam pernah melakukan solat jamak selain disebabkan ketakutan atau hujan, secara mafhum (fahaman tersirat) ianya menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solat ketika hujan.

Namun perlu diperhatikan syarat-syarat dan cara-caranya dilaksanakan:

a. Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah yang bersolat di masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di rumah ianya tidak dibenarkan.

b. Waktu yang dibenarkan untuk di"jamak"kan solat ialah pada waktu Zohor yang di”jamak”kan dengan waktu Asar, ataupun solat Maghrib yang di”jamak”kan dengan solat Isyak pada waktu Maghrib. Maknanya tiada “jamak taakhir” dalam kes “jamak” kerana hujan.

c. Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidak berhenti sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun Maghrib.

d. Hujan yang menyebabkan solat boleh di”jamak”kan ialah hujan yang membasahkan baju dan bukannya hujan renyai – renyai.

e. Ada juga di kalangan ulama Syafi’iyah yang meletakkan syarat tambahan, iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal dekat dari masjid mereka tidak dibenarkan melakukan jamak. (Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawi dari mazhab Syafi’i sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asas yang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat) [Lihat: al-Syarbini al-Khatib (t.t), Mughni al-Muhtaj, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil: 1, hal: 275; al- Nawawi (1994M), Raudat al-Talibin, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil: 1, hal. 503, al-Hisni al-Syafii (1994M), Kifayat al-Akhyar, tahqiq: A Hamid Ba Haji, Beirut: Dar al-Khayr, hal. 140. Dinukil daripada tulisan Ustaz Maszlee Malik, Rukhsah Solat Jamak]

TIDAK TAHU LAFAZ NIAT SOLAT JAMAK

Ini merupakan pengalaman peribadi suatu masa dahulu, keluarga, sahabat handai dan orang-orang yang bertanya. Antara peyebab ditinggalkan solat jamak adalah kerana tidak tahu bagaimana hendak melafazkan niat bagi solat jamak. Adakah “sahaja aku solat jamak zuhur dan asar…” ataupun “sahaja aku jamakkan solat zuhur dan asar..”? Sesungguhnya ketahuilah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah mengajar bagaimana melafazkan niat untuk apa jua solat sekalipun, termasuklah solat jamak. Itulah sebabnya mengapa tiada hadis sahih berkenaan cara-cara melafaz niat baik untuk solat fardhu mahupun solat sunat. Setiap amalan memerlukan niat, tetapi bukanlah memerlukan melafaz niat. Cukup sekadar lintasan azam/hasrat/keinginan di dalam hati kita mengetahui apa yang hendak/bakal dilakukan. Melafazkan niat itu hanyalah ijtihad ulamak bagi membantu orang yang mempunyai penyakit was-was yang keterlaluan.

Di dalam Ighatsatul Lahfan Ibn Qayyim rahimahullah menyatakan:

Niat ertinya menyegaja dan bermaksud sungguh-sungguh melakukan sesuatu. Dan tempatnya adalah di dalam hati, dan tidak ada sangkut pautnya sama sekali dengan lisan... [Dikemukakan oleh Imam Ibnu Qudamah dalam Dzammul Muwaswisin, ms 5-6 dan Syaikh Sayyid Sabiq di dalam Fikih Sunnah, Victorie Agencies, jld. 1, ms.286]

Dalam menghuraikan tentang hadis "tiap-tiap amal perbuatan tidak lain berdasarkan niat", Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan:

Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati. Tetapi Syaikh al-Karmani menambahkan, bahawa keinginan hati adalah melebihi maksud...

...Baidhawi berkata: "Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudharat, sedangkan syari'at aadalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredhai Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya" [Dinukil secara berpisah dari Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari (terjemahan Gazirah Abdi Ummah, Pustaka Azam, jld 1 ms. 19]

Berikut adalah satu contoh bagi memudahkan pemahaman: Niat hendak makan roti canai. Tidak perlulah melafazkan atau menyusun ayat dalam hati "sahaja aku makan roti canai pada waktu tgh hari berserta kuah kacang dal". Memadai lintasan dlm hati kita mengetahui kita ingin menikmati roti canai maka kita pun pergi makan roti canai.

Namun ditegaskan, Apabila hendak menunaikan solat secara jamak dalam waktu yang kedua (Jamak Takhir), maka dituntut bagi orang tersebut mengetahui dengan sedar dalam waktu yang pertama bahawa dia akan melakukan solatnya itu di waktu yang kedua. Contohnya bagi seseorang yang mahu melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak dalam waktu Asar maka dia wajib secara sedar berniat dalam waktu Zuhur bahawa dia akan menunaikannya secara jamak dengan solat Asar dalam waktu Asar. Ini tercapai dengan lintasan hati atau sebutan mulut bahawa solat Zuhur aku ini akan aku jamakkan dengan solat Asar dalam waktu Asar nanti. Demikian juga bagi solat jamak takhir Maghrib dan Isya'. Tuntutan ini diwujudkan bagi membezakan bahawa seseorang itu bersolat jamak takhir berdasarkan pengetahuan yang sedar sejak dari awal dan bukan kerana lalai, berlaku remeh atau malas ketika dalam waktu yang pertama. [Fiqh dan Perundangan Islam, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili, jld. 2, ms. 377]

PENUTUP KATA

Moga risalah ringkas ini dapat menjawab persoalan dan merungkai kekeliruan tentang solat jamak. Moga pengetahuan mengenai solat jamak ini juga dapat menjadikan kita tidak mudah bersangka buruk dengan individu yang mengamalkan solat jamak berbeza dengan pemahaman ilmu kita yang terhad sebelum ini. Semoga Allah melimpahkan hidayah dan taufik-Nya kepada kita.

                            

Jemaah Takfir Malaysia

Assalamualaikum WBT.

Jemaah Takfir Alaf Baru mula tunjuk belang. Mereka mula menampakkan method takfir mereka secara terbuka. Mana-mana ulama dan tokoh-tokoh Islam yang tidak sebulu dengan mereka akan mereka kafirkan. Puak-puak takfiri ini juga sudah wujud di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mahu baca tentang mereka:

Sila layari website B. Inggeris yang menentang Jemaah Takfir ini : Anti Ahbasy

Meh baca ulasan seorang rakan saya:

   
Kemunculan laman-laman blog yang tabiatnya suka mengkafirkan orang Islam dan Ulamaknya adalah sesuatu yang amat mendukacitakan kita khususnya di Negara kita Malaysia ini, jika kita lihat di Negara kita sebelum ini tidak pernah wujud golongan yang secara terang-terangan mengkafirkan umat Islam dan Ulamaknya seperti yang dilakukan oleh mereka ini.
   
Tetapi malangnya nasib umat Islam di Malaysia apabila munculnya kelompok TAKFIR ini  yang berselindung di balik nama  AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH sedangkan pada hakikatnya  mereka ini AHLI PUNAH  DAN  RANAH..
   


Laman-laman blog  seperti  Abusyafiq.blogspot.com, mingguanwahabi, jihadwahabi, dan sebagainya secara terang-terangan
mengKAFIRkan Ulamak-ulamak Islam seperti yang anda semua boleh lihat. Sesiapa yang pernah memasuki laman-laman blog mereka, anda akan dapati isu-isu yang dilontarkan hanya berkisar kepada PENGKAFIRAN, PENGHINAAN, CACIAN, MAKIAN, MELAKNAT umat Islam dan Ulamaknya. pendek kata blog-blog mereka dipenuhi dengan benda -benda yang tercela dan terkutuk....

Inilah golongan yang disifatkan oleh Nabi s.a.w.

    

“Akan datang ke atas umatku di akhir zaman tahun-tahun yang menipu, di mana seorang pendusta dikatakan benar, orang yang benar dikatakan penipu, pengkhianat dianggap amanah, orang yang amanah dianggap khianat. Tatkala itu akan berkata-kata golongan Ruwaibidoh. Ditanya kepada Nabi siapakah Ruwaibidoh, Nabi s.a.w.   bersabda: Seorang yang lekeh bercakap dalam perkara yang besar atau agama.

   

Sahih Ibn Majah, rujuk juga di dalam al-Jami’ al-Saghir.

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

    

إن من أشراط الساعة ثلاثاً: إحداهُنَّ : أن يُلْتَمَسَ العلم عند الأصاغير...

    

Maksudnya: Antara tanda-tanda kiyamat itu tiga: salah satunya ilmu itu diambil atau dipelajari daripada ‘al-Asaghir’ (budak-budak kecil).    

 Imam Abdullah ibn al-Mubarak ditanya siapakah mereka yang digelar al-Asaghir itu?  Maka beliau menjawab: al-Asaghir itu ialah mereka yang hanya menggunakan akal fikiran semata-mata. Sebahagian menafsirkan sebagai ahli bid’ah.

   

   

Inilah kelompok manusia yang sedang kita hadapi sekarang ini, mereka yang tidak diketahui latar belakang agamanya yang berlagak pandai menimbulkan perkara-perkara yang mengundang ke arah meruntuhkan aqidah umat Islam kini.

   

Mereka ini puak-puak melayu yang terpengaruh dengan golongan Takfir di Lubnan iaitu AHBASH yang dikepalai oleh Abdullah al-HARARI yang disifatkan oleh mereka konon-kononnya MUHADDITH..

   

Golongan ini telah mengkafirkan para Ulamak Islam, seperti Ibn Taimiyyah, Muhammad bin Abdul Wahab, dan dikalangan Ulamak semasa seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Booti, dan ramai lagi.......kini di Malaysia fikrah TAKFIR ini dipelopori oleh pemilik-pemilik blog ini. Sebahagiannya merupakan Pelajar (undergraduate) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).  Ini amat memalukan dan mencemarkan nama baik UIAM sebagai institusi Ilmu di Malaysia

tidakkah mereka mendengar sabda Nabi s.a.w. memperingatkan:

   

Siapa saja yang mengatakan kepada saudaranya : wahai kafir, maka akan kembali tuduhan tersebut pada salah satu dari keduanya. Apabila ia memang kafir, maka apa yang dikatakannya benar, namun apabila tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada dirinya sendiri.” (Muttafaq ‘alaihi dari Ibnu ‘Umar).

   

Nabi s.a.w. bersabda lagi:

   

Tidak sepatutnya bagi seseorang yang berkata Benar menjadi seorang yang suka melaknat....Hadis Muslim
   

Nabi bersabda lagi:

   

Bukanlah Mukmin itu orang yang suka mencaci maki , suka melaknat, dan bukan pula yang suka berbuat keji serta mereka yang kotor mulutnya...Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghukumkan hasan.

dan banyak lagi hadis-hadis yang melarang semua perbuatan ini....

 

yang menyebabkan kita amat sedih mereka ini mekafirkan, mencela, melaknat ulamak-ulamak Islam yang mereka ini telah pun meninggal dunia....

Nabi mengingatkan di dalam hadisnya dari Ummul Mukminin Aisyah
:

 
Rasulullah bersabda: Jangan kamu mencaci maki orang yang sudah mati, kerana sesungguhnya mereka telah berlalu apa yang telah mereka kerjakan dahulu (sewaktu di dunia) dari amalan baik dan buruk
-al-Bukhari
   

 
Sedangkan Allah memerintahkan untuk kita memohon keampuanan untuk mereka yang telah meninggalkan kita lebih dahului...  Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan menjauhi sifat-sifat yang tercela ini, dimanakah kesan taqwa di bulan Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita...

   Kepada ALLAH sahaja tempat mengadu dan memohon pertolongan.....

http://abusyuaib.blogspot.com/

Raya kali ini...

Assalamualaikum WBT.

 

Hari ini sudah masuk raya ke tiga. Aku hanya ada beberapa hari sahaja lagi dekat rumah. Mungkin raya ke 6 aku akan berada di UIA balik. Tapi tadi aku sms kawan-kawan aku. Kata mereka kelas Khamis ini dah tak ada. Mungkin aku akan balik pada hari Ahad ni dengan akak aku.

 

Raya kali ni biasa-biasa sahaja. Tak ada beza. Sehari sebelum raya aku sempat SMS Ustaz Fathul Bari, tanya dia tentang takbir Raya, macam mana aku nak adjust takbir yang masyarakat amal dengan apa yang sahabat-sahabat Nabi RA amalkan. Alhamdulillah takbir raya malam tu kat masjid sempatlah aku guna takbir raya yang Ibn Mas’ud RA laungkan. Tak banyak beza Cuma kita buang yang Allahuakbar kabira… Tu sahaja. Insya-Allah mungkin raya AidilAdha nanti akan

cuba

buat macam Ustaz Fathul sebut supaya kita edarkan teks-teks takbir yang para sahabat Nabi RA amalkan dan ajak jemaah-jemaah masjid gunakan lafaz takbir itu.

 

Malam raya, kotak mesej handphone aku penuh. Tapi aku je asyik fail bila nak send atau reply mesej kawan-kawan aku.

Ada

juga yang wish aku tapi tak perkenalkan diri. Alhamdulillah kali ini sms banyak gunakan lafaz wish yang para sahabat Nabi SAW RA amalkan iaitu

 

تقبل الله منا و منكم

Cuma kalau amalkan apa-apa lafaz teks untuk ucap selamat tidaklah sampai ke tahap bid’ah atau berdosa. Cuma kita ambillah mana yang terbaik iaitu apa yang sahabat-sahabat ra amalkan.

Ada

juga yang menghantar sms yang unik yang berbunyi “Barangsiapa menyembah Ramadhan, ia telah berlalu, Barangsiapa menyembah Allah, Dia Maha Hidup dan tidak akan mati.” Maksudnya sungguh mendalam.

 

Ramadhan berlalu, syawal menjelma. Mohon moga Allah kuatkan azam untuk kekal istiqamah dengan al-Quran walau di bulan selain Ramadhan. Ramadhan yang berlalu, banyak kebaikan. Seolah-olah dari situ tergambar kebenaran janji Allah bahawa syaitan dirantai. Pada Ramadhan seolah diri ini ringan untuk beribadat pada Allah. Lidah ini mudah mengalunkan ayat-ayat suci. Kaki ini tegap berdiri melakukan solat malam 11 rakaat yang panjangnya kadangkala menjangkau satu jam setengah. Mata ini tegar menahan letih dan mengantuk untuk bersujud selama yang mungkin. Mungkin ini petanda Allah pada manusia untuk memberitahu bahawa syaitan itu memang benar-benar dirantai. Di bulan lain, mata sukar untuk dibuka untuk bersolat malam. Kaki lemah untuk berdiri bersolat hatta setengah jam sekalipun. Lidah sukar untuk bertahan mengalun ayat suci hatta berterusan hanya selama setengah jam sahaja. Di luar Ramadhan, air mata ini sukar untuk mengalir ketika bersolat, ketika berdoa memohon keampunan, ketika mengenang dosa-dosa lalu. Tapi Allah membuka jalan, air mata ini murah untuk berjurai tatkala sujud di malam-malam yang berkah. Tatkala si imam membaca ayat-ayat berkaitan azab, seolah-olah dosa-dosa lalu datang bertalu-talu ke fikiran. Tapi fikiran kembali beku di luar Ramadhan. Ayat-ayat al-Quran yang didengar seolah-olah tak memberi kesan. Azab atau pahala semuanya sama sahaja. Tiada air mata menangis mengenang dosa-dosa. Tiada keghairahan untuk mencari pahala.

 

Kerana semua itu aku suka berpuasa di UIA, aku tidak gemar mahu pulang ke rumah pada bulan Ramadhan. Apa yang aku rasa di masjid UIA tak sama dengan tempat-tempat lain. Merasa seronok lihat saudara-saudara seagama dari yang Melayu, Arab, Negro, Eropah, Cina dan lain-lain semua berada di masjid lebih-lebih lagi di 10 malam terakhir. Masing-masing berlumba-berluma memburu jalan ke syurga. Nasihat-nasihat seorang syaikh dari

Algeria

yang selalu memberikan nasihat pembersihan jiwa di masjid pada malam Ramadhan amat sukar dilupakan.

 

Tapi, adakah aku nak biar Ramadhan macam itu sahaja. Adakah hasil didikan Ramadhan selama sebulan hanya akan tinggal kosong sahaja.

 

Aidilfitri seperti biasa. Hari ini jumpa kawan-kawan lama. Sedikit terkejut, rakan aku yang aku kenali tidak merokok kini sudah menjadi perokok. Aku teruja sekejap, tak tahu nak cakap apa. Tak tahu macam mana nak mula bercakap pada dia tentang rokok ni. Akhirnya aku mula dengan buat lawak “Sejak bila kau pandai merokok ni.” Kawan aku pun berceritalah. Lepas tu puas fikir macam man anak bagi diorang berhenti daripada merokok di dalam rumah aku. Aku pun cakaplah bapak aku tak suka orang hisap rokok dalam rumah lebih-lebih lagi dekat tempat makan macam ni. Itu sahaja, mungkin kena langkah demi langkah pujuk kawan aku untuk tinggalkan rokok tu.

 

Antara subjek biasa bila jumpa dengan member-member lama sudah pasti tentang awek. Maka terpacullah idea daripada seorang kawan aku untuk kita wat rombongan beraya macam tahun-tahun yang lalu. Pergi beraya ramai-ramai, dengan kawan lelaki dan perempuan. Satu ujian! Ramadhan yang lalu, seorang sahabat memberi satu nasihat yang berguna tentang bahaya dan fitnah hubungan lelaki dan perempuan. Memang sebelum ini kebiasaan kami semua beraya beramai-ramai dengan kawan-kawan perempuan. Jadi tadi aku cakaplah biarlah budak perempuan pergi beraya dengan kawan-kawan perempuan. Nanti diaorang datanglah juga ziarah rumah kita. Kita berayalah dengan kawan-kawan lelaki. Kalau nak nanti kita ziarahlah rumah kawan-kawan perempuan kita.

Ada

yang kurang bersetuju. Mempersoalkan apa salahnya keluar ramai-ramai dengan budak perempuan. Aku terdiam. Akhirnya aku kata kalau esok korang bawak budak perempuan aku tak akan join. Kalau ajak aku ziarah rumah kawan-kawan pompuan, tak apa, tapi untuk diorang join sekali tidak. Mungkin sedikit keras bunyinya walaupun aku macam bergurau. Tadi lepas maghrib aku terus sms kawan-kawan perempuan beritahu bahawa aku tak nak keluar dengan diorang lagi walau ramai-ramai. Kalau diorang nak datang rumah aku, tak apalah aku mengalu-alukan tapi untuk keluar beraya beramai-ramai bersama lelaki dan perempuan aku tak setuju.

 

Aku terpaksa berkeras, sebenarnya ini bukan benda baru. Seorang sahabat perempuan aku telah awal mendapat petunjuk untuk menjauhi ikhtilath yang tersembunyi disebalik nama persahabatan ini. Tahun lalu dia juga yang menasihati rakan-rakan perempuan lain supaya tidak ikut rombongan beraya dengan budak-budak lelaki. Waktu itu aku cukup bengang dengan dia. Tapi satu persatu aku tahu dia berada di jalan yang benar. Aku tak jumpa jalan untuk membenarkan apa yang aku rasakan tidak betul ini. Jika dulu aku memandang sahabat perempuan aku itu sebagai ekstrimis dengan sikap kerasnya itu tapi kali ini aku mengikuti jejaknya dan membela dia bila kawan-kawan aku mengkritik dan mencela sikapnya itu (cuma mungkin aku tidak sekeras dia). Dan moga kawan-kawan aku faham atas dasar apa aku menentang kebiasaan yang sudah sebati kami semua amalkan. Cuma ada juga yang mengungkit yang aku dahulu sendiri pernah melalui zaman jahiliah dan kegelapan dahulu macam diaorang sekarang. Bila dibuka hal itu, aku hanya boleh diam. Memang aku pernah lalu semua itu, aku pernah jatuh dalam hubungan haram lelaki perempuan, keluar dengan lelaki perempuan waktu raya macam biasa sahaja tapi salahkah aku mencari jalan keluar dari semua hal ini. Salahkah aku bersikap keras? Sampai bila aku nak terus macam ni. Sampai bila aku nak melaung dakwah, sunnah, salaf dengan keras sedangkan ikhtilath aku dengn perempuan tak terjaga. Maafkan aku kawan-kawan kalau aku terlalu berkeras.

 

Raya juga menjadikan aku seperti merasai satu konflik apabila saudara mara datang atau aku menziarahi saudara mara atau keluarga kawan-kawan aku. Ia akan muncul apabila mereka yang bukan mahram turut hadir. Ikutkan adab perlulah bersalam tak kira laki pompuan, mahram atau bukan. Tapi kadangkala aku tewas, pegangan keras aku bahawa haram mutlaq menyentuh hatta bersalam dengan bukan mahram tewas apabila isteri kepada pakcik aku atau ipar mak@ayah aku menghulur tangan. Adakalanya aku sempat melarikan diri daripada bersalaman. Adakalanya tak sempat. Antara mahu atau tak tangan yang mereka hulur terpaksa jga disambut. Begitu jugalah bila ziarah keluarga kawan-kawan aku. Selalunya sempat aku elak daripada bersalam dengan ibu mereka tapi kadangkala tewas juga apabila tak smepat lari sedangkan mereka sudah menghulurkan tangan untuk bersalam. Moga Tuhan ampunkan dosa-dosa aku. Amin!

 

Bila semua ini berlaku. Aku teringat janji Rasulullah saw.

بَدَأَ اْلإِسْلاَمُ غَرِيْبًا وَسَيَعُوْدُ غَرِيْبًا فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءِ ﴿رواه مسلم وأحمد والترمذي وابن ماجه والدارمي﴾

"Islam dimulai dengan keasingan dan akan kembali asing, maka berbahagialah orang-orang yang (dianggap) asing." (HR. Muslim, Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)[1]

 

Kita akan merasa terasing apabila

cuba

menjauhi benda-benda haram yang sudah sebati dalam hidup dan persekitaran kita. Seolah-olah dada kita sempit memikirkan pandangan-pandangan rakan-rakan dan saudara mara kepada kita. Tapi hadith ghuraba’ di atas mungkin adalah satu janji dan berita gembira buat mereka yang berasa terasing apabila

cuba

mempraktiskan cara hidup Islam. Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua Amin.

 

Wassalam.



[1] Syaikh Rabi' berkata: "Hadits ini SHAHIH. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahihnya 1/130, Imam Ahmad dalam Musnadnya 1/398, Imam Tirmidzi dalam Sunannya 5/19, Imam Ibnu Majah dalam Sunnahnya 2/1319, dan Imam Ad-Darimi dalam Sunannya 2/402."