Debate seks di IPT

Wajarkah bincang seks keterlaluan di universiti?

KEPULANGAN anak-anak ke kampung halaman
selepas minggu pertama di universiti merupakan satu kepulangan yang
amat bermakna buat keluarga bagi saya seorang ibu.

Bahkan, kami sekeluarga meraikan kepulangan anak perempuan kami dengan keluar makan di sebuah restoran terkemuka di daerah kami.

Namun sebagai seorang ibu, saya
benar-benar terkejut apabila anak gadis saya yang merupakan seorang
graduan di universiti bertanyakan soalan yang berbunyi, “Mak, mana yang
lebih bagus, seks sebelum makan atau seks selepas makan?” Hancur luluh
hati saya apabila seorang gadis desa yang merantau ke ibu kota
bertanyakan soalan yang sebegitu jelik dan mengaibkan.

Apabila ditanya, anak saya juga mengaku bahawa topik-topik perbincangan sebegitu sudah menjadi suatu kebiasaan di sana.

Air mata saya hampir menitis apabila dia
menyatakan bahawa ada satu program yang dinamakan Stupid Debate telah
diadakan di kolej kediamannya sempena Minggu Interaksi, Kolej Kediaman
ke-12 secara terbuka di kafe kolej berkenaan.

Banyak lagi topik ‘hangat’ yang telah
dibincangkan selain tajuk itu, sehingga kita tertanya-tanya apakah
sebenarnya yang sedang berlaku di universiti kita sekarang?

Adakah anak-anak kita diajar untuk menjadi tidak senonoh dengan perkara-perkara yang sebegitu keji?

Tambah memilukan lagi, menurut anak saya,
malam berikutnya, ada tayangan perdana yang menayangkan beberapa filem
dari malam hingga ke subuh.

Bagi saya, perbincangan tentang
pendidikan seks ini relevan bagi masa sekarang lantaran banyaknya
gangguan seksual berlaku khususnya terhadap golongan wanita.

Namun yang pastinya diskusi ini
dibincangkan dalam bentuk ilmiah yang diberi oleh mereka yang pakar dan
profesional. Ini memberi impak dan kesan yang baik kepada remaja masa
kini.

Saya juga tidak menyalahkan remaja yang
ingin berseronok tetapi alangkah baiknya jika keseronokan itu dikawal
dan tidak berlebihan agar budaya ketimuran kita terpelihara.

Sebenarnya, menjadi tanggungjawab
pentadbiran kolej atau universiti untuk melihat pengisian yang
dijalankan sepanjang program ini berlangsung agar sejajar dengan misi
dan visi universiti.

Kita bukan sahaja ingin melihat anak
kita bijak dalam akademiknya bahkan kita mahukan budaya intelektual
diwujudkan khususnya di institusi pengajian tinggi.

Untuk makluman, suami saya juga
merupakan bekas graduan di universiti yang sama namun katanya, perkara
sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang dia menuntut di situ.

Apa yang kami mahukan adalah penjelasan
daripada pihak pentadbiran kolej atau universiti. Kami selaku ibu bapa
benar-benar kecewa dengan apa yang telah berlaku sebenarnya.

Kami tidak mahu anak-anak kami nanti menjadi sampah masyarakat keluaran universiti-universiti tempatan.

Pada pandangan saya, perkara sebegini bukan sahaja berlaku di Universiti Malaya sahaja, ia pasti berlaku di universiti lain.

Kepada ibu bapa, tanyalah kepada
anak-anak anda sendiri apakah sebenarnya yang telah mereka lalui
sepanjang di universiti, saya yakin dan pasti bahawa anda akan
sependapat dengan saya kerana setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka
menjadi manusia yang sebenar-benar manusia.

Tak perlu untuk kita bertegang urat
untuk menyelesaikan perkara ini, cuma cuba fikirkan apa yang akan anda
rasa apabila anak anda adalah salah seorang daripada mereka yang
terlibat dengan ‘kejadian’ yang saya kemukakan.

Mungkin ramai yang sukar untuk percaya, namun terpulanglah, tepuk dada, tanya selera.

– MAMA TERGURIS,

Johor.
utusan malaysia

Assalamualaikum WBT

Apakah nilai ilmu untuk isu seks selepas atau sebelum makan. Pasti
ada yang berkata kita mesti bersikap terbuka, tapi apa nilai
intelektual diskusi ini. Dengan topik yang bodoh, debat hal-hal yang
tidak membawa ke mana. Patutlah budak Melayu menjadi bodoh, dungu dan
lembab, sudah di Universiti di sumbat dengan diskusi bodoh.

Apa lagi mahu di ajar kepada budak-budak ni. Aku setuju isu seks di
diskuskan tidak kiralah dari segi kesihatan, mahupun dari segi agama.
Tapi isu seks lepas makan atau sebelum makan ni, masuk kategori mana?
Untuk apa? Apa tujuannya?

Jika di bincang secara ilmiah, siapa pendebatnya, adakah pakar sakit
Tuan ataupun manusia-manusia gatal yang mahu bercakap tentang seks
sedangkan tak reti satu habukpun pasal seni seks!

Jika setakat mamat-mamat atau minah-minah yang kahwin pun belum,
belajar pasal sakit puan dan tuan pun tak pernah, baik tak payah.

Lagipun apa faedahnya diskusi itu. Boleh diskus pasal seks! Mungkin
boleh diajar bagaimana nak kawal nafsu seks, jadi tak adalah timbul
masalah asyik teringat nak ‘main’ je atau masalah ketagih nak melancap.
Bagi tips macam mana nak bagi rehat otak supaya tak diganggu oleh
hal-hal seks. Atau boleh diskus macam cara yang terbaik patut dibuat
kalau tiba-tiba nafsu bergelora, apa kaedah dari segi psikologi dan
lain-lain. Mungkin ini adalah isu yang paling elok supaya budak-budak U
dapat mencari jalan penyelesaian dalam menangani masalah apabila
terangsang.

Aku bukan apa, dekat weblog soal jawab agama aku ni, banyak sangat
budak-budak tanya apa nak buat bila dah terangsang, ada yang tanya dah
tak tahan sangat jadi terpaksala melancap sebab takut terjebak kepada
zina dengan pompuan-pompuan yang bersalah ataupun terjebak kepada
merogol pompuan-pompuan yang tidak bersalah.

Mungkin patut juga di diskus apa kesan melancap kepada psikologi,
adakah ia membantu melegakan nafsu seks atau sebenarnya membuatkan kita
menjadi lebih ketagih dan sukar mengawal nafsu. Inilah hal-hal seharian
yang pelajar hadapi, tak adanya budak-budak U ni hadapi masalah seks
selepas atau sebelum makan.

Lepas tu diskus tentang psikologi seks lelaki dan perempuan, kenapa
lelaki mudah terangsang bila tengok perempuan walaupun perempuan tu
orang yang tak dikenali, dan kenapa pulak berbeza dengan perempuan yang
perlu dibelai dan dimanja-manjakan dahulu baru mereka akan naik ’sheh’.
Dan lihat kaitannya dengan hukum aurat yang Allah ajar, kenapa aurat
lelaki lebih ringan berbanding aurat wanita. Lepas tu kenapa diharamkan
menyentuh bukan mahram, berdua-duaan, bermanja-manja melalui oral
mahupun tulisan. Semuanya relevan dengan isu seks pelajar dan lebih
baik daripada isu seks sebelum atau selepas makan.

Ok chaloz wslm wbt

p/s: Janganlah UIA anjur debate-debate bodoh macam ni. Nauzubillah mindzalik.

Leave a Reply