Orang Tutup Aurat Kena Rogol Gak!

Orang Tutup Aurat Kena Rogol Gak

Assalamualaikum WBT.

Mesti korang pernah dengar statement kat ataskan. Dakwwan wanita-wanita feminis yang berhempas pulas mempertahankan ‘wahyu’ yang mereka dapat untuk tidak menutup aurat. Alasan mudah, kata mereka orang tutup aurat kena rogol gak! Memang betullah cakap diorang ada pompuan tutup aurat kena rogol. Jom kita tengok kenyataan diorang ni, sesuai ke tak. Toksahlah aku berbuih bagi hadith ke, ayat al-Quran ke sebab diorang golongan feminis ni pasti tahu punye. Jom tengok dari segi logik!

Ok! Kalau benarlah pemakaian tidak mempengaruhi nafsu seks seseorang, aku mahu bertanya: Kenapa kalau suami isteri buat buat ‘kerja’ (halal beb) diorang, mesti bukak baju. Kenapa tak cakap je kat si isteri atau si suami, "Alah sayang, pakai jelah baju melayu dan kain pelikat awak, tak terangsang pun saya". Ada tak si suami sanggup tengok malam pertama si siteri dia sibuk pulak dalam bilik nak tutup aurat sepenuhnya. Aku nak tanya golongan feminis pulak, yang konon bangga memperjuang hak asasi manusia, kalau korang macam mana? Agak-agak suami-suami suka ke kalau malam pertama si isteri nak berpakaian punya span, siap tutup atas bawah? Jadi ini menunjukkan pemakaian dan nafsu seks berkaitan (kecuali bagi mereka yang berpenyakit).

Soalan kedua, kan golongan feminis (bukan semua) ni suka bercakap soal-soal liberal, membela seks-seks bebas, apa kata kamu semua pergi tengok kat web-web lucah, adakah manusia yang buat ‘freeshow’ tu akan pakai baju selengkapnya waktu nak buat aksi terkutuk tu atau dia akan bukak pakaian dia? Sekali lagi membuktikan pemakaian mempengaruhi nafsu seks?

Lagi apa yang kamu semua mahu, kenapa pelacur-pelacur tu memakai pakaian seksi, kenapa tidak berpakaian menutup keseluruhan badan? Ini semua kerana pakaian mempengaruhi rangsangan nafsu seks!

Jadi kesimpulan, hujah golongan feminis kononnya pakaian tidak mempengaruhi nafsu seks, dan maka tidak boleh dikaitkan dengan kes rogol adalah tertolak sama sekali. Mereka yang berhujah begini umpama manusia yang tidak normal, yang kalau bersama dengan pasangan masing-masing (lepas kahwin da!) akan memakai pakaian yang lengkap siap menutup aurat lagi. Maka hujah-hujah manusia tidak normal tidak boleh diguna pakai kepada manusia normal. Aku selaku manusia normal hanya akan menggunakan pemikiran yang normal. (Faham tak!)

Jadi, timbul pertanyaan, adakah patut wanita-wanita seksi dirogol, diraba dan lain-lain. Maka aku katakan bahawa ini isu berasingan. Kita tetap tidak bersetuju dengan perogol-perogol yang nafsunya teramat buas, mereka patut dihukum, akan tetapi seruan kita kepada wanita-wanita, "elakkanlah diri anda dari menjadi bahan rangsangan nafsu seks lelaki". Kalau anda sudah menutup aurat, menjaga tingkah laku dan hal-hal keselamatan yang lain, dan anda dirogol, maka anda bukanlah bersalah.

Jadi, kepada lelaki-lelaki, maka tundukkan pandangan, dan wanita pula tutuplah aurat sebab bukan semua lelaki kuat Iman nak tahan nafsu nampak perempuan seksi depan mata.

Wallahu’alam

Wslm WBT

4 Responses to “Orang Tutup Aurat Kena Rogol Gak!”

  1. wardah Says:

    salam alayk ya sohabi..

    tak dak apa2 nak komen…
    ana setuju ngan pendapat nt, cumanya nak penjelasan kenapa golongan atau muslimat yang berpakaian menutup aurat turut jadi mangsa? adakah disebabkan oleh perempuan2 yang seksi-meksi tu, maka kata sang perogol..tak dapat yang buka, yang tutup pun boleh…

    WA

    syukran

  2. Mohd Says:

    aslm wbt
    apa kata kita soal lak bab ni
    -rumah dah kunci kenapa pencuri pecah gak.
    -motor dah mangga kena curi gak
    lg byk lg…

  3. Din Says:

    Assalamualaikum..

    Good issue. Bukan niat saya untuk menyalahkan mana-mana pihak, especially kaum hawa. Si perogol tu memang dah dikira penyakit, toksah nak kata dah. Tapi bagi saya, sebagai seorang lelaki normal yang sihat, waras dan berkarier profesional, serta berpendidikan tinggi, saya tetap tidak terlepas dari belenggu nafsu dan itu adalah lumrah semua manusia bernama lelaki. Saya akui, setiap hari saya lihat wanita di sekeliling saya telanjang. Yang bertudung, bajunya ketat. Saya boleh agak saiz colinya apa. Yang berbaju kurung, kainnya licin hingga tubuhnya mampu saya agak dimana coli yang dipakainya serta saya boleh teka berapa gebukah dagingnya. Yang berkebaya, aduhai.. Pinggangnya boleh di agak saiznya, punggungnya juga terdedah hingga boleh tahu shape apakah seluar dalamnya, malah kadangkala belahnya aduhai, seakan tak ikhlas nak pakai kain lagaknya. Yang berjubah, licinnya kain.. kadang-dakang boleh melekat kain kat tubuhnya. Yang beruniform sekolah, jarangnya baju bukan main, kolar tak kancing pula tu. Kadang-kadang sengaja di tayang pehanya dan punggungnya dengan menyinsing bajunya ke atas agar dilihat harta gebunya yang sendat dengan kain uniform biru tu.. Aduhai anak-anak zaman sekarang.. Itu belum dikira yang jarang. Kalau setakat skirt yang sendat-sendat tu tak perlu dikata lagi, sama jugalah dengan pakaian-pakaian yang licin seperti satin. Adakah anda tahu apakah makna satin yang sebenar? SATAN silk.. Maka si berpenyakit iaitu si perogol-perogol itu sudah tentu disana sini nafsunya dirangsang. Ingin menikmati tubuh yang merangsangnya, rasa malu menerpa diri. Biasalah lelaki, malu pada orang yang diminati. So, sape yang jadi mangsa? Mereka yang rasanya boleh dan mudah untuk di’makan’ lah jawabnya, asalkan ada peluang dan masa yang sesuai. Kadang kala saya cuba berfikir bagaimana rasanya berada di fikiran seorang perogol. Bagi saya ianya memang mengerikan. Jika berada di fikiran orang yang dirogol, lagi mengerikan! Jadi, tepuk dada tanyalah iman. Perkara ini jika nak di debatkan, sampai akhirat baru habis rasanya. Jadi pandai-pandailah anda semua sebagai wanita menjaga tubuh anda yang seksi dan cantik itu. Bukankah intan permata yang mahal tidak ditayang bersepah-sepah bukan?…. maaf jika terlalu outspoken…

    Din

  4. salwa Says:

    boleh jadi inilah salah satu sebab kenapa sungguh besarnya dosa tidak menutup aurat, kerana risikonya bukan sahaja pada diri sendiri malah pada wanita dan kanak-kanak lain yang tak bersalah. kita yang cantik, kita yang seksi, kita dipuja-puji, kita dapat duit banyak dan publisiti, orang lain kene rogol tak pasal2. aku pernah isu benda ni kat satu forum, memula diorang buat2 bodoh konon tak faham, pastu aku eksplen dgn lebih jelas lagi. pastu diorang menjawab n masih nak buat2 tak faham lagi. ok, tp tak sempat aku nak tambah penjelasan, soalan aku dah kena delete. masalahnya, kalau memang diorang betul dan aku salah, kenapa nak takut?

    memang betul ada wanita yang menutup aurat dengan sempurna tp kena rogol. tapi berapa ramaikah sangat jika dibandingkan dengan mangsa rogol yang terdedah2? macam tu jugak wanita2 yang selamat. berapa ramai sangatkah wanita tak tutup aurat yang selamat berbanding dengan wanita yang tutup aurat?

    walau apepun, bagi sesiapa yang dapat hidayah nak tutup aurat, bersyukurlah Allah bagi kita kekuatan ni, kurniakan iman dan memberi kita kebijaksanaan dalam mencari logik di sebalik kejadian lelaki dan wanita. bagi yang tak dpt petunjuk tu, kita kasihanilah mereka dan jangan sibuk sgt utk berdebat dgn org yang bodoh (dah la jahil, degil pulak tu)psl ni akan menggelapkan hati kita gak akhirnya.

    rumah dah kunci tp kena pecah
    motor dah mangga tp kena curi

    setidak-tidaknya aku dah buat apa yang aku kena buat jd tanggungjawab aku terlepas. kerana itulah penting doa, usaha dan TAWAKKAL. berbanding dengan kalau aku tak kunci rumah atau tak mangga motor, mungkin aku akan lebih menyesal lagi kerana MANALAH TAHU seandainya aku ambil langkah2 keselamatan tu, mungkin rumah aku tak diceroboh n barang aku tak dicuri. juga bila fikir2 balik, kebanyakan insiden buruk berlaku kerana tak cukup ambil langkah mencegah gak. salah sendiri.

    dan bercakap mengenai keselamatan, sudah tentu Allah lah yang berkuasa memberi keselamatan yang sempurna.

    seperti contoh para sahabiah dan isteri-isteri nabi. seberat-berat ujian yang diorang terima sekalipun, takde pun pernah aku baca yang mane2 dari diorang pernah kena sexual harassment atau sexual abuse, bende2 camtu. jadi kita berpegang teguhlah pada tali Allah dan bina hubungan yang baik denganNya, yang mana jalan utamanya adalah taat perintah Allah, tinggalkan larangannya. insyaAllah selamat dunia akhirat.

Leave a Reply