My Photo
Powered by Friendster Blogs

May 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Apa beza Mother's day Dan Independence Day

Assalamualaikum WBT.

Saya tak dapat melihat beza Hari Ibu, Hari Guru, Hari Merdeka, Hari Buruh dan lain-lain.

Kalau nak kata haram sambut mother's day, maka katakan jua haram sambut hari merdeka etc.

Dan saya lagi cenderung tak mengapa nak sambut pun, ia tidak ada beza dengan sambut hari lahir, hari buruh, hari merdeka, anniversary perkahwinan etc.

Janganlah nak berhujah dangkal yang kena sayang ibu bapa setiap hari. Ingat mereka yang sambut mother's day tu sayang ibu mereka pada hari mother's day sahajakah?

Di sini saya lampirkan beberapa fatwa. Saya tak menolak pun memang ada ulama yang menentang tapi, ingat mereka bukan hanya menentang mother;s day, mereka juga menentang labour day, independence day, dan lain-lain kerana bagi mereka hanya ada dua festival iaitu raya haji dan raya puasa. Maka jika anda nak ikut fatwa mereka, jangan ikut part mother's day sahaja, ikut juga dalam part2 festival yg lain sebab alasan mereka menolak adalah sama.

Di bawah ini ialah fatwa berkaitan anniversary, birthday, dan kita boleh apply utk mother;s day, teacher's day etc selagi mana ia bukan perayaan agama:

Question: I would like to know if it is permissible in Islam for a married couple to celebrate their wedding anniversary.
   
    Answered by Sheikh Sâmî al-Mâjid         
After a careful study of the rulings pertaining to unlawful festivals and holidays, it appears to me that these rulings concern those occassions that have a single date for all the people in society – like all of the people residing in the country or who are attibuted to it – so that the day that is specified for the festival is a conspicuous, public event where the people make a public show of joy and celebration. Such festivals and holidays resemble the `îd days in Islam, and such are the holidays that are prohibited, in my opinion.

The prohibition of such days is evidenced by the hadîth where the Prophet (peace be upon him) arrived at Madinah and found that they had two festive days wherein they would play and enjoy themselves. The Prophet (peace be upon him) said: “Allah – Most Blessed and High – has replaced them with what is better: `Îd al-Fitr and `Îd al-Adhâ.” (Sunan Abî Dâwûd (1134) and Sunan al-Nasâ’î (1556))

It is only such festivals that are celebrated by everyone on a particular day that have the qualities that resemble the `îd celebrations.

As for a person celebrating the occasion of his wedding anniversary with his wife, I do not see this as coming under the ruling of prohibited festivals. Its day is different for different couples. Therefore, it is in no way comparable to the `îd days of Islam. Each couple celebrates their marriage on a different day.

The difference between general public festivals and such particular, personal days is that with respect to the personal days, the days themselves are generally not sanctified and considered sacrosanct and there is not a wholesale public display of festivity.

Therefore, I tend to the view that there is nothing wrong with a couple celebrating their wedding anniversary as long as they do not copy the particular practices of the non-Muslims in doing so, like lighting candles for each year that they were married.

And Allah knows best.
http://www.islamtoday.com/show_detail_section.cfm?q_id=974&main_cat_id=14

Question: What is the ruling on celebrating birthdays?
   
    Answered by Sheikh Salman al-Oadah         If you mean celebrating the likes of the birthday of Prophet Muhammad (peace be upon him) or Prophet Jesus (peace be upon him), then this is clearly unlawful. Such festive days are newly contrived innovations that conflict with the dictates of Islamic Law.

Such rites are from the traditions of the People of the Book. They have a devotional purpose and are carried out seeking nearness to Allah. This is the reason I view such occasions to be unlawful and prohibited.

If, on the other hand, you mean celebrating personal birthdays, then this is something different, since it is not intended as a devotional act or an act of worship. Therefore, it is not as serious a matter. Still, I tend to regard it as something disliked for people who are not already accustomed to celebrating this event in their culture, but do so merely to blindly ape cultural practices that are outside of their own experience.



Question: What is the ruling on making or selling birthday party decorations and balloons? Does it take the same ruling as selling Christmas trees?

Answered by Sheikh Salman al-Oadah

Participating in, making, or manufacturing anything that is used for something unlawful is also unlawful, since it is assisting in sin and iniquity. Therefore, selling Christmas trees and Christmas decorations is unlawful.

With respect to birthday parties, the situation is different. This is because birthday parties are not religious occasions and do not have an overt religious cast to them.

A birthday party is not a festival of the nature of an `îd that is a general festive day for the entire community. It is merely a personal occasion that means nothing more than a remembrance of something dear.

http://www.islamtoday.com/show_detail_section.cfm?main_cat_id=49&q_id=973
                            

Dakwah Bukan Jalan Mudah, Bukan Jalan Hidup Mewah

Assalamualaikum WBT.

Kita sesedap mulut mengguna istilah dakwah. Tapi pernah kita periksa benarkah kita berdakwah?

Kita kata kita pendakwah, tapi dalam paper sebut apa salah pendakwah demand ceramah bayaran RM 6000-RM10 000.

Kalau nak hidup mewah, pergilah berniaga, jadi ahli korporat.

Alasan dia sebab jadi pendakwah sepenuh masa? Siapa suruh jadi sepenuh masa, siapa suruh jadikan dakwah tu pekerjaan untuk cari rezeki.

Kawan-kawan karkun tabligh kita berdakwah jua, tapi adake mereka jadikan keluar di jalan Allah tu untuk cari duit?

Aku tak kata jangan bayar ustaz-ustaz yang berceramah. Yang aku marah ustaz-ustaz yang demand, campaklah title pendakwah tu dalam longkang. Jangan nak jual nama dakwah untuk kemewahan hidup. Toksah berlagak konon pendakwah sepenuh masa, RM6000 satu jam ceramah apa kejadah!

Dakwah bukan tempat cari duit! Aku tak marah cari rezeki dengan mengajar ilmu agama, aku tak kisah bila bayarannya setimpal. Kalau takat sebulan dapat income RM 2000-RM 3000 sebab mengajar orang, aku tak kisah. Yang penting jangan demand! Dan jangan letak harga bukan-bukan sampai RM6000 sejam.

Apa ilmu agama ni untuk orang-orang kaya? Habis tu orang asli dalam hutan nak campak mana. Adik-adik yang pergi sekolah takde duit belanja nak campak mana? Makan nasi kosong berlauk ikan kering nak campak mana?

Sahabat-sahabat nabi dulu ada ke jadi kaya raya sebab buat kerja dakwah?

Kita tak marah orang nak bayar, tapi kita marah bila manusia yang memasang title dakwah pada aktiviti agama start demanding macam-macam. Bila tak dapat, mulalah tak nak hadir program, tak nak hadir ceramah, kalau yang selalu ikut jadi fasi kem-kem, mulalah berat nak jadi fasi.

Pasti ada yang jawab, kita perlu duit. Aku pun perlu duit, aku tak kata kita tak perlu duit, tapi jalan mana cara nak dapat duit. Aku tengok kawan-kawan aku yang karkun, keluar 3 hari, kadangkala 10 hari, mereka ni dapat elaunke? Tambang bas mereka ada orang bayarke?

Kalau mahu jadi dai'e, buatlah cara mahu jadi dai;e. Aku tak suruh buang harta, buang duit. Tapi sendiri fikir, bandingkan diri dengan kawan-kawan kita yang buat kerja dakwah, tak dapat elaun, segala belanja guna duit sendiri. Bandingkanlah dengan diri kita, apakah diri kita sanggup buat macam tu? Sanggupkah kita?

Jauh lagi kalau nak banding dengan dakwah para sahabat. Dakwah yang memakan nyawa para sahabat, tragedi Raji'e yang mengorbankan nyawa dan menumpahkan darah para sahabat di atas pengkhianatan golongan munafiq. Mereka korbankan nyawa dan darah! Kita?

Peristiwa sirah di mana penghafaz-penghafaz al-Quran yang terbunuh dalam misi dakwah. Bandingkan dengan diri kita. Di mana kedudukan kita?

Di mana silap tarbiyah kita hingga kita berat nak keluar duit sendiri di jalan dakwah. Di mana silap didikan kita hingga kita memikirkan tambang bas untuk kegiatan dakwah perlu ditanggung orang lain. Mana sirah sahabat yang kita agung-agungkan. Kat mana kita campak kisah-kisah sirah ini.

Nak duit! Orang bagi ambillah, tapi jangan bermasam muka kalau orang tak bagi. Nak banyak duit waktu cuti ni, pergi kerja kontrak, gaji RM50 sehari. Pergi rajin tulis-tulis artikel hantar dalam majalah. Kalau pandai tulis novel gilah buat novel, hantar kat syarikat penerbitan. Demandlah harga yang kita nak.

Pantang aku orang mengaku pendakwah sepenuh masa, pastu demand macam-macam bila dijemput bagi ceramah. Sepenuh masa hapa, kira 24 jam sehari tu, berapa penuh masa dakwah sampai sejam kena bayar RM6000.

Jangan dihina kerja-kerja dakwah ini dengan najis duitan.

p/s: Tapi pihak masjid, penganjur juga janganlah menjadi kedekut dengan mengagung-agungkan duit yang banyak di dalam akaun masjid. Bila meeting hujung tahun bangga, hah tengok duit tabung dalam akaun masjid banyak beribu-ribu. Tapi bila nak buat program agama di masjid punya payah nak bagi dana. Nak panggil ustaz berceramah pun punya payah, sebab kedekut nak bayar. Orang nak buat aktiviti untuk budak-budak di masjid, terpaksa jadi peminta sedekah, mengemis di sana sini. Entah apa nak dibuat dengan duit beribu di dalam akaun itu kita pun tak tahu.

Wallahu'alam.

http://the-authenthic.blogspot.com

Kem Ibadah remaja Masjid Kuala Ina:23-25 mei

23-25 Mei 2008
Lokasi:
Masjid Aleyah Kg. Kuala Ina,
Pulau Sebang Utara, Tampin Pos,
Melaka

Objektif:

1) Kem ini bertujuan untuk memberi peluang kepada remaja-remaja untuk meningkatkan pengetahuan agama mereka lebih-lebih lagi di dalam ibadah fardhu mereka iaitu solat.

2) Melahirkan remaja yang berakhlak mulia sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW.

3) Merapatkan golongan remaja dengan masjid.

4) Mengembalikan remaja ke landasan Islam yang sebenar.

Apa itu Tajdid:

Mengembalikan sesuatu kepada bentuk yang asal.

Kem Remaja Tajdid bermaksud:

Bermatlamat untuk membimbing golongan remaja kembali kepada cara beragama seperti Aqidah, Ibadah, dan Akhlak sebagaimana yang asal yang di ajar oleh Rasulullah SAW.

Syarat Penyertaan:

1) Terhad kepada 60 orang peserta sahaja (30 lelaki dan 30 perempuan)

2) Berumur 13 hingga 17 tahun.

3) Pendaftaran dan pembayaran yuran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 19 Mei 2008.

Yuran: RM 25 sahaja.

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran sila hubungi Saudara Mohd Masri Mohd Ramli 0132506391.

Pembayaran juga boleh dilakukan dengan bank in ke akaun tersebut:
Muhamad Hafizi Mihzan Bin Zaidon
Bank Islam
No. Akaun: 14-162-02-014192-0.
Bagi pembayaran melalui akaun ini, sila hubungi saya setelah pembayaran dibuat dan bawa resit bank in pada waktu pendaftaran 23 Mei.

Bagi mereka yang mahu berjumpa secara terus dengan saudara Mohd Masri, boleh hadir ke masjid Aleyah, pada waktu Maghrib sehingga Isya'. Insya-Allah setiap malam available.

Tentatif Program:

 

23 Mei 2008, Jumaat 

 
 

02.30 pm : Pendaftaran

 

03.00 pm : Taklimat program kepada peserta

 

03.30 pm : Pembahagian kumpulan dan fasilitator

 

04.00 pm : Ice-breaking

 

04.45 pm : Solat Asar

 

05.00 pm : Riadhah

 

06.00 pm : Hemat diri

 

06.45 pm : Makan malam

 

07.15 pm : Solat & kuliah Maghrib :

 

  "Mari Mengenal Allah"

 

08.30 pm : Solat Isya'

 

09.00 pm : LDK 1: "Siapa Kita Sebenarnya?"

 

10.30 pm : Persembahan video

 

11.00 pm : Minum malam

 

11.30 pm : Tidur

 

 

 

24 Mei 2008, Sabtu

 

05.00 am : Qiamullail

 

06.00 am : Solat Subuh

 

06.40 am : Tadarus Quran (juzu' 30)

 

08.00 am : Hemat diri

 

08.30 am : Sarapan pagi

 

09.00 am : Kuliah 3 – "Syirik Dosa Besar"

 

10.00 am : LDK 2 :

 

12.30 am : Makan tengahari

 

01.00 pm : Qoilulah & solat Zohor

 

02.00 pm : LDK 3 :

 

03.30 pm : Minum petang

 

04.45 pm : Solat Asar

 

06.00 pm : Hemat diri

 

06.40 pm : Makan malam

 

 

 

07.15 pm : Solat & kuliah Maghrib :

 

  "Kita adalah Pengembara"

 

08.30 pm  : Solat Isya'

 

09.00 pm : "Mari Mantapkan Solat"

 

11.00 pm : Minum malam

 

11.30 pm : Tidur

 

 

 

25 Mei 2008, Ahad

 

05.00 am : Qiamullail

 

06.00 am : Solat Subuh

 

06.30 am : Sambungan "Mari Mantapkan Solat"

 

08.00 am : Hemat diri & sarapan pagi

 

08.30 am : LDK 4 :

 

10.00 am : Minum pagi

 

10.30 am : Majlis penutup

Bagaimana mahu ke Masjid Aleyah:

Masjid Aleyah terletak berhampiran dengan Stesen Kereta Api Tampin/Pulau Sebang. Ia terletak berhadapan dengan Tokong Naga@Dragon Temple.

Anjuran
INTIS (Institut al-Imam asy-Syafie) Consultant and Training
dan Masjid Aleyah, Kg. Kuala Ina,

Aplikasi Qawa’id Fiqhiyyah Di dalam Tarbiyyah dan Dakwah

 

Aplikasi Qawa’id Fiqhiyyah Di dalam Tarbiyyah dan Dakwah

Oleh Ustaz Abdul Rasyid Idris

 

 

 

Pendahuluan

 

 Nota ringkas ini adalah berasaskan tulisan Dr. Abd. Rahman Ahmad Al-Jur’ie, pensyarah di Kuliyyah Syariah, Universiti Al-Malik Khalid, Arab Saudi.

 

 

 

Kepentingan Tajuk

 

 Qawaid Fiqhiyyah (Kaedah-kaedah Fiqh) berasal dari himpunan dalil-dali daripada Al-Quran dan sunnah nabi S.A.W. Justeru itu, sebagaimana nas-nas syarak berperanan penting dalam kehidupan, demikianlah juga kaedah-kaedah yang terhasil daripadanya. Salah satu aspek penting dalam kehidupan muslim ialah aspek tarbiyyah dan dakwah. Oleh itu, antara kepentingan tajuk ini ialah:

 

 

 

1. Membuktikan bahawa aplikasi Qawaid Fiqhiyyah tidak terhad dalam bab hukum hakam ibadat sahaja, sebaliknya ia boleh bahkan perlu diaplikasikan di dalam kehidupan seluruhnya.

 

 

 

2. Tarbiyyah dan dakwah juga memerlukan aplikasi daripada kaedah-kaedah tersebut.

 

 

 

Contoh-contoh kaedah

 

 

 

Pertama:

 

 الأمور بمقاصدها (Setiap perkara adalah berdasarkan maksudnya)

 

  

 

Aplikasi:

 
  1. Dakwah adalah suatu usaha untuk mendekatkan diri      kepada Allah, oleh kerana itu, amalan ini mesti dimulakan dengan niat.
  2. Tindakan menyertai perjuangan dakwah mungkin      berdasarkan banyak sebab.

    Ada

    yang hanya untuk mengisi masa lapang, ada yang kerana terpaksa atau terjebak dalam keadaan, ada juga kerana kepentingan duniawi dan kemasyhuran. Oleh itu nilai aktiviti tarbiyyah dan dakwah ini bergantung kepada niat yang dipasang.
  3. Keperihatinan terhadap golongan tertentu dalam masyarakat untuk didampingi dan dijadikan teman seperjuangan, apakah motifnya? Adakah kerana kekayaan dan pengaruhnya? Atau kerana hubungan kekeluargaan atau ….?
  4. Dalam urusan ini selalu ada penentangan dan      penolakan. Golongan yang menolak ini ada berbagai jenis dan

    gaya

    . Sebab penentangan itu juga berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, mereka yang sengaja memusuhi disebabakan mempertahankan kebatilan, tentu tidak wajar disamakan dengan mereka yang tersalah faham atau tidak mendapat maklumat yang betul.
  5. Menegakkan kebenaran, mengemukakan hujah-hujah yang kukuh berdasarkan ilmu yang mapan adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah dan tarbiyyah. Tetapi ia mungkin dicemari dengan perasaan bangga diri, takbur dan merendahkan orang lain.
  6. Persaingan boleh membawa kepada permusuhan dan sangka      buruk. Prasangka buruk itu      bermula dari hati.
  7. Amar ma’ruf dan nahi munkar mestilah di atas dasar membenci kebatilan tetapi pada masa yang sama ia juga dilaksanakan atas nama kasih saying kerana Allah.
 

 

 

Kedua:

 

 اليقين لا يزول بالشك (Keyakinan tidak dapat dihilangkan oleh syak wasangka)

 

 

 

Aplikasi:

 
  1. Antara ciri utama pendakwah yang berjaya ialah sentiasa berhati-hati dalam membuat pendirian dan menjatuhkan hukuman ke atas satu-satu perkara. Justeru dia tidak mudah menyebarkan suatu perkhabaran tanpa terlebih dahulu mempastikan kebenarannya.
  2. Apabila khabar angin, gossip dan fitnah sukar menembusi lubuk hatinya, tentulah perasaan berbaik sangka akan sentiasa subur. Apabila dia ingin menilai atau menghukum seseorang dia tidak mengasaskannya kepada sesuatu yang samara atau tidak pasti.
  3. Dengan meletakkan baik sangka sebagai perhiasan hatinya dalam menilai mukmin (lebih-lebih lagi teman seperjuangan), ia dapat mengelakkan perpecahan dan perselisihan.
 

 

 

Ketiga:

 

 المشقة تجلب التيسير (Kesukaran membawa kepada kemudahan)

 

 

 

Aplikasi:

 
  1. Mudah adalah sifat agama yang telah Allah berikan dan ditunjuk ajar oleh ar-Rasul S.A.W. Oleh itu seruan kepada pengamalanya dan pembinaan insan di dalamnya mestilah menepati ciri yang Allah beri. Pendakwah mestilah menjauhi uslub yang menyusahkan kumpulan sasar atau yang menjadikan mereka semakin jauh.
  2. Perkara ini menuntut kepada kefahaman yang mendalami tentang nas dan realiti. Justeru dalam keadaan kekurangan modal insan yang berkualiti tinggi untuk dibina sebagai pejuang, ‘bahan’ yang sedia ada tidak boleh dibazirkan. Ia perlu dibina mengikut kemampuannya.
  3. Dakwah suatu urusan yang besar. Ia tidak mapu dipikul oleh seorang individu sahaja, jadi pengabungan dan penggemblengan tenaga mesti dilakukan.
 

 

 

Keempat:

 

 الضرر يزال (Kemudaratan dihapuskan)

 

 

 

Aplikasi:

 
  1. Memudaratkan manusia khususnya saudara seagama adalah dilarang. Oleh itu sebarang aktiviti amar makruf nahi munkar yang dilakukan perlu mengambilkira mudaratnya dapat ditanggung.
  2. Oleh demikian juga, sebarang tindak balas terhadap      pihak lawan hendaklah tidak melebihi batasan yang diizinkan syarak.
  3. Untuk mengelakkan mudarat yang tidak tertanggung, perlu sentiasa ada penelitian yang bersepadu agar pertimbangan yang menyeluruh diambil.

Kisah di Kem Ibadah Sek. Men. Keb. Felda Palong 7

Assalamualaikum WBT.

Kenangan di Sek. Men. Keb. Felda Palong 7 masih di dalam ingatan. Semalam aku mendapat sms dari dua orang pelajar sana. Seorang budak lelaki kumpulan aku. Dan seorang pelajar perempuan. Kedua-duanya pelajar tingkatan 1.

Rajin pula mereka tanya khabar, hantar sms, sampai aku cakap wah banyak betul duit, form 1 dah ada handphone sendiri. Kadang-kala mereka memanggil aku ustaz kadangkala abang. Kepada budak perempuan, aku dah warning awal-awal. "Don't call me abang!" Call me Ustaz.

Nampak macam berlagak tapi bagi aku tu lagi baik. Aku geli kalau budak perempuan panggil aku abang. Biar diorang panggil aku ustaz.

Teringat aku waktu awal-awal tiba di Palong. Ustaz Zul beritahu, sekolah ini lain sedikit. Kat sini berkumpul segala masalah sosial. Mat dan minah rempit, khalwat, zina, rokok, dadah dan lain-lain. Bahkan malang bertimpa apabila segelintir ibu bapa di situ akan bertindak sekiranya ada guru menegur kemungkaran anak-anak mereka. Ustaz Zul kata, pernah dulu dia pergi ketuk seorang budak lelaki sebab kurang ajar sangat dalam kelas. Cikgu mengajar kat depan, dia boleh duduk bersilang kaki dengan kaki kat atas meja. Banyak lagilah kisah yang Ustaz Zul cerita.

Sampai di sekolah, aku tengok mak datuk banyaknya piala. Rupa-rupanya piala-piala kawad. Sekolah ni jaguh kawad. Pagi petang kawad. Aku duduk kat situ rasa macam dalam kem tentera. Asyik dengan suara orang berkawad.

Aku teringat seorang budak yang aku ajar rukun Islam, Iman dan Syahadah. Dia ni baik, degil sikit tapi masih dengar cakap. Dia ikut kalau kita ajar. Tak melawan. Kira okeylah. Malam itu hujan lebat, aku nak bercakap pun budak-budak ni tak dapat dengar sangat. Maka aku ambik keputusan untuk menulis di papan putih. Mula-mula aku dok soal budak-budak ni pasal rukun Islam dan Iman. Sedikit menyedihkan, ramai tidak mengetahuinya. Apabila mereka baca rukun Islam dan Iman yang tunggang langgang. Aku biarkan sahaja. Aku tidak kata salah atau betul. Aku ambil marker. terus aku tulisa satu persatu rukun Islam dan Iman. Aku suruh semua mereka salin apa yang aku tulis. Lepas itu aku menyuruh mereka membaca apa yang aku tulis seorang demi seorang dan cuba menghafalnya.

Habis sesi rukun Islam dan Iman, aku bertanya pula tentang syahadah. Aku menyuruh satu demi satu pelajar melafazkan dua kalimah syahadah dengan maksudnya. Sekali lagi, ada ramai jua yang gagal hatta tidak tahu langsung melafazkan kalimah syahadah. Aku mengulangi langkah awal, aku menulis lafaz kalimah syahadah di papan putih. Menterjemahkan maksudnya. Membacakannya kepada pelajar-pelajar di hadapan aku. Dan menyuruh mereka mengikut aku membacanya. Selepas itu aku menyuruh seorang demi seorang membacanya. Wajah kecewa dan sedih aku tak boleh tunjuk dihadapan pelajar-pelajar ini. Mereka bukan seperti pelajar-pelajar di Kem Smart Solat di sekolah aku, Sek. Men. Keb. Tampin. Aku kena mengajar seperti mengajar kanak-kanak sekolah rendah.

Akan tetapi, dalam masa yang sama, aku juga merasakan bahawa mereka mahu belajar. Mereka degil tapi hati mereka masih mahu pada agama. Mereka mengharapkan sesuatu, yang mungkin gagal diberikan oleh segelintir ibu bapa di sana. Mereka mahukan didikan, belaian, kasih sayang.

Walau dalam keadaan begitu, aku masih memendekkan tempoh belajar semua itu kerana aku tahu mereka tidak akan dapat hadam apa yang aku ajar malam itu. Cukup aku memberitahu tentang rukun Islam dan Iman, dan mengajarkan mereka kalimah syahadah. Selepas itu aku beri mereka rehat, buatlah apa yang mereka nak. Nak baringke kat dalam surau tu. Aku mahu kem ini ceria, riang, tiada tengkingan dari fasi-fasi, tiada masam muka antara pelajar dan fasi. Aku mahu pelajar rilek, gembira, seronok dan ceria. Biarkan mereka bergembira dengan kem ini.

Sebagaimana dengan syahadah dan rukun Islam dan Iman. Begitu jualah dengan solat. Ada yang tidak tahu langsung bersolat. Hatta bacaan-bacaan mudah seperti al-Fatihah, sujud dan ruku' juga tidak tahu. Pagi Ahad, solat Subuh tanpa Qunut. Aku bangun. Aku katakan, tidak menghafal doa Qunut bukanlah alasan untuk tidak solat Subuh. Hatta kalau tidak hafal bacaan-bacaan wajib seperti tahiyyat dan lain-lain. Aku tetap katakan wajib solat. Solatlah walau dengan tidak membaca apa-apa pun. Dalam masa yang sama cuba belajar dan menghafal semua bacaan-bacaan wajib. Kerana itu aku memilih bacaan-bacaan yang pendek yang wujud di dalam sunnah nabi saw untuk dibaca oleh pelajar-pelajar ini. Selagi mana wujud pilihan untuk membaca yang pendek, maka itulah yang aku ajar. Bak kata Rasulullah SAW: "Permudahkan dan Janganlah menyusahkan". Solatlah setakat mana yang kamu mampu.

Hari terakhir, pulang, ini sahaja yang mampu aku dan rakan-rakan fasi lakukan. Tiga hari yang ada masih sedikit untuk mengubah sekolah itu. Adik-adik yang hadir itu, masih perlukan bimbingan. Siapakah yang akan mengawasi solat mereka ketika di rumah?

Saban kali di dalam kem diingatkan jua tentang adab berpakaian. Sering jua sahabat-sahabat fasi memuji adik-adik perempuan kerana memakai pakaian yang menutup aurat ketika di dalam kem ini. Bukankah indah jika pakaian itu juga yang akan dipakai selepas ini.

Mereka perlukan bimbingan, bukan cacian, maki dan penghinaan. Mereka menerima kami sebagai tetamu, dan membenarkan kita mengajar mereka. Di dalam hati mereka masih mahukan kebaikan, cuma siapakah yang akan membantu mereka mencari kebaikan itu?

Wallahu'alam.
Laporan Kem Ibadah Sek. Men. Keb. Felda Palong 7

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, akhirnya kem ibadah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 7 telah berjaya dilaksanakan. Dengan semangat jitu yang ditunjukkan oleh para fasilitator yang terdiri daripada Institut al-Imam asy-Syafie Consultant and Training (INTIS), begitu juga dengan tiga orang bekas pelajar perempuan sekolah tersebut yang kini sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), rakan-rakan UIAM dari Gemencheh, Bahau, dan juga seorang sahabat dari Rembau yang juga baru sahaja menamatkan pendidikannya di kolej PTPL Shah Alam. Kesemua fasilitator ini telah menunjukkan semangt berpasukan. Kesanggupan mereka bersengkang mata tidak kira letih, penat dan lelah amat-amatlah dihargai.



 

 

 

 

 

Mungkin elok kalau aku ceritakan sedikit kronologi bagaimana kami boleh tiba dan melaksanakan kem ibadah di SMKP7 ini. Pada kira-kira tiga atau empat minggu yang lalu. Aku telah didatangi seorang pelajar perempuan perakaunan. Waktu tu aku baru sahaja habis kelas. Nak balik rumah lah gamaknya. Dia tanya, “Ni Masri

kan

?”. Lepas tu dia bagitahu aku bahawa Ustaz Zul yang mengajar di SMKP7 suruh dia cari aku di UIA dan ajak aku membantu kem ibadah yang akan dilaksanakan di SMKP7. Kem ini akan diketuai oleh seorang sahabat UIAM dan rakan-rakannya. Dan aku dijemput khas untuk terlibat di dalam slot solat. Ustaz Zul ini sudah aku kenali setahun yang lalu. Waktu itu aku dan rakan-rakan INTIS sedang menganjurkan Kem Smart Solat di sekolah aku iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin (SMKT). Dan dari tahun lepas beliau sudah mengajak INTIS untuk hadir ke sekolah beliau untuk menganjurkan program sebegini. Cuma tahun lalu, tarikh yang ditetapkan telah bertembung dengan peperiksaan pertengahan semester fasi-fasi INTIS. Maka ia terpaksa ditangguhkan.



 

 

 

 

 

Maka jika melihat asalnya bahawa aku dan rakan-rakan dari INTIS bukanlah penganjur untuk kem ini. Dan seminggu sebelum kem ini berlangsung, aku telah memanggil penganjur dan bekas pelajar SMKP7 itu untu bermesyuarat tentang kem ini. Maka hasil mesyuarat itu, aku dapati bahawa senarai fasi masih belum ada. Cuak juga waktu itu sebab aku dah rasa kem ini akan kelam kabut. Masakan tidak dengan jumlah peserta dijangka menjangkau 100 orang, tapi senarai fasi masih belum diketahui berapa jumlahnya. Maka malam itu aku terserempak dengan sahabat yang berperanan mengetuai kem ini. Dia kata dia akan carikan fasi. Sehingga hari Rabu fasi masih belum ada. Tinggal dua hari sahaja. Tiba-tiba aku dapat panggilan daripada bekas pelajar SMKP7 yang mengajak aku ke kem itu. Dia memaklumkan penganjur mahu menangguhkan kem ini. Tapi katanya pihak sekolah dah buat persediaan bahkan pelajar-pelajar juga sudah tahu tentang kem ini. Bincang punya bincang, kami memutuskan untuk berusaha mencari fasi. Aku apa lagi, kelam kabut call dan sms kawan-kawan aku. Sudah saat-saat terakhir begitu, maka bertembunglah dengan aktiviti kawan-kawan itu.

Ada

yang sedang berada di Perak untuk Nuqaba’ Training. Aku kalut. Bekas pelajar SMKP7 itu memaklumkan bahawa dia sudah dapat empat orang lagi fasi dari pelajar UIAM di mana dua daripadanya juga adalah bekas pelajar SMKP7. Lega sedikit, tapi kalut aku tak hilang kerana sekarang fasi lelaki hanya aku dan seorang kawan aku.



 

 

 

Call punya call, tak cukup dengan tu SMS dan YM, maka dapat jualah lagi 3 orang fasi. Tapi mereka hanya akan tiba pada hari Sabtu kerana mereka ada Nuqaba’ Training di Perak sehingga Jumaat petang. Dan mereka juga membawa seorang budak perempuan UIA yang berasal dari Bahau.



 

 

 

Selesai juga sedikit masalah, cuma kalut sedikit apabila aku dan bekas pelajar SMKP7 itu terpaksa menguruskan kem ini di saat-saat akhir, dengan susunan tentative, modul lagi.



 

 

 

Aku bertolak pada pagi Jumaat bersama seorang rakan dari Rembau. Naik bas ke Gemas. Perjalanan memakan masa 1 jam 30 minit. Tiba di Gemas, Ustaz Zul dan pelajar SMKP7 itu datang jemput. Punyalah jauh dari Gemas ke

sana

, kalau nak ikut macam dari Tampin ke Seremban jauhnya. Macam separuh perjalanan aku nak balik KL dah.



 

 

 

Sampai di

sana

dah nak dekat waktu solat Jumaat. Nak briefing fasi tak sempat. Lepas solat Jumaat baru sempat. Briefing ringkas tentang modul sifat wudhu dan solat nabi yang aku buat. Waktu itu aku seorang sahaja fasi lelaki. Seorang kawan aku akan sampai petang itu. Pembahagian kumpulan aku lakukan seorang diri. Alhamdulillah senarai nama peserta sudah aku milik sejam sebelum sesi pembahagian kumpulan. Maka kerja aku bertambah senang. Setelah dibahagi-bahagikan kumpulan, maka perempuan mempunyai enam kumpulan manakala lelaki mempunyai

lima

kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai antara sepuluh dan dua belas orang peserta jika mengikut jumlah asal iaitu 123 orang peserta. Cuma ada dalam lingkungan lapan belas orang tidak hadir, maka jumlahnya lebih kurang 105 orang pelajar.



 

 

 

Kawan aku dari KL itu tiba pada waktu Asar. Lega sedikit kerana ada yang datang membantu. Sesi petang itu dimulai dengan sesi berkenal-kenalan antara fasi dan peserta. Selepas itu dilakukan pula sesi perlantikan ketua kumpulan dan objektif setiap kumpulan. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan senarai objektif dan apa yang ingin dicapai di dalam kem ibadah ini.



 

 

 

Malam itu selepas solat Maghrib, sesi kuliah pertama aku mulakan dengan tajuk “Mari Berkenalan Dengan Allah”. Aku membawa kisah Nabi Ibrahim AS di dalam al-Quran di mana Nabi Ibrahim AS mencari-cari Tuhan, bagaimana Nabi Ibrahim menafikan bintang, bulan dan matahari sebagai tuhan.



 

 

 

Selepas sesi solat Isya’, kesemua peserta dipecahkan ke dalam kumpulan masing-masing. Kumpulan lelaki dipecahkan dua, satu kumpulan dijaga kawan aku, dan satu lagi aku jaga. Malam itu aku mengajar kumpulan aku tentang rukun Islam, rukun Iman dan Syahadah. Hasil daripada malam itu, aku dapati ada pelajar yang tidak mengetahui rukun Islam dan Iman, bahkan tidak mengetahui bagaimanakah lafaz kalimah syahadah. Maka malam itu aku terpaksa mengajar dengan method seperti kanak-kanak sekolah rendah, aku menuliskan kesemua isi rukun Islam dan Iman, dan semua pelajar kumpulan aku dikehendaki menyalinnya. Dan aku juga menuliskan lafaz kalimah syahadah, berserta maksudnya. Selepas itu aku menyuruh setiap pelajar membacanya dan

cuba

menghafal. Sesi itu dijadualkan tamat jam 10 malam, cuma untuk kumpulan aku, aku tamatkan sedikit awal untuk memberi masa kepada budak-budak kumpulan aku berehat.



 

 

 

Selepas itu, pelajar dipecahkan semula ke dalam kumpulan kecil masing-masing. Mereka diminta menyiapkan bendera dan nama kumpulan masing-masing.



 

 

 

 

 

Pada jam 1045 pelajar-pelajar menikmati minum malam dan masa untuk tidur.



 

 

 

 

 

Pelajar-pelajar itu telah dibekalkan dengan nota zikir sebelum tidur, bangun tidur, dan zikir-zikir dan surah-surah yang dibaca selepas solat. Aku mengetuai mereka berzikir atas dasar untuk mengajar mereka.



 

 

 

Pada pagi Sabtu, sesi dimulakan dengan majlis Qiamullail. Aku mengimamkan majlis tersebut. Kami bersolat tahajud dua rakaat dan solat witir 3 rakaat dua salam. Sebelum itu aku mengingatkan kepada pelajar bahawa aku akan melamakan setiap sujud aku pada solat malam itu supaya kita dapat membanyakkan doa di dalam sujud. Tamat sahaja solat witir, maka masuknya fardhu Subuh.



 

 

 

 

 

Selepas selesai berzikir, kuliah Subuh di sampaikan oleh seorang pendakwah yang juga pegawai felda di situ. Ceramah beliau yang menarik dan

gaya

yang menggelikan hati, mencelikka mata pelajar yang kelihatan kuyu dek keraa bangun awal untuk qiamullail. Masakan tidak, malam itu aku dengar pelajar-pelajar itu tidur lewat. Pendakwah itu bercerita tentang masalah-masalah social budak-budak felda, adab-adab tidur. Melihat aksi beliau, teringat pula aku kepada ex-rockers Ustaz Akhil Hayy.



 

 

 

 

 

Tamat kuliah Subuh, sesi riadah dimulakan. Aku mengarahkan seorang pelajar untuk mengetuai sesi riadah pagi itu.



 

 

 

 

 

Pada jam 830 pagi. Sesi pertama kuliah adab dilakukan oleh sahabat aku. Beliau menerangkan tentang adab-adab seorang muslim di dalam kehidupan, adab ketika berkata-kata, adab berpakaian dan lain-lain. Kuliah itu pendek sahaja.



 

 

 

Pelajar-pelajar diberikan rehat selama 15 minit. Selepas itu sesi disambung dengan tajuk “Bagaimana Wudhu Rasulullah SAW”. Ketika sesi itu, sahabat aku melakukan demonstrasi sifat Wudhu Rasulullah manakala aku membacakan hadith-hadith nabi berkaitan wudhu. Dalam sesi itu adakalanya pelajar-pelajar disuruh ke hadapan untuk menggayakan bagaimana berwudhu. Tamat belajar wudhu, maka diajar pula secara ringkas tentang tatacara mandi wajib. Selepas itu pelajar berehat selama 15 minit untuk sedikit minuman dan makanan ringan.



 

 

 

 

 

Selepas menikmati sedikit hidangan dan berehat, sesi kedua iaitu sesi “Bagaimana Solat Rasulullah” dimulakan. Dalam sesi itu diterangkan setiap langkah solat Rasulullah SAW. Dan seperti sesi sebelum ini, pelajar-pelajar juga dipanggil untuk menggayakan bagaimana mereka bersolat.



 

 

 

 

 

Ketika itu aku mendapat panggilan telefon bahawa rakan-rakan fasi dari KL sudah hampir sampai di Kuala Pilah. Aku mendapatkan bantuan seorang guru di

sana

untuk memberikan tunjuk arah kepada rakan-rakan aku. Akhirnya, pada jam 115 tengahhari, mereka tiba jua di sekolah. Selepas Zuhur diadakan sedikit sesi berkenalan bersama abang-abang dan akak-akak fasi yang baru tiba. Dan mereka menyambung sesi sifat Solat Nabi yang tidak sempat aku dan rakan-rakan aku tamatkan pagi itu.



 

 

 

 

 

Pada jam 250, sesi itu ditamatkan. Pelajar diberikan rehat 10 minit. Selepas itu pelajar kembali ke dalam kumpulan masing-masing bagi membuat persediaan untuk “War Game” petang itu. Mereka diminta melantik ketua kumpulan perang mereka dan merancang strategi peperangan mereka. Majlis mesyuarat setiap kumpulan tamat pada jam 345 petang. Mereka diminta mula membina kubu kumpulan masing-masing.



 

 

 

 

 

Peperangan dimulakan selepas solat Asar. Pelajar lelaki telah mengadakan tiga pusingan peperangan selepas dua peperangan yang berkesudahan seri. Sedikit ganas permainan ini, akan tetapi ia memberikan sedikit keceriaan kepada mereka. Dan memang itu objektif kita untuk menjadikan kem ini sebagai satu kem yang ceria, santai dan relaks, dan tidak menekan peserta.



 

 

 

 

 

Malam itu, kuliah Maghrib disampaikan oleh fasi yang baru tiba tengahari itu dengan tajuk “Mari Menutup Aurat”. Di ajar bagaimana adab-adab berpakaian di dalam Islam. Selepas solat Isya’, kesemua pelajar dipecahkan ke dalam kumpulan kecil masing-masing. Fasi-fasi akan membimbing mereka untuk mempraktiskan wudhu dan solat yang sudah dipelajari siang itu. Bagi kumpulan aku, malam itu kami hanya buat praktis solat dua rakaat. Pelajar-pelajar kumpulan aku diarahkan bersolat di atas tar sebanyak dua rakaat. Tamat solat, aku mengajar mereka bertayamum dan selepas itu, kami ramai-ramai duduk di atas tar dan bercerita. Malam itu mereka suruh aku cerita kisah-kisah nabi. Aku cerita kisah Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf. Mereka suruh cerita lagi, aku jawab aku bukan hafal dan tahu semua cerita-cerita nabi. Selepas itu, kami menyambung dengan praktikal wudhu.



 

 

 

Pada jam 1030 pagi tayangan video Palestin disiarkan. Selepas itu aku memberi sedikit ulasan dan bercerita kepada adik-adik tentang situasi di Palestin dan pengajaran buat diri kita.



 

 

 

 

 

Keesokan paginya, selepas solat Subuh, kuliah disampaikan oleh seorang fasi yang bertajuk “Siapa Idola Kita”. Kuliah ini menerangkan kepentingan mengambil Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan kita.



 

 

 

Selepas itu diadakan sesi gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekitar. Selepas itu semua pelajar diminta berkumpul di kawasan perhimpunan. Diadakan kuiz tentang wudhu dan solat dimana kumpulan lelaki akan menentang kumpulan perempuan. Pada mulanya, akan diadakan empat soalan. Tetapi pertarungan yang sengit dengan kedudukan seri 2-2 antara kumpulan lelaki dan perempuan. Selepas itu ditambah satu soalan di mana wakil pelajar lelaki dan perempuan diminta membaca tahiyyat sehingga habis. Akhirnya keputusan berpihak kepada lelaki kerana lebih lancar bacaannya.



 

 

 

 

 

Selepas sarapan, sesi disambung dengan sambungan praktikal solat dan wudhu, dan ditambah dengan sesi pemberian markah di atas prestasi pelajar-pelajar.


 

 

 

Pada jam 1045 dimulakan majlis penutup dengan ucapan YDP PIBG, wakil sekolah dan wakil fasilitator. Selepas itu majlis bersalam-salaman antara fasi dan peserta dan selepas itu majlis bergambar. Tapi yang aku tengok fasi perempuan tidak bergambar bersama kumpulan masing-masing, kumpulan lelaki je. Habis je sesi bergambar, fasi-fasi diserbu oleh adik-adik untuk mendapatkan tandatangan dan nombor telefon.



 

 

 

 

 

Selepas sesi makan tengah hari, kami semua berangkat pulang ke lokasi masing. Terima kasih adik-adik SMK Palong 7. Dan terima kasih jua khas buat untuk Ustaz Zul yang berkerja keras.


Untuk mendownload gambar-gambar ketika kem layari disini http://www.friendster.com/photos/2787450/1/890827750








 

Say No To ISRAEL

 

Assalamualaikum WBT.

 



Malaysia mahu benarkan warga Israel yang ada dalam pasukan Chelsea memasuki Malaysia? Meraka ialah pengurus pasukan Chelsea, Avram Grant dan pemain pertahanannya Tal Ben Haim.


 

Ini bukanlah kali pertama, adakah kita lupa dengan kes pasukan kriket Israel pada tahun 1997. Waktu itu aku masih darjah 4. Aku sekolah di Sekolah Kebangsaan Bangsar. Waktu hari Jumaat, aku solat di masjid yang dekat dengan

TNB

disitu. Kat situ jualah ramai budak-budak UM solat. Waktu tu aku dah dengar-dengar nak ada demonstrasi lepas solat Jumaat. Sebelah masjid tu padang, aku nampak ada orang main kriket. Waktu tu aku budak-budak lagi. Buat tak kisahlah, sampai aku pun kata apalah bodoh sangat orang nak main kriket pun kita bising-bising. Biarlah orang Israel tu datang main kriket, bukan datang nak perang pun.


 

Esok tu aku bukak paper, aku tengok gambar budak-budak UM kena sembur dengan gas pemedih mata. Aku cakap lagi, bodoh betul budak-budak ni. Waktu tu yang aku fikir apa salahnya diorang main kriket kat sini. Lantaklah diorang tu orang Israel ke, Malaysia ke, Indonesia ke.


 

Lepas tu aku dapat tahu ada tiga orang kena tangkap antaranya Mahfuz Omar, pakcik Amjal dan Salahuddin Ayub. Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar kena humban masuk dalam penjara sebab tak nak bayar wang denda. Pakcik Amjal bebas sebab bayar. Pakcik Amjal dah tua, yang aku ingat waktu lepas biacar tu orang pungut derma untuk bayar bebaskan pakcik Amjal. Mahfuz dengan Salahuddin Ayub pilih untuk hidup di dalam penjara. Maka dihumbanlah kedua-dua mereka ke dalam penjara.


 

Aku dah besar sikit, masuk sekolah menengah, baru aku start baca sikit-sikit pasal Palestin. Lepas tu baru aku faham kenapa diorang ni tak suka team kriket Israel. Sebab kita Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel. Sejak zaman Tunku. Tu lah yang aku baca, boleh semak dalam senarai link di bawah ni. Tapi dalam masa yang sama Tunku Abdul Rahman juga cakap kita tak bermusuh dengan Israel sebab diorang ahli UN atau PBB juga. Oh macam tu (Baca baik-baik ye, aku cuma bagitahu apa aku baca, cuma perkongsian, sila semak balik kat laink-link yang aku beri di bawah).


 

Lepas tu zaman Mahathir, dia lagi brutal. Mahathir selalu keluar statement anti Israel bahkan bukan takat anti Israel. Dia keluar kenyataan-kenyataan anti Yahudi. Yang aku tahu waktu awal Mahathir jadi PM ramai orang cina takut sebab Mahathir ni ultra-Melayu.


 

Dari dulu lagi wakil-wakil rakyat

PAS

selalu bangkitkan isu hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Dan ketidaksetujuan untuk menjalin hubungan dengan Israel bukanlah setakat suara

PAS

sahaja, yang aku tahu itulah juga seruan hati orang-orang Islam di dalam UMNO. Sebab itu kerajaan yang diketuai UMNO tak berani sangat nak tunjuk baik-baik dengan Israel.


 

Kenapa tak setuju orang Israel masuk Malaysia? Sebab kita tiada hubungan diplomatik dengan mereka. Tak kiralah yang masuk tu pelancong ke, atlit ke. Membenarkan mereka masuk seolah-olah mengiktiraf kewujudan negara haram itu. Yahudi bukan isunya di sini, isunya mereka warganegara Israel. Agak-agak kalau orang Yahudi dari Belanda ke datang Malaysia, dia warganegara Belanda, bukan Israel, adakah akan berlaku penentangan? Sudah pasti tidak. Kerana isunya bukan sebab diorang Yahudi, isunya sebab mereka ialah warganeagar Israel.


 

Siapa pemain Chelsea tu. Meh baca profil dia.


 

Jadi nampak gayanya kerajaan nak ulang lagi kes kriket Israel dulu. Adakah kerajaan mahu menghina lagi perjuangan Intifada Palestin sebagaimana kenyataan-kenyataan yang keluar dari orang-orang UMNO selepas isu demo anti kriket Israel. Andaikata pendemo-pendemo itu cuba melancarkan intifada di Malaysia, maka siapa pula tentera Yahudi itu. Jika di Palestin, orang Palestin menentang tentera kafir Zionis Israel, maka orang Islam di Malaysia gamaknya sedang melancarkan intifada menentang Zionis .....?


 

Apakah besar sangat dan sukar sangat untuk menghalang mereka daripada menjejak kaki ke bumi Malaysia? Kawan-kawan kita di Palestin bermandi darah, bersenjatakan batu, kita di sini masih lagi lena nak menyambut pasukan Chelsea yang akan mencalar maruah Malaysia sebagai negara Islam. Negara Islam yang menentang dasarnya sendiri untuk tiada hubungan diplomatik dengan si dajjal Israel. Tidak mengiktiraf kewujudan Israel, tetapi dalam masa yang sama mengiktiraf pasukan kriket yang mewakili negara Israel. Bukankah itu satu kontradiksi? Ataupun sebenarnya Malaysia ini sama sahaja seperti negara-negara lain mengiktiraf kewujudan negara yang dibina di atas darah orang Islam, cuma tak mahu jalin hubungan diplomatik sahaja secara terbuka?


Apakah demo anti kriket Israel akan berulang lagi. Kita nantikan... Adakah intifada rakyat Islam Malaysia akan bermula, dan siapa pula tentera Zionis di bumi Malaysia ini?

Mesti baca:

 

Lebih 1,500 mahasiswa demo depan Masjid Ar-Rahman-Pasukan ping pong

Israel

dibantah

 

Bantah 2 Pemain Chelsea Masuk Malaysia-Gamis

 

Chelsea

tetap datang

 

Kita dah terbukti ke Anti-Israel?

 

Undang warga

Israel

:

Malaysia

tidak prihatin nasib rakyat Palestin - Teras

 

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18-Pasukan Kriket Israel Menyertai Pertandingan Kriket Antarabangsa di Kuala Lumpur - Penentangan oleh PAS

 

Israeli cricketers survive loud Malaysian appeals

 

Malaysia

calls on countries to cut ties with

Israel

 

Malaysia

proposes Islamic nations to cut ties with

Israel

 

Israel's Quest for Recognition and Acceptance in Asia: Garrison State Diplomacy

Doktor Yang Mendambakan Syahid.

.


Ramai doktor di muka bumi ini dengan pelbagai kepakaran masing-masing, tetapi sangat sedikit di antara mereka yang hafal Al-Qur’an dan merindukan syahid di jalan Allah, di antara yang sedikit itulah ada seorang doktor bernama Abdul Aziz Rantisi. Dr Abdul Aziz Rantisi lahir pada tanggal 23 Oktober 1947 di desa Bina, terletak di antara Askalan dan Yafa. Memiliki nama lengkap Abdul Aziz Ali Abdul Hafidz Ar Rantisi merupakan seorang doktor pakar kanak-kanak yang pernah bertugas di Hospital Naser, di kawasan Kamp Khan Yunis, Jalur Gaza pada tahun 1976.


Beliau aktif dalam pelbagai organisasi diantaranya sebagai anggota Komite Islam, Organisasi Kedoktoran Arab di Semenajung Gaza. Menjadi Dekan di Universiti Islam Gaza sejak dibuka pada tahun 1987 dengan mengajar subjek Ilmu Genetik dan Parasit.



Abdul Aziz Rantisi merupakan anak murid kepada Syekh Ahmad Yasin, tokoh spiritual, HAMAS sebuah qiyadah pejuang Palestine yang melawan penjajah Zionis Israel di abad moden ini. Di bawah bimbingan Syekh Ahmad Yasin, Abdul Aziz Rantisi dapat memahami erti kehidupan dan perjuangan untuk meraih kejayaan dan keberuntungan yang sebenarnya, tegar dalam menghadapi cubaan, tidak terbuai dengan godaan dunia dan yang lebih penting lagi adalah cita-citanya untuk mati syahid.



Beliau pernah dipenjara di Kaffar Yunah bersama Sang Guru, Syekh Ahmad Yasin dan beberapa pejuang Palestine yang lain dari Hamas. Di penjara tersebut Abdul Aziz Rantisi melakukan muraja’ah (mengulang) Al-Qur’an yang sudah hafal diluar kepalanya sejak tahun 1990. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.


Untuk merealisasikan cita-citanya untuk mati syahid, selain berdo’a, beliau berjuang dengan ikhlas, tidak cinta dunia, tidak takut kepada siapapun kecuali kepada Allah, tidak mahu kompromi dengan Zionis Israel, penjajah yang akan menghancurkan masjid Al-Aqsa, kiblat umat Islam pertama.


Ketika Syekh Ahmad Yasin syahid, Isnin, 22 Mac 2004 yang dibunuh oleh penjajah Zionis Israel. Maka beliau telah terpilih menggantikan Syeikh Ahmad Yassin untuk mengisi kekosongan kepemimpinan Hamas. Beliau memikulnya dengan penuh tanggung jawab dan amanah. Beliau sebagai pemimpin pengganti Syekh Ahmad Yasin sangat berhati-hati terhadap wang atau material dan amanah merupakan sebahagian dari hidupnya, sehingga beliau sangat dipercayai oleh pengikut dan pendukungnya.


Ada kata-kata hikmah yang menjelaskan Tiada Tsiqah Tanpa Amanah, ertinya bagaimana mungkin seseorang akan tsiqah (percaya) kalau orang yang diberi amanah apalagi sebagai pemimpin dalam bermuamalah dengan anggota atau umat tidak amanah, berbohong, bersilat lidah untuk memperkaya diri atau menyelamat diri sendiri.



Syekh Abu Bakar Al-‘Awawidah, anggota Rabithah Ulama Palestine di Syira ketika berkunjung ke Indonesia, tepatnya pada hari Jum’at, 28 September 2007/17 Ramadhan 1428H bercerita kepada penulis tentang saat-saat terakhir kehidupan Dr. Abdul Aziz Rantisi setelah dihentam roket penjajah Zionis Israel, Ketika badannya dipenuhi darah, keadaan dirinya yang sudah mulai agak lemah, beliau (Abdul Aziz Rantisi) menunjuk ke poket seluarnya, pengawalnya tidak faham apa maksudnya, setelah tangan pengawalnya dimasukkan ke poket seluar Dr. Abdul Aziz Rantisi nampaklah beberapa wang, Dr. Abdul Aziz Rantisi dengan kondisi tubuh yang sudah lemah meyampaikan pesan kepada pengawalnya, berikan wang tersebut kepada si fulan, Subhanallah, Allah memberikan kesempatan dan peluang kepada Dr. Abdul Aziz Rantisi untuk meninggalkan dunia tanpa beban dan hutang serta menunaikan amanah untuk disampaikan kepada yang berhak.



Bahkan sehari sebelum dibom dengan roket penjajah Zionis Israel, beliau sudah mengambil wang tabung gajinya selama mengajar di Universiti Islam Gaza dan menghitung hutang yang akan dilunasnya. Termasuk beliau memberikan bantuan untuk biaya pernikahan anaknya, Ahmad. Setelah itu beliau berkata, ”Sekarang, jika saya menemui Tuhanku, maka aku dalam keadaan bersih. Saya tidak memiliki apa-apa dan tidak ada tanggungan apa-apa.”



Pada hari Sabtu, 25 Shafar 1425/ 17 April 2004, doktor yang rindu syahid, Dr. Abdul Aziz Rantisi dibom oleh zionis Israel, Innalillahi wainna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali), QS: Al-Baqarah 2: 156, maka tercapailah keinginannya seperti kalimat yang pernah dia ucapkannya: Kita akan mati suatu hari nanti, tiada apa yang dapat mengubahnya. Jika maut disebabkan Apache (helikopter tempur buatan Amerika) atau serangan jantung, saya lebih rela memilih Apache..."



Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.(QS:  Ali Imran/3: 169). H.



Abuhasif 

Sumber: eramuslim

Pengajaran Hadith Jibril

Assalamualaikum WBT.

 

Semalam Jumaat, kuliah tafsir surah al-Falaq bersama Ustaz Fadhil. Malamnya kuliah hadith 40 bersama Ustaz Habib.

 

 

Malam semalam, ustaz Habib mula masuk ke hadith kedua di dalam hadith 40. Hadith ni terkenal dengan nama hadith Jibril.

 

 

عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال : بينما نحن جلوس عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب شديد سواد الشعر , لا يرى عليه أثر السفر , ولا يعرفه منا أحد حتى جلس إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأسند ركبته إلى ركبتيه ووضح كفيه على فخذيه , وقال : يا محمد أخبرني عن الإسلام , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم " الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلا " قال صدقت فعجبا له يسأله ويصدقه , قال : أخبرني عن الإيمان قال " أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره " قال : صدقت , قال : فأخبرني عن الإحسان , قال " أن تعبد الله كأنك تراه , فإن لم تكن تراه فإنه يراك " قال , فأخبرني عن الساعة , قال " ما المسئول بأعلم من السائل " قال فأخبرني عن اماراتها . قال " أن تلد الأمة ربتها وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان " . ثم انطلق فلبث مليا , ثم قال " يا عمر , أتدري من السائل ؟" , قلت : الله ورسوله أعلم , قال " فإنه جبريل أتاكم يعلمكم دينكم " رواه مسلم .

 

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kamiseorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda danmeletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

 

 

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

 

 

Dia berkata lagi:

Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi:

 

 

Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:

Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

 

 

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

 

 

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

 

 

 

Ustaz Habib menghuraikan 21 faedah yang boleh kita dapati dari hadith kedua ini. Di sini aku akan meringkaskan 21 faedah tersebut.

 

 

1) Hadith ini menerangkan tingkatan-tingkatan atau level-level yang ada di dalam agama iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

 

2) Hadith ini menunjukkan bahawa antara method untuk mengajar ialah dengan bertanyakan soalan kepada pelajar. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Malaikat Jibril AS kepada Rasulullah saw.

 

 

3) Hadith ini juga menunjukkan bahawa pentingnya beradab di dalam menuntut ilmu. Bahkan adab di dalam menuntut ilmu itu di dahulukan daripada menuntut ilmu. Ini ditunjukkan oleh Jibril dan Rasulullah SAW di dalam hadith tersebut.

 

4) Hadith ini juga menunjukkan adab kita bersama guru.

 

 

5) Hadith ini juga menunjukkan bahawa memakai pakaian yang cantik dan kemas, merapikan rambut bukanlah perbuatan yang dibenci di dalam Islam. Ia bukanlah perbuatan-perbuatan yang berunsur kesombongan.

 

6) Hadith in